Bab 52

Detective Completed 4019

pada saat itu faruk dan johar menghela tali dengan kuat.sambil chandran mengawal orang-orang tawanan itu.ted bersama dua orangnya berangkai tangan.

setelah seorang dari mereka menjengah ke depan.ted menjengah ke dalam gaung itu lalu merampas kotak dari durham semasa dia hendak mencampakkannya ke dalam gaung.

beberapa saat kemudian dia naik ke atas tebing tinggi itu.matanya liar mencari rakan-rakannya.setelah tidak melihat sesiapa pun dia berpaling kepada yeoh.tetapi yeoh juga membisu.

"terima kasihlah kerana tolong mengambil harta ini untuk kami,"usik chandran.

orang-orang itu merenung dengan muka masam apabila ted membuka kotak itu.

"geran itu ada di sini!"teriak ted gembira.

"faruk,johar! kamu berdua dah selamatkan kampung halaman puak ranai!"

"mari kita bawa orang-orang tawanan ini pulang ted,"desak faruk.

"saya dan johar masih ada kerja yang belum selesai."

"kenapa kamu berdua belum selesaikan misteri ini sepenuhnya?"tanya ted hairan.

"saya nak jumoa salah seorang sahabat orang-orang ini."

"siapa dia?"

"peguam mazlan kassim,"jawab faruk.

apabila mereka tiba di rumah ted.tok batin ben buana merasa amat gembira.dia menggoncang-goncang tangan faruk,johar dan chandran.

"tak dapat rasa bayangkan bagaimana saya terhutang budi kepada kamu bertiga,"katanya.

"puak ranai akan sentiasa mengenang jasa berani kamu berdua untuk menolong kami.dengan ini saya mengisytiharkan bahawa kamu berdua faruk dan johar sebagai anggota puak ranai.saya dengar kamu chandran memang berdarah orang asli."

"benar,"jawab chandran.

"terima kasih,"kata kedua-dua beradik itu sambil tunduk hormat.

pengawal-pengawal kampung orang asli itu tiba untuk membawa orang-orang tawanan pergi.kemudian johar dan faruk berlari ke pondok telefon di pinggir hutan untuk menelefon DSP chong di pelabuhan klang.

johar menceritakan bagaimana mereka berjaya menangkap penjahat-penjahat itu.DSP chong berteriak mengucap tahniah.

"kami mahu mazlan kassim di tangkap sekarang juga!"desak johar.

"johar,malangnya mazlan kassim telah melarikan diri."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience