ke manakah orang itu pergi?" lekas!"teriak johar.
"mari kita masuk kalau-kalau ada yang dicurinya,"cadang faruk.
apabila lampu di tingkas atas dipasang terang-benderang mereka pun meluru naik.
"ini faruk dan johar,"laung faruk. "mak tak apa-apa?"
"Oh lega rasa mak,kamu berdua pulang!"teriak cik halimah.mak cik gayah berdiri memegang payung.
"kami nampak seorang lelaki sedang keluar dari tingkap atas,"faruk memberitahu mereka.
"ada apa-apa yang dicurinya?"tanya johar. "mak cik nampak dia tak?"
"kami nampak dia.Hah,kalau aku jumpa lagi orang itu aku akan hentam dia cukup-cukup."
johar dan faruk bergegas ke bilik bacaan encik hadi lalu memeriksa fail-fail di situ.nampaknya tidak ada satu pun yang diusik.
"mujurlah kami tukar kuncinya,"kata johar.
mereka memeriksa bikik itu dari dinding ke dinding.tetapi tidak menjumpai apa-apa.sedang johar bersandar pada almari itu dengan wajah hampa.tiba-tiba dia terlihat sesuatu.
dia tunduk dan menarik sehelai benang bulu yang tersangkut pada sudut laci di bahagian bawah almari
"Eh,kita nampak ini tadi,"katanya. "wah,hebat petunjuk ini!"
dengan rasa bangga dia menarik benang bulu yang berwarna biru muda!
"ini membuktikan durham memang ada mengambil anak kunci itu!"teriak johar.
"selepas dia meninggalkan pelabuhan klang dia ataupun peguamnya itu memberikan anak kunci itu kepada orang yang memakai baju panas biru muda itu.orang itulah yang datang ke mari malam ini."
"esok kita cari orang yang berbaju panas biru itu,"cadang faruk.
oleh kerana pada hari isnin itu tidak ada latihan bola sepak.johar dan faruk dapat pergi ke sementing sebaik-baik saja lepas sekolah.
"ke mana kamu berdua nak pergi?"tanya pritam singh. "mungkin saya boleh jadi pengawal peribadi."
"boleh juga."
ketiga-tiga mereka pun pergi dengan kereta ke pangkalan di mana motobot encik hadi,perisik tertambat.mereka hendak pergi ke sementing melalui jalan laut.setiba mereka di situ johar dan faruk meminta pritam singh menjaga motobot mereka.kemudian mereka berdua pun berjalan pergi ke rumah sewa Philip yeoh.
pintu dibuka oleh orang yang hendak mereka jumpa.dia memakai baju panas biru muda yang mereka lihat tempoh hari.
"apa kamu mahu?"dai bertanya dengan kasar.
Share this novel