Bab 4

Detective Completed 4019

"lebih baik kamu berdua minta maaf dengan encik durham.mak beli dompet anak kunci baru darinya untuk bapa kamu."

"saya cuma memindahkan anak-anak kunci ini ke dompet baru sementara emak kamu naik ke atas,"kata encik durham.

dengan rasa malu faruk dan johar melihat kedua-dua dompet yang baru itu.

"ini dia surat pengenalan dari Nyonya leong yang encik durham bawa,"jelas emak mereka sambil mengunjukkan sehelai kertas berlipat.

mereka membaca surat bertaip yang menyatakan bahawa encik durham adalah seorang yang boleh dipercayai dan harga jualannya berpautan.di bawah sekali tercatat tantatangan nyonya leong.sahabat karib emak dan bapa mereka.

"apa yang nak diheboh-hebohkan,"kata encik durham.

"saya cuma menunjukkan kepada emak kamu barang-barang yang diperbuat daripada kulit."

encik durham berhenti bercakap apabila dia ternampak mak cik gayah berdiri dipintu sambil merenungnya dengan wajah garang.seketika kemudian dia menyamvung lagi.

"oh seorang pelanggan lagi,"katanya.

"tidak,"kata mak cik gayah,tegas.

"halimah,"katanya.berpaling kepada iparnya.

"betul ke orang ini...."

"kak gayah,"rayu cik halimah resah.

sementara itu dalam diam-diam.johar mengira anak kunci.dia tahu jumlah anak kunci yang sebenarnya kerana sebelum bertolak pergi encik hadi telah menyerahkan anak kunci itu kepada isterinya di hadapan johar.sekarang sebatang anak kunci telah hilang!

"encik durham,"katanya.apa kamu buat dengan anak kunci hitam dalam dompet lama ini tadi?"

"eh,eh,saya...saya....,"kata orang itu,gugup.berani kamu menuduh saya mencuri!"

"sebatang anak kunci hialng.anak kunci istimewa serahkan semula!"bentak johar.

"saya tak ambillah,"bentak penjual itu pula.

"saya tak mau menunggu di sini lagi dan membiarkan diri saya dihina begini,"teriak encik durham,marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience