"faruk! johar!teriak pengurus pasukan.
"panggilan telefon untuk kamu berdua.mak cik kamu bukan main cemas bunyinya.cepatlah!
kedua-dua beradik itu merenung satu sama lain.tercengang-cengang.mereka adalah anak-anak encik hadi.walaupun usia mereka masih muda,mereka juga penyiasat yang cekap dan bijak.
mereka selalu mendapat panggilan kecemasan tetapi tidak pernah ketika mereka sedang berlatih.johar bergegas ke telefon."hello"katanya berdebar-debar.
"johat kamukah itu?tanya satu suara seorang wanita.
"ini cik gayah bercakap"
"ada apa,mak cik?
"ada seorang penjual aneh di rumah ini,"kata mak cik gayah.
"dia nak jualkan barang-barang kulit kepada mak kamu tapi mak cik tak senang melihat rupanya.mak cik pasti dia itu penipu.mak cik dah pernah tengok gambarnya dalam surat khabar.
"baiklah kami akan pulang segera sekarang juga,"janji johar.
oleh kerana bapa mereka telah pergi ke luar negeri menjalanka tugas sulit begitu ketat rahsianya hingga mereka tidak tahu ke mana beliau pergi.
Share this novel