dia mencampakkan contoh barang-barangnya ke dalam beg dan menutupnya dengan kasar.johar cuba menghalang dia keluar.,tetapi emaknya melarang.
"biarkan dia pergi johar,"dia menasihatkan.
"takkanlah kerana sebatang anak kunci nak heboh-heboh macam ini."
"tapi emak itu anak kunci fail dalam bilik bacaan bapa,"bantah johar.
"kita masih belum pasti mungkin bapa kamu yang mengambilnya."
faruk dan johar terpaksa membiarkan encik durham pergi.dia keluar lalu menutup pintu dengan kasar.
faruk dan johar pun naij ke atas dan mandi lima minit kemudian sedang mereka megenakan pakaian mereka terdengar mak cik gayah menjerit.sedang mereka tertanya-tanya apa yang telah berlaku,dia datang mengetuk pintu mereka.
"lekas!pergi cari encik durham!dia dah curi gambar bapa kamu!"
mereka segera membuka pintu lalu memluru ke bawah.cik halimah sedang terpaku merenung piano di mana gambar lukisan suaminya terletak hampir setahun lamanya di situ sudah tiada lagi.
mereka meluncur ke jalan dengan kereta.harapan mereka untuk menemui encik durham amat tipis.tetapu alangkah leganya mereka apabila johar nampak dia berjalan di tepi jalan di tengah-tengah pekan.
nereka memberhentikan kereta di sisinya.apabila dia terpandang pemuda dua beradik itu dia mulai berlari.
johar dan faruk melompat keluar daripada kereta lalu mengejarnya.tetapi encik durham telah jauh meninggalkan mereka.dia membelok di penjuru sebuah bangunan.apabila mereka tiba situ encik durham tidak kelihatan lagi.
Share this novel