beliau membawa orang tawanan itu ke pekan johar,faruk dan ted bertolak ke perkampungan ranai.
Tok Batin Ben Buana berasa amat lega melihat anaknya pulang.chandran juga begitu gembira bertemu semula dengan mereka bertiga.
"misteri ini kian rumit,"kata Tok Batin.
"semasa kamu tak ada saya ada terima surat dari Philip yeoh."
"Philip yeoh?"kata faruk dan johar serentak.
"dia mendakwa kononnya dia cucu yeoh kin man dengan isterinya yang pertama.dulu kamu masih ingat saya katakan kami membeli tanah darinya."
"apa dia mahu?"tanya faruk.
"katanya, ayahnya tak dapat habuan wang bila tanah ini di jual."
"betulkah tuntutannya itu?"celah chandran.
"kalau betul susahlah kami,"keluh Tok Batin.
"sebab semua waris-waris mesti dirundingi bila tanah di jual."
"Philip yeoh mendakwa ayahnya langsung tak tahu tentang jualan itu.kalau benarlah begitu bererti jualan tanah ini tidak sah dan urusan jual beli terpaksalah di buat semual."
suasana hening seketika.kemudian Tok batin bersuara lagi.
"ada satu lagi perkara yang merunsingkan saya."
"apa dia?"tanya faruk bimbang.
"ada orang menggali di tempat kita mencari harta yang tertanam itu!"
"bila tok tahu perkara ini?"tanya johar.
"saya jumpa kesan-kesan kasut dan tanah baru di gali pagi tadi.ini bereti ada orang datang ke situ malam tadi."
faruk mendapat satu akal.
"kita umpan dia."
"umpan macam mana?"tanya Tok Batin.
"umpan yang paling menarik,"jawab faruk.
"seluruh puak ranai! mereka boleh pakai pakaian pesta menuai malam ini.jangan tunggu-tunggu lagi!"
"Oh,"kata johar.
"kalau orang yang menggali itu tak jumpa apa yang dicarinya tentu dia datang lagi."
"ya.oleh kerana semua orang menghadiri pesta itu.tentu dia fikir dia tidak akan dilihat orang.tapi kamu dan saya,johar akan menanti kedatangannya di pondok pisang sesikat itu."
johar dan faruk berasa tidak sabar-sabar menunggu malam tiba.bila seja menjelang bulan pun muncul seperti sebiji bola merah menyala.
di bawah sinarannya upacara aneh itu di mulakan.
majlis tari-menari itu kian rancak.walaupun johar dan faruk begitu tertarik melihat upacara itu.akkhirnya faruk berbisik kepada adiknya.
"marilah kita pergi.kita ada kerja."
dengan hati-hati mereka berjalan ke tempat bayang-bayang melintang itu.mereka masuk ke bawah pondok itu dan menunggu.
tidak lama kemudian johar menjenguk keluar.pada mulanya suasana sunyi sepi.tetapi sebentar kemudian darahnya tersirap.
"ada orang datang!"bisiknya, berdebar-debar.
"mari kita terkam dia!"
Share this novel