apabila orang itu hampir dengan tempat itu, kedua-dua mereka pun meluru keluar.pada saat itu sesuatu terbang di atas kepala mereka.sesaat kemudian sebilah pisau tercacak pada dinding pondok itu.
faruk menarik johar supaya meniarap di tanah.
"orang itu cuba membunuh kita!"
johar bangun. "saya rasa dia sudah pergi.amboi! nyaris-nyaris lagi.sekurang-kurangnya kita tahu kumpulan itu masih belum jumpa harta karun itu!"
mereka pun berjalan pulang ke pesta itu.tetapi upacara itu telah berakhir dan seluruh puak ranai telah pulang ke pondok masing-masing.
Tok batin sedang berbual-bual sekumpulan orang-orang tua.dia terpandang johar dan faruk datang mendapatkan mereka berdua.
dengan serba ringkas faruk dan johar menceritakan pengalaman yang baru mereka tempuhi tadi.
"saya akan tempatkan orang mengawal tempat ini siang dan malam,"kata Tok Batin.
"Hai,mengantuk sungguh,"kata chandran sambil datang ke arah mereka.
johar dan faruk tersengih.
"semua letih kerana menari,"usik johar.
"sepatutnya kamu mengelak pisau seperti kami!"
"A-a-apa?"teriak chandran setelah mendengar cerita kedua-dua beradik itu.
"baik kita usaha hingga dapat harta itu sebelum mereka dapat."
"ya,kita akan dahului mereka,"kata faruk.
"tapi di mana lagi kita nak gali?"tanya chandran.
"kita dah gali di kawasan bayang-bayang melintang itu.tapi yang kita jumpa cumalah tanah bertimbun-timbun!"
"ya,memang dalam betul kita gali,"kata johar.
"kamu tahu saya rasa kita menggali dalam bayang-bayang yang salah."
"ya,betul kata kamu,"teriak faruk.
"kita mesti cari bayang-bayang yang betul.kita mesti cari malam ini juga."
"mari kita pergi?"teriak chandran.
ted dan bapanya membantu johar dan faruk membuat persediaan.ted mahu turut serta pergi mencari bayang-bayang itu.tetapi bapanya melarang kerana dia terlalu letih.
akhirnya lengkap dengan alat-alat menggali,tali dan lampu picit.mereka pun bertolak pergi ke kawasan lapang di mana pondok pisang sesikat itu terletak.setiba mereka di situ faruk memeriksa kawasan itu.
"tentu bayang-bayang melintang itu ada dekat sini juga,"tegasnya.
"kalau bukan bayang-bayang tiang pondok ini pun tentu ada sesuatu lain yang membuat bayang-bayang begitu di sini."
"di sebelah di sini tak ada apa-apa,"kata faruk.
"mari kita tengok di sebelah sana pula."
mereka berjalan menyeberangi puncak datar yang selebartidak sampai tiga puluh meter itu.di sebalik sana gunung itu mencuram ke sebuah gaung.
di tengah-tengah gaung itu pula terdapat satu cerun lain yang amat curam.
tiba-tiba johar mencekak lengan faruk dan chandran.
"tengok!"teriaknya.
suaranya meninggi kerana terlalu berdebar-debar.
"pada tebing tinggi dalam gaung di sana!"
Share this novel