faruk menutup radio. "kumpulan itu menyerang lagi!"
akhirnya keretapi mereka tiba di simpang Jelai.johar,faruk dan chandran tergesa-gesa turun dan meluru ke pondok telefon.johar menelefon ke pelabuhan klang sementara chandran menelefon untuk membuat temoahan rumah tumpangan.
"hello mak,"kata johar. "sejak kami bertolak ada mak dengar berita bapa?"
"ada,"jawabnya.
"kami dengar berita radio,"kata johar. "mengatakan dia sedang menyiasat pengkhianat-pengkhianat di Ulu Perak.benakah?"
"mak pun ada dengar berita itu.mak sendiri pun binggung.mustahillah bapa kamu bokeh berada di dua tempat dalam satu masa.lagipun mak baru terima kawat darinya-dihantar dari Woodlabds!
kemudian chandran pula berhimpit-himpit masuk ke dalam pondok kecil itu. "kita boleh tinggal di rumah rehat,"katanya.
johar memberi tahu emaknya berita yang baru di sampaikan oleh chandran tadi.
"nampaknya kita tak boleh berbuat apa-apa mengenai bapa.tapi kalau ada apa-apa perkembangan baru lekas-lekaslah beritahu kami."
"baiklah.jaga diri kamu baik-baik."
"yalah mak."
faruk berasa amat gelisah.
"mari kita telefon hotelnya di singpura,"cadangnya.
sebaik-baik saja mereka berada di bilik mereka.faruk meminta operator menghubungikan panggilan telefon ke hotel bapanya di singapura.
"saya nak bercakap dengan encik abdul hadi,"
"tunggu sebentar,"jawabnya operator hotel itu.
kemudian kedengaran suara seorang lelaki.
"nak bercakap dengan siapa?"
"ini anaknya faruk,"
"saya tak boleh cakap!"jawab orang itu lantas meletakkan telefon.faruk juga meletakkan telefon.dia mengerut dahi tanda memerah otak.
mereka pun mulailah mengeluarkan pakaian masing-masing di dalam bilik yang kecil itu.
mereka pun menukar pakaian untuk merentas hutan menuju ke perkampungan orang-orang puak ranai.kemudian mereka turun dan bertanyakan jalan dari kerani tempahan.
pemuda bertiga itu mendapati bahawa lorong menuju ke perkampungan puak ranai itu amat bengkak-bengkok.
akhirnya mereka tiba di satu kawasan lapang.apabila mereka berhenti untuk melepas.
"encik abdul hadi ada di sana?"tanya faruk mendekatkan mulutnya di gagangkan lelah.mereka terdengar bunyi ranting-ranting kering patah.seolah-olah di pijak orang.
tiba-tiba semak-samun di hujung kawasan laoang itu di kuak orang dan seorang orang asli keluar menghadapi mereka.tiada siapa pun bersuara.
orang itu memaki cawat yang diperbuat dari kulit binatang.
"jangan takut,"katanya.
"saya kawan."
"kamu orang puak ranaikah?"tanya faruk.
orang itu tidak menjawab.sebaliknya dia berkata:
"dengarlah amaran ini,"tegas orang itu.
nada suaranya kedengaran marah. "puak ini ada rahsia besar.tak mahu pelawat ke mari!
dengan itu dia berpaling lalu menghilang ke dalam semak-semak.johar,faruk dan chandran bertukar pandangan.
Share this novel