Chapter 27

Romance Completed 1450

Nazira melepaskan keluhan berat. Entah macam mana lelaki ni boleh terlibat dengan kegiatan dia.

Semuanya bermula apabila Nazira ditugaskan mencari maklumat Aryan selaku anak kepada Faiz Arnande. Keputusannya hampa. Usahanya sia-sia. Aryan tidak bersalah.

Dengan operasi 'honey trap', dia hanya buat lelaki ini makin dekat dengan dia.

Seolah-olah dia telah mencipta benang merah antara jarinya dengan jari Aryan Arnande. Sejauh manapun dia pergi, selagi benang masih ada, selagi itulah Aryan mampu menjejaknya.

Perlahan-lahan persoalan berkenaan Aryan semakin terjawab. Faiz Arnande, profesor di sebuah universiti telah mencipta blueprint terlarang. Sudah tentulah, dari celah manapun ramai yang mengejar.

Aryan Arnande, sebenarnya cuma seorang CEO syarikat. Tempoh lalu dimana dia ditangkap, sehinggalah dia ditumbuk Aryan sendiri. Itu sebenarnya niat Aryan yang hendak mencari punca kematian ibunya. Kebetulan, dia berada di sana.

Sedangkan, agensi Nazira, hanyalah diupah untuk melindungi Faiz Arnande serta merampas kembali blueprint agar tidak jatuh ke atas tangan yang salah.

Nazira melepaskan pegangan Aryan. "Awak rasa saya kena terima awak balik?" tanyanya dengan senyuman seolah-olah mengejek semula Aryan.

Aryan mengangguk laju. "You cant leave me just like that"

"Langsung tak boleh?"

"No" geleng Aryan. "Ah, tapi, kalau awak nak pergi tandas tu dimaafkan"

*****

"Hah!" Senyumnya. Matanya daripada tadi ralit memandang skrin yang dirakam cctv. Kelihatan sosok lelaki yang mengendong seorang wanita keluar daripada bangunan auction.

Dia kemudiannya berpaling. Memberikan arahan sambil tersenyum. Kelima-lima orang yang berada di hadapannya mengangguk serentak. Di badan mereka penuh segala jenis senjata.

Permainan bermula.

*****

Nazira membetulkan rambut depannya. "Apa-apapun, orang yang ekori kita tadi dekat luar bilik dah tak de. Tapi lebih selamat kalau kita keluar seorang demi seorang"

Usai berbicara, Nazira melontarkan pandangannya kepada Aryan. "Awak stay sini ke?"

Aryan menggeleng. "No". Bahkan dia sendiri tidak tahu ada orang di luar. Seperti yang dia jangka, Nazira memang ejen terlatih. Nampaknya, dia tidak boleh remehkan kekasihnya yang satu ini.

"Kita tak boleh sampai orang nampak kita keluar berdua. Saya keluar dulu, lepas 5 atau 10 minit, baru awak keluar" walaupun mulut Nazira yang sedang bercakap, namun tangan milik Aryan yang bergerak. Daripada tadi, Aryan sibuk membetulkan rambut Nazira. Dibelai-belai. Dialihkan ke kanan. Ke kiri pula.

"Kenapa tak saya yang keluar dulu, baru awak keluar. Saya boleh tunggu awak dekat lorong tingkat 1" ujar Aryan, serius.

Mata Nazira terus terkunci di wajah Aryan. "Kenapa? takut saya larikan diri lagi?" Aryan diam. Dia gigit bibirnya sendiri. "I'll take the answer as yes" sambungnya lagi.

"Kalau awak still plan nak stalk saya, better kita keluar sama-sama je. Pack your stuff, just jangan jalan dekat sangat dengan saya" Nazira terus berjalan menuju pintu bilik sambil diekori oleh Aryan sejauh 1 hingga 2 meter.

"Huh?" beberapa orang berpakaian lengkap bersenjata sedang berkawal di luar. Dengan gaya biasa dan ekspresi wajah terkawal, Nazira mengajukan soalan kepada seorang tetamu yang berpapasan dengannya.

"Excuse me, Ma'am. Majlis dinner dah ready ke? Ah, lagi satu, ni jalan ke grand hall ke? " senyumnya manis. Aryan di belakang sekadar memerhati.

"Oh my, you haven't heard it yet? dengar-dengarnya, majlis dinner ditangguhkan. Sekarang, semua tetamu diminta tinggal kat bilik masing-masing..Harapnya adalah orang yang edarkan snek ke apa-apa" wanita untuk menunduk hormat bersama suaminya.

"Oh yeke? baik terima kasih"

Apabila kedua-dua pasangan itu berlalu, Nazira langsung menyentuh belakang telinganya. "Ada apa-apa terjadi ke? Apa jadi kepada general-"

"Kauu pergi manaa?! penat aku cari! aku mati-mati fikir kau kena tangkap! kenapa kau matikan Pager?!" Aryan yang jauh 1 meter ni pun boleh dengar suara si Candy sedang berleter.

"Aku- errr. Nanti aku cerita, tadi tu ada hal penting. Sekarang hal general. Apa dah jadi?"

Candy mengigit straw air kotaknya dengan kuat. "Dah tentu ada yang tak kena! Sejak dia balik daripada control room, tiba-tiba suruh semua konco dia kawal satu bangunan, dia block semua jalan keluar, dia scan seorang, demi seorang tetamu!" matanya masih tertancap pada muka salah seorang bodyguard di kaca laptop.

Nazira kemudiannya berpusing dan memerhati segenap pelusuk ruang. "Alright, kau boleh cari jalan keluar tak?" tanyanya.

"Emm, okay main entrance, tak boleh. Sebab situ dah memang sah 20 orang tak kurang. Dekat garden kemungkinan 10"

"Jalan terbaik?"

"Belah utara, ada bangunan usang dekat dengan dining hall lama di tempat kau. Second room daripada kiri, dinding dia nipis jadi senang kau nak pecahkan. Last, lompat turun. Nanti ada kereta dekat situ yang tunggu kau"

Nazira senyum. Itulah Candy yang dia kenal. Tak pernah mengecewakan kalau bab bab sebegini. "Okay, macam mana aku nak masuk bangunan lama ni"

"Nanti ada signal, bila kau dengar je terus pusing 180 darjah, and lari terus"

Kening Nazira terangkat. "Signal apa"

Candy senyum seperti kerang busuk. "Tuggu jelah, signal ni paling senang nak detect"

Beberapa saat selepas itu, kedengaran bunyi bom meletup betul-betul di bangunan luar. Nazira mengintai ke luar tingkap. . "Haha, this Candy"

Hampir seluruh tumpuan pengawal beralih. Ini masanya.

Setelah sampai di tempatnya, Aryan tiba-tiba bersuara. "Ni ke dinding yang kena ditumbuk?" Nazira mengangguk. Dia sudah bersedia hendak mengayunkan tangannya yang sudahpun dikepal.

Bam!

Namun tindakan Aryan jauh lebih cepat. Dan kekuatannya, no joke! memang berlubang besar terus. "Sekarang apa? lompat ke"

Terkedu-kedu Nazira melihat Aryan. "Err-yeah"

Tangan sasa milik Aryan laju melingkar di pinggang Nazira. "Eh?!!"

"Duduk diam, kita turun sama-sama, pegang kuat -kuat"

Bukan itu masalahnya! tapi gaya yang sedang Aryan dukung itu gaya princess bride! memang memalukan! "A-Aryan, turunkan saya. Saya boleh lompat sendiri!" kabut jadinya si Nazira.

"Biar saya tanggungjawab. Awak pun kena jimat tenaga" balas Aryan. Dia berjalan menghampiri lubang dinding.

"Eh! turunkan saya, saya boleh je turun sendir-"

"Shut up, honey" bibir milik Nazira senyap. Dikunci dengan bibir Aryan. Lelaki itu terus terjun ke bawah tanpa melepaskan bibirnya daripada milik Nazira.

"Well, apa yang jadi dekat sini ni? Ah, lantaklah. Cepat masuk!" kereta hitam yang dipandu shadow berhenti dihadapan mereka, keluhnya bertambah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience