Slurrpp
Nazira menyedut air kotaknya. Dia sedang duduk di bangku berdekatan air pancuran. Matanya memerhatikan orang di sekeliling. Ada yang berjoging, ada yang berbasikal, ada yang beriadah dengan keluarga.
Matanya tertancap pada seorang lelaki. Arah jalannya seperti menuju pada dirinya. Nazira terus meletakkan air kotak di sebelahnya bersiap sekiranya ada sesuatu buruk berlaku.
Dush!
Seorang lelaki bertopi melanggar lelaki itu. Kedua-dua mereka jatuh ke tanah. "Im sorry.. im sorry.. saya tak sengaja. Awak okay?" ujarnya risau. Lelaki tadi menggeleng.
Dia terus bangun dan beredar. Nazira tersenyum. Lelaki bertopi tadi kemudian berjalan kearahnya dan duduk di sebelah.
"Aku tahu kau akan datang" ucap Nazira sambil menhirup kembali air kotak.
"kan Candy?" sengih Nazira.
"Lama tak jumpa kau. Aku nak peluk tapi tunggu balik akademi dulu ek" ujar lelaki itu. Rambutnya yang putih diikat kebelakang.
"Kita patut buat majlis reunion ni. Dah setahun tak jumpa kau" Candy berbicara santai. Dia mendongak memandang cahaya matahari. "By the way, negara kau ni panas juga eh. Ikutkan hati, aku nak telanjang je tadi"
"Ceh. Kau nak goda siapa pula ni? "
"Siapa siapa je. Asal bukan perempuan"
Nazira mengerling ke arahnya. Candy, agen rank-S yang sering bersamanya sejak pertama kali masuk ke akademi. Namun, Candy mempunyai masa silam dibuli oleh beberapa budak perempuan hanya kerana rupa parasnya lebih cantik dan lebih buruk, dia adalah lelaki.
Untuk pertama kali dia berjumpa Candy, lelaki itu amat membencinya. Namun hari ke hari, misi ke misi, mereka menjadi teman rapat. Agensi juga menyedari keakraban mereka. Untungnya, pihak agensi suka memberikan misi yang mereka boleh lakukan bersama.
Kebanyakan agen rank bawah sering menyebut mereka Duo Maut. Kalau sudah bersama, misi yang sepatutnya diselesaikan dalam tempoh 1 jam, mereka boleh persingkatkan masa menjadi 30 minit.
Itulah kelebihan Nazira dan Candy. Duo tak terkalahkan. Manakala, untuk Shadow, dia lebih suka misi secara bersendirian. Masih, mereka tetap teman rapat.
****
"Tidaaaakk" rengek Aryan di meja kerjanya sendiri. Mukanya disembamkan ke timbunan kertas. Tangannya menepuk-nepuk meja.
"Silakan" senyum Lim seperti mengejek. Aryan mencuri pandang pada gadis itu. "Kau balas dendam ke pada aku?"
"Eh.. apa bos ni. Mana ada. Saya okey je bos tinggal kerja berlambak dekat saya semalam" Lim memberikan senyuman manis. Sah! Lim balas dendam.
"Aku bukan sengaja. Aku spend time dengan girlfriend aku" Aryan membuat muka sayu. Semalam, dia memang menghabiskan masanya bersama Nazira di rumah. Tonton televisyen, masak bersama, tidur bersama, main game bersama. Semuanya bersama lah!
"Oho? anda fikir saya tiada pakwe?" Lim menjeling pada bosnya. Geramnya semakin menjadi-jadi. Sudahlah si Aryan suka bagi kerja yang memisahkan dia dan Syed Ardha. Sudah tahu mereka bercinta, suka hati saja pisahkan. Cemburu, cakap!
"What the.. ee" Aryan menyembamkan kembali mukanya. Tangannya mencapai telefon pintar. Skrin dibuka dan nama Nazira ditaip.
****
"Kau buat apa?! jadi girlfriend mamat tu? Ah-" Suara Candy yang agak kuat membuatkan Nazira terpaksa menekup mulutnya. "Diam lah. Kat Malaysia banyak kaki gosip. Senyap sikit" ujarnya.
Candy mengalihkan tangan Nazira. "Tapi, seriuslah kau dengan dia.. tu tu" kali ini, suaranya sudah diperlahankan.
Nazira mengangguk. "Kiranya aku jalankan operasi honey trap". Candy menggeleng. "Jangan sampai jatuh cinta betul-betul sudah"
'Tak akan' bisik hati Nazira. Dia tak ada langsung niat nak jatuh cinta. Ada masa berbaki 5 bulan. Berpura-pura jadi girlfriend Aryan pun dah cukup untuk korek rahsia.
Bzztt..
Telefon milik Nazira berdering. Candy terus menghirup air minumannya. Selepas berjumpa di taman, dia dan Nazira membuat keputusan untuk ke sebuah cafe memandangkan dirinya tidak tahan panas. Mahu air-cond saja.
"Hello, Aryan" Candy tersedak mendengar nama lelaki itu. Nazira terus meletak jarinya di mulut menyuruh Candy untuk senyap.
"Jom jumpa sekarang" kening Nazira terangkat. 'Dah kenapa dia ni'
"Saya tengah dengan kawan. Nanti malam kita jumpa" ujar Nazira. Banyak lagi informasi dan benda nak bincang dengan Candy.
"No.. sekarang. Mana lagi penting? kawan ke boyfriend"
'kawan' ujar Nazira didalam hati. Kalau kata jujur nanti ada yang mengamuk. "Boyfriend" balas Nazira terpaksa.
"See? awak kat mana? Saya ambil" Nazira boleh mendengar suara Aryan yang sepertinya lega dan gembira.
Nazira mengerling ke luar kedai. "Tahu cafe Mariam sebelah traffic light? haa situ"
"Okey. Stay there. Don't move" panggilan diputuskan.
'Ingat aku apa? budak-budak?'
"Kau punya boyfriend tu nampak macam posesif je. Risau pula aku dengan kau. Jangan sampai tak boleh nak jalankan misi nanti" Candy memotong kek menggunakan garfu dan dimasukkan ke dalam mulut.
'Emmm, sweet!' Candy tersenyum. Memang sudah cita rasanya suka makanan manis. Itulah juga sebabnya dia memilih nama samaran 'Candy'. Nak pilih 'Sweets' takut kena gelak.
"Jangan risau, sebelum dia halang, aku akan siapkan dulu misi" Nazira turut menyuapkan kek ke dalam mulutnya.
****
Aryan bangun daripada kerusinya. "Okay bye anak anak. Saya nak pergi dating! Kerja elok-elok" ujarnya selamba. Lim terus berlari menahan pintu. "Kau nak pergi mana haa"
Dia tak mahu Aryan sekali lagi mencampakkan semua kerja kepada dirinya. Sudahlah pening dengan segala hal syarikat, Aryan pula susah nak bagi cuti untuk dia dan Syed.
"Bagi aku lalu. Minggu depan aku bagi kau dengan Syed cuti. Datinglah puas puas kau. Sekarang bagi aku lalu" Aryan menolak Lim ketepi.
"Serius eh?" Aryan mengangguk. Lim dengan ceria melepaskan tangannya. Staf-staf lain sudah menggeleng melihatkan bos dan sekretarisnya itu.
Aryan terus menuju ke kereta dan dipandunya selaju mungkin. Setibanya di hadapan Cafe, dia melihat Nazira melambai pada seorang lelaki bertopi.
Nazira membuka pintu kereta dan masuk. "Siapa laki tu?" tanya Aryan tiba-tiba. Nazira sudah berkerut dahinya. "Kawanlah. Bukan dah cakap ke?"
"I thought it was a girl?" Nazira menepuk dahinya. Dia tidak ada mood hendak menjelaskan segalanya.
Lantas dia mengunci mulut Aryan dengan menggunakan mulutnya sendiri.
Aryan terkejut namun tetap membalasnya. "So, its just really a friend" tanya Aryan. Tangannya sudah berada di pinggang Nazira ingin peluk.
"Yeah it is. Kenapa saya nak lambai skandal depan boyfriend? Logik kan hilang tu" Nazira mengelus pipi Aryan perlahan. Tidak mahu lelaki itu terus membuat spekulasi sendiri.
"Oh.." Aryan mendekatkan badan Nazira ke dirinya. Mulutnya mengucup dahi gadis itu.
"So, where are we going?" tanya Nazira sambil cuba melepaskan pegangan Aryan.
"Mana-mana awak nak. Kita habiskan je masa sampai malam"
"Eh? malam saya kerja pukul 1" balas Nazira. Aryan merenungnya. "Lagi? bukan dah berhenti?"
"Lepas awak heret saya balik rumah, saya dah dipecat lah. Tapi dapat job baru"
"Ah... yelah yelah. Sampai pukul 6 je. Jom" tangan kiri Aryan memegang tangan Nazira. Manakala tangan kanannya fokus untuk memandu.
'Ni.. date ke?' Nazira mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Pipinya serasa panas. 'No its not. Aku tak pernah jatuh cinta' Nazira berdehem perlahan.
'It can't be... right?'
***********
Share this novel