"Awak nak keluar ke?" Nazira berpaling. Aryan yang baru saja selesai memasak mendekati dirinya. Dia memakai apron pink berbelang putih.
"Pfft" Nazira menutup mulutnya sambil menahan ketawa. "Arggh" tiba-tiba badan Nazira ditarik dan dalam sekejap sudah berada didalam dakapan Aryan. "Im asking you, are you going out?"
Aryan memandang Nazira yang sudah siap berbaju kemeja putih. Pakaian Nazira sudah seperti orang kerja pejabat.
Nazira mengangguk. "I got a work to do" dia mengalihkan mukanya. 'What kind of hug is this! '
"Balik bila?" Aryan memeluk Nazira daripada belakang. Dia mencium bau daripada rambutnya. Wangi.
Nazira mengerling pada jam tangannya, "malam pukul 2 paling lambat" Aryan menjauhkan badan Nazira secara tiba-tiba. Dia memusingkan badan gadis itu menghadapnya.
"Pukul 2? itu bukan malam dah. Itu pukul 2 pagi" dahi Aryan berkerut. "Awak buat kerja apa ni sampai balik pukul 2?"
"Simple je. Today is my first day work. Takkan nak langgar macam tu je. Susah nak dapat tawaran" Nazira melepaskan tangan Aryan daripada menyentuhnya. Aryan mengeluh.
"Yelah, jaga diri. Do you want me take you there? " Nazira menggeleng. "It's okay, i can do that" . Aryan sekadar mengangguk.
****
"Pastikan jangan buat kesilapan biasa. Jangan sampai terlanggar orang. Kalau ada yang mabuk, cuba sedaya upaya untuk tolong" lelaki dihadapannya memberikan arahan. Nazira mengangguk. "Baik".
Dia berjalan keluar. Dia menerima kerja sebagai pelayan tetamu di sebuah majlis. Sudah tentu, tawaran ini disediakan agensinya. Di sekeliling, orang ramai sedang bersiap-siap memasang khemah dan menghias meja.
Suasana mewah majlis meyakinkan Nazira tentang target yang perlu dihapuskan adalah orang berada. Dia mengerling jam di tangannya. Mengikut arahan, dia perlu selesaikan sebelum jam 1 pagi esok.
Sekarang jam menunjukkan pukul 6 petang. Masih berbaki sejam setengah untuk majlis dimulai. Meskipun begitu, sudah ada beberapa orang tetamu sampai terlebih dahulu.
'Well, aku tidur nyenyak semalam. Bolehlah berjaga sampai esok' senyum Nazira sambil matanya melilau memerhatikan sekeliling majlis.
Tiba-tiba matanya terasa menangkap susuk tubuh yang hampir seiras dengan Aryan Arnande. Dia memandang ke arah penjuru khemah sekali lagi.
Tiada.
'Aku salah pandang kot. Takkan si Aryan tu nak datang. Dia ada hal kan malam ni' Nazira menggeleng kepalanya. Dia berjalan masuk semula ke dewan utama.
****
"Kau asal ni, haha! majlis orang ni, kau jangan buat hal pula" lelaki berambut putih menegur Aryan. Berpakaian suit hitam. Wajahnya hitam manis. Aryan menggeleng kepalanya. "Girlfriend aku kerja sampai 2,3 pagi"
"Gi- what?? kau? ada girlfriend. Haha, tipu" Aryan menjeling. Lelaki itu mengangkat tangan tanda surrender. Kalau mahu gaduh dengan Aryan, memang silap besarlah. "Bila kau dapat? dari mana? lawa?"
"Syed, kau tanya banyak ni fikir aku ada mood ke nak jawab" Aryan mengambil segelas air daripada pelayan. Dia meneguk perlahan. Lelaki yang dikenali sebagai Syed Ardha tersengih sambil meletakkan tangannya ke atas bahu Aryan.
"Kasihan. Dapat girlfriend suka balik lambat" Syed menggeleng kepalanya. "Aku tambah kerja dekat si Lim nanti. Kau tunggu" Syed terus membulat matanya. Lim, girlfriend Syed. Kedengaran seperti nama lelaki tetapi Lim adalah perempuan normal berambut pendek dan tomboi.
"Kau jangan. Aku sekeh kepala kau nanti kalau kau kerjakan Lim aku" Syed merenung tajam Aryan.
"Heee... kisah pula aku. Aku majikan dia hoho! " Aryan meneguk lagi airnya. "This dude!" geram Syed melihat rakan baiknya yang satu ini.
"Aryaaaaan" Aryan kelam kabut mendengar suara yang amat dikenalinya. Dia menundukkan kepalanya sambil bergerak perlahan. Tiba-tiba bajunya ditahan Syed. "Kau nak pergi mana, Aryan?"
'Arghhh this man!' jerit Aryan dalam hati. Dia bangun semula. Seorang wanita berpakaian dress serba hitam meluru ke arahnya. "What's now, Maya?" keluh Aryan.
Maya menampar belakang Aryan. "Tak guna kau. Larikan diri, ek?" dia senyum geram. "Dahtu, kau kalau tak minta aku carikan girlfriend untuk kau, ada benda lain ke?" jawab Aryan dingin.
'Kalau kau suruh aku carikan lelaki takpa lagi. Lesbian tu aku tak kisahlah, ni aku yang kena carikan jodohnya. Tak pasal-pasal yang perempuan tu nak bukan kau, tapi aku! aku! ' jerit hati Aryan.
Dia sudah lama menahan geram. Banyak wanita mengecopnya buaya darat hanya kerana si Maya.
****
Nazira mengerling jam di tangannya. Jarum jam telahpun selamat mendarat di angka 8. Dia memakai sarung tangan hitam.
'It's time for work' senyum Nazira. Tidak pernah sekalipun dia tidak teruja apabila mendapat tugasan sebegini. Dapat seronok, dapat duit.
Dia bergerak lagak seperti pelayan biasa. Nazira bergerak menuju tingkat atas. Daripada balkoni, dia menjenguk ke bawah.
Targetnya adalah perempuan berambut merah. Matanya mencari-cari seseorang dengan rupa dan rambut seiras.
'Nice' matanya tertancap pada gadis bergaun ungu yang sedang duduk di
bangku. Dia turun semula ke bawah.
Dengan membawa dulang air, Nazira berjalan ke arahnya. "Cik, you look so beautiful with your red hair.. " Nazira memandangnya dengan tidak berkelip. Riak di wajahnya seakan-akan teruja.
"Yeah, the red colour suit me. But ughh orang yang kemaskan rambut I macam tak pro" ujarnya sambil tangannya terkial-kial ingin membetulkan kedudukan rambutnya.
'Of course, theyre my people' Nazira masih mengekalkan senyumnya.
"Mind if I do it? saya pernah kerja salon sebelum ni" tawar Nazira. "No its okay" gadis itu menolak. Dirinya tidak yakin melihat Nazira yang hanya bekerja sebagai pelayan.
"Please.. I love to style people's hair" rayu Nazira. Dulang airnya sudah diletakkan di atas meja. Gadis itu mengeluh seraya mengangguk. "Kalau tak cantik, siap you!" Nazira senyum.
Dia melepaskan ikatan rambut gadis itu. Tangan kanannya mengeluarkan jarum dari sebalik pin rambutnya. Dia menarik rambut merah itu keatas dan mencucuk leher gadis itu menggunakan jarum.
"Auch! what are you doing??" jerit gadis itu. "Ah, im sorry, pin nya terkena leher cik. I will be careful" Nazira menarik dan menyimpan semula jarum. Dia mengemaskan ikatan rambut dan menambah beberapa aksesori.
"Done!" ujar Nazira teruja. Gadis dihadapannya terus mengeluarkan cermin kecil dari beg. "Uhmm not bad! lawa!" senyumnya.
Nazira mengangguk. "I'm happy to serve you! " dia segera meminta izin untuk menghantar gelas air kepada para tetamu lain.
Setelah berada sedikit jauh daripada orang, jarinya menyentuh belakang telinga. "This is Mice, target berjaya diracun. Target akan hilang kesedaran selepas 5 minit. Done. "
Dia kembali semula. Nazira duduk di kerusi sambil berpura-pura melepaskan lelah.
"Nazira?" seraya Nazira mendongak. Di hadapannya, Aryan Arnande muncul dengan riak aneh. Di tangan lelaki itu, dia memegang bahu gadis bergaun hitam yang kelihatannya sudah mabuk.
"What are you doing here?"
***********
Please support karya Juney
Share this novel