"Someone look happy" Nazira yang sedang mengunyah nasi goreng mengangkat kepalanya. Candy tersenyum sambil menongkat dagu. Pada pandangan Candy, muka Nazira bersinar-sinar dan berkilat bak permata yang selalu digilap.
"Maksud kau?" Nazira mengelap mulut menggunakan tisu. Dia meletakkan sudu dan garfu ke pinggan.
"Aryan mesti jaga kau dengan baik sangat ni. Manjakan kau macam ni. You look well, girl" sambung Candy. Dia sudah bertahun bersama Nazira namun ini pertama kali baginya melihat gadis itu riang dan ceria selalu. Walaupun tidak ketawa atau senyum, Candy dapat melihat mood bahagia Nazira.
'Hmm.. aku memang kena spoil dengan Aryan. I guess its nice sometime..' fikir Nazira. Aryan sering membawanya berbelanja, memberikannya hadiah, memasak. Lelaki itu sentiasa menepati kata-katanya. Kalau Aryan kata esok shopping, shopping lah.
Tangan Nazira hendak mencapai makaron yang berada di hadapannya. "But Mice, kau kena ingat. Kita tengaj dalam misi" terhenti tangan Nazira mendengarkan kata-kata Candy.
"Aku tahu.. " jawab Nazira perlahan. Dia mengambil makaron berwarna merah jambu.
"Okay.. aku ingatkan je. Kalau kita bukan tengah misi, aku tak halang pun kau nak bercinta dengan sesiapa. Masalahnya, kita tak tahu lagi Aryan tu sahabat atau musuh. Kalau musuh, kau sendiri kena tamatkan dia, Mice" Candy menyedut air Teh Ais. Matanya masih memandang Nazira.
Nazira mengangguk perlahan. Tiba-tiba, hatinya terasa sedih, berat, teragak-agak, marah dengan diri sendiri. Namun, dia tidak tahu mengapa hatinya begitu. Tangannya menyentuh dada. 'What's wrong with me? aku tak mungkin jatuh cinta.. so why?'
Candy dapat merasakan perubahan suasana hati Nazira. "Okay, enough chatting. I got to go. Nasib baik Aryan kau tak terlalu posesif sampai tak bagi jumpa member sendiri" ujar Candy.
"Itu.. sebab aku cakap dekat dia yang kau sebenarnya gay" diam tak berkutik Candy. "Sorry.. kau apa?"
Ya, memanglah dia tertarik pada lelaki saja, tapi sampai beritahu Aryan?
"Well, itu kenyataan dan tak ada kaitan pun dengan misi" selamba Nazira membalas. Candy mengepalkan penumbuknya. "Kau ni Mice.. mulut tu"
"Kata nak pergi tadi. Pergilah" tangan Nazira menghalau Candy. "Shuh..shuh.."
'This girl.. nasib kau kawan aku' Candy terus berjalan meninggalkan Nazira. "Oh, kalau nak aku kenalkan dengan lelaki hensem bagitau!" jeritan Nazira membuatkan beberapa pasang mata tertuju ke arah mereka.
'Tak gunaaa.... Mice!' jerit Candy di dalam hati. Dia sekadar mampu berpura-pura tidak dengar saja. Sukar juga dapat kawan jenis macam ni.
Nazira tersengih sendirian. Namun senyumannya mati apabila teringatkan kata-kata Candy tadi. Fikirannya menerawang memikirkan Aryan.
Hatinya terasa berat. Dia tahu ini sekadar tugas misi, namun entah mengapa dirinya sudah tertarik dengan lelaki itu.
'Andailah hubungan aku dengan Aryan adalah ikhlas dan betul-betul kerana jatuh cinta' keluh Nazira. Dia mengangkat punggungnya daripada kerusi dan berjalan keluar.
Hari ini dia memilih untuk pulang berjalan kaki. Ingin menikmati pemandangan sekitar. Sudah lama dia meninggalkan Malaysia. Sejak dia berumur 11 tahun. Ya, sejak itu.
Sejak kejadian hitam yang menimpa dia dan keluarganya. Dan kerana itu, dia dibawa meninggalkan tanah air dan hidup di luar lebih daripada 15 tahun.
"Akak! akak!" Nazira memandang kepada seorang anak kecil yang berlari ke arahnya. Budak perempuan itu menayangkan pelbagai gelang ke arahnya. "Akak nak beli?" dia tersenyum sambil menunjukkan giginya.
"Mira! jangan datang kat orang macam tu jee! Adik, akak minta maaf ya anak akak memang macam ni" seorang wanita berusia lebih kurang 30-an menunduk dan memohon maaf berkali-kali. Dia menarik tangan gadis kecil itu untuk beredar.
Tangan Nazira laju menahan. "Nanti". Jari telunjuknya menunjuk ke arah gelang itu. "Saya nak beli dua"
Gadis kecil itu tersenyum riang. "Kalau akak beli dua, harganya rm10!" dia menunjukkan koleksi gelangnya. Nazira memilih gelang bermanik putih hitam.
"Terima kasih dik beli barang anak akak ni. Walaupun tak seberapa cantik" Nazira senyum manis. Dia melambai kepada mereka.
Dia memakai gelangnya di tangan sementara satunya lagi disimpan ke salam poket seluar. Kakinya terus melangkah berjalan.
****
Nazira mengunci pintu rumah. Dia membuka kasutnya dan meletakkan di rak kasut. Untuk seketika dia memandang ke segenap penjuru ruang.
'Memikirkan aku akan tinggalkan tempat ni tak lama lagi, sedih juga. Im gonna miss this..' hatinya berkata sendiri.
Dia mencari-cari kelibat Aryan. Ruang tamu, tiada. Dapur, tiada. Tandas, tiada. Bilik tidur, tiada.
"Aryaaan!" panggilnya berulang kali. Seingatnya, Aryan tak ada pergi pejabat hari ini. Lelaki itu ada berpesan mahu duduk rumah saja. Mana pula perginya orang itu.
'Ah.. biarlah. Dia keluar kejap kot' Nazira merebahkan badannya ke sofa. Matanya perlahan-lahan ditutup. Sedar tak sedar, sudah tertidur.
****
"Nazira.." Nazira membuka matanya. Dia melihat Aryan sedang berada disampingnya. Dan, sejak bila dia berada di katil?
"Awak angkat saya ke?" macam mana dia boleh tak perasan. Aryan mengangguk sambil membelai rambutnya.
"Are you hungry? Im sorry. Saya keluar tadi beli makanan. Sekali-sekala kita makan makanan luar pula" Aryan merendahkan kepalanya dan mengucup dahi gadis itu.
Aryan bangun. "Tunggu sini, saya bawa masuk bilik makanannya" baru sahaja Aryan hendak bergerak, tangannya ditarik Nazira.
Aryan duduk kembali. "Kenapa, Nazira?" Nazira menundukkan kepalanya. Tangannya menyeluk poket dan mengeluarkan gelang yang dibeli tadi. Dia memakaikan di pergelangan tangan kanan Aryan.
Nazira turut menggoyangkan tangan kanannya. "I have it too" senyumnya. Aryan terdiam. "So.. is this a matching bracelet". Pipi Nazira mulai memerah. Dia mengangguk. "Tak mahal pun. Beli tepi jalan je. Saya terbeli extra" Nazira cuba menukar jalan cerita.
Muka Aryan berubah menjadi ceria. Dia memeluk Nazira. Berkali-kali pipinya diserang bibir lelaki itu. Tiba-tiba Aryan berhenti. "Bagi sini tangan" . Dahi Nazira berkerut namun tetap dihulurkan.
Aryan menanggalkan gelang daripada tangan Nazira lalu dipakaikan semula dan telapaknya dikucup lama. "What are you doing?" soal Nazira.
"Awak pakaikan untuk saya, so saya kena pakaikan untuk awak" Nazira ketawa kecil. "What are you? a kid?" dia memeluk Aryan.
"Yeah. A very clingy kid. But only with you" Aryan membalas pelukan Nazira. "Wait here, I'll come bring the food" Nazira mengangguk.
Selepas Aryan keluar daripada bilik, telefonnya bergetar. Nazira mencapai lalu dibuka aplikasi pesanan.
Ada saksi nampak kumpulan Balko kat satu spot. Mereka tengah jalankan deal. Join dan kumpulkan maklumat semampu boleh. Candy, Mice dan Shadow bertugas dalam misi kali ni. Deal dijalankan selama 3 hari. Stay there sampai deal tamat - Agensi
Nazira menutup telefonnya.
'3 hari..'
Share this novel