Nazira melepaskan keluhnya . "what are you doing here, Aryan?" Dia menolak lengan milik Aryan Arnande. "Awak tahu tak tempat ni macam mana? Bahaya"
Wajah lelaki itu kelam. Dia menggigit bibirnya sendiri. "Itu yang awak nak cakap?"
"Lepas tinggalkan saya macam tu je, itu yang awak nak cakap?!" terkejut dengan suara Aryan yang tiba-tiba meninggi, bahu Nazira tersentak.
"Eh?" Lengan Nazira terus ditarik merapat. Kepalanya dibawa mendekat. Bibirnya dijamah. "Mmhm!" Nazira memukul dada milik Aryan.
Aryan sudahpun menutup mata, menikmati bibir yang dia rindu hampir setiap hari. 'please don't leave me, Nazira. Please don't leave me' hatinya menjerit. Tangannya yang memegang belakang badan Nazira dirapatkan lagi. Dia tidak mahu lepaskan gadis ini lagi.
Dia tidak mahu Nazira pergi lagi. Kkak!
"Argh!" terjerit Nazira apabila hujung bibirnya digigit sehingga berdarah namun cepat-cepat dijilat Aryan.
'Lelaki ni gila! gila gila!'
"S-stop!" Kali ini, Nazira menolak kuat Aryan. Akhirnya, pelukan mereka longgar. Dia perlukan udara. "Hah..haah..hah.." Tercungap-cungap dia dan Aryan.
Nazira mengelap bibirnya menggunakan belakang telapak tangannya. "Saya.. haa.. saya dah tengok semua nama dekat senarai dan saya yakin tak ada pun nama awak.. bilik ni milik usahawan jepun"
Aryan menyentuh hujung rambut milik Nazira. Dia senyum. "Itu sebab saya tak guna nama sebenar saya. Awak fikir saya bodoh sangat ke guna nama sendiri, sedangkan saya tahu orang yang saya nak kejar tu dekat sini"
Nazira menjeling. "Then, macam mana awak ada dekat sini "
"Ha!"
3 hari yang lepas..
Aryan merenung pulau yang semakin dijauhinya. "Nazira.."
Dia mengalihkan pula pandangannya kepada pemandu bot. Cuma ada seorang pemandu bot. Memang bodoh betul.
'Aku yakin ada satu lagi pulau terdekat. Chopper pun ada dekat situ. Ni peluang aku. Nazira sayang, Im sure you are one of top Agent, but, bila berbicara tentang cinta, I win"
"Cause i love you more than you do."
Dia memandang ke arah bagasinya. Seingatnya dia ada menyimpan pistol milik Nazira di celah-celah baju. Niat awal hendak dikembalikan, namun dia terlupa. Nazira juga tidak meminta.
"Excuse me, boleh tolong buka tali ni tak? I think im getting a bit seasick here. Please"
Pemandu bot memandang ke belakang. Dia sedang mempertimbangkan keputusannya. "Please, dekat mana lagi saya boleh lari? ni tengah-tengah lautan" ucap Aryan sambil berpura-pura loya.
"Hmm"
Berjaya. Aryan bergerak ke arah bagasinya sambil batuk kecil.
K-chk. Pistol dihalakan ke kepala pemandu bot. "Im sorry, tapi aku memang kena buat macam ni"
"Turn the bot around. Pergi ke pulau terdekat sekarang" arahnya dengan wajah serius.
******
Coastal Village, Ellaz, Central America.
"Ah. dah nak gelap" Aryan memandang pemandangan di tepi laut yang semakin memerah. 'Aku patut cari hotel terdekat, dan fikir benda ni esok'
Dia berjaya menahan teksi dan masuk. Namun belum sempat dia beritahu arah destinasi, dahinya diacu pistol. Hah! rompakan.
Hendak tak hendak, dia serahkan dompet dan telefon miliknya. Segala harta yang ada dengannya. Pistol milik Nazira tadi sudah diserahkan kepada pemandu bot. Pemandu bot pun bukanlah orang milik Nazira, hanya botnya saja ditempah. Sesenang itu je. Kalaulah dia tahu..
Aryan berjalan dan duduk di bangku tepi jalan. Langit sudahpun menutup tirai siang. "Bagus. Duit tak ada. Telefon pun tak ada untuk call orang"
Dia melepaskan keluh beratnya. "Haaahhh"
'Aku sendiri tak tahu mana arah jalan walaupun ni tempat asal aku mendarat'
'Bahkan tempat ni langsung tak ada ciri-ciri tarikan pelancong. Memang takkan ada kereta yang lalu'
Aryan menyandarkan kepalanya. Dia betul-betul runsing dan penat.
"Aku betul-betul penat.. penat sangat. Tapi.." Aryan membuka matanya.
"Aku tak menyesal lepaskan diri daripada bot tu. At least, aku ada peluang untuk kejar Nazira"
Sedang-sedang mengelamun sendiri, tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta.
Pinnn!
"Hey, Tuan Aryan!"
******
"Salah satu daripada partnership company dulu kebetulan ada dekat situ sebab ada research hendak dibuat"
"Dia bagitahu saya dia kena jemput untuk masuk party ni. Kebetulan, saya tahu awak akan datang sini. Disebabkan dia datang untuk research, bukan party, saya ganti dia"
Nazira ketap bibir. Dia mengalihkan pandangannya. "Awak datang sini bawah nama orang lain. Dan, usaha awak sia-sia sekarang"
Lengannya dipegang Aryan. "Awak pun tahu, kalau saya datang balik dekat pulau tu, awak akan halau saya keluar lagi sekali. Saya tak ada cara lain"
"Saya tahu satu-satunya cara nak dapatkan awak, nak jumpa balik dengan awak, adalah bertemu dalam keadaan orang ramai macam ni. Macam party ni"
Nazira kekal menutup mulutnya. Dua tidak lagi memandang anak mata milik Aryan.
Aryan langsung beralih memegang kedua-dua tapak tangan milik Nazira. "Darling, don't underestimate me. Saya mungkin dah hilang awak sekali, tapi saya takkan lepaskan awak kali ni dan sampai bila-bila"
Aryan menolak Nazira ke dinding. "Sekarang, saya tahu. Tak kisahlah saya bagi awak masa ke, bermanis kata dengan awak macam mana sekali pun, awak akan tetap tinggalkan saya. Tapi mulai dari sekarang.."
Tangan Nazira yang kecil dikunci dengan hanya satu tangan milik Aryan. Nazira terperangkap.
"Saya tak akan dengar apa pun awak cakap, saya tak kisah apa yang awak kejar, misi awak ke, matlamat awak sekalipun saya takkan dengar"
Aryan merapatkan mukanya sekali lagi dengan Nazira. "Saya dah dapat awak sekarang, saya dah boleh sentuh awak. Hanya dengan mengetahui perkara tu je, saya tahu saya takkan lepaskan awak"
Riak wajah Aryan bertukar serius. "Perlu ke saya patahkan kaki awak? perlu ke saya kurung awak? perlu ke saya brainwash awak? Tak kisahlah apa cara sekalipun, kali ni.."
Aryan mencium dahi Nazira. "Saya takkan lepaskan awak"
"Nazira.. I love you.. so much" bibirnya kemudian mengucup lembut bibir milik Nazira.
Dia rindu.
Share this novel