Chapter 17

Romance Completed 1450

"Wait here, I'll get icepa-"

Bam! belum sempat Aryan menghabiskan kata-katanya, Nazira telah masuk ke biliknya. Pintu turut dihempas kuat.

'Apa? dia terus masuk ? '

Aryan terus mengetuk pintu bilik wanitanya. "Nazira, buka! I said I'm sorry already! please, open the door!"  jeritnya sambil memukul pintu.

"Nazira! keluar"

Di dalam bilik, Nazira menyelimuti badan sambil tangan menyentuh pipi.  Dia sudahpun baring di atas katil.

"Ah.." pedih.

Berdenyut-denyut pipinya. Namun, hatinya lebih pedih menerima tamparan dan tumbukan hebat daripada lelaki itu. Walaupun dia tahu itu adalah tak sengaja, tetap saja hatinya terasa. Hati perempuanlah katakan.

Bunyi ketukan sudahpun hilang. Barangkali Aryan sudah penat. Berjam-jam perjalanan pulang sehingga matahari pun sudah tenggelam. Dalam kereta pun, masing-masing mereka diam membisu.

Pagi itu, bunyi ketukan daripada Aryan bersambung.

"Nazira.."

"Bangunlah.. keluarlah.. sarapan pun tak makan" Aryan bersuara sedih. Gadis itu bahkan belum makan malam. Terus saja mengurung diri. Dia tidak sanggup berlama-lama tidak menatap Nazira.

"Nazira.. Saya tahu dalam tu tak ada satu cebis biskut pun awak boleh makan. Keluarlah.." rayu Aryan. Dia meraup mukanya perlahan.

"Haih.. fine. Buatlah cara awak" Aryan berlalu ke ruang tamu. Dia tahu lambat-laun Nazira akan keluar.

Telefon pintarnya dicapai.

****

"Aryan. Kau panggil kitorang ke sini semata-mata untuk buat Nazira keluar? what the- " muka Maya sudah seperti orang menaham makan asam.

"Mana Nazira?" tanya Syed pula. Sejak Aryan pulang terus ke rumah, dia tidak sempat memberi maklumat pada lelaki itu.

"In her room, of course" balas Aryan sambil keluh. Entah sampai bila..

"Heee. Kau patut bersyukur kitorang datang" Maya mengeluarkan kad. Disebabkan dia adalah owner Bar sekaligus ingin menceriakan temannya, dia bawa permainan.

"Shut up. Let's see what you got" balas Syed.  Maya sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk. Tangannya diangkat tinggi-tinggi dan menghempaskan kesemua kadnya.

"Royal straight flush, you sick! hoho!" jeritnya.

"What the heck?!"
"Gilaa!"

Aryan dan Syed terkejut. Jarang-jarang perkara sebegini hendak terjadi.

"Eh, main sekali lagi! aku tak puas!" Syed memaksa.

"Hoho? tak puas dengan kekalahan?" Maya sengih nampak gigi. Jari digosok ke hidung lagak seorang profesional. Well, tak boleh nak nafi.

"Aryan, kau break dengan Nazira kan? sempena kesedihan kau, belanja aku swarovski dengan minyak wangi termahal kau" Maya menunjal bahu Aryan.

"Bila aku cakap aku break? kitorang tak break lah!" balas Aryan, tegas.

Syed mengintai ke belakang. Serasanya ada kelibat yang berlalu ke dapur. Namun diabaikan. Mungkin perasaannya sahaja.

"By the way, macam mana dengan target lain dekat sana?" tanya Aryan kepada Syed.

"Baru sekarang kau nak tanya"

"Ada tangkap seorang pegawai syarikat. Tapi entah macam mana, dia telan racun semata-mata taknak rahsia geng dia bocor. Nak taknak, kena adakan pengebumian juga"

"Of course aku dah selesaikan bahagian tu. Lagipun tak ada ramai pun yang nak join funeral tu. Mujurlah pengebumian tu tak dibabitkan sekali polis. Kalau tak, naya tambah masalah nak settle"

"Oh, really? kenapa tak ajak aku? " Maya mengumpulkan semula kad-kadnya.

"Kenapa nak ajak kau? orang lain menangis, kau ketawa" Aryan menjeling wanita itu. Maya memang lain dari yang lain.

"Macam mana suasana dekat sana?" Mata Aryan berkalih semula pada Syed.

"Kalau kau nak tahu, kenapa kau tak pergi?" Maya menyampuk. Eh dia ni, ada je nak ganggu.

Aryan menjeling tajam. "Whatever. Asalkan dia tak kacau hidup aku dalam rumah ni, sudahlah"

Maya mengesot badannya ke Syed. Telinga Syed ditarik menunduk. "He's terrible. No wonder kena tinggal dengan Nazira"

"Yeah, yeah, that's right"

"This bitch*s.. aku hempuk sekor sekor penyek je hidung tu. Ingat aku tak dengar ke. Tak dapat menghidu perfume aku, baru tahu" Aryan sudah mengambil bantal sofa ingin dibaling namun Maya dan Syed sempat mengelak.

Dia memanggil dua sahabatnya kemari untuk menceriakan kembali moodnya, namun suka benar mereka spoil.

****

Tengah malam, Aryan mengetuk pintu Nazira lagi. Tiada balasan langsung.

"Nazira.. Im sorry. Please. Seharian awak tak makan, tak keluar"

Aryan sudah tidak tahan. Dia bergerak ke ruang tamu. Tangannya mencapai kunci spare untuk bilik Nazira. Dia sudah tidak kisah kalau Nazira ingin memarahinya. Yang penting, gadis itu makan dan memaafkannya.

Pintu bilik dikuak. Gelap. Tangannya meraba-raba suis lampu.

Tap!

Bilik Nazira terlalu kemas. Hatinya berdebar. Dia berjalan dan melihat ke arah katil. Tiada siapa. Dengan laju, dia membuka almari baju, tiada!

Nazira dah lari?

Aryan dengan panik mencapai telefonnya. Berulang kali nombor Nazira didail. Hampa, tiada jawapan.

"Nazira.. Nazira.. why would you do this.."

Dia duduk di sisi katil. Mukanya diraup. Macam mana Nazira larikan diri? Tingkap!

Dia lupa. Nazira adalah agent. Dah tentu, perkara sebegini tak akan mustahil untuk gadis itu. Matanya tertangkap pada sekeping nota di atas meja lampu. Dadanya berombak.

Perlahan-lahan tulisan itu dibaca.

'Aryan,

Maaf tinggal awak tiba-tiba tapi hubungan kita cukup sampai sini. Memang saya nak cakap depan-depan tapi tak sampai hati. Saya terus terang sejak awak dah tahu siapa saya.

Motif awal dan kerja sebenar saya adalah siasat latar belakang awak sama ada awak terlibat dengan Balko atau tidak. Dan akhirnya, awak tak ada kena mengena. Kalau tak, saya sendiri kena habiskan awak.

Saya lega. Saya lega. Sebab saya tak perlu buat macam tu dekat awak. Misi saya sampai situ je. Dan saya kena pulang.

Saya minta maaf dari awal sampai akhir, dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Sebab dah pergunakan awak. Saya minta maaf kalau awak rasa saya pura-pura cinta awak.

Saya.. pun tak pasti perasaan saya sebenarnya apa. Tapi, tipulah saya kata kalau saya benci bila bersama awak. Senyuman saya bukan palsu setiap kali dengan awak.

Terima kasih sebab dah bersama saya dalam dua bulan. Walaupun sekejap, saya bahagia. Gelang tu, awak tolong buang. Saya pun buang. Saya taknak sebab saya, awak tak boleh cari lain.

Tolong maafkan saya. Sayang awak..

-Nazira'

Aryan menggenggam kertas itu lalu dicampak ke dinding. Air matanya tetap jatuh. Matanya memerah.

"Jangan bergurau Nazira.. jangan bergurau.. Ni bukan apa yang awak nak.. bukan juga apa saya nak.." suaranya bergetar.

Dia bangun dan berjalan ke luar bilik. Telefon dicapai.

"Aku nak kau cari semua pasal Nazira. Dalam dan luar. Aku nak sekarang"

Dia menutup telefon. Enjin kereta dihidupkan. Tangannya menggenggam kuat stereng kereta.

"Arghh!!" jeritnya. Kepalanya disandarkan di stereng. Tiba-tiba mulutnya mengukir senyum.

"Haha.. Nazira.. If you're Mice, I am Cat. Chasing you is my job"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience