Chapter 25

Romance Completed 1450

"So are we going to Miami? for what? some tanning?"

(*Tanning tu yang berjemur bawah matahari sampai skin kulit gelap sikit. In case kalau ada yang tak faham :3)

"Wah, Mice, kau nak ke?" tanya Candy semula. Nazira menggeleng. "No way, dah penat aku dengan pantai Ha.Ha.Ha" hambar ketawanya.

Candy yang memegang stereng kereta langsung tidak memakai tali pinggang . Padahal kelajuan yang dibawanya sekarang 190km/j.

Seakan sudah biasa, Nazira juga tidak memakai tali pinggang keledar.

"Hey, Candy. Aku tak tahu macam mana Toz cakap dekat kau tapi kau pasti dia cakap tu betul? Kau tak perlu pun sampai nak khianat akademi dan HQ. Kau tahu kan, aku tak boleh nak sure keselamatan kau"

"Kita tak akan ada backup. Kau pun tahu owner HQ tu pakcik aku. Do you think, I can? Fikir dua kali sebelum buat apa-apa keputusan" Nazira memandang ke arah Candy yang mula hilang senyuman.

"Haaahh.. " Tangan Candy mencapai air kotak dan menyedutnya untuk menyejukkan otak.

"Aku tahu ada something tak kena dengan HQ. Ada yang lebih dari misi tu. Okay, aku tahu Encik Faiz tu aset besar. Tapi for what? HQ tak sepatutnya ambil tahu. Bahkan, Encik Faiz tu tak tahu pun kewujudan kita. Dia tahu lepas kita selamatkan dia. "
giginya menggigit hujung straw.

"So, I did some research masa balik HQ. Aku hack system vultures and found some intel yang diorang tukar tukar masa first HQ selamatkan Encik Faiz"

"Aku track orang yang diorang hubungi. Kau pun tahu, setiap history tu registered dalam system. Cabaran juga lah nak kena pecahkan kod sana sini. Dan aku dapat juga. Orang yang aku maksudkan, yang terlibat tu.."

"Orang american, General McClane"

Badan Nazira kaku keras. Namun mulutnya masih terdiam sementara mendengar penjelasan Candy.

"You see, kita hampir terkena. Kalau ada something terjadi, we're both f*cked. Ah, maaf hancurkan kepercayaan kau dekat si tua tu, tapi aku tak percaya dengan pakcik kau ataupun owner HQ"

"Babe, I signed up for the mission to save myself as well. So don't worry about me, SS Class Agent, Mice" senyum Candy kepada Nazira.

Selama 20 minit, suasana kembali senyap. Sehingga mereka tiba di gudang lama. Nazira turun.

"Dengar citer kau hampir mati masa dekat Dubai. So.. dah sedar kepentingan support team?" sengih Candy. Dia mematikan enjin kereta dan turut melangkah mendahului Nazira.

"Heh, jujur jela, kau yang hantar aku sebab kau nak cakap benda ni je kan" balas Nazira. Tapi dia masih tidak mengakui keberkesanan support team.

Candy mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Not sure".

"Well, Mice, kau satu-satunya kawan aku yang paling susah nak terima kenyataan tu. Hidup kat zaman batu ke? Apa-apapun, masa aku hacked HQ, aku ada bawak balik cenderahati. Wanna take a look? "

Candy menolak pintu gudang seterusnya melekapkan tangan betul betul di bawah suis lampu. Nazira sedar, itu adalah sistem cap tangan. Salah tangan, maut mendatang.

Setelah beberapa punat ditekan. Candy mencangkung.

Ggung!

Bahagian lantai mula terbuka sehingga menampakkan anak tangga. "Step right up" ujar Candy.

****
Keesokan harinya.
Richmon Mansion, Virginia.

Mansion terbesar. Dengan 5 air pancuran utama sepanjang laluan masuk. Tak terkecuali, 4 padang luas bercorak bunga. Sehingga tangga besar dan tinggi untuk masuk.

Sekali pandang, sudah hampir seperti istana. Memang orang kaya luar negara macam ni ya?

Lebih 1, 000 orang sudah mula bertapak di luar Mansion. Kesemua mereka adalah VVIP yang dijemput secara khas.

"Hey, kau ada dengar tak berita hari ni" ujar gadis berambut perang terang dengan gaun biru gelap. Rambutnya diikat tinggi sehingga membiarkan lehernya terdedah.

Gadis di sebelahnya, berambut hitam menganggukkan kepalanya. "Our president dapat approval rating dia"

"Mesti majlis berkumpul ni untuk-"
Sementara tangannya cuba mengambil gelas daripada dulang. Gelasnya berlanggar dengan gelas milik gadis lain.

Nazira senyum manis. "Ah, Im sorry"

"Pardon me" Usai meminta maaf, Nazira terus beredar dengan gelas di tangan.

"Weh, siapa tu. Muka dia lawa. Dari negara mana?" Gadis berambut perang mula menggoncang bahu kawannya. Mereka sama-sama terpegun melihat Nazira. Dengan pakaian gaun hitam dan rambutnya disanggul bulat. Menampakkan lehernya putih mulus.

"No, im sure kalau dia masuk pertandingan ratu cantik, dia win no debat" ujar seorang lagi. "Dia nampak muda. Ah.. i really want that beauty"

****

Nazira berjalan memasuki ruang Mansion. Sebelum dia masuk, matanya sempat menangkap kelibat lelaki tua berambut kuning masuk ke dalam bilik tingkat 2.

Nazira masuk ke bilik di tingkat 1 namun selaras dengan bilik lelaki tadi.

Kalau sudah di luar negara, sudah pasti ada pemanas api. Tambah-tambah Mansion besar macam ni. Peluang untuk ada tu lebih besar, fikir Nazira.

Dia membongkokkan badannya dan menembak alat pendengar. Alat pendengar melekat dengan atap pemanas api sekaligus dapat menangkap suara perbualan di tingkat 2.

Nazira bersandar pada dinding sambil membetulkan alat di telinga.

"Masih belum dapat betulkan cctv?"

Kini, Nazira dapat mendengar jelas suara McClane.

"Sistem sekarang tengah rosak sebab banyak fakulti kita down. Sedang dalam pembaikian, tapi terlalu banyak kerosakan fizikal. Kami sendiri tak pasti sama ada boleh dipulih atau tidak"

"Aku nak korang cari siapa yang hancurkan auction dekat Dubai minggu ni jugak! " McClane memicit-micit dahinya sambil berdiri.

Baginya, sudah cukup memeningkan  50% blueprint hilang sebelum sempat dia ambil. Tambah pula dengan orang yang menceroboh dan memporak-perandik auction yang dia adakan.

*(Lupa nak bagitahu, sebab ada kawan juney tanya, auction tu apaa? auction tu tempat lelong barang. Biasa auction dekat Malaysia mesti jual barang antik. Orang A bida dengan harga 5000, Orang B bida harga 10,000. Siapa paling mahal, dia lah dapat beli barang tu ikut harga dia)

McClane mengeluh lagi. "Diorang kata diorang perlukan masa lagi 1 minggu untuk cari lagi 50% blueprint. Untuk bina peluru berpandu dari blueprint, 4 minggu" Matanya memandang si bawahan.

"Sekali dengan orang gila yang serbu tempat aku. Aku nak kau tangkap dia sebelum blueprint siap. Aku taknak misi ni rosak tiba-tiba sebab orang tu"

Dahi Nazira berkerut. 'Misi?' Namun telinganya masih cuba mendengar suara McClane.

"Dengan cara macamni, orang akan anggap ini sebagai serangan teroris. Biarkan media main peranan sebarkan mereka. Pastikan tajuk utama tentang aku sanggup korbankan segalanya untuk lindung penduduk"

"Baru diorang tahu siapa yang patut diorang hormat dan hargai. Cara paling mudah untuk rampas kerusi presiden"

McClane tersenyum. Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Kepalanya mendongak dan matanya sudah membayangkan dimana semua orang mahukan dia menjadi pemimpin.

"There will no one againts me" ujarnya dengan suara bangga.

Tanpa mereka sedari, Nazira sudah dengar dan mengepal penumbuknya. 'You crazy animal! oh, sebab tu korang kejar sangat blueprint tu. This isnt good, aku kena repot cepat-cepat'

Baru saja dia keluar dari pintu, seorang pelayan perasan akan kerutan di dahi Nazira. "Umm, Miss, are you okay?" tanyanya. Manalah tidak terkejut namun Nazira mampu tersenyum sambil menunjukkan gerak mulut 'im okay'.

Pelayan itu mula mendekati Nazira. 'Ah, what should I do? Did he saw something?'

Tsap!

Dua lengan melingkar erat di pinggang Nazira tiba-tiba. Nazira tidak sempat memusingkan kepalanya. "I told you to meet me in my room. Are you lost?"

Lagi sekali.

Namun kerana suara itu, pelayan itu terus beredar. Lengan Nazira ditarik masuk ke bilik. Pintunya dikunci.

Sekali lagi badan Nazira ditarik ke pelukan. "Why are you sneaking around on this floor? You should be thankful that this happens to be my room"

Jarinya menyentuh bibir Nazira. "See? I told you, parut pun tak hilang lagi"

Nazira tahu. Dia mendongakkan kepalanya. Aryan Arnande.

"Hmm, Nazira?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience