Chapter 30 - End ?

Romance Completed 1450

Sekejap-sekejap, Nazira mengerling ke jam tangannya. Entah lama betul si Aryan pergi beli makanan.

"Nazira, saya nak beli makanan tu kejap" Nazira memandang ke arah tempat yang ditunjuk Aryan. Penuh. Ramai sangat orang beratur.

"There? no, no, no, not possible. Jom"

Aryan enggan bergerak. "Please, kejap je. Awak tunggu dekat sana dulu" muncungnya menghala ke arah bangku kecil yang terletak tidak jauh dari tempat mereka.

Ingin saja dilawannya, tapi Nazira terpaksa bersetuju. Dia malas hendak adu kata-kata dengan lelaki ni. "Yelah, pergilah cepat. Lambat, tinggal"

"Okay okay" Aryan terus berlari menyelinap di sebalik barisan orang ramai itu.

Now, dah lebih 30 minit dia tunggu. Nazira mendongakkan kepalanya. Matanya tidak silau. Awan sedang mendung.

"Hujan kah?"

Titisan air hujan mulai jatuh di batang hidungnya. Ah, dia sendiri yang terlupa untuk cek ramalan cuaca.

Telefonnya berdering. Dia menjawab panggilan Shadow. "Haah, sini dah start macam nak hujan"

"Apa? Tornado?" Nazira mengerut dahi.

"Yes, tak buka ramalan cuaca?" Nazira menepuk dahinya sendiri. Dasar diri sendiri!

Sedang dia ralit menjawab telefon, mata Nazira akhirnya terpaku pada si Aryan yang sedang berjalan ke arahnya dengan kerut di dahi.

'Lelaki ni dah kenapa pula..'

"Nak selamat, better gerak sekarang. Dekat mana sekarang?" Shadow menyambung apabila tiada balasan daripada Nazira.

"Masih dekat pasar dengan Aryan. 30 minit? jauhnya. Sempat ke nak elak cuaca? lainlah kalau lari-" lagi sekali dia melihat Aryan seperti menahan kesakitan.

Nazira berubah fikiran. "Shadow, kau kata kau ada rumah untuk bawahan kau dekat sini kan? bagi aku alamat"

"What the-"

"Bagi jelah" Nazira desak. Selang 2 minit, dia mematikan panggilan itu.

Dia lantas menarik lengan Aryan untuk mengikutinya. "Tapi Nazira, bukan teksi arah sana ke-"

Nazira diam.

*******

"Dasar bodoh" Aryan diam. Tidak boleh menyampuk kalau Nazira sudah marah.

Tangan Nazira ralit membalut telapak kaki Aryan.

Lelaki itu sebenarnya terseliub ketika di pasar. Patutlah lama sangat. "Kenapa tadi tak bagitahu?" Nazira mendongak memandang Aryan.

"Bukan taknak.. tapi fikir okay je. Sebab tak nampak macam teruk pun" balas Aryan. Senyumannya terukir. Dia suka sebenarnya melihat Nazira peduli padanya.

"Sengih-sengih, patah kaki ni baru tahu" Nazira sengaja menolak tapak kakinya ketepi. "Adeh-dehh-deh sakit sakit" Aryan mengaduh.

"Lain kali bagitahu" bebel Nazira lagi.

"Saya minta maaf.." jawab Aryan.

Nazira mengalihkan pandangannya. "Minta maaf pun bukan boleh buat apa.." perlahan kata-katanya.

Bukannya dia benci pada lelaki ni.

"Nazira, saya minta maaf"

Bukan. Bukan Aryan yang sepatutnya memohon maaf. Tapi dia. Haruskah dia ucapkan? Daripada mula lagi..

Bolehkah dia bertanya. Sekiranya Aryan benar-benar mahukan dirinya.

Nazira mengetap bibirnya. Dia langsung berdiri.

"Aryan, betul ke awak-"

"Betul ke saya sayang awak? Honey, I've told you many times. I want you" kata-kata Nazira dipotong Aryan. Mata Aryan menatapnya dengan lembut.

Tangan Nazira dicapai perlahan dan diletakkan di dadanya. "Kalau yang saya cakap tu palsu, sini tak akan berdebar kuat macam ni"

Muka Nazira langsung memerah. Dia tahu, dan dia rasakan sendiri debaran dada Aryan.

Belum sempat dia mahu menarik tangannya, Aryan membawa tangannya ke pipi. "And I know you love me too"

"Hey Nazira, you wanna hear a story?"

"Apa"

"Saya tak pernah jatuh cinta. Jujur"

Nazira senyum sinis. "Mustahil. Lelaki berumur 29 tahun tak pernah jatuh cinta-"

Pinggang Nazira dirangkul dan dibawa rapat ke badannya. "Honey, Im serious" Aryan membenamkan wajahnya di bahu Nazira. Dia suka bau wanitanya. Bukan perfum, tetapi bau natural Nazira.

"Ingat tak masa awak tiba-tiba cium saya masa mengendap? that was my first kiss too, darling"

"Everything about you, is my first"

Nazira menutup mata. Dia perlahan-lahan membalas pelukan Aryan. "I hate you"

Aryan tersenyum. "I love you too". Dia tahu perasaan Nazira terhadapnya. Dia mendengar bagaimana laju jantung wanita ini sedang berdegup.

Aryan lantas berdiri dan dengan laju pipi Nazira menjadi mangsa. "Be with me, darling"

"Aghh, stop. Ye ye saya tahu!" Nazira cuba menepis serangan ciuman daripada Aryan. Dia tersenyum.

Grumbb..

Kedua-dua mereka terdiam. Wajah Nazira merah menyala. Kenapaa sekarang duhai perut?

Terhambur ketawa Aryan. "Hahahah! lapar yaa" usiknya.

"Diamm"

Makin galak ketawa lelaki itu. Dia kemudian mencium pipi Nazira. "Okay-okay, jom makan"

*****

"Ada makanan bertin, ada makanan dari pasar tadi tapi saya tak sempat beli banyak sebab terseliuh tadi" Aryan mengeluarkan beberapa makanan yang dibelinya di pasar tadi.

"Or maybe kita boleh masak, campur-campur je bahan" Nazira membalas. Dia sedang melihat-lihat tin makanan yang terdapat di dapur.

Aryan laju memandang Nazira. Masakan Nazira? Gilaa taknak! "Honey, cook for me" Aryan memeluk Nazira secara tiba-tiba.

Nazira mengangkat keningnya. "Kenapa saya pula?" dia menggeleng, tidak mahu.

Sebenarnya, bukan dia taknak. Tapi.. dia tak ada skill memasak!

"Pleeaase" Tetapi si Aryan ni.. Nazira gigit bibirnya sendiri

******
"Hahahahah!" Ingin berair mata Aryan melihat telur dadar versi hitam di hadapannya. Sedangkan Nazira sudah lama menahan geram.

"Taknak makan sudah!" Nazira langsung merampas piring berisi telur dadar hangus itu namun ditahan Aryan.

"Siapa kata taknak.. hm?" Sekali suap, telur itu habis dimakan Aryan. Dia memandang Nazira sambil tersengih. "Masaklah apapun, saya akan makan kalau yang masak tu awak"

"Lepas ni saya bagi awak makan batu"

"Eh janganlah. Daripada awak bagi saya makan batu, baik bagi saya makan awak" Nazira langsung diangkat.

Refleks tanpa sengaja, Nazira terjerit kecil dan hanya ditertawakan Aryan.

Dahinya dipertemukan dengan dahi Nazira.

"Love me, Nazira. I don't care about your job. If you need to kill someone, I'll be the one who do that. If you need to rob someone, I'll help you get away with it"

"Just let me be with you, My Mice"

Nazira senyum kecil. "Shut up, My Cat. I love you too"

******

-Tamat Season 1-

Author's note; Sebenarnya tak tamat lagi tapi cerita ni makin complicated so Juney cadang nak stop kan sampai sini dulu. Nak kena bina balik plot and tambah lagi banyak karakter.

By the way, Juney dah jadi full time student! Tapi makin rindu nak menulis hehe.

Teruskan support Juney-!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience