Chapter 18

Romance Completed 1450

Aryan berjalan melepasi bangunan kerjanya. Tangannya diseluk ke dalam seluar. Sudah 2 bulan sejak Nazira meninggalkannya. Tanpa khabar, tanpa kesan, tanpa jejak. Hari berganti hari.

'Hey Nazira, semua tu bohong ke? yang awak senyum, ketawa. Saya berhalusinasi? Hey, Nazira..'

'Ha! aku pun tak sanggup nak jawab soalan sendiri. Seolah-olah benda tu tak pernah wujud?'

Tanpa dia sedari, matanya mula berkaca. Perlahan-lahan air matanya jatuh menuruni pipi.

****

"Aryan, kau dah gila ke?! " jerit Lim tepat di mukanya. Turun naik dada wanita itu.

"No, Im not" balas Aryan. Lim yang berdiri di hadapan mejanya saat ini dipandang kosong.

"Ambil cuti. Aku tak kisah. Ambillah cuti berbulan. Lepas bertahun kau belajar, dan kau nak tutup syarikat macam tu je?! " geram Lim. Dia tahu Aryan sedang bukan dalam kondisi baik. Otaknya serabut, jiwanya hilang, bahkan penampilannya seperti orang yang tidak cukup tidur.

Lim menghentak meja. "Aryan. Kau serius ke nak menghilang macam tu"

"Fine, kau take cover syarikat aku" Aryan ringkas menjawab. Dia bingkas daripada kerusi. "Sebab aku tak tahu bila aku balik, ataupun, adakah aku akan balik"

"Thankyou, Lim"

Dia terus menonong keluar daripada bilik officenya sendiri.

Di luar bilik, seorang wanita menghampirinya. Walaupun tak begitu ingat siapa, Aryan tahu dia adalah pekerja.

"Boss, betul ke boss nak pergi?" ucapnya sayu.

"Yes"

"Bos tahu tak bos mengarut je sekarang ni? Nanti bos menyesal.. dengarlah cakap Miss Lim.. Bos tak faham ke buat-buat tak faham?" mukanya sudah ingin menangis. Dia menggapai tapak tangan Aryan.

Aryan menolak dan berjalan. Ketika berada tepat di sebelah bahu wanita itu, dia berkata

"I do, but I know I will regret it even more if I don't go after her now"

Wanita itu menggigit bibirnya. "Apa yang spesial sangat perempuan tu?! bos sedar tak dia merosakkan bos? bos tak pernah macam ni tau bos" Dia kembali mengejar langkah Aryan.

"Tak ada satu pun benda dekat sini yang bermakna buat bos?! kami? Miss Lim, Sir Syed?! "

Kaki Aryan terhenti. Dia menjeling tajam. Wanita itu terus menunduk.

"Don't cross the line"

"Bukan tak bermakna, tapi saya jumpa benda yang lagi bermakna. Awak pun akan jumpa satu hari nanti. Well, goodluck for work"

Aryan terus melangkah laju. Kali ini, wanita itu tak mengejarnya. Dia sekadar berdiri sambil menundukkan kepalanya. Sudah sedar akan dirinya yang melampau. Sedangkan itu adalah bosnya sendiri. Siapa dia hendak mencampuri urusan lelaki itu. Pangkat dan darjat jauh berbeza.

Cuma, dia tidak boleh menerima jika ada wanita lain yang bahkan dia tidak tahu siapa, memiliki sekeping hati lelaki itu.

****

Aryan melepaskan keluh sambil duduk di kerusi. Dia sekarang sedang berada di lapangan terbang.

Skrin telefonnya diteliti. 'Hm.. easy investment. At least aku kena start dulu dari somewhere'

Dia bangun apabila menerima panggilan. 'She should be there..'

'Nazira, you must be there. I will come to pick you'

****
1 Bulan kemudian..

Motor Shadow laju membelah angin. Dia memecut dengan kelajuan penuh. Risau di dadanya. Dalam sedang fokus memandu motorsikalnya, mulutnya terjerit-jerit

"Hey!"

"Aku tak kisah bagilah code ataupun apa-apa tanda! Asalkan kau jawab! Just answer me, will you?! " perasaan risau menghurung dirinya. 'Mice..'

"Please.. at least"

"Say something if you're alive! "

"Nazira!"

Pada masa yang sama, di sana sini terdapat tubuh bergelimpangan. Penuh darah. Memenuhi segenap ruang.

Tepat di atas meja, Nazira tercungap-cungap cuba mencuri nafas. Bajunya penuh dilumuri darah. Matanya masih terbuka. Telinganya bingit mendengarkan Shadow yang tidak henti-henti memanggilnya.

"Bisinglah.." perlahan bibirnya menutur kata namun yang didengari adalah nafas lega Shadow.

"Mice, kau okey? bagi aku lokasi cepat! aku datang cepat okay? Mic-"

Nazira menyentuh belakang telinga hendak mematikan call. Bising. 'I just want to rest a little bit'

Matanya tertutup.

Dan dia kembali sedar apabila mendengar bunyi tapak kaki seseorang. "Damn, another one?"

Dia sudah tidak larat. Emosi dan badannya letih. Sejak dia meninggalkan Aryan. Tangan yang masih memegang pistol di halakan ke pintu bilik.

Namun, apa yang terjadi, pistol itu terlepas daripada tangannya.

'Nampaknya lengan aku dah patah. Maybe my ribs as well. Susah aku nak bernafas ni. '

' Aku tak rasa aku boleh tahan lama'

Matanya mulai kabur. Dia memandang orang yang sudah memasuki bilik. Lelaki.

Lelaki itu seperti terkejut dengan keadaan Nazira. Dan yang lebih memeranjatkan Nazira adalah muka lelaki itu seolah-olah seperti teman lelaki lamanya.

'Apa ni. Dah nak mati pun dapat tengok muka ex boyfriend ke' sengihnya.

Dia masih berfikiran yang dia berimaginasi. Apatah lagi dengan keadaannya yang sebegini. Penglihatannya turut kabur dan samar-samar. Namun bau harum yang dicium mematikan senyumannya. "No.. you are.."

"Nazira, kemaafan bukan pilihan" lelaki itu bersuara. Badannya terus diangkat. Perlahan-lahan, Nazira terlelap. Penat.

****
Seminggu sebelum kes pecah masuk bangunan perbidaan..

Malibu, California.

"Wo-ho! " jerit Shadow ketika sedang bermain luncur air. Ombak yang kencang menambahkan keterujaannya. Setelah beberapa minit bermain, dia berhenti di pesisir pantai.

Beberapa gadis dengan pakaian bikini mendekatinya dengan teruja. "Wow, I didn't even know you could do that"

"Hahaha.. tak sesusah yang awak sangka. I can teach you if you want" balas Shadow. Dia menggosok rambutnya yang basah.

"Oh sure!" gadis itu tersenyum malu. Apatah lagi digoda dengan lelaki rupawan.

"Sorry, tapi saya pinjam dia dulu" seseorang menyampuk. Tanpa menoleh, Shadow sudah tahu siapa.

"Heh. Tapi belajar luncur air ni khas untuk perempuan je. Tak tahu pula lelaki berminat nak belajar dengan saya" Shadow membalas.

"Oh, thats fine. Sebab aku tak jumpa kau untuk belajar luncur air" Aryan tersenyum. Ya, tujuan dia datang ke sini adalah untuk mengejar lelaki ini.

Kerana maklumat yang boleh digunakan hanyalah lelaki ini. Daripada awal, dia sudah agak Shadow pasti ada kena mengena dengan Nazira. Jauh atau dekat. Ini kerana ketika Nazira menghilangkan diri, lelaki ini turut menghilang daripada syarikatnya.

****

"How the hell did you find me here" ujar Shadow sambil meneguk air mineral. Dia sudahpun mengenakan baju tshirt.

"Heh. Selepas kau tinggalkan bermacam khazanah maklumat dekat office?"

"Cis. Aku patutnya takyah daftar masuk syarikat kau. Tak guna betul" Shadow memandang Aryan.

"But still, datang sini semata-mata cari aku bahkan taktahu pun alamat aku" Shadow masih tak percaya lelaki ini.

"Cakap macam aku ada pilihan lain" Aryan membalas kembali.

"Sudah. Aku datang nak tanya satu benda je. Kau tahu kan." Shadow menutup mata. Ya, dia sudah tahu Aryan mahu apa.

"Mana dia. Mana Nazira?"

Shadow sudah mengagak soalan itu. Ingatannya kembali teringat ketika dia menyambut kedatangan Nazira. Mata gadis itu merah dan dipenuhi tangisan. Hanya Candy mampu memujuk. Sudah berkali-kali diingatkan, jangan jatuh cinta. Sudah seperti ini, apa boleh buat.

Dia melepaskan keluh berat.

"Susah nak pergi sana. Ambil private chopper. Tempatnya dekat private Island. Tapi aku tak suggest kau pergi, sebab ada sorang lagi kau pasti kenal dekat sana"

****

Nazira memandang ke belakang. "Hai. Dah sihat dah? Encik Arnande?"

Ya, dia membawa ayah kepada lelaki yang dicintainya. Itu adalah asbab kedua, dia terpaksa meninggalkan Aryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience