Chapter 28

Romance Completed 1450

Pandangannya dilontar ke luar, Nazira sekadar mendiamkan diri dalam kereta. Dia menjeling kepada dua orang lelaki. Seorang sedang memandu kereta, seorang lagi sedang duduk di sebelahnya.

"Shadow, bila kau sampai sini" tanya Nazira, memecah kesunyian antara mereka. Terlalu awkward!

"Right after you did. Kita menuju ke airport Atlanta, so kau better tidur dulu. Nanti take turn pandu kereta" ujar Shadow tanpa berpaling ke belakang.

"Aku boleh je memandu. I got international license"

Shadow berpaling ke belakang buat pertama kali sejak Nazira dan Aryan masuk ke dalam kereta. "And where the hell did he come from? ni ke sebab kau datang sini? sebab lelaki ni ke, Mice? "

Nazira memandang Aryan. "Not really, aku pun tak expect dia ada dekat sini"

Aryan tidak beriak. Dia sekadar membalas pandangan Nazira dengan kening terangkat. Nazira, you just afraid to accept the fact that you love me.

Setelah beberapa minit sepi melanda, Aryan tiba-tiba menyentuh perut milik Nazira dan menolak dia untuk bersandar. "Tidurlah Nazira, awak tu penat" .  Aryan senyum nipis. "Nanti saya kejut bila matahari dah terbit"

Tangan Aryan bermain di kening Nazira. Dibelai perlahan seketika sebelum turun ke matanya. Dia turut merapatkan wajahnya.

Cup. Ciuman didaratkan di mata kiri Nazira.

Terlalu penat hendak melawan dan membalas, Nazira sekadar menurut. Matanya perlahan-lahan ditutup. Walaupun dia tahu tingkah laku mereka dijeling Shadow. Penat.

Perjalanan mereka mengambil masa lebih cepat dari yang disangka. Sesampainya di lapangan terbang, tempat Nazira betul-betul di sebelah Aryan. Bahkan, Shadow dilarang keras oleh Aryan untuk duduk di sebelah Nazira. Hendak melawan pun tak guna, ramai orang. Makanya, Shadow membiarkan saja.

Bot yang ditempah juga tiba lebih awal daripada yang disangka. Mereka akhirnya pulang ke tempat awal mereka.

"General tahu something, so jangan buat apa-apa yang pelik dan gila kat sini" pesan Shadow. "Kau akan okay kalau kau stay je dekat pulau ni. And say hello to your friend yang sampai sini sehari sebelum kita sampai " ujar Shadow sebelum menghilang ke tempatnya.

Kawan?

Nazira memandang ke belah kanan. Candy tersengih sambil mengangkat dua jari tanda peace. "Yo Mice!" lambainya. "Lambatlah kau sampai!"

Tiba-tiba Candy memuncung. "Aku bosan kau tahu, shadow tu dahla membosankan. Bunyi ombak tak habis-habis. Now kau dah sampai, I can have you to company me"

Nazira senyum. "Biasalah, makan masa nak sampai sini. Anyway, kau buat apa dekat sini?"

Candy berjalan mendekati Nazira. "Buat apa dekat sini? Aku ingatkan ni tempat perjumpaan semua ejen HAHAHAH"

Baru saja Nazira ingin membalas, Candy lantas berjalan dan bersalam dengan Aryan. "Ah~ha! ni mesti Aryan. Whoa, lagi hensem kalau depan mata. Hehhh betul-betul macam sorang pakcik tua yang ada dekat pulau ni"  Itu bapak dia, memanglah!

Aryan bisik separa perlahan. "And who is this" tanyanya pada Nazira. "Ah, ni kawan. Yang selalu ada masa dekat earphone tu. Yang tolong kita cari jalan keluar masa tu. Panggil je dia Shadow"

"Look, Shadow. Kami ni baru balik jadi masih penat lagi"  kali ini, ayat Nazira ditujukan kepada Shadow.

"Shadow? codename ke? macam awak punya? Mice?" tanya Aryan. Nazira senyap sebentar.

"Yup, sesuai kan? director kitorang dulu selalu sebut 'Our Sweet Mice' setiap kali berjaya jalankan operasi Honey Trap dengan jayanya" terang Shadow sambil senyum riang.

"And I thought kali ni dia berjaya juga. But sejak Aryan is the first perso- Umpp!"

Mulutnya ditekup Nazira yang sedang panik. "Cukuppp Candy!"
Mulut lelaki ni memang tak ada insurans!

Aryan memeluk tubuhnya. "Setiap kali selepas operasi honey trap? Nazira, mesti awak famous. Mampu tarik banyak perhatian"

Tiba-tiba matanya tajam memandang Nazira. "Awak bagi semua mangsa awak panggil awak Mice ke? sama macam saya?" Oh-oh ada bau orang  cemburu.

"Apa awak cakap ni? itukan operasi. Dan nama tu codename. Takkan suka-suka hati saya nak bagi orang panggil saya nama tu. Awak pun dengar Candy tadi, awak orang pertama" balas Nazira, tidak mahu kalah.

"Oh, yeah? Then, what about him?" orang dimaksudkan oleh Aryan adalah Shadow. "Apa yang terjadi antara awak dengan dia? Takkan tak pernah date sekali pun? "

"Wah, sampai situ awak pergi fikir. Apa salah saya sampai awak fikir macam tu?" Nazira hampir naik angin. Aryan diam. "Nanti kita sambung, pergi rehat"

Nazira terus menghilang dengan laju. Malas hendak bertekak lama-lama. Nanti yang sakitnya hati dia juga.

*****

Malam hampir tiba. Aryan berdiri di luar memandang pemandangan laut. Matahari hampir terbenam.

"Kenapa tak bagitahu papa haritu yang Aryan nak pergi balik?" tegur Faiz Arnande.

Aryan memandang kembali ke ayahnya. "Papa tahu ke tak masa tu Aryan kena hantar secara paksa macam cargo?"

Encik Faiz ketawa kecil. "Tahu, papa nampak"

"Budak tu bahkan bawa papa tengok Aryan masa Aryan pengsan. Semata-mata nak ucap selamat tinggal sebelum Aryan kena hantar balik" ujar Encik Faiz. Dia ingat lagi ekspresi wajah Nazira.

"Sejujurnya lah, papa tak percaya dia mula-mula. Kenapa bagi layanan baik, kenapa lindung papa. Sampailah pada hari tu.."

Aryan diam.

"Hari dimana dia berdarah dan luka teruk. Sampai tak sedarkan diri. Papa faham something dari situ"

Encik Faiz memandang anaknya. "It was because of you" Aryan terkejut.

"Sejak pada tu, papa buat keputusan untuk percaya dia. Dan kalau dengar pun macam tak masuk akal, tapi papa bersyukur"

"Bersyukur Aryan ada dia di sisi Aryan"

Aryan masih diam, walaupun pada hakikatnya dia terkejut mendengar pengakuan ayahnya sendiri.

"Aryan Arnande, budak tu memang suka Aryan"

"Take care of her. Dia mungkin tak tunjuk, tapi papa nampak muka dia masa dia buat keputusan nak hantar Aryan keluar dari pulau ni"

Aryan menunduk. Of course Aku tahu. Masalahnya cuma satu je.

Nazira, sampai bila awak nak tahan diri dari kemahuan awak sendiri? Awak tahu awak sayang saya. Awak tahu saya sayang awak.

Please, Nazira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience