"Emm" tangannya perlahan menepuk tilam empuk. Nazira membuka matanya perlahan. Cahaya matahari sudah terang benderang memenuhi ruang bilik.
Dia merasakan ada yang aneh dengan badannya. Lantas diselak selimut.
Alangkah terkejutnya Nazira melihat banyak bintik merah di serata badannya. Sudah pasti itu kerjaan Aryan.
'Haha.. Aryan.. this man' Nazira senyum hampa. Mana ada orang tidur dengan targetnya sendiri.
"Oh ya! Aryan! " tangan Nazira mencapai telefonnya di atas meja. Trackingnya dihidupkan. Jejak Aryan yang berada di tempat kerja melegakan gadis itu.
Dia menyelak rambutnya kebelakang. Nombor Candy didail.
'Yo~ good morning ' suara Candy awal-awal lagi sudah ceria.
"Tak payah wish. Semalam punya kerja aku dah setelkan" ujar Nazira. Suaranya serak. Semuanya salah Aryan. Dia sendiri pun tak menyangka dirinya boleh terjebak dengan mudah.
"Ceh. Harini kau rehat dulu. Tak ada job lagi. Nanti aku inform"
"Ah.. aku bosan" Nazira menggosok matanya. Sekarang baru pukul 8 pagi.
"Pergilah jumpa boyfriend kau. Dia dekat company dia kan? alang-alang kau boleh check kot ada hint" Candy memberikan cadangan. 'Iya tak iya juga'
"Haah kan? okey bye!" jari Nazira laju menekan punat endcall. Dia ingin berdiri.
Dush!
Namun gagal. Seberapa kasar Aryan dengan dirinya malam tadi? Badannya menggeletar sendiri. Sudahlah tak boleh bangun.
"Haha.. Aryan!!" jeritnya sepuas hati. 'Should i change my plan.. huhu. Tak gunaa' serasa ingin menangis dibuatnya.
****
"Ada orang tu muka berseri-seri walaupun malam tadi dia seret girlfriend balik" Syed Ardha masuk dengan selamba tanpa mengetuk pintu. Kalau dah kawan, masuk ikut tingkap pun no hal.
"Kaulah punca aku seret dia" balas Aryan. Tangannya menyusun beberapa kertas kerja dan dimasukkan ke dalam plastik. Matanya fokus terhadap kerja.
Syed ketawa. Puas hatinya mengenakan si Aryan. Sebelum-sebelum ni, Aryanlah paling kuat menganggu hubungannya dengan Lim.
Dia memandang sahabatnya itu. Ya, sah sudah berseri-seri sejak jumpa Nazira. Lebih kemas dan rapi. Syed menggosok belakang rambutnya.
'Antara aku dengan Aryan, aku rasa aku lebih attractive. Hitam manis sentiasa menjadi pilihan wanita' pujinya sendirian. Dia tersengih. Namun, apa-apapun dia tak dapat nafikan Aryan memang bawa pengaruh besar dalam soal rupa.
Aryan memang dilahirkan berkulit putih dan maskulin. Badannya turut dibentuk sendiri. Kadang, dia dan Aryan sering menjadi aset penting dan tumpuan utama dalam syarikat.
Sejak kecil mereka bersama. Bermula dari zaman sekolah rendah, sehinggalah kolej. Memang dia dan Aryanlah menjadi tumpuan. Bezanya, dia lebih terbuka dan mesra alam. Aryan tidak, lelaki itu lebih suka menjaga halnya sendiri.
"Aryan, pergi gym nak? lama dah aku tak main dengan kau" ujarnya.
"Ajak Lim, aku busy" Aryan tidak memandang langsung pada Syed. Syed mula berpeluk tubuh.
"Kau ni a-"
Telefon pintar milik Aryan berbunyi. Wajah lelaki itu terus berubah ceria melihat nama si pemanggil. Jarang-jarang orang tu nak telefon dulu.
"Hello, Nazira? dah bangun? Tadi saya ada buatkan breakfast dekat meja. Dah makan?" Aryan terus saja berkata-kata.
Senyap.
"Nazira?" panggilnya.
"Awak tak guna! saya tak boleh bangun, huhu.." jeritan Nazira membuatkan Aryan terpaksa menjauhkan telefon daripada telinga. Dia senyum memperlihatkan giginya yang putih.
"Nak saya balik dan angkat?" gurau Aryan. "Tak, saya penat! awak buat dah banyak kali" kata-kata Nazira membuatkan Aryan terdiam.
"Saya cakap nak angkat je. Awak fikir apa?" kali ini, Nazira pula terdiam.
"Aaaaaagh!"
Aryan menahan tawanya dengan tangan menutup mulut. Badannya menggeletar menahan getaran.
"By the way, saya panggil kawan teman boleh? awak balik petang kan?" suara gadis itu tenang semula.
"Ajaklah. Tapi kalau nak saya balik pun boleh hahaha! "
"Ah, tak ada! kata busy! " Syed Ardha menyampuk dan hasilnya dapat jelingan maut dari Aryan.
"Eh mamat ni!" Syed sudah meluat melihat Aryan yang mulai menutup pen dan mengetepikan kertas kerja hanya untuk menjawab panggilan Nazira.
"Tak apa! ghisau saya kalau awak balik. Okay bye-bye! "
"Haha! Bye" panggilan diputuskan. Aryan tersengih. Jarinya menekan aplikasi contact. Nama Nazira dipadam dan ditukar kepada 'Tikus' .
' Nazira memang banyak bunyi, tapi bila aku kejar, lari saja tahu. Tapi nanti datang balik. So cute' Aryan masih tersenyum seorang diri.
Barulah dia perasan Syed sudah memandangnya dengan wajah menyampah. Syed sendiri jarang dan susah nak tayang kemesraan dia dan Lim. Sebabnya, Lim tu tomboi, tak suka benda-benda macam ni.
"Asal? Jealous?" ejek Aryan. "Eee, tak ada masa aku" balas Syed. Dia pun ada girlfriend. Heh.
****
"Mice, aku jumpa" Candy duduk mencangkung. Dia menunjukkan kertas milik Aryan. Nazira terus mendekatinya.
Ya, dia minta Candy datang sekali. Nazira meneliti setiap satu butir yang tertera.
"Betul la ni. So, dia ada syarikat lain. Under dia, tapi orang lain pegang. Macam mana tu?" Candy menjelaskan. Nazira mengangkat bahu.
Mereka perlukan bukti yang lebih jelas. Nazira mengeluarkan telefon miliknya dan beberapa gambar diambil. "Nah, letak balik" Candy mengangguk.
"Shadow nak datang sini dia kata" Candy mengeluarkan lolipop berperisa strawberi. Terkejut Nazira mendengarnya. "Asal dia nak datang sini pula?"
Candy mengangkat bahu sambil menikmati lolipopnya. "Dia rindu kau kot" balasnya selamba.
"What? why would he?" tak ada sedikit pun terlintas Shadow mahu rindu dengannya. Shadow sudahlah playboy. Mana-mana perempuan dia rembat dan tidur dengan mereka.
"Entah. Aku tahu pun sebab aku tanya agensi. Aku dapat tahu dia datang Malaysia je, dapat misi baru ke tak, taktahu" Candy mengerling ke arah Nazira. Nazira sedang sibuk meneliti satu persatu kertas milik Aryan.
Hampa, tiada lagi petunjuk. "Aku rasa dia simpan kat tempat kerja lah. Cubalah kau acah-acah datang sana rindu dia" Candy mengutarakan pendapatnya.
Nazira mengeluh. "Nantilah"
Beep! Nazira membuka telefonnya. "Damn, Aryan balik woi!" .
"Kau kata dia balik petang?! " Candy sudah mula ingin memarahi Nazira. Nazira menggeleng. "Memang dia balik petang. Entah kenapa tiba-tiba balik awal. Blah lah dulu"
"Choi! tak fun! bye-bye Mice" Candy berjalan dengan santai menuju ke tingkap. Dia duduk sambil melambaikan tangan pada Nazira.
"Da-da!" badannya mula dijatuhkan ke bawah. Kalau ada orang lain, pasti sudah menjerit. Mana tidaknya, sekali pandang nampak macam orang nak bunuh diri. Tapi Nazira tahu, Candy memang macam tu.
Tengok? tak ada bunyi orang jatuh pun. "He's safe by the way"
Selepas menghilangkan kesan bukti dia dan Candy berada di bilik kerja Aryan, Nazira langsung menuju ke katil.
Beberapa saat kemudian, pintu bilik dikuak.
"Nazira"
****
Seorang lelaki berpakaian serba hitam menutup bonet kereta. Sarung tangan hitamnya dipenuhi darah. Dia melepaskan satu persatu.
Pelitup muka dilepaskan.
"Fuh, bosan sia. At the end, tak jumpa pun lagi dia. Ah.. aku rindu" lelaki itu berjalan masuk ke dalam keretanya.
Dia membetulkan gear kereta dan memandu ke luar kawasan. "Where are you, Mice?"
Share this novel