Chapter 21

Romance Completed 1450

" Yes, master " kata Philip menerusi telefon pintarnya. " Saya dah check masa dan lokasi dia. Masih berada di tempat sama "

" Her vitals are stable. Radio signal came as well " sebelah tangannya memegang tablet yang dikhaskan untuk menjejak Nazira. "Yes, I've put the tracker inside her jacket. Do you want her radio signal to be directed to you, master? " tanya Philip meminta kepastian. Segala degupan nadi dan perubahan suhu Nazira dicatat. Data menunjukkan gadis itu lebih banyak bergerak.

Dari tempat jauh, Shadow dengan laju berlari sambil mencapai jaket motornya. "Yes! Sekarang juga aku pergi sana! Kau jangan bergerak. Paling-paling jaga si Faiz tu" pesannya. Enjin motor terus dihidupkan.

"Master, perlu ke saya bagitahu Encik Aryan sekali? "

Untuk beberapa saat, Shadow diam tidak menjawab.

' Bangang-bangang dia, dia selalu sampai awal waktu kalau pasal Mice ' Shadow menarik nafas.

"Kalau dia mampu sampai sana lagi cepat, bagitahu dia! " kata Shadow lantas menutup talian.

' Mice, wait there! sama ada aku atau dia akan sampai. Tolong bertahan '

****

Dengan laju, kereta Mercedes hitam dipandu. Memotong segala kereta di atas jalan raya. Bunyi hon kereta yang semakin banyak tak dipedulikan.

Faiz Arnande memandang ke wajah Aryan Arnande yang fokus memandu dengan wajah serius.

"Aryan.." baru saja Faiz ingin berkata-kata, Aryan terlebih dahulu memotong.

"Tak perlu cakap apa-apa. Tak perlu jelaskan apa-apa. Apa yang kau buat sekarang ni, aku dah tak kisah " balas Aryan, dingin. Tanpa sedikitpun memandang ke wajah ayahnya.

" Dan, jangan sekali-kali cuba meminta maaf pada aku. Because im not capable of doing so "

Faiz tidak membalas mahupun mempertahankan dirinya. Memang benar itu salahnya. Benang basah mana lagi mahu dia tegakkan.

" Tak ada benda lagi penting sekarang ni.. " Aryan menggenggam kuat stereng kereta. Jantungnya berdebar laju. " Kalau ada jadi apa-apa dekat dia.."

" Seorang pun aku takkan lepaskan dan ampunkan! "

****

Lelaki bersenjata mengarahkan senapang kepada Nazira. Dengan pantas, gadis itu meluru laju ke arahnya dan menolak kuat lelaki itu.

Tangannya menyeluk poket seluar sambil siku kiri menolak kuat dagu askar itu.

Ketiga-tiga askar mula menyerang secara serentak. Namun, yang lebih mengejutkannya adalah ahli bilik secara tiba-tiba saling membunuh sesama mereka.

' What ? '

Ada yang menyerang askar, ada yang membantu askar dalam menyerang Nazira. Pistol yang berada di tangannya cuma dua. Dengan peluru tidak seberapa.

'Gila, gila. Diorang bunuh satu sama lain. Gila. Aku kena keluar atau aku pun mati '

Bahkan ada yang sampai membunuh diri sendiri semata-mata tidak mahu rahsia yang dipegang bocor. Lebih mementingkan rahsia daripada nyawa.

1 jam lebih. Nazira bertarung sendirian. Bajunya penuh dikotori darah. Darah dia dan darah orang lain. Ketika orang terakhir berjaya dia tembak, dia lelah.

Askar yang diupah para jutawan itu tinggi skil. Nazira keletihan. Dia menyandarkan badannya ke meja kemudian baring.

Suara Shadow tidak henti henti memanggilnya. Kerana merasa bising, dia langsung menutup panggilan.

Di luar bangunan, Aryan sedang berlari menuju pintu belakang. Yang menghairankan dirinya, tiada seorangpun sekuriti yang berjaga.

' Diorang mesti ada kat dalam. Ada apa-apa jadi ke? kenapa tak ada sorang pun jaga kat luar. Apa jadi kat dalam?! ' bertubi-tubi soalan muncul di benaknya. Kerana hendak cepat, dia melangkau empat anak tangga sekaligus. Tujuannya hanya satu. Fikirannya hanya satu.

' Nazira! '

****
Bang! pintu bilik dibuka kasar. Aryan termengah-mengah masuk menerjah. Tidak dipedulikan jika tersalah bilik.  Melihat keadaan sekitar yang kotor dan tunggang terbalik, dia tahu dia betul.

Namun jantungnya seakan-akan hendak berhenti apabila melihat Nazira baring berlumuran darah.

Gadis itu menghalakan pistol ke arahnya ingin menembak namun gagal. Pistol itu terjatuh ke lantai.

Pandangan Nazira masih samar-samar. Namun dia dapat merasakan itu adalah Aryan Arnande. 'Apa ni, dah nak mati pun boleh nampak muka ex lagi ke? haha' sengihnya tanpa mengetahui susuk itu benar-benar ada dihadapannya sekarang.

Aryan menggenggam kuat. "No.. not like this.." dia mendekati tubuh Nazira.

'Apa ni. Dah nak mati pun dapat tengok muka ex boyfriend ke' sengihnya.

Bau harum yang dicium mematikan senyuman Nazira. "No.. you are..".

'Tak.. tak.. Its not him'

"Nazira, kemaafan bukan pilihan" Aryan berkata lembut. Tubuh badan Nazira dicempung dan dibawa. Dahi gadis itu dicium perlahan.

"Hey, Mice. I am cat. I can catch you wherever you are. So, stop running. Nice to meet you, sayang, Nazira "

****

Di dalam kereta, Faiz menawarkan diri untuk memandu dan tanpa membantah, Aryan membenarkan.

Nazira yang di sisi masih dipeluk erat. "If you leave me, I won't forgive you. EVER "

****

"Nazira.."

"Nazira"

"Nazira!"

Matanya terbuka. Yang dapat dilihat adalah muka seorang lelaki tak dikenali. Dia memandang ke sekeliling. Semua orang panik. Dia bangun dan melihat tapak tangannya.

"Aku.. mengecil? " badannya kecil seperti gadis berumur 5 tahun. Kemudian matanya terarah pada rumah yang terbakar.

Dia terdiam. Rumah siapa?

"Nazira? nasib baik you okey" lelaki berambut kuning itu memeluk tubuh kecilnya. Lelaki itu tampak lebih tua.

Tiba-tiba fikirannya berputar.

Mama! Papa!

Matanya kembali memandang rumah yang terbakar. "Jangan.. Tak.. Tolong.. Mama!! Papa!! " Nazira berlari ingin menuju ke rumah itu namun ditahan lelaki tadi.

Lantas tangannya memukul kuat tubuh itu. "Kau siapa?! lepaskan aku! Mama!! Papa!! Mama! manaa mama aku?! " jerit Nazira kasar.

Itu rumah dia..  rumah dia.

"Nazira.. Nazira.. mama dengan papa dah tak ada. Mama dan papa dah pergi" jawab lelaki tua itu. Tiba-tiba keadaan di sekeliling Nazira bertukar suasana. Dia berada di lapangan terbang KLIA.

"Kita.. nak pergi mana?" tangan kecilnya sedang memegang erat jari kelinking lelaki itu. "Kita duduk tempat uncle. Im your real uncle. Papa dengan Mama selalu pesan pada uncle, kalau diorang dah tak ada, Uncle kena jaga Nazira baik-baik " Lelaki itu melutut di hadapannya. Badan kecilnya dibawa ke pelukan.

Keadaan sekelilingnya berubah lagi. Kali ini Nazira sudah menginjak usia 13 tahun. Dia berlari mendapatkan pakciknya di dapur. "Uncle!"

"Nazira.." lelaki tua itu tersenyum memandang Nazira. Mereka bersembang panjang sehingga pakciknya sendiri menukar topik.

"Nazira, Nazira sayang uncle tak?"

"Of course, I am" balasnya laju. "You see, uncle dah tua. But I need you to takeover my place. Tempat uncle bahaya, sekali orang rampas, Nazira kena kejar nanti"

"Do you think you can do it, Nazira? for me. At least, untuk masa depan Nazira sendiri. Im worries about you"

"Okay, uncle. What do I need to do? "

Lelaki itu tersenyum. "First, we need a new nickname for you. Nazira suka nama macam mana?"

"Haaaa.. nama apaa.. manalah Nazira tahu.. " muncungnya panjang.

"Okay, okay, dalam banyak banyak haiwan, mana yang Nazira suka? "

" A mouse? theyre cute. Nazira tengok kawan bela warna putih " sengihnya polos.

"Mouse? okay tukar, Mice. Baru okay sikit. Are you okay with that?"

"Yes! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience