Tap tap
Aryan berjalan sambil menyepak batu-batu kecil. Angin pantai yang menyapanya tidak sedikitpun meredakan rasa sakit hati.
Dia merenung ke arah bot yang Nazira sebutkan tadi. Mukanya berkerut, jelas menunjukkan ekspresi tidak senang.
Baru saja hendak mendekati bot, tiba-tiba belakang bajunya ditarik kasar. Badan Aryan tertarik ke belakang.
Kakinya turut dipusingkan sehingga dia hilang keseimbangan dan jatuh ke tanah pasir.
Sedar-sedar sudah ada pistol tepat ke dahinya. Dan si pemegang itu adalah Nazira. Gadis itu duduk di atas badannya dengan riak selamba dan gaya profesional.
"Awak perasan atau tak yang saya ikut awak dari tadi?" tanya Nazira. Dia menggerak-gerakkan pistol daripada dahi ke hidung dan ke dahi semula.
"...no.." balas Aryan. Sudah tentulah dia tidak akan perasan. Dia bukan spy. Kalau dia mahu belasah, dia belasah. Tak ada main sembunyi-sembunyi.
"Awak rasa seberapa laju saya boleh tarik picu untuk tembak awak?" tanya Nazira lagi.
"Benda ni boleh jadi bila-bila masa, Aryan. Saya boleh jatuhkan awak, halakan pistol, pecahkan kepala awak sebelum awak sendiri tahu tu adalah saya"
"Hanya kerana tempat ni adalah pulau, tak bermakna saya tak boleh tembak awak. Awak tak akan mampu kawal saya"
Kepala Nazira menunduk. Pegangan pistolnya dilonggarkan.
"Sekarang, sila pergi selagi boleh. Jangan susahkan orang dan balik-"
"Betul ke awak boleh tembak saya?" pertanyaan Aryan memotong ayat Nazira.
"Apa?" Nazira terkedu.
Aryan menolak pistol Nazira dan duduk. Nazira terus menjarakkan dirinya.
"Go ahead and shoot me. Benda tu lagi senang dan mudah untuk awak kan? Tak perlulah nak beralasan bagai" matanya memandang wajah Nazira. Lama dirinduinya.
"Awak mungkin betul. Saya mungkin tak ada chance atau yakin boleh berjalan lagi dekat sini esok. Tak ada jaminan kan? "
"Saya ni rasa nak pengsan sambil angkat awak yang tak sedarkan diri. Tapi saya tak pengsan sebab saya tahu, saya kena keluarkan awak dari tempat tu"
Nazira mendiamkan diri sambil mendengar.
"Dan sebab paling utama, saya masih berharap yang awak perlukan saya"
"YANG AWAK MASIH NAKKAN SAYA"
Mukanya sedikit dekat dengan Nazira.
Nazira mengetap bibirnya. Dia mencampakkan pistolnya dan menarik muka Aryan rapat. Bibirnya bertamu dengan bibir lelaki itu.
Aryan terkejut namun tidak menolak. Dia menutup mata.
Hati Nazira sedikit sakit. 'Kenapa aku rindu benda ni? Kenapa aku rindu betapa lembutnya bibir dia. Ah.. sekarang aku tahu, aku rindukan bau dan suara dia'
Aryan menyentuh belakang tubuh Nazira. Dengan perlahan, dia menolak Nazira baring ke tanah.
Untuk 3 minit, mereka melepaskan rindu masing-masing hanya dengan ciuman. Nafas Nazira antara cukup dengan tidak cukup.
Aryan bangun sedikit namun dahinya tidak beranjak daripada dahi Nazira.
"..Nazira.. my only Mice.."
Dia menyentuh dan membelai kedua belah pipi Nazira serta bibirnya. Matanya jatuh melihat gadis itu yang sudah merah pipinya.
Aryan menolak tangan Nazira keatas dan menahannya dengan hanya menggunakan satu tangan.
"Hey, lepaskan" Nazira terkejut dengan tindakan Aryan. Kita di luar! tepi pantai!
"Hanya kalau awak janji takkan larikan diri daripada saya" Aryan mengucup pipi kanan Nazira.
"Where could I possibly go? Kita dekat tengah pulau! " balas Nazira. Aryan tersenyum sinis. "Heh" Dia ingin terus menerus menelan bibir itu.
Fzzzt..
Pergerakan mereka terus terhenti.
"Puan, saya dah dekat bot dekat 2 jam. Saya perlu tunggu lagi ke? " suara pemandu bot kedengaran daripada alat komunikasi itu.
Disebabkan kedua tangan Nazira terikat, dia tidak dapat membalas. Dah tentulah Aryan yang mengambil tindakan. Dia mendekatkan ke bibirnya.
"No, you may leave now. The passenger has just cancelled the ride" ucap Aryan sambil matanya memandang ke arah Nazira. Dia tahu bot itu untuk dirinya pulang.
Nazira mendiamkan diri. Tidak mahu membalas apa pun.
Setelah kata-kata itu diucapkan, Dia dan Aryan menyambung kembali perbuatan mereka.
Tatkala tangan si lelaki sampai ke pinggang Nazira, gadis itu mengaduh.
"Aduh!" dahinya berkerut. Aryan terus menarik kembali tangannya. "Sakit lagi ke? Im sorry. Come on, let's go inside" Aryan menarik tangan Nazira.
"Awak tak patut ada dekat luar, jalan sana sini. Dalam proses penyembuhan lagi. Let's go to your room "
'Sejak bila Aryan banyak bebel' hatinya gumam sendiri.
****
Sesampainya di bilik, Aryan mendukung Nazira sehingga ke katil.
"You're an idiot" sumpah Nazira.
"Awak tahu tak?"
Aryan senyum. "Teruskan mencarut, teruskan maki. Its actually a turn-on"
Nazira malu sendiri namun masih hendak melawan. "Awak ni kenapa? Kenapa awak buat macamni. Awak tak tahu nama sebenar, nama panjang saya. Daripada mana asal saya. A-awak tak kenal pun saya" ujarnya.
Aryan tetap dengan senyumannya. "Actually, I might know you even more than you know. Just because I didn't say it, tak bermakna saya tak tahu"
"Kita semua ada rahsia. Awak tahu tak saya tunggu awak, saya spend masa dengan awak"
"Hanya sebab saya tak kenal awak, awak tak boleh tolak saya, sayang" Aryan mengucup dahi Nazira.
'Itulah dia. Dengan ayat mencairkan lagi, dia tuangkan semua perasaan dia. Tak pernah sembunyi. Terlalu jujur. Aryan, you dumb! thata why I fall for you' jerit hatinya. Bukan salahnya jatuh cinta kalau memang Aryan sudah begitu.
'Dan aku. Belum pernah ungkapkan rasa sebenar..' tiba-tiba riak muka Nazira berubah kelam.
"Hey, whats wrong.." tegur Aryan. Dia memegang dagu gadis itu.
"No.. nothing. Keep going on" Nazira menutup mata.
Rindu dilepaskan. Sayang diluahkan. Nazira dan Aryan. Dua kekasih. Melepaskan segala rasa dalam satu waktu. Daripada pagi sehingga malam. Tidur mereka dipenuhi penat dan peluh.
Sebelum Nazira terlelap. Perlahan bibirnya mengungkapkan sesuatu.
"...sorry.."
****
Terasa tangan diikat. Aryan terus membuka matanya. Cerah. Yang ada dihadapannya kini bukanlah siling bilik, tetapi langit dan dia berada di atas bot!
'Apa ni?'
"Tidur lena?" Aryan mengalihkan pandangan ke arah suara. Nazira!
"Saya dah letakkan beg awak dekat belakang. Masa untuk awak balik" ujarnya sambil tangan diseluk ke dalam poket seluar.
"That was enough. Cukup memori sampai sini. Kita tak boleh pergi jauh atau saya betul-betul akan kehilangan awak" mata Nazira sedikit layu.
Nazira membongkokkan tubuhnya sedikit dan merapatkan muka.
"Selamat tinggal, Aryan Arnande"
Secara lembut, Nazira mencium bibir milik Aryan. Namun, tiba-tiba bibirnya rakus ditelan lelaki itu.
"Ahh!" Nazira lantas menarik kembali mukanya dan berundur. Bibirnya berdarah. Aryan gigit! Baru saja dia hendak mengherdik lelaki itu, Nazira tidak jadi. Riak wajah Aryan sedang marah.
"Nazira..." terdengar getaran amarah dalam nada Aryan.
"Just you wait! saya akan datang balik, kejar awak! sebelum luka dekat bibir awak tu sembuh!" jeritnya.
****
Bot yang menghantar Aryan sudah jauh hampir hilang daripada pandangan Nazira.
'This is the right thing to do. Theres no way, dia takkan dapat datang balik ke sini'
Nazira terus memusingkan badannya sambil berlari.
Niatnya adalah ingin menghilangkan butiran air mata yang keluar. Pipinya basah. Dia ingin menjerit. Tapi suaranya tidak keluar
'..Aryan.. Im sorry.. Im sorry..'
Share this novel