Chapter 3

Romance Completed 1450

Cahaya dari sebalik tingkap menandakan matahari sudahpun naik.

Perlahan-lahan mata Aryan terbuka. Dia menyentuh kepalanya yang sedikit pusing. 'Ugh.. kepala aku. Macam mana aku balik semalam?'

Dia memusingkan badannya ke kanan untuk menyambung semula tidurnya.

Matanya terbuka luas. Aryan terpaku. Dia melihat susuk tubuh wanita di sebelahnya tanpa seurat benang selain selimut yang mereka kongsi bersama.

Gadis berkulit putih gebu itu sedang nyenyak tidur diulit mimpi. Mata Aryan turun lagi ke leher Nazira.

'Itu.. love bite..? aku ke ? '

Aryan menarik selimut secara kasar membuatkan Nazira tersedar daripada tidur.

Dia turut terpinga-pinga sambil memandang wajah Aryan. Aryan masih lagi ragu-ragu sekiranya dia melakukan sesuatu pada Nazira.

"Kau.. aku buat dengan kau ke?"

Nazira mengangguk. "Awak tak ingat?" Nazira menggosok kedua belah matanya.

'Oh, lelaki ni separa mabuk semalam. No wonder' bisik hati Nazira.

"Aku.. buat sekali harung habis?" tanya Aryan masih tidak mempercayai apa yang berlaku.

"Yeah .."

'walaupun tak harung habis pun..' Nazira berkata-kata dalam hatinya.

Imbas kembali..

"Ahh.. stop.. " ujar Nazira perlahan. Aryan masih tetap menggigit lehernya.

"Hey, don't run.." Aryan sengih seperti singa kelaparan. Dia bangun dan melihat Nazira. Tangannya mengelus pipi gadis itu.

"So pretty.." matanya memandang wajah Nazira dengan pandangan lembut. Mukanya sudah merah seperti dibakar matahari.

"Don't talk too much.. Just go on" pinta Nazira dengan manja. Dia malas hendak berlama-lama melakukan hal seperti ini.

Aryan senyum. "Okay.." dia kembali memeluk Nazira. Untuk beberapa saat, tiada sebarang respon mahupun pergerakan daripada Aryan.

Nazira mulai berasa aneh. "Hey?" Dia menepuk belakang badan Aryan perlahan. Tiada jawapan. "Awak?" Tiada jawapan. Nazira mulai berasa bengang. Dia menolak kasar lelaki itu ke tepi. Nazira bangun untuk melihat wajah Aryan.

Sah! Aryan sudah terlelap.

Nazira meraup mukanya. "Haha this guy, boleh pula tidur time time macam ni" Dia memandang wajah lelaki itu.

'Well, at least aku tak perlu buat benda mengarut ni' Nazira membaringkan badannya ke atas katil. Untuk malam ini, dia berasa lega.

"Aku tidur kejap je.. kejap.." mata Nazira terasa berat dan dalam masa yang sekejap, dia sudahpun terlelap di samping Aryan.

Imbas kembali tamat..

Aryan meraup mukanya. "Argh.. you steal my first kiss, and now my virginity"

Kening Nazira terjongket. 'Virginity? sorry?' panas pula hatinya mendengar.

Nazira bangun daripada katil. Dia mencapai bajunya di atas lantai dan menyarung semula. "Then, I'll go first" Nazira ingin bergerak menuju pintu utama namun segera ditahan Aryan.

"Where are you going?"  mata Aryan memandang anak mata Nazira. "Home" balasnya ringkas.

"Haihh... at least, saya akan bertanggungjawab" Aryan menutup matanya sambil menghela nafas panjang. Dia tidak menyangka akan memiliki gadis ini dengan cara 'satu malam'.

"No, its okay" Nazira menarik tangannya kembali. Dia terus menuju ke pintu dan beredar daripada situ.

Aryan tidak sedikitpun menghalang Nazira daripada pergi. Tangannya meraba tilam tempat Nazira beradu. "God, what have i done" ujarnya perlahan.

Dia bangun daripada katil. "Yeah, I can't give up on her. Aku pun salah sebab minum je malam tadi" Dia meramas kasar rambutnya.

Aryan segera bergerak menuju ke tandas. Matanya sempat mengerling ke atas laci meja disebelah katil.

Jam Smart Watch milik Nazira berwarna kelabu masih berada disitu. "She forgot this.. I'll return to her later" Aryan mengabaikan sahaja dan terus berlalu ke tandas.

****

Bamm!

Nazira menghempas pintu rumahnya. "Dia cakap aku curi virginity dia?! " soal Nazira sambil memandang ke arah cermin. Pantulan di cermin membuatkan Nazira mampu melihat love bite yang ditinggalkan Aryan.

"He kissed and bite me" Nazira menyentuh salah satu kesan bintik merahnya.

Tiba-tiba kepalanya teringat akan Candy.

"Ah, I need information from him" dia mencari jam tangannya. Tiada. Nazira menepuk dahinya. "Damn, aku tertinggal"

Jarinya mengetuk-ngetuk dinding sambil kepalanya ligat berfikir. 'He is an CEO right? dia patut masuk kerja dah kan sekarang'

Nazira melirik ke jam dinding. 'Cun, pukul 8 setengah. Pukul 9 aku gerak masuk' dia menepuk dinding layak baru sahaja mendapat idea bernas dan perlu dipuji.

Dia bergerak menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Walaupun dia dan Aryan tidak melakukan apa-apa, tetap saja dirinya berpeluh. Tuala di sisi katil dicapai.

'30 minit untuk bersiap. Lebih dari cukup' Nazira menutup pintu bilik air.

****

Klik! Nazira mengakses masuk ke rumah Aryan menggunakan tingkap. Dia menjenguk dari satu ke satu ruang.

"I think im right. Dia tak ada maknanya kerja lah tu" Nazira senyum. Dia tidak mahu terserempak dengan lelaki bebal itu.

Nazira mendekati sisi katil tempat dia dan Aryan tidur. Nampaknya, tilam sudahpun diganti dengan cadar baharu. Untunglah, boleh tukar suka-suka hati. Bila-bila.

Dia mengambil kembali Smart Watch kepunyaannya dan disarungkan ke tangan. Dia tersenyum puas. Ini adalah pemberian akademi selepas dia berjaya melepasi rank-D. 

Twit!

Satu pesanan masuk ke smart watchnya. Dia membuka dan melihat Candy terlebih dahulu menghubunginya.

Girl, untuk misi selidik kau, agensi tambah lagi 3 bulan untuk kau. Sebagai ganti, malam ni tolong bunuh target seperti yang tertera dalam fail. Kejap lagi aku bagi -Candy

Jari Nazira menaip perlahan.

Noted. So, aku ada masa 5 bulan untuk selidik Aryan Arnande. Malam ni aku setelkan part bunuh. No worries. -Mice

Nazira bergerak menuju ke tingkap bilik. Baru sahaja dia ingin keluar, telinganya menangkap suara.

"Dah nak pergi dah?" Aryan! Nazira menoleh kepalanya. Aryan masih bertuala paras pinggang dengan rambutnya yang basah dan kebawah. Nazira menelan liurnya.

Aryan mendekat. Dia memegang lengan Nazira. "Stay here" suaranya perlahan tapi kedengaran tegas. Nazira cuma menurut. Dia mengikuti kata-kata Aryan.

"Okay, saya kata saya akan bertanggungjawab. Kita start semula dengan slow slow" kening Nazira terangkat. 'Start slow slow?'

"Maksudnya?" Nazira memandang Aryan.

"Mulai sekarang, kita official dating. Stay in my house. Bawa barang awak ke sini. "

"What?! No-" perkataan Nazira terhenti.

'Wait, isn't this a good thing? aku boleh korek maklumat lebih dalam lagi' Nazira menyentuh telinganya sendiri.

"Fine. I'll do it" Aryan tersenyum mendengar jawapan Nazira. Dia mendekatkan mukanya. "Good girl" bisikannya membuatkan Nazira tidak keruan.

"Eyy.. stop" dia menolak Aryan. "Why? we're couple right now. You can't push me"

Nazira terdiam. Melihatkan Nazira diam tidak berkutik, Aryan menyambung perbuatannya semula. Mulutnya bertemu bibir Nazira. Perlahan-lahan dikucupnya.

"Ah.. saya tak pergi kerja hari ni sebab yeah, terkejut dengan apa jadi. Since youre my stalker, mesti awak tahu saya kerja apa. So, tak perlu saya terangkan" Nazira mengangguk.

"Your name"

"Nazira"

"Okay..Nazira" kini Aryan mengalihkan mulutnya ke dahi Nazira. Dia mencium perlahan.

"But, malam ni saya ada kerja. Kena datang majlis kawan. Nak follow? since you are my girlfriend now. "

"No, i got a work to do to" Nazira menolak. Mana mungkin dia akan mendedahkan wajahnya ke ramai orang. Silap haribulan, ada yang mengenalnya sebagai agen rahsia rank-S.

Aryan menangguk. Dia menarik badan Nazira mendekatinya.

'Perasaan apa ni? its.. nice' Nazira mulai tenggelam dalam kelembutan yang diberikan Aryan. Dia merelakan sahaja dirinya dicium dan dipeluk. Belum pernah dirinya dilayan sebegini.

"What is this feeling?"

**************

Please support karya Juney

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience