Chapter 16

Romance Completed 1450

"Pathetic"

Terkejut Nazira mendengar kata-kata itu. Matanya masih tidak dapat melihat apa-apa.

Dan mukanya terus menerus menerima tumbukan. Mujurlah dia sudah dilatih sejak di akademi, kalau tidak tentu dia sudah pengsan.

"Aku tak kisahlah kau perempuan ke lelaki, kau buat hal, kau terima padah" suara lelaki itu kedengaran seperti sedang melampiaskan amarahnya. Nazira masih diam.

Plastik di mukanya dibuka. Walaupun begitu, dia masih tidak dapat melihat. Namun dia tahu orang yang membelasahnya sudah berhenti.

"Dasar orang bod-" kata-katanya terhenti

"W-what?? apa ni?"

Badannya kembali ditegakkan ke atas kerusi.

Perlahan-lahan penutup matanya dibuka. Muka Aryan yang sedikit cemas terpapar. Dia sudah agak. Itu Aryan. Dia kenal suara itu.

"Nazira?!" Nazira dapat melihat Aryan yang sepertinya berpeluh dan takut dimarahi. Lelaki itu membetulkan rambutnya.

"Bukan.. awak sepatutnya pergi bercuti?" tanyanya. Dia sudah berlutut di lantai. Tangannya menyentuh peha Nazira.

"Bukan awak sepatutnya dekat rumah?" tanya Nazira balik. Pipinya masih berdenyut-denyut. Siapa sebenarnya Aryan ni?

"Err.. you damnn!! dasar anak buah tak guna!" tiba-tiba Aryan bangun meluru ke luar pintu ingin mencari bawahannya.

'That dude! at least, untied me first! ' jerit hati Nazira. Macam manalah si Aryan boleh terus keluar tanpa buka ikatan dia.

"Siapaa yang tang--"
"Haaahhh?!! bil-"
"That's my gir--"
"You son of--"

Daripada dalam bilik, Nazira mampu mendengar segala cacian daripada mulut Aryan. Marah sangat tu. Hampir berminit juga dengar bunyi barang dibaling, penuh maki, entah-entah sampai berdarah.

****

Nazira sedang duduk di sofa sementara Aryan melutut di lantai. Sekali pandang, sudah seperti mak nak menghukum anak. Nazira menyentuh pipinya sendiri. Mata mengerling ke sekeliling. Betul tekaannya, dia berada di bangunan lama dan yang paling menjengkelkan, terlalu banyak bawahan Aryan sedang berdiri di sekelilingnya. Tak kurang juga, Syed.

"Jadi, awak dendam dengan kumpulan Balko dan saya pula nak tangkap kumpulan Balko. Kita ada jalan yang samalah ni" Nazira mulai berkata-kata.

"Ha..ah" Aryan jawab perlahan. Dia masih tidak mampu memandang wajah Nazira.

'Bos aku dah kenapa, kena jinak dengan perempuan' salah seorang bawahan seakan-akan pelik dengan tingkah bosnya. Aryan, lelaki itu sentiasa tegas, kasar, pemaki. Dia ni sudah kena beratus kali dengan Aryan. Tiba-tiba berubah drastis kerana seorang perempuan? Aneh.

"Now, tell me. Apa yang awak dendamkan dengan Balko?" tanya Nazira.

Aryan mengeluh. Perlahan-lahan dia membuka cerita. "Saya kenal ketua Balko"

Imbas kembali..

2 tahun lalu..

"Kau tu pun nak mengorat tengoklah sikit, waitress pun nak ke? tak ada class okay" Aryan menampar belakang badan adiknya, Daniyal.

Daniyal mencebik, tau sangat perangai abangnya yang mementingkan status dan darjat.

"Aku malas betul nak drive lately ni. Kau lah pulak drive hari ni" balas Daniyal. Enggan memanjangkan isu mengorat.

"Habistu kalau malas, cari driver la.." cadang Aryan.

"Overlah nak pakai driver bagai. Aku doktor je"

"Apa pulak.. kau adik aku. Kau tak mampu, aku buatkan" sengih Aryan. Dia menggosok kepala adiknya yang masih berumur 26 tahun.

Daniyal hanya senyap. Beberapa minit kemudian, makanan dihidangkan atas meja.

"Makanlah cepat, nanti aku hantar kau balik klinik. Ada urgent meeting kejap lagi"

"Aku nak tanya sikit la" garpu dan pisau yang dipegang diletak perlahan. Aryan mula serius wajahnya mendengar kata-kata Daniyal.

"Apa dia?"

"Sampai bila kau nak berurusan dengan Dragon? aku rasa dia dah hampir terpesong je. Siapa-siapa dia bunuh"

Aryan menongkat kepalanya. "Kenapa? dia bunuh siapa tu bukan hal aku. Tak apa, dia tak berani usik aku. Rilek je" Wajah Aryan kembali tenang. Ingatkan apalah tadi adiknya mahu bertanya.

"Aku just tanya sampai bila aje. Tak suruh kau stop" selesai berkata, Daniyal kembali menyambung suapannya.

"Belum lagi. Malas aku nak cakap.. makanlah"

Daniyal mengangguk. Dia sudah senyap. kalau itulah kata abangnya, tiada apa boleh dibahaskan lagi.

****

BMW X7 yang dipandu Aryan berhenti betul-betul di hadapan pintu klinik Daniyal. Klinik kepunyaan Daniyal sebenarnya lebih kepada VVIP only. Lengkap dengan kelengkapan mewah, lebih privasi dan luas.

Pintu kereta ditolak dan Daniyal melangkah keluar lalu berjalan ke pintu klinik. Aryan menurunkan tingkapnya.

"Kita jumpa malam nanti, dekat rumah"

Daniyal hanya mengeluarkan simbol okay.

"Kau bang, cepat-cepat sikit ada awek. Kau tu dah 27"

Malas mahu melayan adiknya, dia menutup tingkap. Namun saat jarinya baru hendak menyentuh butang, bunyi beberapa das tembakan membuatkannya segera berpaling.

Hatinya berdebar.

Apa yang disangkanya tepat, Daniyal sudah terbaring kaku di atas lantai depan klinik. Tanpa menghiraukan enjin yang masih hidup, Aryan keluar mendapatkan Daniyal.

Tubuh Daniyal dipangku Aryan. Beberapa kali pipi adiknya ditepuk namun tiada sebarang gerakan. Kaku!

"Daniyal! bangun weh! Daniyal! Weh baru kena tembakan, janganlah buat macam ni! Daniyal! " Aryan sudah terjerit-jerit seperti orang kerasukan.

Orang ramai mula memenuhi dan mengelilingi Aryan yang masih memegang erat adiknya. Tak ada siapapun berani mendekat.

"Takkan tengok je!! somebody call an ambulance!! please! " jerkah Aryan. Dia sudah kehilangan akal warasnya.

"Arghhhh!!!" jerit Aryan kuat disertai air mata yang semakin laju mengalir. Kehilangan satu-satunya adik, kehilangan satu-satunya ahli keluarga yang dia ada, benar-benar memberi tamparan hebat buatnya.

Dia memandang ke tepi jalan. Ada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang tersenyum. Walaupun matanya berair, dia masih kenal itu siapa. Dragon! lelaki itu terus menaiki motorsikalnya dan berlalu.

Aryan tahu, hendak dikejar pun tak akan sempat. Apatah lagi yang menjadi keutamaannya saat ini adalah Daniyal.

"Dragon, you son of a b*tch!!!" jeritnya sekuat hati.

Imbas kembali tamat..

Nazira menyandarkan badannya ke sofa sambil menghela nafas panjang. Kini, segalanya masuk akal. Aryan menyamar untuk deal dengan Balko semata-mata untuk balas dendam. Tapi Aryan silap orang, dan orang itu adalah dia.

"Sayang.. Im sorry.. are you in hurt?" tangan Aryan menyentuh peha Nazira.

"What do you think? selepas kena tumbuk dengan kekasih sendiri" balas Nazira. Sebenarnya, dia tidak marah.

"Im sorry, im sorry.. tapi, Nazira buat apa dengan Balko?" tanya Aryan. Kepalanya dibaringkan ke peha Nazira. Mata anak bawahannya tidak dipedulikan. Kisah apa dia, asalkan si girlfriend maafkan.

"Awak pun tahu Balko bunuh orang sana sini, terlibat dalam penjualan organ. Agensi kami arahkan kami siasat dan dengarnya memang Leftenan saya ada dendam dengan dia" balas Nazira. Dia dah kumpul info baru. Dragon adalah nama ketua Balko.

"Oh.. so your agent name is Mice?" Nazira mengangguk.

"Eh kebetulan sebab awak memang tikus pun" gurau Aryan. Dia berdiri. Tangannya memegang tangan Nazira.

"Let's go back.. to our home"

Nazira mengangguk. Cukuplah sampai situ maklumat dia kumpul. Kejap lagi dia akan inform pada Candy dan Shadow yang dia okay.

Dan, sepatutnya misi dia untuk selidik Aryan dah tamatlah kan?

****

"Wuhuuu" Lelaki itu mencampakkan dirinya ke sofa hitam. Di tangannya terdapat kaca berisi bebola mata yang dicurinya tadi.

"Senang hati nampak?"

"Benda limited ni geng" dia sengih sambil membelek-belek kaca itu.

"Tapi ada yang lebih limited" kepalanya teringat gadis yang beria cuba menahannya tadi.

"That girl.. should be added to my cart. Hehe. Im going to get you. Weh, botak, Aku nak cari someone, pinjam budak info kau"

"Lantak engkaulah. Janji kau bahagia, Dragon"

"hehe.. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience