Chapter 2

Romance Completed 1450

Nazira memerhati daripada jauh si mangsa. Untuk tika ini, dia sedang berada di dalam sebuah bar terpencil. Mungkin tak mahu ditangkap pihak berkuasa. Untungnya, rakan sekerja, Candy telah memalsukan identitinya dan memberikan akses vip.

Di tangannya, segelas air coke digoyang perlahan lagak orang yang sudah terbiasa berada di bar. Matanya masih menatap Aryan yang baru melabuhkan punggung di sofa. Beberapa wanita berpakaian tak cukup benang duduk disampingnya.

'Kaki perempuan, noted' gumam Nazira.

"Hey.." bahunya ditepuk. Nazira memandang ke belakang. Seorang lelaki sudah separa mabuk tersenyum.

"Are you free? for me?" tangan lelaki itu sudah menjalar ke belakang badan Nazira. Dia menggosok perlahan.

'Ah.. im too tired for this'

Nazira menepis tangan lelaki itu. "Sorry but im waiting for someone"

"Girl.. you lying aren't you? " Lelaki itu mendekati Nazira sekali lagi. Tangannya sudah mahu menyentuh Nazira.

Slapp! Baru sahaja Nazira ingin menolak, ada tangan yang menepis dengan lebih kasar.

"Ada apa ni?"

suara itu.

Nazira mendongak. Aryan Arnande! matanya memandang lagak si helang ingin menikam si tikus. Sudahlah perbezaan saiz mereka jauh. Sesiapapun akan gerun kalau nampak.

"Hey hey, tak perlulah tolak kasar. Aku cuma tanya je.. dahlah. Ingat kau je ke perempuan yang ada dalam dunia ni" lelaki itu beredar dengan muka cemberut.

"Hey, are you o-" baru sahaja Aryan ingin memandang kepada Nazira. Kelibat gadis itu sudah hilang tidak berjejak. Aryan menggaru kepalanya. "Ninja?" suaranya perlahan. Dia terus menuju ke tandas.

Pada mulanya, dia rimas dengan perempuan-perempuan yang mendekatinya. Dia bangun dan memberikan alasan untuk pergi ke tandas.

"Theyre pretty but tak boleh lawan girl from the last night. Ahh... bila nak jumpa lagi. I miss her" kelibat Aryan dilihat masuk ke dalam tandas.

****

'He didn't see me, did he?' bisik hati Nazira. Dia sempat menghilangkan diri dan bersembunyi di sebalik dinding.

'Okay, target found. Nasib tadi sempat letakkan GPS tracker dekat kereta mamat tu. Baru boleh follow secara senyap'

Sudah lima minit, barulah Aryan keluar dan tak lain tak bukan, dia menuju ke pintu keluar. Tepat sangkaan Nazira, Aryan mulai menghidupkan enjin kereta.

Nazira mengikuti kereta milik Aryan tanpa disedari. Bermula Aryan singgah ke kedai cafe sehingga dia pulang ke apartmennya. Namun, yang disedari Nazira, terdapat orang lain yang turut mengikuti mangsanya.

Sejak dari bila? Nazira sendiri tidak perasan. Aryan sudahpun berada di hadapan pintu rumahnya. Tangannya meraba-raba poket seluar barangkali mencari kunci.

Lelaki yang dicurigai sudahpun mengeluarkan pisau kecil di tangannya. Melihatkan dia hendak menyerang Aryan, Nazira lantas menarik baju suspek.

"Before you attack him, why don't you meet me first" ujar Nazira perlahan sambil tangan kanannya mencekik leher lelaki itu.

Untungnya Aryan sudahpun selamat masuk ke dalam rumah. Nazira masih tetap menahan lelaki itu. Pisau dijatuhkan ke lantai.

"Oi, kau ada urusan apa dengan dia? Dia, aku punya" Nazira merenung sinis.

"Hah! Bob, serang dia! " entah daripada mana, datang seorang lagi lelaki menyerang Nazira daripada belakang. Dia menggunakan laser renjatan elektrik.

Mujur bagi Nazira, dia sempat mengelak namun lelaki kurus yang ditahannya tadi terlepas.

'Argh! so ada lagi sorang rupanya geng dia! Tak terfikir dia nak guna renjatan elektrik untuk serang'

Nazira menendang perut lelaki itu laju sebelum sempat lelaki itu menyerang. Apabila melihat peluang, Nazira terus mencengkam kolar bajunya dan ditolak ke dinding.

"Siapa hantar kau?!" Nazira menjerit kepadanya.

Klik! Klik!

Bunyi tombol pintu dipulas.

'Damn! lelaki tu pula nak keluar, kalau dia nampak aku macam ni..'

Nazira terus menghalakan pengepalnya ke arah lelaki yang berada di hadapannya sekuat mungkin.

Dia berlari ke hadapan pintu rumahnya Aryan. Ketika Aryan baru sahaja hendak keluar, Nazira menarik Aryan masuk semula ke dalam rumah.

Aryan yang terpinga-pinga terdiam sebentar. Dia dan Nazira sama-sama pegun. Tiba-tiba, Aryan mengukir senyum.

"Hai sweetie"

'The heck kau sweetie!' sumpah Nazira dalam hatinya.

"I'm sorry if you miss me, but i need to go somewhere else. You can stalk everything here" senyum Aryan. Dia ingin membuka pintu.

'No! he can't see the man' jerit hati Nazira. Tiada pilihan lain.

Dia mendekatkan bibirnya dan mencium Aryan selama beberapa saat. Matanya dipejamkan.

"Hahaha.. so are you gonna leave me here? without doing anything?" senyum Nazira sambil menelan liur. Aryan memandang anak matanya.

"You really caught my attention. Jadi, layanlah saya kejap" Nazira terus menerus bermain kata dengan Aryan. Tangannya dililitkan di belakang leher lelaki itu.

'Dear HQ, this is Mice. Atas sebab kecemasan tertentu, Saya tukar cara operasi penyelidikan' hati Nazira berbisik sendiri

Aryan sengih. Dia mendekatkan mukanya pada Nazira. Bibirnya menyentuh bibir Nazira dengan rakus.

'Operasi Honey Trap'

Aryan menyentuh belakang badan Nazira dengan perlahan. Dia mengangkat gadis itu dan membawanya ke bilik.

"Hey girl, if you gonna run, do it right now. I don't know if i can hold myself back" Muka Aryan benar-benar merah dan menahan nafsu yang sudah bergelora.

Badan Nazira sudahpun menyentuh tilam katil milik Aryan. Tangannya menarik muka Aryan untuk mendekat.

"Pasti? Saya boleh lari? lepas tengok awak yang dah bersedia meletus bila-bila masa je ni" jari jemari Nazira bermain di bibir Aryan.

Aryan menggigit bibirnya. "Don't cry after this" dia menyembamkan mukanya ke leher Nazira. Nazira menggeliat sekejap-sekejap.

"Ah.." lantas Nazira menutup mulutnya. Matanya membulat. 'This damn mouth!!'

"Haha, why? I wanna hear it too" Aryan mengalihkan tangan Nazira daripada mulutnya. Sekali lagi, Aryan mencium bibirnya.

Mereka tenggelam dalam kenikmatan yang dicipta mereka sendiri.

Malam itu, misi pertama Nazira untuk mengikuti Aryan secara senyap gagal.

"You gonna be my girl" bisikan Aryan di telinganya membuatkan Nazira tergamam.

'Shit.. i can't undo this'

**************

Please support karya Juney

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience