Chapter 13

Romance Completed 1450

"Here, dear" Aryan membawa dulang kecil berisi sepinggan nasi goreng pattaya. Nazira kembali menegakkan badan. Sudah seperti anak raja. Anak raja pun tak makan di katil.

"Aryan, saya pergi bercuti dengan kawan 4 hari tau" Nazira menyuapkan sudu ke dalam mulutnya. Sedap!

"Eh? bila?" terkejut Aryan mendengar kata-kata Nazira. Padahal dia sudah bersiap rancang hendak membawa Nazira bercuti.

Nazira memandang muka Aryan. "Esok" tersentak Aryan seketika. Peliknya, waktu yang dirancang juga sama. Namun didiamkan sahaja.

"Oh yeke? kawan yang mana? " Aryan menarik pipi Nazira. Gadis itu menghantar jelingan maut. Maknanya 'Jangan Sentuh Pipi Aku'. Tergelak lelaki itu.

"Dengan yang saya kata dia gay tu. Awak tak risaulah kan sebab dia tertarik dengan lelaki je" ujar Nazira.

"Oh.. okay. Dah kemas barang ke?" Nazira menggeleng. Mesej yang didapatnya baru saja tadi, tak sempat nak bersiap lagi.

"Nak saya kemaskan? saya masuk bilik awak kejap lagi" Nazira menggeleng laju. "Jangan. Saya boleh buat sendiri"

Bahaya. Ya, bahaya. Bilik Nazira, Aryan tak pernah masuk kerana gadis itu sering melarangnya. Katanya privasi. Dan Aryan sekadar menurut demi menjaga hati si Nazira.

"Okay " balas Aryan, pendek. Dia terus menerus memerhatikan Nazira makan. Nazira membalas pandangan Aryan. "Awak beli satu je ke? ke awak tak nak makan?" tanyanya. Aneh juga.

Aryan memberikan senyum. Dia membuka mulutnya. "Aaaa"

Nazira tergelak kecil. "Patutlah" sudunya dihalakan ke mulut Aryan. Lelaki itu sengih dan mengunyah makanan yang diberikan.

****

"Naziraaaaa" lengan di pinggang Nazira masih tidak dilepaskan. Aryan kini sedang duduk di sofa sambil memeluknya tidak mahu lepas.

"Aryan, saya dah kena pergi ni" Nazira menggosok kepala lelaki itu. Dia meramas-ramas rambutnya. Lembut dan wangi.

"Kenapa kena pergi" Aryan memuncungkan mulutnya. Dia bakal rindu dengan Nazira. Sudahlah empat hari. Kalau satu malam pun dia susah nak lena tanpa gadis itu, apatah lagi empat hari, dua malam.

"Hahaha.. I will be back. Nanti saya bawakan oleh-oleh" Nazira masih berusaha memujuknya. Tiba-tiba Nazira menurunkan kepalanya dan cuba berbisik di telinga Aryan.

"And after that, we can go on date countless times" bisiknya.

Aryan mendongakkan kepalanya. "Serius?"

"Serius"

"Janji?"

"Janji"

"Okey" Dan terlerailah pegangan kuat si Aryan daripada pinggang Nazira. Dia berdiri dan memegang kedua belah pipi gadis itu. Bibir mereka bertemu.

"Take care, Nazira.. Don't flirt with anyone" pesannya perlahan. Nazira menganggukkan kepalanya. "Faham..faham"

Nazira bergerak ke pintu utama. Tangan dilambaikan. "Bye-bye!" Aryan membalas lambaiannya. Kaki gadis itu melangkah keluar dan pintu ditutup.

Setelah jauh beberapa meter, dia menghela nafas panjang. "Haaaaa.. finally" tangannya meraba poket kanan.

Dia berhenti di hadapan sebuah rumah. Pintu diketuk. Seorang lelaki tua menjengahkan kepalanya. "Kenapa?"

"Mice" Nazira sekadar memberikan nama kodnya. Lelaki itu terkejut namun tetap pintunya dibuka sedikit.

"Barang?" Nazira memberikan beg bagasi miliknya. "Jaga elok-elok" Lelaki tua itu mengangguk. Kini yang berada di tangan Nazira cumalah beg sandang hitam.

Beg bagasi tidak ada apa yang penting pun. Cuma diisi baju-bajunya dan sekadar mengelabui mata Aryan. Dia akan bergerak menggunakan motosikal.

Setelah pintu ditutup, Nazira beredar. Tangannya memakaikan pelitup muka dan sarung tangan hitam. Dia keluar dari kawasan kondominium itu.

****

Setelah pintu ditutup, muka Aryan menjadi serius. Dia mengeluarkan telefon pintarnya.

"Kau. Aku kata jangan call masa aku dekat rumah" nada suaranya berubah menjadi lebih kasar.

"Maaf bos"

Aryan meraup rambutnya. "So, apa dia?"

"Barang semua dah siap esok untuk bergerak. Tempat dah jumpa"

"Aku tahu. Syed dah bagitahu aku. Siapkan tempat. Yang aku minta sewa hotel tu, batalkan"

"Tapi bos, dah masuk duitnya. Kalau kita tarik, ada yang curiga"

Aryan mencekak pinganggnya. Iya tak iya juga. "Kalau macam tu, biarkan je. Pastikan esok semua dah siap je. Bagitahu dekat budak, seorang lambat, kau tahu apa aku buat"

"Baik bos" talian dimatikan. Aryan menghempaskan badannya ke sofa.

"Esok, lusa, tulat. Aku tangkap kau" Aryan berkata-kata sendirian. Kepalanya teringat akan Nazira. "Ah.. I need her to hug"

Baginya, memeluk Nazira adalah salah satu cara meringankan tekanan. Itulah juga sebab dia tidak mahu berjauhan dari gadis itu. Segala-galanya menjadi tenang ketika dia dekat dengan Nazira.

****

Nazira memarkir motosikal di tempat letak kenderaan bawah tanah. Dia meninggalkan kunci motornya begitu saja dan bergerak menuju ke sebuah kereta Honda hitam.

Dia masuk kedalam kereta. Di dalam, Candy dan Shadow sudah berada di tempat pemandu dan sebelah pemandu.

"Lambat" kata Candy. Matanya sedang sibuk memandang skrin laptop. Nazira mengerling ke arah skrin. "Ada hal. By the way, kau dah akses ke?"

"Not yet. Kau ingat senang ke nak jadi hacker " balas Candy. Mulutnya sedang mengunyah makanan.

Shadow memandang ke cermin pandang belakang. "Motor kau, kau tinggalkan dekat siapa?" tanyanya pada Nazira.

"Him" Nazira merujuk pada seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah motornya. Memang itulah niat Nazira meninggalkan kunci motor. Untuk menghapuskan bukti keberadaannya.

"Nice" puji Shadow. Dia mengetuk-ngetuk stereng kereta sambil menunggu Candy.

"Spot?" tanya Nazira.

"Ruang bawah tanah kelab malam"

"Oh" Nazira mengangguk faham.

"Okay, done" Candy menekan punat 'enter' di papan kekunci. Dia menyandarkan badannya ke belakang. "Persiapan dah siap"

Shadow mengangguk. Dia terus menekan pedal minyak dan bergerak menuju ke destinasi.

Candy menunjukkan skrin pada Nazira. "Mice, kali ni, yang masuk deal persendirian, kau sorang je. Shadow join yang bida-bida tu"

Nazira mengangguk. Macamlah dia tak pernah buat kerja macam ni seorang diri. "Faham"

Sepanjang perjalanan, Candy menerangkan segala plan kepada Nazira. Bermula cara masuk, apa yang perlu diutamakan sehingga cara keluar.

"Mice, ingat. Misi kali ni melibatkan geng Balko. Susah nak dapat peluang tatap mata dengan diorang. Kalaupun kau tak dapat barang tu, pastikan ingat muka diorang. Itu matlamat paling penting" Shadow memberi pesan.

"Faham"

"Kalau kau kena syak, cuba cover mana boleh. Dah tak boleh, jangan lawan, kita tengok dulu diorang buat apa" Candy menambah.

"Tapi Mice ni, susahlah dia nak kena syak"

Nazira tersenyum dengan pujian Shadow. Ya, jarang sekali untuk dia disyaki. Sepanjang misi yang dia lakukan, belum pernah lagi dia ditangkap atau disyaki. Kerja clean.

"Aku cakap je. Tambahan, ni negara kau, Mice. Takut kang jumpa dengan orang yang kau kenal"

"Aku dah lama tak balik Malaysia, rasanya tak ada siapa kenal aku. Last aku dekat sini, masa umur 11. Siapa je boleh cam" balas Nazira.

"Bukan tu"

"Habis?" pelik Nazira. Apa yang cuba si Candy sampaikan?

"Aryan kau.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience