"Nazira?"
"Ya? " Nazira mendongak. Aryan jelas memandangnya dengan riak aneh. Nazira terus berdiri kerana terkejut.
"Eh?" Dirinya masih lagi kaku tertanya-tanya.
"Who is this? your girlfriend? she pretty, i want her" gadis yang tadi berada di tangan Aryan mendekati Nazira. Tangannya bergerak ingin menyentuh wajah Nazira tapi ditahan Aryan.
"That's my girl, jangan sentuhlah " tegas Aryan namun matanya masih menatap Nazira.
'Oh no, dia mesti paksa aku balik nanti. Better..'
"Im sorry but I still have a lot of work to do. You can ask somebody else for help" selesai ucapannya, dia menunduk dan..
LARI.
"Oiii" Aryan yang agak terkejut melepaskan tangan Maya dan turut mengikuti Nazira.
"Alahai, kesian aku yang mabuk ni. Heyy girl!" Maya berjalan menuju ke pelayan yang lain dengan badan terhuyung-hayang
Aryan dan Nazira berkejaran sekeliling majlis. Mata orang ramai mula terpaku terhadap mereka.
'Shit. Tak payahlah kejar macam aku buat salah' jerit Nazira dalam hati. Dia masih berlari. Kalau diikutkan hatinya, boleh saja dia lompat ke sana ke sini untuk melarikan diri. Namun, apabila ramai mata sudah tertuju pada mereka, takkan dia mahu tunjuk aksi sebegitu.
Tambahan, tak lama lagi pasti ada orang yang akan perasan kes pembunuhan dah terjadi. Silap langkah, dia akan dicurigai.
"NAZIRA" langkah Nazira terhenti. Dia memandang kebelakang. Aryan turut berhenti.
Lengan Nazira ditarik menuju ke tempat yang lebih sunyi. Nak taknak, Nazira mampu menurut sahaja.
'How dare you run from me' begitulah yang mampu Nazira tafsirkan daripada riak muka Aryan. Apalah nasibnya dapat misi yang bertembung dengan lelaki itu.
"Hey.. Awak buat apa dekat sini? Awak kata awak kerja" Aryan memandang serius muka Nazira. Nazira mengeluh. "Yes I am, tak nampak ke saya pakai baju apa ni"
Mata Aryan memandangnya daripada atas ke bawah. "Nope, I don't see it"
'This man!' Nazira menahan sabar. "Yang pasti saya kerja"
"Tipu. Awak datang dengan lelaki lain kan?" Aryan mendekatkan wajahnya dengan Nazira. Gadis itu mengundur. "What are you talking about?" dia menonyeh wajah Aryan menggunakan jari telunjuk.
"By the way, tu soalan saya tu patutnya. Awak buat apa dekat sini" soal Nazira kembali.
Aryan memeluk tubuhnya. "Are you sure you know your own boyfriend?"
'huh?'
"Majlis ni untuk orang-orang ternama. Kenapa saya tak boleh datang pula? saya sendiri CEO syarikat perfume. Dan, saya dah bagitau saya ada hal malam ni. Ni lah halnya. Okay dah, sekarang awak pula, kenapa kerja dekat sini"
"I've told you I-" kata-kata Nazira terhenti. Dia melihat seseorang mendekati target yang dia racun tadi. Targetnya sudahpun mati. Ramai orang pasti akan menyangka dia sekadar tertidur kerana terlalu mabuk.
Dia tidak boleh lengah. Risau ada orang yang betul-betul check nadi si target.
"Nazira! what?" pandangan Nazira kembali tertumpu pada Aryan. Sejujurnya, dia letih mahu bersoal jawab dengan Aryan. Terlebih lagi, ketika waktu kerja.
Tanpa buang masa, dia mendekatkan dirinya dengan Aryan dan menjengket sedikit. Mulut Aryan dikucupnya lama. Tangan Aryan mula merangkul tubuh Nazira. Dia sendiri menikmati kucupan daripada gadis itu.
Nazira menarik wajahnya menjauh. Dia mengelap bibirnya yang sudah basah. Aryan memerhatikan Nazira dengan pandangan lembut. Aryan mula teringat bahawa mereka masih berada di majlis orang.
"Jom, balik" dia berjalan sambil menarik tangan Nazira secara paksa.
"Wait, wait. I still got work to do" Nazira menahan dirinya.
"Mana lagi penting? boyfriend or kerja?" kata-kata Aryan memusingkan Nazira.
"Of courselah kerja. Tanpa kerja, macam mana nak dapat duit. Awak pun kerja" balas Nazira ringkas. Dia sedikitpun tidak memahami Aryan saat ini.
Langkah kaki Aryan terhenti. Dia memegang bahu Nazira. "Then, berhenti kerja. I can afford you"
'What?? dia ni dah kenapa?'
"What do you mean? Takkan saya nak bergantung dekat awak?" Nazira geram dengan Aryan yang sesuka hati saja membuat keputusan sendiri.
"Kenapa pun? Im your boyfriend" semakin geram Nazira dibuatnya. "Let go, i need to do my work"
"No"
"Arghh!" Aryan terus mengangkat tubuh Nazira dan membawanya ke kereta. "Aryan! let me down!"
"No, kita balik. Tak kira" tegas Aryan. Pukulan Nazira di tubuhnya di mempan. Ramai mata sudah memandangnya. Nazira menutup matanya.
Dirinya diletakkan di seat kereta sebelah pemandu. Dipakaikan seatbelt. Terus sahaja dia terpaku.
Aryan sudahpun berada di tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan.
"kami tak ada apa-apa"
'huh?' Mata Nazira memandang Aryan. Apa yang tidak ada apa-apa?
"Apanya?"
"The girl with the black dress. Itu Maya. She my friend and she's drunk. Tapi serius, kitorang tak ada apa-apa. Are you run away from me because of that?" Aryan memandu dengan perlahan.
'What? tak terlintas pun dalam fikiran aku woi'
"No.. Terkejut je nampak awak pun ada dekat majlis tu" ujar Nazira. Dia tidak menaruh perasaan langsung pada lelaki itu. Bagaimana dia hendak cemburu?
"Oh.. tapi jangan dekat dengan perempuan tu"
"Eh?"
"Ugh.. she doesn't like guy. She likes girl"
Oh.. Nazira mengangguk. "Are you jealous?" soalan Nazira membuatkan Aryan berdehem. "Bukan saya jealous, risau je awak pergi tukar gender sexuality"
'Haha, he annoyed me' Nazira menahan geram.
****
Selamat sampai di parking, Aryan terus menarik tangannya masuk ke dalam rumah. Risau Nazira cuba melarikan diri.
'At the end, aku kena paksa balik rumah. Wah, even mak aku tak buat camni' Nazira menanggalkan sarung tangannya.
"Kenapa pakai sarung tangan hitam?" soal Aryan. Dia pergi ke dapur dan mencapai segelas air masak.
"Im cold" balas Nazira. Walaupun sebenarnya tidak.
Aryan duduk di sofa kelabu. Dia menepuk pehanya sendiri. "Sit here, I will warm you up"
Nazira mendekatkan dirinya pada Aryan. Tangannya memeluk tubuh sasa lelaki itu.
'Im not truly cold, but this is warm.. ' Nazira menutup matanya. Kehangatan pelukan.
****
Bzzt.. telefonnya berbunyi menandakan terdapat pesan baru. Nazira mengerling ke tandas. Aryan belum siap mandi.
Dia mencapai telefonnya.
Mice, tahniah dah setelkan job. Ada job baru tapi lusa baru aku bagi -Candy
Orait, thank you -Mice
By the way, Shadow dah siap kerja dia dekat Europe sana. Sepatutnya, dia tak ada job lagi sebab job yang baru dia buat tu job besar. Mesti agensi bagi dia tempoh lama untuk cuti. Kau ada dapat apa-apa info ke tentang dia? -Candy
Nazira mengerutkan dahinya. Shadow dah siap job? awal.
Nope. Tak ada dengar apa-apa. Dia balik hometown dia kot -Mice
Ye kot. Okaylah, tahniah. Lusa kita jumpa dekat luar -Candy
Noted -Mice
"Chat siapa?" Aryan keluar dari bilik air dengan rambutnya yang basah. "Nobody, just a friend" Nazira mendekatinya sambil membantu mengeringkan rambut.
****
"So, ni lah negara dia.. not so bad" lelaki berambut kuning perang berjalan di sekeliling bandaraya Kuala Lumpur. Dia mengambil motosikal kepunyaannya. Enjin dihidupkan kerana dia ingin menuju ke suatu tempat.
"I miss you.. Let's meet.. " dia membakar rokok di tangannya. Puntung rokok dihisap dan asap dilepaskan.
"Mice"
************
Please support karya Juney
Share this novel