Pulau Terpencil, Manique.
"Ahhh" keluh Nazira. Beg bagasinya ditarik tangan kiri sambil tangan kanannya memegang leher. Lenguh rasanya apabila menghabiskan hampir 7 jam perjalanan di dalam kapal terbang. Reda sahajalah memandangkan ini memang misi terakhir.
"Kenapalah ada budak lembik macam ni? Meh sini, biar aku ajar kau macam mana nak jatuhkan lawan dalam masa sepuluh detik"
Dia tergamam melihat kearah suara tersebut. Sorakan tidak henti-henti diberikan kepada lelaki yang berbadan besar. Padahal, mangsa lawannya cumalah budak lelaki dengan badan yang agak kurus. Mana mungkinlah menang. Mulanya, dia tidak mahu mengambil endah tetapi melihatkan seragam akademi yang tersarung di badan mereka, Nazira tahu dia perlu masuk campur.
Terketar-ketir mangsa lawan. Tidak ada langsung tanda-tanda dia boleh melancarkan serangan dengan kudrat sebegitu. "Kenapa? Takut? Tak ada apalah. Kami ni sebagai senior kenalah tunjuk ajar sikit. Kaaaannn?" sengih si badan besar. Dia sudahpun membuka kuda-kuda dan mengepalkan penumbuk lima jari.
Menjengkelkan.
"Diam? Dengar wahai junior yang dikasihi, kalau kau taknak bergerak, biar aku mula dulu! Hah!" Lelaki gempal itu terus meluru dengan sekuat kudratnya. Di mindanya sudah terbayang wajah pihak lawan yang lebam, penuh luka.
Pap!
Tangan Nazira laju menahan serangan daripada lelaki itu. Dia sudahpun berdiri diantara kedua pelajar akademi itu. Matanya menjeling kearah badge pin di baju si badan besar. "Rank-C, Skuad Pertahanan, Ejen Alex" suara keras Nazira membuatkan seluruh pelajar yang berada di tempat itu terkejut.
"Saya tak rasa akademi ajar sparring matches boleh dilakukan apabila pihak lawan ada kekurangan. Apatah lagi, kekurangan yang jelas dan terang. Dah hilang ingatan?" Nazira terus menarik tangan lelaki itu dan dipusingkan ke belakang badan lagak gaya sang polis menahan si pesalah.
"Arghhh!" lelaki itu menjerit kesakitan. "Awak gunakan peluang sparring matches untuk buli junior sendiri?" Renungannya tajam menikam. Dia kemudiannya menolak Alex jatuh ke tanah.
Tidak lama itu, barulah dia teringat dia sudah terlambat ke lokasi yang sepatutnya. Nazira terus berlalu meninggalkan kesemua pelajar yang termangu dan ada juga yang masih tidak faham apa sebenarnya yang terjadi. Semuanya berlaku sekelip mata.
"That woman!" Alex bangun ingin menyerang namun ditahan rakannya. "Bro, jangan! Kau mesti taknak cari nahas dengan dia!" terus ditengking sahabatnya.
"Huh? Kenapa?"
"Dekat tempat ni, ada tiga orang top yang paling tinggi rankingnya. Ketiga-tiganya tu semua rank-S. Special punya rank. Dan salah seorang daripada mereka adalah wanita. Nama ejen dia.."
"Mice".
"Hahhh.. kenapalah balik-balik je terus terlibat dengan budak?" Nazira mengeluh. Dia berjalan laju memasuki ruang pejabat. Di hadapannya, seorang lelaki tua berambut perang kini menatapnya dengan serius.
Nazira menegakkan badannya dan meletakkan kedua belah tangan di belakang badan. Mukanya kembali serius.
"Mice. Datang melapor. Misi kod 0031 berjaya diselesaikan. Segala butiran telah Berjaya diserahkan kepada pihak atasan" suaranya lantang memenuhi seluruh ruangan bilik itu.
Lelaki itu menolak sampul bersaiz A4 coklat di atas meja.
"Good job for your success, Mice. Seperti yang dijanjikan, tugas kali ini adalah tugas terakhir. Tak ada masa untuk awak berehat. Kumpulkan semua maklumat yang diperlukan. Semua maklumat si target ada dalam ni. Bawa balik apa yang awak mampu"
Nazira mengangguk. Dia mengambil sampul itu. "Baik!"
Dia meminta izin undur diri dan bergerak menuju pintu keluar.
"Dan.." Suara bosnya kedengaran. Nazira memusingkan badannya kembali.
"Selamat pulang ke tanah air. Good luck" Nazira berasa aneh namun tetap mengangguk dan berlalu.
"Puan, bagasi puan" lelaki yang berada diluar pintu itu memberikan semula bagasinya. Nazira mengangguk.
****
"Haha.." Nazira ketawa hambar. Dia melihat kawasan sekeliling yang amat dicamnya.
Malaysia. Tanah airnya sendiri.
"Apa-apapun, aku start dulu jelah?" Nazira bergerak menarik bagasinya. Dia perlu mencari rumah terdekat dengan mangsa terlebih dahulu.
Dia membuka telefonnya. "Oh, lucky!"
****
"Awak ni perempuan. Tak apa ke tinggal seorang je dekat apartment tu? bahayalah.." seorang wanita berusia lebih kurang empat puluhan memancarkan riak risau. Nazira senyum sambil membetulkan lengan bajunya.
'Sudah lama dekat negara orang, balik sini, auto panas' ujarnya didalam hati.
"Makcik, tak apa. Saya dah biasa. Lagipun kan makcik, kalau ada orang jahat kacau saya, saya tendang je ball dia. Mesti kalah" Nazira bersuara riang memujuk makcik itu. Untung baginya, makcik itu sedang mencari seseorang untuk menjaga rumah kesayangannya sementara dia ke luar negara.
"Kalau awak kata macam tu, hmm tak apalah. Maaflah ya, makcik tak dapat nak sediakan air atau apa-apa kudapan untuk awak" Makcik itu sudahpun siap berbagasi tiga.
'Amboi makcik, saya pun satu je beg ni'
"Tak apa makcik, saya boleh buat sendiri. Terima kasih yaa.. " Nazira melambai makcik yang sudahpun bergerak meninggalkannya.
Di tangan Nazira terdapat kunci apartment miliknya. Senyumannya hilang. Muka seriusnya kembali terpasang.
Dia masuk dan meninggalkan bagasinya. Mask dan topi hitam dipakai.
Dia bergerak laju menuju tingkap apartment. Perlahan-lahan dibuka dan badannya dikeluarkan. Nazira memandang dan mengira tingkap dibawahnya.
'Owner rumah, Aryan Arnande. Usia, 29. Ceo Syarikat terkemuka, Arnande Perfumes. Setakat info, dia tengah kat luar. Mabuk- mabuk?'
Nazira mengingati semula apa yang partner sekerjanya hantar.
Nazira masuk ke bilik tidur. Mewah. Katil bersaiz King dengan meja kerja yang luas. Tandas pun nampak macam dekat hotel 5 bintang. Namun bukan itu yang dicari Nazira.
Dia mendekati meja kerja. Satu persatu fail diteliti.
'Lelaki ni tak reti kemas meja ke. Penat aku nak susun, nak check satu satu' rungut Nazira dalam hati.
Tangannya menyentuh kertas kerja milik mangsa. Dirinya sudahpun memakai sarung tangan hitam daripada awal.
***
Sementara itu, Aryan sudahpun berada di hadapan pintu rumahnya.
'Shit, mana aku letak kunci ni...' dengusnya. Mukanya sedikit merah akibat mabuk. "Tak guna Danial, dia suap aku banyak ni.."
Tangan Aryan terus menerus menyentuh poket seluarnya. Tiada.
"Argh.. tak ada pilihan lain selain guna tingkap" Dia bergerak menuju balkoni.
Dia sudahpun memasuki tingkap ruang dapurnya. Sudah tentu, dia tak pernah kunci tingkapnya. Baginya, tiada siapapun berani hendak menceroboh rumahnya..
****
'Sini tak ada banyak info. Bilik lain mungkin? dia ada bilik study ke?'
Nazira bergerak ke pintu bilik. Baru hendak dipulas, pintu telah pun ditolak mengenai badannya. Nazira jatuh.
"What the hell! Kau siapa?" suara seorang lelaki menerpa gegendang telinganya. Nazira mendongak.
'Shit. Apa aku kena buat ni' Nazira bangun perlahan-lahan.
'Nak serang pun tak boleh..'
"Hoi, aku tanya kau siapa?!" lelaki itu sudahpun bergerak ingin mengambil kerusi di sebelah pintu hendak memukulnya.
'Untuk sekarang, benda yang terbaik adalah..' Nazira menarik mask mulutnya. Dia mendekatkan wajahnya ke muka lelaki itu.
Cup! satu ciuman dilepaskan ke bibir Aryan.
Aryan yang terkejut akan tindakan Nazira terpaku seketika. "What the f-"
"Saya suka awak!" Nazira menjerit secara tiba-tiba. Dia menundukkan mukanya.
'Haha.. of course aku tipu'
"Maaf stalk rumah awak! Saya takkan jumpa awak lagi! Maaf! " Nazira terus berlari menuju pintu utama Aryan. Dia melarikan diri.
Aryan masih berdiri pegun tidak mengerti apa yang baru sahaja berlaku. Beberapa saat kemudian, dia tersedar.
"Eh, perempuan ni! " dia menuju ke pintu utama dan tidak melihat kelibat Nazira.
'Laju betul dia lari! Ninja ke apa?' Aryan menggosok bibirnya perlahan. Dia tersenyum. "Damn, dia curi first kiss aku. Hey girl, take the responsible"
Dia menutup pintunya rapat. Kunci. Risau ada penceroboh lagi mahu mencium dirinya.
Aryan meramas rambutnya. "This girl.. hahaha.."
*****
Jangan Lupa Di Vote yaaa
Share this novel