Chapter 14

Romance Completed 1450

Tangannya memicit dahi. Masih terngiang-ngiang kata-kata Candy di dalam kereta.

"Aku takut kau terserempak dengan Aryan. Kita tak tahu dia musuh atau kawan. Aku harap apa-apa pun, kau jangan panik"

"Kalau kau panik, its over"

Nazira melabuhkan punggung ke katil. Sekarang ini, dia sedang menginap di sebuah hotel berdekatan dengan lokasi.

****

"Ugh.. I hate this" kata Nazira sambil memegang gaun merahnya. Dia terpaksa. Candy menepuk belakang badannya. "Bear it, Mice"

Mana tidaknya, gaun sudahlah potongan baby doll. Memperlihatkan bahu dan belakang badannya. Bahagian bawah pula hanya separas bawah lutut. Terlalu terbuka.

Namun demi misi, dipakai juga. Dia menjeling tajam ke arah Shadow. Shadow tersenyum manis sudah tahu maksud jelingan itu. Itu kerana, lelaki itulah yang memilih gaun untuknya.

"You look pretty, Mic- oh no, Miss" usik Shadow. Matanya jatuh ke belakang badan Nazira yang mulus dan bersih. Walaupun masih berbekas sedikit hickey daripada Aryan.

"You damn.." sumpah Nazira perlahan. Mereka sudah berada di depan pintu masuk kelab malam.

"Mice, goodluck" ujar Shadow. Dia terus hilang menuju ke tengah orang ramai.

Dan bermulalah misi untuk Nazira. Dia bergerak menuju ke bartender. "Hai, nak Martini Mimosa"

Lelaki itu seraya mengangguk dan memberikan gelas berisi Martini kepada Nazira. Di gelas itu, terdapat nombor bertulis '3' . Nazira mengangguk. "Thank you "

Nazira bangun dan menuju ke pintu bilik bernombor 3. 'Is it here?'. Dia memulas tombol pintu dan melihat beberapa orang lelaki sedang sibuk melayani gadis-gadis mereka.

"Hai girl? join us?" tanya lelaki berbadan gempal. "Nak order Martini Mimosa" lelaki itu tersentak.

"Cis.. here" Dia menarik belakang almari television. Terdapat pintu kayu. Nazira terus bergerak seperti yang dirancang.

Tiba-tiba lelaki itu meniupkan nafas ke lehernya. "Kalau deal tak jalan, Kita boleh deal lepas you balik" bisiknya. Menggeliat-liat telinga Nazira mendengar namun ditahan saja.

Dia terus masuk dan menutup pintu. Nazira terus berjalan mengikuti arah. Bermula dengan dinding seperti gua, sehinggalah dia sampai ke dinding dihiasi batu permata.

Dia sudah sampai. Ruang besar terpapar di hadapan matanya. Meja bulat disediakan di tengah-tengah ruang.

'Mewah betul' bisik hatinya. Sudah seperti berada di dalam dewan besar yang hanya untuk orang-orang kaya.

"Kata kunci?" hampir terperanjat Nazira mendengar seseorang. Lelaki di sebelahnya dengan muka innocent sedang senyum ke arahnya. Dan yang lebih teruk, Nazira sedikitpun tidak perasan kehadiran lelaki itu.

"Martini Mimosa" balas Nazira. Kod yang diberikan setiap orang adalah berbeza. Dan dia, Nazira diberikan kata kunci dua jenis alkohol. Mujur ada si Candy, dia lah orang dalam paling berguna. Dialah yang pecahkan kod, dialah yang cipta kod, dialah yang hack sistem untuk memudahkan perjalanan Nazira.

"Okay, choose your seat" lelaki itu menunduk separuh badan lagak seperti seorang pelayan dan pembantu rumah paling setia.

Nazira berjalan menjauhi. 'He pretty handsome' matanya masih tertuju pada lelaki itu. Dia duduk di kerusi paling hujung.

'Tapi tadi tu apa? macam mana aku boleh tak perasan dia datang dari mana. Aku pasti tadi tak ada sesiapa masa aku masuk ruangan ni. Or is it just my feeling?' dia masih lagi memerhatikan lelaki itu. Muka innocent, tapi lelaki itu seolah-olah membawa aura dimana kau tahu kau tak boleh cari pasal dengan dia.

Minit ke minit, jam ke jam, semua tempat kerusi telahpun dipenuhkan. Dihadapannya saat ini, terdapat 5 lelaki dan 3 perempuan. Paling mengerikan, salah seorang daripada mereka pasti ahli kumpulan asli Balko. Cumanya, sukar untuk ditebak siapa dan yang mana satu.

Nazira tahu dia tidak boleh pandang enteng perkara sebegini. Boleh jadi perempuan dengan badan kecil itu para petinggi Balko. Matanya memandang gadis kecil. Tingginya lebih kurang 130cm dan badannya amat kecil. Wajahnya saja seperti mahu ajak gaduh. Cantik tapi sadis.

Boleh jadi, petinggi Balko adalah lelaki yang sedang meletakkan kepalanya ke meja. Gaya seperti orang tidur. Tak boleh diambil remeh.

"Should we start then?" seorang lelaki dengan rokoknya masih di mulut menyuarakan diri.

'Yes, we should'

****

"Lepas dah masuk ruangan persendirian, aku nak paling kurang kau pastikan siapa petinggi Balko. Paling kurang. Kalau boleh, tangkap dia sekali" Aryan membuka butang bajunya. Dia akan turut serta dalam bida organ. Dia mengganti pakaiannya menjadi lebih segak.

Dua lelaki di belakangnya masih tunduk sedangkan Aryan langsung tidak memandang. Dia fokus ke arah luar tingkap. Tangannya membetulkan pakaiannya.

"Bos, macam mana kitorang nak tangkap?" lelaki yang kanan bertanya. Manakala, yang kiri sudah tersentak.

'Damn, kau tak boleh--' belum sempat fikirannya habis, satu sepakan tepat mengenai muka si kanan. Dia tertolak ke tepi. Ya, sudah tentu dia jatuh. Sepakan khas itu daripada Aryan, ketua kumpulan mafia, MG.

"Kau serius tanya aku?" Aryan berjalan menuju lelaki itu. Lelaki itu tidak mampu berdiri. Tangan Aryan laju menarik dagunya. "Kau nak aku yang fikir ke dasar bodoh?" soalnya.

Aura di sekeliling Aryan berubah. Lelaki itu cuba menahan badannya daripada bergetar. Kerana bosnya, Aryan bencikan orang yang penakut dihadapannya. Sudah banyak yang menjadi mangsa. Paling kurang, makanlah dua tiga das penumbuk.

"Sekarang, aku tanya kau. Kau fikir atau aku fikir?" dia berbisik di telinga lelaki itu. "Kami fikir" dia cuba menenangkan dirinya.

"Aryan, sudah" Aryan melepaskan tangannya. Matanya menatap tajam Syed yang baru masuk. Seram sejuk badannya. Bagi Syed, Aryan sebagai sahabat dan sebagai bos, dua-dua berbeza. Ketika mood sahabat, Aryan kerap gurau senda dan ceria. Manakala, ketika dia sedang menguruskan kumpulan, Aryan lebih kepada kejam, tidak berperasaan dan beku.

"Kejap lagi dah nak start, kau nak tibai budak, tibai lepas habis. Fokus dulu" pesan Syed walaupun dia tidak yakin. "Lagipun budak tu tan-"

"Kau diam"

Terkunci mulut Syed mendengarkan dua patah perkataan daripada Aryan. Petanda tak bagus. Kalau mereka gagal nanti, tak hairan Aryan akan kerjakan semua termasuk dia. Mati? tak akan. Sebab Aryan lebih suka menyeksa seseorang.

"Haaaah.. Kau" Aryan menuding jarinya pada lelaki yang masih terduduk. "Aku kira sampai 3, bangun dan blah dengan partner kau"

"1" lelaki yang selamat tanpa dipukul Aryan terkial-kial meluru ke arah sahabatnya. Dia menarik tangan lelaki itu untuk bangun.

"2" muka dan badan lelaki itu masih sakit. Berdenyut dan lebam. Mereka berdiri sambil berlari laju menuju pintu. Dan masalah baru, kerana panik, tombol pintu susah untuk dipulas.

"3" akhirnya mereka berjaya membuka pintu dan keluar.

Bang! satu das tembakan mengenai pintu. Dan untungnya mereka sudah terlepas.

"Cis. Sempat pula keluar" Aryan menyimpan kembali pistolnya. Syed sudah gerun melihat sahabatnya.

Aryan bergerak menepuk belakang bahu Syed. "Jom"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience