'Sayang, saya merayu.. beri saya peluang.. Awak dah tak sayang saya?' lelaki itu memegang tangan si wanita. 'Awak ingat, lepas awak tipu saya macam macam, saya nak maafkan awak? penat tahu! penat! ' wanita itu menepuk dadanya dengan kuat. Tangisannya semakin laju.
'What is this?' tercengang Nazira sambil tangannya memegang bekas popcorn. Dia hampir tidak percaya sekarang ini, dia sedang berada di dalam pawagam bersama Aryan.
Matanya mengerling sedikit kepada Aryan. Muka Aryan yang selamba menambahkan rasa pelik Nazira. 'Dia tak ada ekspresi. Kalau tak suka, kenapa pilih cerita ni?!' jerit batinnya.
Matanya kembali fokus ke skrin layar. Tapi, matanya sahajalah. Otaknya sedang giat memikirkan benda lain.
'Malam ini ada tugas lagi. Harap Aryan tidur awal lah'
Baru sahaja tadi Candy telahpun menghantar fail misi seterusnya. Dan ya, iya adalah malam ni. Bekerja sebagai pelayan di pub.
Tiba-tiba kepalanya teringat akan Shadow. 'Oh ya, shadow dah setel kerja kan? tapi tak ada khabar. Jangan-jangan dia dapat lepasan untuk enjoy 3 hari' Nazira melepaskan nafas berat.
Pernah sekali Shadow show off dengannya, dia boleh mencuri fail syarikat entah mana mana hanya untuk seronok dan Agensi benarkan. Itulah lepasan enjoy. Agensi benarkan apa-apa yang kita buat asalkan tanggung sendiri. Biasanya lepasan enjoy akan diberikan lepas berjaya setelkan misi pangkat susah.
Krakk!
Tangannya menggenggam popcorn sehingga hancur berbunyi. Geram apabila memikirkannya kembali.
"Awak kalau nak hancurkan popcorn dalam mulut ya, Nazira" tegur Aryan. Nazira tersenyum. "Lagi senang kunyah"
"Hee.. bagi sini" Aryan mengambil popcorn daripada bekas dan masukkan ke dalam mulutnya. Nazira memandangnya dengan pelik.
Tiba-tiba Aryan merapatkan mukanya pada Nazira seraya menemukan bibirnya dengan bibir gadis itu.
"Awak! kita kat lu- emph" belum sempat Nazira berkata-kata, Aryan sudahpun mengunci mulutnya. Lidahnya menerima sesuatu.
Popcorn!
Aryan kembali menarik badannya. Dia tersenyum puas. Nazira menjeling lelaki itu. Suka-suka hati saja.
"How? saya dah kunyahkan untuk awak"
'This man! sejak bila dia jadi flirty ni? ' Nazira mengelap bibirnya menggunakan hujung lengan baju.
Masing-masing mereka kembali fokus kepada layar skrin.
Walaupun tidak untuk fikiran mereka.
****
"Awak tak suka ke movie tadi?" soal Aryan sambil kedua-dua belah tangannya diseluk kedalam poket seluar. Nazira menggeleng. "Bukan tak suka, rasanya complicated cinta diorang. Banyak plot. Banyak tipu"
"Right? nasib kita tak macam tu. No complicated. No plot" kata-kata Aryan menguncikan mulut Nazira. Dia baru teringat yang mereka bercinta kerana operasi misinya.
"Nazira, saya nak beli air. Nak air apa?"
'Aku patutnya selesaikan kerja ni lagi awal. Kenapa aku nak berlama-lama kat sini. I don't even understand myself' Nazira terus mengelamun.
"Nazira..."
'Masa memang lama tapi aku pun nak lepasan enjoy awal macam Shadow. Argh..'
"Nazira!"
"Huh?" Nazira kembali tersedar memandang wajah Aryan. Muka Aryan sudah masam. "What are you thinking during our date, huh? another man?"
"What? noo.. movie tadi tu.." balas Nazira ragu-ragu.
"Okay tak payah kisahlah pasal movie tu. Sambung date jom!" Nazira senyum manis. Ya, untuk saat ini biarlah dia enjoy dahulu. Walaupun sementara.
****
Klik! Nazira mengunci pintu biliknya. Walaupun dia dan Aryan tinggal serumah, Nazira tetap meminta bilik privasi sendiri.
Dia berjalan perlahan. Suasana ruang tamu memang gelap tapi kerana sudah terbiasa dengan misi, jadi tak ada masalah.
"Pergi mana?" hampir menjerit dibuatnya mendengar suara Aryan secara tiba-tiba. Dia menoleh.
"I got work" Nazira tidak memandang wajah lelaki itu. Tapi dia tahu Aryan sedang memeluk tubuh dan berwajah serius.
"Sekarang pukul 10, pergi masuk tidur. Or do you want me to do something until youre tired and fall asleep" tak perlu terangkan, Nazira sudah faham apa yang dimaksudkan Aryan.
"Serius, saya balik awal. Kerja part-time je ni"
Dia tak menipu. Memang dia akan keluar awal kalau target berjaya dihapuskan.
"Kalau nak duit, saya kan ada. Apa guna boyfriend?" kata-kata Aryan membuatkan Nazira menggigit bibirnya sendiri. "Itu duit awak. Bukan duit saya"
"Haih. Jangan balik lambat. Jaga diri tengah malam ni. Awak tu perempuan" Aryan menyelak rambut Nazira dan mengucup perlahan dahi gadis itu.
"Okay" nasib baiklah Aryan tidak berceloteh panjang. Nazira terus meninggalkan Aryan. 'Harap dia tidur awal..'
****
Nazira mengelap meja pelanggan. Sesekali wajah Aryan muncul dengan kata-kata tentang duit.
'Saya ada duit. Apa guna boyfriend?'
Terngiang-ngiang perkataan itu. Nazira semakin geram, tangannya laju mengelap dengan kasar.
Dia menegakkan badannya secara kasar dan melanggar orang di belakang. "Ahh. sorry!" ucap Nazira sambil menunduk.
"Oh? bukan girlfriend nya Aryan ke ni?" Nazira mendongak. Lelaki berambut putih dengan kulit hitam manis senyum kearahnya. 'Dah siapa pula nih..'
"Sorry, do I know you?"
"Yes you don't but I do know you. Aryan tunjuk gambar you haritu. Well, youre beautiful!"
Nazira mengangguk. 'Tak guna Aryan, mana dia dapat gambar aku'
"Im Syed Ardha. Kawan baik Aryan. Walaupun tak baik mana" lelaki itu mengambil tempat di kerusi. Tempat yang Nazira baru lepas lap.
"Oh.. saya nak sambung kerja dululah. Nak order boleh panggil" balas Nazira. Dia tak mahu berlama-lamaan disini. Harapnya lelaki ini tak panggil Aryan.
"Wait. Saya nak order la ni. By the way, saya minta maaf awal-awal " Nazira berkerut dahinya namun tetap diabaikan. Selepas mengambil pesanan Syed, Nazira terus kembali ke kerjanya.
Sedang ralit dia mengelap meja, pintu hadapan kelab malam ditolak dengan kasar. Hampir semua pelanggan terkejut.
Muka Aryan dengan wajah tidak senang muncul. Nazira lagilah terkejut. 'Apa dia buat dekat sini??'
"What the bro- Hahaha kau betul betul datang eh" Nazira menoleh kepada Syed. 'Dia ini.. memang tak boleh duduk diam. Nasib bukan target aku' Nazira semakin mengetap bibirnya.
"Nazira. What is this? Layan lelaki?" suara dingin Aryan kedengaran. "Hah? kan ni kerja saya sebagai pelayan? apa yang layan lelaki nya" Nazira mulai tidak faham.
Aryan mengeluarkan telefon pintarnya dan menunjukkan chat yang baru saja dikirim Syed.
Bro, aku lepak dengan awek kau kejap. She beautiful. Lim tak marah -Syed
What the f- Kau blah sekarang! jangan sentuh Nazira -Aryan.
Nazira menjeling pada Syed Ardha yang sedang menahan ketawa sambil menepuk-nepuk meja. "Awak curang?"
What? macam mana kesimpulan boleh kesitu?
"Mana ada! kan kerja saya. Awak percayalah cakap kawan awak tu" Nazira meninggikan suara.
"Shhhh" suara seorang staf menegur Nazira. Lagilah Syed galak ketawa.
"Syed, tak gunaa" Aryan lantas menepuk belakang Syed dengan kuat. Nasiblah kawan.
****
Hampir 2 jam juga Aryan tidak mahu balik. Dia tetap ingin menunggu Nazira. Mujurlah Nazira cepat-cepat selesaikan targetnya dengan racun. Racun lambat efek.
Nazira keluar sambil tangannya digenggam Aryan. Matanya memandang lelaki itu atas dan bawah. 'He handsome'
Lantas Nazira laju menggeleng. Wajahnya sedikit memerah dengan apa yang baru saja difikirkan.
"Awak jangan kerja tah mana mana lagi. Saya tanggung"
Nazira tetap diam.
"Let's go back.." tangan Aryan mengenggam erat.
"Baby"
tersentak Nazira lantas memandang wajah Aryan. Namun dia tak dapat melihat ekspresi muka lelaki itu. Aryan menutup separuh wajahnya menggunakan lengan tangan kanan.
'Eh..?'
***********
Share this novel