Suasana ramai dan sempit menyebabkan Shadow terpaksa berhimpit-himpit. Dia mencari tempat duduk yang sesuai. Matanya berkeliaran.
'Ah.. terlalu sempit'
Dia terus menolak orang dengan kuat menggunakan bahunya.
Dush!
Kali ini, orang lain yang melanggarnya. Keras. Dia mengerling dan melihat lelaki bertopeng. Lelaki itu tinggi sedikit daripadanya.
Shadow kembali memandang ke hadapannya. Tiba-tiba kepalanya memandang ke belakang semula.
'Tadi tu.. bukan ke?.. siapa dia? ' namun ketika dicari kembali, orang itu sudah tiada.
'Aku salah pandang?' Shadow hilang fokus seketika.
****
Suasana hening masih berlanjutan. Anak mata Nazira masih memandang kepada barang dihadapannya. Air liur ditelan.
Barang paling langka dan sukar untuk dijumpai, bebola mata yang bercampur warna biru dan hijau. Asli. Diletakkan ke dalam balang kaca mewah. Barang itu tepat di atas meja untuk tatapan dia dan yang lain. Nazira meneguk liurnya sendiri
Ini adalah heterokromia sektor. Dimana sebelah mata mempunyai lebih dari satu warna dan sebelah lagi adalah normal. Nazira sudah memahami itu.
Jenis ini adalah jarang untuk ditemui selain daripada kucing. Nazira masih menatap bebola mata itu.
"So, ini adalah mata heterokromia. Macam yang you guys tahu, susah nak jumpa. Tapi I berjaya dapat daripada US"
Lelaki berbadan gempal betul-betul di 3 kerusi kanan daripadanya memulai bicara.
"Asli?" budak perempuan dengan gaun putih bertanya. 'Bukan calang-calang budak ni'
"Dah tentu, Miss Ornia. I takkan bawa sampai masuk sini kalau bukan" lelaki itu senyum. Jarinya mengetuk-ngetuk meja. Penuh bercincin. Cincin sakti apa pun Nazira tak tahu.
"Kau nak jual ke tak?" Nazira memberanikan diri bertanya. Dia memandang tepat ke lelaki itu.
Lelaki itu terdiam.
"Of course lah. Tapi barang pun barang langka, harga mesti you pun tahu"
Nazira mengangguk. "Spill the price, I will pay" Dia menyandarkan badannya ke kerusi. Tangannya memeluk tubuh.
"Miss... cantik? whatever, are you sure you can pay this" Nazira mengangkat keningnya. "Do you think I can't?" cabarnya.
"Hm-hm. Okay, I will spill it lat-"
Boom!
Satu letupan kedengaran daripada luar. Masing-masing antara mereka turut bangun daripada kerusi.
'Apa ni? aku dengan yang lain tak rancang benda ni'
Tap! sekelip mata, lampu disana terpadam. Sudahlah berada di bawah tanah, lampu adalah sumber segalanya.
"Siapa main trick ni?!"
"Dah kenapa pula ni?!"
"Buka lampu balik!"
"Bebola mata aku hilang!"
Jeritan terakhir mengejutkan Nazira. Suara itu daripada lelaki gempal tadi.
Nazira terus meraba-raba pehanya. Iris lens dipakai. Keistimewaannya, dia mampu melihat sesuatu di dalam gelap walaupun hanya sebelah mata.
Kesemua mereka meluru ke pintu utama. Sedaya upaya mencari tombol di dalam gelap.
Mata Nazira tertancap pada pelayan tadi yang kekal tenang. Itu menimbulkan curiga di matanya. Pelayan itu kemudiannya bergerak ke arah berlainan.
Dengan pantas Nazira berlari menujunya dan ingin melayangkan sepakan kaki. Malangnya, berjaya ditahan.
"Miss, tetap tenang. Jangan sampai serang saya" lelaki itu senyum.
Tangannya yang kekal di belakang badan menambahkan curiga.
"Well, I can see in the dark too" sengih Nazira.
Lelaki itu mematikan senyumannya. "Oh yeah? then, you should be able to dodge this"
Dush!
Satu tumbukan mengenai pipinya. 'Sejak bila?' lelaki itu laju. Terlalu laju.
Lelaki itu terus berjalan menuju ke dinding yang rupanya adalah pintu. 'Belum lagi!' Nazira terus menahan pintu dan masih ingin mencari tahu apa yang perlu.
Dush! satu tumbukan berjaya didaratkan ke muka lelaki itu. Badannya terundur ke belakang."Wow, saya guna kekuatan sikit je tadi. But yours is too much"
Kaki lelaki itu laju menyepak Nazira namun berjaya ditahan. Nazira terus berusaha mengalahkannya.
Dalam pada sedar, dia telah menghabiskan masa 10 minit hanya untuk beradu tenaga. Tapi apa yang paling menghairankan, lelaki itu terlihat lebih menikmati menerima tumbukan dan sepakan Nazira. Semakin lama ditekan, semakin kuat lelaki itu.
"Okay girl, saya nak main tapi dah habis waktu. Bye-bye" lelaki itu berpaling ingin beredar. Nazira terus menarik belakang baju namun apa yang terjadi dia pula yang terlebih kedepan. Lelaki itu berhenti dengan tiba-tiba. Dan secara tiba-tibalah mukanya diragut dan didekatkan ke wajah lelaki itu.
"Awak boleh nampak kan? tengok betul-betul dan ingat. Saya akan datang lagi untuk cari awak. Masa tu, saya peruntukkan masa untuk awak. Take care, Mice"
Bisikan lelaki itu mengejutkan Nazira. Lelaki itu terus menumbuk perut gadis itu. Hasilnya, Nazira jatuh terduduk.
Ketika Nazira mengangkat kepalanya, lelaki itu sudah hilang entah kemana. Dia kembali berdiri dan menjerit.
"Aku dah jumpa tempat keluar! sini!"
Kata-katanya ditujukan pada mereka yang bersamanya tadi.
"Mana?!"
"De-" belum sempat Nazira menghabiskan ayatnya. Lehernya seakan-akan dicucuk sesuatu.
Ada seseorang di belakangnya?
Matanya terus tertutup.
'Apa ni? kuatnya efek dia..'
Nazira tidak mampu melawan efek itu. Walaupun keras dia berdiri, badannya tetap terjatuh. Mulutnya diseletip dan matanya dipakaikan kain.
'Candy.. Shadow..'
'Aryan..'
****
Candy berlari menuju semula ke luar. Dia tidak nampak seorangpun yang boleh dicurigainya. Tambah lagi, dia yakin barang yang dipamerkan di hadapan semuanya adalah palsu. Bukan asli.
'Kebarangkalian tinggi, semua barang asli dekat tempat Nazira' bisik hatinya.
Apatah lagi tadi dia mendengar letupan bom entah daripada mana. Hatinya terus berdebar merisaukan gadis itu.
Belakang telinganya disentuh. "Candy, try hubungi Mice"
"Apa?! dia tengah misi kan?"
"Aku dengar bom tadi. Kau tak dengar ke? Kat luar tak ada apa-apa pelik?"
"Tak ada. Apa yang letupan? kejap aku try contact Mice"
10 saat, 20 saat..
"Weh, Mice tak angkat" Candy sudah cemas. Walau sesibuk apapun Nazira di dalam misi, dia pasti akan memberi petanda jika dia tak boleh menjawab ketika itu.
"Ah, sudah.. aku turun dulu!"
"Ah, okay. Hati-hati. Apa-apa hantar signal"
Jari Shadow menyentuh kembali belakang lehernya. Panggilan terputus.
"Mana kau Mice.."
****
Nazira tersedar ketika dia berada di dalam sebuah kenderaan. Namun, dirinya tak dapat meneka kenderaan apa, jenis apa, dan sekarang di dimana. Sudahlah matanya ditutupi kain. Kepalanya pula ditutupi plastik.
'Lepasni apa? badan aku pula nal balut?' bisik hati Nazira. Kalau ikutkan hatinya, dia boleh saja melawan namun dia tetap ikut kepada perancangannya.
Beberapa jam selepas itu, kenderaan itu berhenti dan enjin turut dimatikan. Badannya diangkat menuju ke suatu tempat.
Dan dia pasti, dia masuk ke bangunan lama kerana hentakan kasut berbunyi kuat seolah-olah bangunan itu kosong dan tidak berpenghuni.
Dia diletakkan di kerusi dengan tangan dan kaki berikat.
"Aku tahu kau dah sedar tapi happy torture time. Silalah berjumpa dengan bos aku" Nazira mendengar tapak kasut itu berlalu dan berganti suara baru.
Dush! kerana tidak boleh melihat, Nazira tidak tahu pipinya akan diserang begini. Dan tumbukan ini lebih pedih dan kuat daripada pelayan tadi.
"Akhirnya aku dapat tangkap sorang.."
Nazira tersentak.
Share this novel