"Ini teruk" Shadow menongkat dagunya.
3 manusia sedang duduk bersama di meja. Nazira, Candy dan Shadow.
Candy mengangguk. "Sekarang kita tahu dia bukan sembarangan orang, jual organ, dadah, terrorist, semua tu si General"
Jarinya masih kaku di papan kekunci laptop.
"Since dia ada kuasa and selalu aktif dalam politik, nak diamkan mulut pihak berkuasa tu senang je bagi dia" giliran Nazira membalas.
Nazira memalingkan muka pada Shadow. "Banyak ke yang kau tahu, tapi aku tak tahu lagi?"
Shadow menggeleng perlahan. "Aku macam kau. Baru je tahu kenapa dia perlukan Faiz untuk completekan blueprint"
"Kalau ada pun benda yang aku tahu tapi kau belum, mungkin seberapa berharganya Aryan sekarang ni. Dia kunci untuk General tarik Faiz"
"Apa kata kita minta Faiz tu selesaikan je blueprint dengan kita?"
Kening Nazira terangkat. "Kau gila? diorang akan track kita and bunuh kita sebelum sempat start lagi. Plus, kalau nak buat dari sini, susah, barang tak cukup"
Candy mengeluh. "Guys, listen, kita still tak ada apa lagi nak tawar ganti blueprint tapi yang pasti, kita tak boleh terus lawan General"
Candy bermain dengan stylus pen dengan memusingkannya. "Tapi, ada benda yang aku asyik terfikir"
"Apa dia?"
"CCTV masa dekat sana"
********
"Mice, tepi tepi!" Candy membawa banyak makanan ke atas. Di mulutnya juga penuh. Nazira menggeleng, Candy pasti mahu mengunci dirinya lagi dalam bilik.
Nazira turun ke tingkat 2. Habis saja rangka plan, Shadow buat keputusan untuk terbang ke luar negara atas sebab tertentu.
Profesor Faiz juga tak ada, dia di hospital, melawat Prof laij yang satu fakulti.
Dia berjalan ke arah tingkap besar. "Aku sorang-sorang?" Nazira berfikir sendirian.
Splashhh!
Tentu saja tidak. Dia lupa. Ada lagi sorang. Nazira membuka tingkap itu dan menjenguk ke bawah.
Aryan sedang berenang di kolam. Tidak berbaju, dan hanya berseluar. Nazira tahan mukanya.
"Sa-sangat bahaya"
Ketika lelaki itu sedang mengapungkan diri, matanya bertemu mata Nazira.
"Honey, tak nak turun ke?"
"Me? Why should I?" Honey?! sejak menjak ini, sensitif betul dia dengan panggilan tu. Dadanya terasa kembang. Pipinya terasa memanas.
Aryan senyum sipi. "Yah, tak selesa kalau ada orang tenung dari atas. Apa kata turun sekali? tapi kalau awak malu, tak apa!" dia naik dan sekadar duduk di tepi kolam.
"Hah? siapa kata saya malu?" Nazira kemudian laju berlari ke bawah. Ida menapak perlahan ke kolam.
Aryan sengih. Dia berdiri sambil mendepakan tangannya. "Ew, siapa nak peluk awa-"
Tiba-tiba muka Aryan berubah. Dia tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam. Apalagi, paniklah Nazira.
"Aryan!!" Dia laju cuba tarik Aryan. Namun tangannya tidak kesampaian.
Malah, bajunya pula yang ditarik. Nazira jatuh ke dalam kolam bersama Aryan.
Ketika Nazira membuka mata, Aryan sudah tersenyum. Nazira terkedu.
'See? Nazira? You worried about me, Honey'
Ketika itu, barulah Nazira sedar. Dia dipermainkan. Dia ingin marah, namun mereka sedang berada di dalam air. Blubb..
Aryan tiba-tiba menyentuh belakang kepala Nazira dan mendorongnya mendekat. Bibirnya bertemu bibir Nazira.
3 saat. Sebelum Aryan melepaskan, dia menempelkan dahinya pada dahi Nazira.
'Youre mine and Im f*cking yours, Nazira. I love you'
Terasa pipinya memanas, Nazira laju melepaskan diri dan naik ke permukaan.
"Argh, kan dah basah baju! Dahlah baru tukar pagi tadi. Tak lawak, tahu!" Nazira menggosok mukanya dengan tapak tangan kanan.
Dia kemudiannya berlalu pergi tanpa menoleh sedikit pun pada Aryan.
Aryan yang berada di belakang tersengih. "Cute". Dia tahu Nazira cuma malu. Matanya mengekori kelibat Nazira sehingga hilang.
Sedangkan Nazira terus berlari ke dalam tandas untuk menukar baju. Tapi mindanya tak tenang.
'Whaaaat?! ni bahaya, sumpah bahaya. Aryan tak gunaaa!' Nazira menepuk dinding tandas. Mukanya memerah teruk.
*******
Tiga lelaki dan satu perempuan. Duduk semeja untuk sarapan pagi. "Noooo kita dah tak ada soda!" rengek Candy.
"Uh-uh diabetes on the way kalau kau selalu minum soda" balas Nazira sambil mengunyah makanan.
"Nope, mak aku minum soda macam minum air kosong, tiap tiap hari and she still fine"
"And kita dah kehabisan chips...!" tambah Candy lagi. Dia menyuap mulutnya lagi.
Shadow mengangkat kepala. "Aku ada nak keluar ni, naik bot pergi store. Kalau kau janji nak bawa beg aku, aku boleh bawa kau"
Mata Candy laju bersinar. "Really?! then, aku ikut!"
"Aku ikut sekali" Nazira menyampuk.
"Hey, hey Mice. Kau sedar kan ramai tengah target kau".
"Aku tahu tempat tu tak ramai orang pun, masih selamat lagi. Come on, aku just nak rehat kejap je" Nazira bersandar ke kerusi. Matanya dilirikkan ke sebelah kanan.
Ya, rehat. Dari seseorang. Aryan masih fokus makan.
'A break from someone called Aryan. Aku taknak tinggal berdua lagi, bahaya!'
"Fine, tapi ni bukan benda macam travel, kau kena hati-hati, tolong bawa phone tiap masa, alert" pesan Shadow.
"Of course-"
"Aku ikut kalau Nazira ikut" Aryan meletakkan cangkir cawan di atas meja. Tak, siapaa tanya kamu?!
Bam! Shadow menepuk meja. Dia mula geram. "Macam yang aku cakap, ni bukan benda travel sesuka hati kau boleh pergi"
********
Aryan ikut.
Setelah sampai, Shadow orang pertama yang keluar. "Hey, kau nak pergi mana?" tanya Nazira.
"Pergi sekali dengan lelaki tak guna tu? hell no. Korang boleh ambil bot kalau nak, aku takkan satu laluan dengan dia"
Gosh. Tadi dah gaduh , sekarang pun gaduh ke? Sampaikan Shadow ugut nak campak Aryan dalam laut.
"Biarkan je dia, nanti jumpa perempuan foreign elok lah tu. By the way, aku nak pergi tempat lain ni. Kau dengan Aryan pergilah pasar tu" tuding Candy.
"Hah?"
"Oh, aku ambil kereta sekali. Call kalau dah selesai! bye-bye"
And there it is, tinggal dia dan Aryan. Sedangkan plan utamanya, untuk rehat daripada dikejar lelaki ini.
'You traitorrr!!!'
"Um. Maybe diorang busy sangat cari barang kot, tinggal kita je" ujar Nazira.
"I don't mind. In fact, lagi prefer kita berdua je. Dah lama tak berdua" Aryan merenung Nazira sambil membalas.
Ughh.. this is the reason kenapa Nazira perlukan rehat.
"Um-okay then. Jom"
Tiada apa sangat yang Nazira ingin beli. Pasar ini nampak biasa. "Nazira"
"Hm?"
Aryan menghulurkan air kelapa yang betul-betul di dalam buahnya. "Minum ni, baru beli tadi"
Sejak bila?!
Nazira kemudian menghirup air tersebut. 'Memang kebetulan ke straw ni bentuk love?'
"Oh, manis. I love it" ujar Nazira. "Glad you like it, honey" senyum Aryan.
Again?! Dia memang tak boleh duduk berdua dengan Aryan. Terlebih, di pasar.
Share this novel