bab 14

Romance Series 85188

Daun pintu bilik dibuka.Belakang Melur ditolak kasar oleh Airil.Hampir tersembam gadis berwajah manis itu.

"Kau ni memang melampau kan.Semakin hari semakin menjadi jadi perangai kau kan."

Airil tiba tiba naik angin.Tegas dan garang suaranya memarahi Melur.

Melur menatap hairan wajah Airil.Baru sebentar tadi lelaki itu melayannya dengan baik.Entah apa salahnya tiba tiba dia dilayan seperti itu.

"Kau ni kan dasar manusia tak faham bahasa kan.Aku dah bagi amaran,jauhkan diri kau dari opah.Tapi kau degil,24 jam berkepit dengan orang tua tu.Kali nih! apa pula kau mengadu dengan Opah.Tak puas hati lagi ke siang tadi opah mengamuk marahkan Ali.Tadi,apa benda yang kau borak dengan opah.Sibuk cakap hal cicik." Ali masih bersuara keras.

Melur yang sudah duduk disofa tempat beradunya mengangkat kepala,menatap sayu tubuh Airil yang berdiri di hadapannya.

"Saya tak cakap apa pun kat opah.Saya pergi bilik opah sebab opah yang panggil.Opah nak saya urutkan badan dia.Sambil tu kita orang berbual kosong.Hal Ali,saya tak cakap.Tapi Orkid yang bagitahu opah semuanya.Saya dah cakap kat dia jangan bagitahu opah,tapi dia degil dia bagitahu juga."

"Hoi perempuan kau tak payah nak berdrama lah kat sini.Orkid yang bagitahu konon! Kau ingat aku tak tahu,kau dendam dengan Ali kan.Kau saja je cari idea nak kenakan dia.Sekarang ni puas lah hati kau opah mengamuk marahkan Ali.Bencikan Ali tu.Dan lepas ni,aku pula la kan kau nak fitnah supaya opah benci aku."

"Airil,apa awak cakap ni.Saya tak ada niat macam tu lah.Buat apa saya nak buat semua tu,apa yang saya dapat.Lagi satu,awak tolong lah jangan anggap opah macam tu.Opah tak pernah lebihkan sapa sapa.Opah tu sayang semua cucunya,opah sayang awak,opah sayang Ali.Opah juga sayangkan mama.Cuma cara opah tu tegas.Awak kena lah sabar sikit.Soal mama pula,awak jangan risau ya,saya janji saya akan jauhkan diri dari opah.Saya faham niat awak nak satukan mama dengan opah kan.InsyaAllah saya akan tolong."

Ujar Melur,ton suaranya selalu rendah dan tenang bila berbicara dengan lelaki segak itu.

Seketika Airil terdiam,bola matanya masih menatap wajah manis Melur.Terdetik pula rasa bersalah dan kasihan dihatinya melihat Melur.Walaupun ditenking,dimarah tetapi Melur tidak melawan.Malah masih mampu berbicara dengan tenang.

Satu keluhan Airil lepaskan sambil labuhkan duduknya di birai katil.

"Nih,kau cakap nak pindah kan.Kau dah bagitahu opah?"

Airil bersuara lagi menukar topik perbualan.Kini ton suaranya juga rendah.

Melur pula tiba tiba raut mukanya berubah resah serba salah mahu menjawab pertanyaan Airil.

"Err..belum."jawab Melur ringkas.

"Belum?Habis tu bila kau nak tanya?"soal Airil tegas.

Melur menggigit gigit bibirnya.Resahnya semakin menjadi jadi."Err.. Airil..sa.. sa..saya rasa saya tak jadi lah nak pindah."

"Apa? tak jadi?Kenapa pula? kau jangan main main Melur.Habis tu kau tak nak kerja la."

"Nak,nak.. saya nak kerja.Cuma saya tak nak pindah.Kesian pula kat opah,mama,Orkid.Sunyilah diaorang kalau saya tak ada nanti."

"Alasan kau...entah apa apa kan.Kesian kat diaorang konon.Aku tahu lah kau tu tak nak pindah sebab tak nak berjauhan dengan opah kan.Kau saja kan nak cari pasal lagi.Baru je tadi kau janji nak jauhkan diri dari opah.Sekarang tak nak pindah pula.Eh Melur,kau ingat opah tu izinkan kau kerja kalau kita tak pindah.Silap hari bulan aku kena marah."Airil membebel geram dengan sikap isterinya itu.Tapi Melur tenang je.

"Tak lah,opah mesti izinkan.Nanti saya pujuklah opah."

"Ye la tu,pandai pandai kau lah pujuk opah.Jangan nak libatkan aku sudah.Kau cakap dengan opah kau yang nak kerja.Lepas tu kau kena bagitahu opah cepat.Sebab minggu depan kau dah mula kerja."

"Okey! Besok saya bagitahu opah." Jawab Melur bersemangat.

Airil lalu bangun dari duduknya mula menapak kaki kearah ke bilik air.Tetapi tiba tiba langkahnya terhenti dan menoleh lagi kearah Melur.

"Oi Melur,apasal tadi tiba tiba opah cakap pasal cicit ya.Apa benda yang kau bualkan dengan opah tadi." Soal Airil,kini berdirinya dimuka pintu tandas.

Melur mengangkat kedua bahunya."Entah,mana saya tahu! Awak tanya lah opah."

Airil menggelengkan kepalanya geram pula dia mendengar jawapan ringkas Melur.Satu keluhan bebal dia lepaskan lalu mahu melangkah kaki masuk bilik air.

"Eh awak tunggu jap."

"Hurm."Airil menyahut panggilan Melur tanpa suara.Sekali lagi menoleh kearah Melur.

"Awak,tadi awak kata nak saya urut awak kan.Sini lah,tak payah mandi lagi.Lepas saya urut baru awak mandi." Selamba ja wanita polos itu berkata.

Wajah Melur ditenung nipis oleh Aril. "Urut?Tak payah la Puan Melur Natalia.Nanti benda lain yang kau urut.Kau tu bukan boleh harap sangat.Sibuk nak bagi opah cicit sanggup buat apa saja." Ujar Airil lalu terus melangkah masuk ke bilik air.

Melur tayang muka hairan.Berkerut dahinya,tak faham dengan kata kata Airil.

"Urut benda lain.Benda apa?"

Riuh rendah didalam bilik tidur Ali,kedengaran suara bising pasangan pengantin itu bertekak.

"Woi Orkid! buka lah jersey tu!"jerit Ali.

"Tak nak... tak nak.."Jawab Melur sambil berlari anak.

"Buka lah.. itu Jersey Livelpool limeted edition kot! aku pun tak pakai lagi."

"Ish berkira la kau ni! aku pakai jap je,esok aku basuh la."jawab gadis yang hanya berseluar pendek itu.

"Kepala hotak kau! Aku beli baju tu untuk simpan lah.Bukan untuk pakai hari hari.Kau ingat jersey tu murah.Woi,bukalah cepat." Sekali lagi Ali menjerit lalu mengejar Orkid.

Orkid pula terus berlari anak mengelilingi katil.Masih berdegil dan menjawab.

"Eleh.. ye la tu.Temberang lah,baju macam ni mahal! Aku tengok biasa je pun.Tak nak,aku tak nak buka."

Semakin menjadi jadi perangai Orkid,dia juga terus berlari.

"Ohh,kau tak nak buka.Kau nak main main dengan aku ya.Orkid! siap kau kalau aku dapat."

Ali dah bebal,geram dengan telatah Orkid lalu mengejar wanita genit itu dengan pantas.

"Hah,dah dapat pun.Nak main main dengan aku ya."

Lengan Orkid berjaya dicapai Ali.Lantas tubuh wanita berjiwa lelaki itu direbahkan keatas ranjang.Ali mula bertindak kasar,duduk melutut diatas katil sambil mengepit kedua belah paha Orkid dengan lututnya.Manakala kedua belah tangan didepakan.

"Mana kau nak lari hah!Kau nak main main dengan aku.Sini,biar aku je yang buka baju tu."

"Woi,lepaslah! Kau jangan nak menggatal.Aku nak buka la ni.Ali! jangan lah."Jerit Orkid,tangannya menggenggam erat bawah baju apabila Ali cuba menanggalkan jersey livelpool yang menutupi bahagian atas tubuhnya.

Ali juga tidak mengalah,kata kata Orkid dia tidak pedulikan.Sedaya upaya cuba menanggalkan t.shirt bewarna merah itu."Kau yang degil sangat kan.Saja cari pasal tak nak buka.Sekarang ni biar aku ja yang buka."jawab Ali geram dan terus berusaha menanggalkan baju itu.

Dan akhirnya...Jersey Livelpool limeted Edition milik Ali berjaya dikeluarkan dari tubuh Orkid.

"Wow.."spontan ayat itu keluar dari bibir Ali.Bulat kedua bola matanya melihat pemandangan indah setelah Jersey itu tertanggal dari tubuh Orkid."Kau tak pakai bra?"katanya lagi.

"Oi! Jangan tengoklah."jawab Orkid.Dengan pantas dia menyilangkan kedua belah tangannya menutup asetnya dari tatapan Ali. "Woi,bangun lah bodoh!sakit paha aku,kau tu dah la berat."bebel Orkid sambil menggerakkan pahanya sambil tangannya masih menutup dadanya yang berulas.

Ali pula bagaikan patung cendana,terkedu seketika.

Kedebuk!

"Hah..ambik kau! aku suruh bangun taknak,kan dah mendapat.Gatal!"

"Aduhh.. sakitlah! Woi!" Ali mengeluh geram.Tubuhnya kini terjelepuk jatuh ke lantai dik tolakkan Orkid yang begitu kuat.

Orkid pula sudah bebas,dengan pantas melompat turun dari katil.Sehelai t.shirt hitam bersaiz besar disarung ketubuhnya.

"Aduh.. sakitnya."Ali merintih sakit,bersusah payah bangun dari duduknya sambil menggosok punggung yang mula terasa sakit.Jersey limited edition tadi digantung semula ke dalam almari pakaian.

"Padan muka.Gatal! dah la kedekut! dengan isteri sendiri pun nak berkira."Bebel Orkid yang masih tidak berpuas hati sambil menghempas tubuhnya diatas katil.

"Oi perempuan aku tak kedekut lah.Kalau betul kau isteri aku,bukan setakat pinjam aku bagi terus kat kau." Ujar Ali perlahan berjalan menuju keranjang.

Orkid mengerutkan dahinya seolah tidak memahami apa yang dikatakan jejaka tampan disebelahnya itu.

"Kenapa buat muka macam tu?tak faham??"Soal Ali,wajah Orkid ditenung.

Orkid menggeleng menggelengkan kepalanya.

"Tadi kau cakap kau isteri aku kan."

Orkid mengangguk."Ya lah.Aku isteri kau lah.Kita dah sah kawin kan." jawab gadis polos itu.

"Ya betul kita dah sah kawin.Tapi kita belum sah jadi suami isteri lagi kan." Kata Ali bersahaja,Orkid pula sekali lagi kerutkan dahinya masih tak memahami kata kata Ali.

"Er.. apa maksud kau ni Ali.Aku tak faham lah."

"Tak faham! Kau ni kan otak tepu.Okey lah aku berterus terang je lah ya.Kau isteri aku dan aku suami kau.Jadi malam ni aku nak kan hak aku sebagai suami,dan aku juga akan layan kau sebagai isteri.So mulai malam ni apa kata kita jalankan tanggungjawab kita sebagai suami isteri."

"Jalankan tanggungjawab? maknanya kita berdua ehem ehem lah."

"Ya! ehem ehem.. Lepas kita dah ehem ehem.Jersey tu milik kau." ujar Ali,tersenyum dan mengangguk nakal.

"Errr..takpe lah Ali,aku tak nak pun jersey tu.Kau simpan je lah.Err Ali aku dah ngantuk,aku tidur dulu ya."

Orkid dah mula cemas setelah memahami kemahuan suaminya.Dia cuba mencari helah berbaring membelakangi Ali,kain selimut ditarik sehingga menutupi tubuhnya.

Ali,malam ni nafsunya mula menguasai diri selepas melihat separuh tubuh Orkid.Dia cuba beranikan diri mendekati Orkid dan memeluk belakang tubuh gadis itu. "Orkid,aku nak kau Orkid! please..."bisik Ali dicuping telinga Orkid.

Orkid,terbuntang bola matanya mendengar dan merasakan sentuhan Ali.Kelu lidahnya,tubuhnya juga kaku.

Merasakan Orkid tidak menolak, Ali terus memberanikan diri mengucup belakang leher Orkid.Jari jemarinya juga mula bertindak merayap kebahagian dada Orkid.

Orkid mula resah menikmati kucupan dan belaian seorang lelaki.Nafasnya sudah mula tidak teratur apabila jari jemari suaminya itu mula menyentuh setiap inci tubuhnya.Pantas dia mengalihkan tubuhnya menatap wajah Ali.Seketika bola mata mereka bertaut dan akhirnya bibir mereka juga bertaut.

Satu persatu pakaian suami isteri itu jatuh ke lantai.Akhirnya Orkid terlaksanalah tanggungjawabnya mereka sebagai suami isteri..Kini Jersey Limited Edition Ali bakal menjadi milik Orkid.

Pukul 4 pagi Melur terjaga dari tidurnya,tekaknya terasa kering.Dicapainya botol minuman diatas meja kopi tepi sofa.

"Lah dah habis!"rungut Melur."Malasnya nak turun.Huh." satu keluhan Melur lepaskan.

Oleh kerana terlalu haus,Melur gagahi juga untuk turun kedapur mengambil air.Selendang hitam dicapainya untuk menutup kepala.

Di dapur segelas air kosong sejuk habis diminum,Melur berdiri termenung seketika sambil mengisi air didalam bekas kosong.Selesai urusanya dia terus mengalihkan tubuhnya.

"Eh Ali!"

Ali tiba tiba muncul di dapur.

"Hah kau Melur,terkejut aku! cari makan juga ka?"soal Ali.

"Tak! minum ja!" jawab Melur lalu cepat cepat mencuci gelas yang digunanya tadi.Bekas air yang diisi air tadi dicapainya dan mula mengatur langkah.

"Melur"

Langkahnya terhenti apabila suara garau Ali menyapa.

"Aku lapar la,boleh tak kau masakkan aku apa apa.Kesian pula nak kejut Orkid tidur." pinta Ali sambil mengusap perutnya.

"Masak untuk kau?"

"Ye,masak je apa apa pun.Aku tak kisah.Aku lapar lah."

Seketika Melur terdiam,serba salah menolak permintaan Ali.

"Aku masak maggi boleh."

"Boleh boleh.Terima kasih Melur." kata Ali,ceria wajanya apabila Melur mahu menolongnya.

"Duduklah aku masak jap." Ujar Melur lalu melangkah kedapur,mula mengambil bahan bahan memasak.

Melur mula memasak.Ali pula sudahpun duduk di kerusi tinggi meja kaunter dapur,bola matanya tak lekang merenung belakang tubuh Melur.

Jantung Melur berdegup kencang.Sesekali menoleh ke belakang memastikan Ali masih ditempat duduknya.Risau jika Ali cuba mengambil kesempatan terhadapnya.

"Ya Allah,harap Ali ni betul betul la dah berubah.Tapi kalau dia datang dekat dengan aku,aku simbah maggi panas ni,padan muka!" bisik hati Melur.

"Melur,aku minta maaf ya dengan apa yang aku dah buat kat kau dulu.Aku betul betul malu,aku rasa bersalah sangat kat kau.Aku nak berubah,aku sayang Orkid.Aku dah tak nak bermusuh dengan kau lagi."

Terkejut Melur mendengar penyesalan Ali.Hatinya tiba tiba rasa tenang dan gembira.Maggi yang sudah siap dimasak diletakkan atas meja."Nah! makan lah.Takpa Ali benda dah lepas.saya dah pun maafkan awak.Saya pun minta maaf juga sebab tampar awak hari tu.Lagi satu,saya nak minta maaf.Sebab Orkid awak kena marah dengan opah.Tapi awak jangan marah Orkid ya.Dia tak ada..

"Tak apa Melur,aku faham Orkid buat semua tu sebab dia sayang kau.Eh,terima kasih tau sebab masak maggi kat aku.Duduklah temankan aku makan jap." pinta Ali sambil ukir senyum.

Melur membalas senyuman lelaki itu,sedikit kakinya diginjat untuk duduk di kerusi yang agak tinggi itu didepan Ali.

"Ali,jaga Orkid ya.saya harap awak sabar dengan perangai dia."sayu Melur berkata."Orkid tu nampak ja kasar,tapi sensitif,kuat merajuk.Tapi hati dia baik,saya tahu dia sayang awak.Saya seronok sangat tengok korang bahagia."kata Melur lagi.

"Don't worry Melur,aku sayang Orkid! sayang sangat." Sekali lagi Ali mengukir senyuman,sesuap maggi dimasukkan kemulutnya.

"Sedap?" soal Melur spontan,bola matanya tidak lekang menatap raut wajah Ali.

Ali mengangguk."Sedap lah! Kau masak apapun sedap Melur.Dari dulu sampai sekarang."

"Ye ke,terima kasih.Ish.. awak ni makan macam budak budak comot!"

Sehelai tisu ditarik Melur lalu dikesat lembut ditepi bibir Ali.

"Ehem! wow romantiknya."

"Eh,awak?"

Serentak dua pasang mata itu memandang Airil.Cepat cepat Melur mengalihkan tangannya yang dari tadi sibuk mengesat tepi bibir Ali.Wajahnya berubah takut.Ali pula tenang sahaja.

"Patut lah tiba tiba taknak pindah,ingatkan tak nak berjauhan dengan opah,ada sebab rupanya."

Keras suara Airil menyindir Melur sambil melangkah kaki mendekati Ali dan Melur.

Melur terdiam,wajahnya pucat,jantungnya berdegup kencang,sudah beberapa kali ia menelan air liur tetapi anak tekaknya masih terasa kering.

Ali pula hanya duduk membatu,terus menikmati maggi kari buatan Melur,seoalah tiada apa yang berlaku.

"Airil.. sa..sa saya saya..saya."terketar ketar Melur menyusun kata.Tidak tahu apa yang perlu dia katakan.

"Aku dah cakap,tapi kau yang tak percaya.Sekarang bukti dah ada depan mata kan.Bukan sekali dia goda aku Ril,tapi dah berkali kali.Aku sabar je,aku hormat dia sebab dia isteri kau.Malu aku tau ada kakak ipar macam ni!"

"Ali,apa ni? apa awak cakap ni.Sampai hati awak fitnah saya."

Terkejut Melur mendengar kata kata fitnah dari mulut Ali.

"Airil,saya tak buat semua tu.Sumpah! saya tak pernah goda Ali.Apa yang Ali cakap tu semua fitnah.Dia yang jahat.Dia yang cuba nak sentuh saya.Hari tu,dia tarik tangan saya,dia peluk saya.Dia..

"Hei sudah lah Melur,diam!.Cerita apa kau cuba reka ni."

"Saya tak reka cerita,betul Airil saya tak buat semua tu."

"Tak buat,habis tu tadi kau buat apa?Pukul 4 pagi berdua duaan didapur."

"Saya turun nak ambil air,lepas tu Ali..

"Airil aku rasa lebih baik kau bawa perempuan ni naik atas,ajar sikit!.Aku risau kalau opah bangun nanti tak pasal pasal kau masuk penjara." Ali terus mencelah,tanpa rasa bersalah selamba menghirup kuah maggi yang masih tersisa.

"Biar lah,biar orang tua tu tahu perangai cucu kesayangan dia nih,depan Opah sopan santun pijak semut tak mati tapi belakang opah perempuan murahan! Kecil kecil pembuli,pembunuh dan besar panjang jadi penggoda pula.Aku tak tahu,apalah nasib malang aku dapat isteri jijik macam kau nih."

Melur terdiam seribu bahasa,hatinya benar benar terluka dengan penghinaan Airil.Air matanya sudah lama mengalir.

"Sabar je lah Ril.Nasib kau lah.Ril,bawa dia naik atas.Tak guna kau nak opah tu tahu perangai dia.Opah tu takkan percayakan kita lah."

Kata Ali lagi menokok tambah.

"Hah,tunggu apa lagi naik la atas! ke kau memang nak semua orang dalam rumah ni tahu.Kau tak kesian ke kalau Orkid tahu perangai kau.Mesti dia kecewa kan,orang yang dia percaya tikam dia dari
belakang."

Mendengar kata kata Airil terbuntang bola Melur menatap Airil.

"Ye ye,saya naik atas.Tapi tolonglah jangan libatkan Orkid.Tolong lah jangan bagitahu dia hal ni."

Kasihan Melur,malam itu teruk dia dimarahi,ditengking dan dihina oleh Airil.Rambutnya juga ditarik kasar oleh Airil kerana terlalu marah.Dan pada malam itu juga Airil memaksa Melur untuk pindah dari rumah agam Dato Hakimi.

"Kau dengar sini Melur!"Rambut ikar mayang Melur dicekak kuat."Aku nak kau kemas semua pakaian kau,kau fikirlah apa alasan pun.Hari ini juga kita akan pindah.Lagi lama kau dalam rumah ni,macam macam hal kau akan buat.Cepat pergi kemas sekarang!"

"Ye,ye.. saya kemas sekarang." Dengan linangan air mata Melur mengangguk lemah.

Kasar Airil melepaskan rambut ikar mayang Melur,tarikan yang kuat menyebabkan beberapa helaian rambut Melur tersisa di jari jemarinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience