bab 21

Romance Series 86233

Melur terjaga dari tidurnya lalu perlahan dia meregangkan tubuh yang terasa sakit dik kerana semalaman tidur diatas lantai tanpa alas.Bola matanya dibuka nipis dan keningnya berkerut merenung nombor jam dilengannya.Tiba tiba bola matanya terjegil.

"Alamak mati aku! Ya Allah.. macam mana boleh tak sedar ni." Resah gelisah Melur menepuk dahinya apabila jarum jam menunjukkan pukul 7.30 pagi.Lantas kelam kabut gadis berambut kusut masai itu bangun dan berjalan pantas kearah biliknya.Tuala yang tergantung dicapai lalu Melur bergegas ke bilik air.Sepantas kilat dia mandi dan bersiap.Mujurlah semua pakaiannya sudah siap digosok dan disangkut.Begitu juga pakaian Airil.Sudah menjadi tanggungjawab Melur sebagai seorang isteri menguruskan semua makan,pakai Airil.

Usai bersiap Melur mengambil buket bunga ros merah yang disiapkannya semalam untuk dihantar kepada pelanggannya hari ini.Lalu dia terus bergegas keluar rumah sebelum Airil si suami mulut puaka itu turun kebawah.

Langkahnya laju sambil menggalas beg silangnya menuju kearah pagar rumah.Seketika dia ternampak kelibat Cik Wan yang sedang sibuk bersenam di luar perkarangan rumah.

"Hai abang Wan" Sempat lagi gadis manis itu menegur jiran sebelah dan menghadiahkan seulas senyuman.

Senyuman Melur dibalas Cik Wan."Hai lewat keluar hari ni.?"soal lelaki berusia awal 40an itu.

"Aa a,terlewat bangun."ringkas jawapan Melur sambil meneruskan langkah tergesa gesa.

"Ohh.. hati hati ya." Balas lelaki itu lagi,bola matanya tak lekang merenung belakang Melur yang sudah jauh sambil mengukir senyuman galak.

"Sudah sudah la tu tengok isteri orang sampai nak terkeluar biji mata tu.Isteri sendiri ada depan mata tu tengok la puas puas." Tiba tiba ada suara garau
menerjah.

Abang Wan apa lagi,terkejut beruk lah.Pantas dia mengalihkan pandangannya kearah Airil yang sedang memakai kasut lalu mengukir senyuman kelat."Err Airil.. Awak jangan salah faham Abang tengok kucing kat depan tu."

"Kucing? mana? tak nampak pun." Balas Airil dengan nada sindiran sambil melihat kearah Melur yang masih berdiri di pintu pagar menunggu Rizman.

"Err.. Ada tadi,sekarang dah tak ada.Eh,abang masuk rumah dulu ya.Rasanya akak panggil tu."Macam kilat Abang Wan berjalan masuk ke dalam rumah.

Airil pula hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan abang Wan sambil melangkah masuk kedalam kereta.Dia mula memandu perlahan keluar pagar dan tiba tiba berhenti tepat didepan Melur.Lalu daun tingkap diturunkan."Woi perempuan,masuk cepat hari ni abang Man tak datang."Kasar berbicara.

Melur pula tayang muka hairan.

"Tak datang? kenapa?"

"Cuti."

"Ohh.. jadi hari ni saya kena pergi kerja dengan awak lah."

"Ya la.. cepat masuk,kau ni banyak cakap lah.Aku dah lambat ni." arah Airil sambil membebel.

"Aa. okey,okey.."

Tanpa berlengah Melur terus membuka daun pintu kereta dan melabuhkan duduknya disebelah Airil.

Didalam kereta seperti biasa suasana akan sunyi sepi.Melur sibuk merenung buket bunga ditanganya sesekali kedudukan bunga itu dibetulkan.Manakala
Airil pula hanya memberi tumpuan di jalan raya yang sudah mula sesak dengan berbagai jenis kenderaan.Tetapi sesekali sempat dia menjeling kearah Melur.

"Sempat lagi kau siapkan buket ni semalam?" Airil memulakan bicara dengan Melur.

Tetapi Melur tercengang,berkerut dahinya melihat Airil. "Awak cakap dengan saya ke?" soalnya.

Airil mendengus geram "Ish.. Cakap dengan kau lah,takkan dengan hantu kot."

"Ohh.. Sory lah saya ingat awak guna earphone.Err.. Awak tanya apa tadi."

"Kau ni pekak ke?Tak dengar aku tanya tadi."

"Bukan tak dengar,tapi tak fokus." Balasnya selamba.

"Aku tanya sempat kau siapkan buket ni semalam."

"Mestilah sempat,kalau tak sempat tak adalah buket ni dengan saya.Saya ni orang yang pegang pada janji tau.Saya usaha siapkan juga buket ni walaupun terpaksa bersengkang mata semalaman.Saya akan pastikan pelanggan saya puas hati."Jawab Melur dengan bangganya.

"A... a. Ya la tu pegang pada janji konon.Sanggup bersengkang mata.Tidur lewat,bangun pun lewat.Elok lah,solat subuh pun entah kemana kan." balas Airil pula dengan nada sindiran sambil bola matanya kusyuk melihat jalan raya.

"Err.. saya solat lah tapi lewat sikit." Bekerut raut muka Melur nak menjawab.

"Ya lah tu.. Hah! penat kau buat Buket tu,berapa harga kau jual." Airil terus bersuara lagi menyoal Melur.

"Harga?"

"Ya,harga.Kau ni memang pekak kan.Asal aku cakap kau ulang.Kau tak korek telinga ka?"

"He..he.." Melur tertawa kecil. "Saya cuma nak kepastian pertanyaan awak tu.Hurmm.. Kalau buket macam ni saya jual lapan puluh ringgit je.Harga promosi pelanggan pertama."

"Lapan puluh ringgit? Penat penat kau buat,berjaga lewat malam,lapan puluh ringgit ja kau jual.. haha." Tertawa sinis Airil dengar jawapan Melur.

"Eh.. Okey la tu.Kan saya cakap harga promosi.Lagi pun ni bunga tiruan lah.Mana boleh letak harga mahal."

"Bunga tiruan? Patut lah murah.. Ha ha siapa la perempuan malang yang bakal dapat buket murah macam ni."ujar Airil masih tertawa sinis.Buket bunga ditangan Melur dipadangnya sekali pintas.

"Awak ni,tak baik lah cakap macam tu.Dah itu kemampuan dia.Yang penting lelaki tu ikhlas nak happykan pasangan dia."

"Ikhlas konon.. kalau ikhlas dia tak akan berkira kira bagi yang terbaik untuk orang yang dia sayang.Kedekut."

"Awak ni kan tak baik tau cakap macam tu.Awak ingat semua orang macam awak ka mampu hadiahkan pasangan barang barang mahal."

"Aahh.. Lantak dia lah.Tapi kalau aku memang tak lah aku nak bagi buket murah macam ni kat Mira."

Seketika Melur terdiam,sakit pula hatinya mendengar kata kata Airil.

"Nih satu lagi aku nak tanya kau.Semalam kenapa kau tak tidur bilik atas.Aku nak bagi tempat selesa untuk kau,kau tak nak pula.Kenapa?"

Soal Airil,masih meneruskan perbualannya dengan Melur.

"Maaf lah bukan taknak tapi saya tertidur semalam,mengantuk sangat.Saya pun tak sedar.Sedar sedar ja dah pagi."

"Okey.Tapi malam ni aku nak kau tidur bilik atas ya."

"Okey,malam ni saya tidur bilik atas.Terima kasih tau sebab bagi saya tidur bilik atas.Alhamdulillah,lepas ni dah sakit lah badan saya.Tapi Ril,malam ni saya tidur lewat sikit sebab saya nak kena siapkan tempahan buket lagi."

"Siapkan tempahan? Tak boleh!"

"Lah kenapa pula?"

"Kenapa kau tanya,kau lupa hari ni kau bangun lewat sebab sibuk nak siapkan tempahan kan."

Seketika Melur terdiam,raut mukanya bekerut,bibirnya digigit gigit lembut.

Airil menjeling kearah Melur,perasaanya tiba tiba berubah melihat tabiat Melur yang suka menggigit bibir.Ikutkan hawa nafsunya mahu saja dia jamah seulas bibir merah bak delima itu.

"Alah awak,boleh lah.Malam ni ja." Rayuan Melur menyedarkan lamunan Airil.

"Ahh... Tak boleh! Aku tak kira,malam ni aku tak nak kau tidur lewat.Pukul 10 aku nak kau dah tidur dalam bilik tu.Faham." tegas Airil.

"Pukul 10 awalnya.Saya biasa tidur pukul 11 lah."

"Eh,kau jangan menjawab boleh tak.Aku ni suami kau tau.Taat sikit cakap aku."

"Huh.." satu keluhan dilepaskan Melur.Nampaknya terpaksalah dia mengikut kehendak Airil setelah kuasa vito Airil gunakan. "Ye lah,ye lah.Saya tidur awal."

"Hurmm.. Bagus." Senyum lebar terukir dibibir Airil apabila memikirkan rancangannya pasti akan berjaya.

"Airil."

"Ya."

"Saya tanya sikit boleh?"

"Apa?" tegasnya

Melur merenung tajam wajah Airil.Alis matanya dipicingkan.Dia agak hairan dengan sikap Airil.

"Saya kan sebenarnya rasa pelik lah.Awak tiba tiba je nak saya pindah bilik atas tu.Bukan kah dulu awak tak nak saya tidur atas? Hah! awak nak potong gaji saya ke?" Melur mula menggelabah. "Eh.. Awak jangan lah.Kalau awak potong gaji saya,saya tak nak lah tidur bilik atas tu.Saya tengah simpan duit nak buat modal.Kalau awak potong gaji saya habislah rancangan saya...

"Ehh.. eh.. kau ni dah kenapa.Tak yah nak menggelabah sangat lah.Aku tak potong gaji kau lah."

"Ha? Ye ke? Alhamdulillah.Habis tu kenapa awak nak saya pindah bilik atas." Terkebil kebil mata Melur melihat sisi wajah segak Airil.

Airil pula sekilas pandang melihat Melur.

"Aku cuma nak kau dekat dengan aku.Senang,tengah tengah malam aku dahaga ke,lapar ke,aku boleh panggil je kau.Tak payah aku penat penat turun bawah."

"Ohh.. Sebab tu ke."

"Ha ah sebab tu je.Sekian perbincangan kita.Sekarang dah sampai kau boleh turun."

"Dah sampai?" Melur tercengang melihat sekeliling."Tapi,ki.. kita tak sampai pejabat lagi."

"Ya,kita tak sampai pejabat lagi.Tapi aku nak kau turun kat sini.Kau gila ke nak aku turunkan kau kat depan pejabat tu.Kau lupa atau buat buat lupa,aku ni bos,kau tu cleaner,suka la kau nanti orang gosip hal kita.Bos bercinta dengan cleaner.Eeuu.. minta simpang jauh jauh."

Bertaut kening Melur,geram dengan sikap majikannya.Namun Melur hanya mampu akur,nak tak nak melangkah kaki turun dari kereta.Airil pula terus memandu keretanya meninggalkan Melur sambil ketawa besar.

Sudah tentulah Airil tidak mahu menurunkan Melur didepan bangunan Berjaya Holdings,jika ada mata mata yang nampak mereka datang bersama pasti hal itu akan menjadi berita sensasi di Berjaya Holdings.

"Sampai hati kau Ril suruh aku berjalan dah la jauh lagi nak sampai.Ishhh." bebal gadis berbaju kurung moden itu.Kakinya dihempas kuat sambil menapak laju.

"Hahaha."Airil masih lagi terbahak bahak ketawa apabila melihat cermin padang belakang.Kelihatan raut wajah Melur yang bebal berjalan kaki sambil membawa sejambak bunga ros merah.Namun tiba tiba tawanya hambar apabila ada sebuah kereta honda HRV berheti dan menumpangkan Melur.

"Terima kasih Haikal sudi tumpangkan saya!"

"Sama sama,no hal lah." Haikal mengukir senyuman ceria. "Awak dari mana tadi.Bahaya tau jalan sorang sorang kawasan sini." soal Haikal sambil memutar staring kereta.

"Saya beli barang."

"Beli barang? Kedai apa yang ada di kawasan ni? Ooo.. awak jumpa boyfrend ya." soal Haikal yang meragui Melur,matanya memandang sejambak bunga ditangan Melur.

"Eh tak lah,saya nak beli barang,saya ingat ada kedai kat sini.Tapi betul lah tak ada kedai kawasan ni."

"Kalau betul awak nak beli barang,tak jumpa buah hati,bunga kat tangan awak tu,sapa yang bagi?"

"Bunga ni? Bunga ni saya buat sendiri lah.Ada orang oder."

"Ye ke? Sejak bila awak buat buket?"

"Dah lama dah.Alah,nanti nanti lah saya cerita kat awak."

"Okey,I'am waiting.Eh,awak nak beli apa tadi.Boleh je kita pergi beli dulu" pelawa Haikal apabila kereta dipandu hampir dengan bangunan tiga tingkat itu.

"Barang? Eh,Takpe takpe,tak penting pun."

"Betul ni tak nak beli,saya nak masuk parking."

"Betul." Jawab Melur mengangguk.

Kereta Honda Hrv diparkir dikotak khas untuk pekerja.Melur dan Haikal melangkah keluar dan jalan bersama sama masuk ke dalam bangunan yang sudah mula dipenuhi orang ramai.

Tanpa Melur dan Haikal sedar ada pekerja pekerja lain yang memandang mereka dan mula bergosip.Pastinya orang akan menyangka mereka berdua pasangan kekasih buktinya Melur dan Haikal turun dari kereta yang sama,jalan pula seiring,ditangan Melur pula ada sejambak bunga.

Sementara menunggu lif terbuka Haikal tidak melepaskan peluang berbual bual dengan Melur.Begitu asyik mereka berdua berbual disulami gelak tawa sehinggalah sampai di muka pintu pejabat.

Semua mata tertumpu pada dua susuk tubuh itu.Begitu juga dengan Airil yang kebetulan keluar dari bilik pejabatnya untuk bertemu Malika.

Kelam kabut Melur melangkah ke bahagian pantry dengan raut wajah yang resah.

Haikal pula hanya mengukir senyuman ceria dan berjalan masuk sambil menyapa Airil dan pekerja pekerja lain.

"Mati aku mati aku.Conform kena marah ni." Melur membebel sendirian sambil menyarung seragam berwarna biru.Hatinya resah gelisah teringat padangan tajam Airil.

"Amboi.. dalam diam diam korang couple ya." tegur Amira yang muncul di pantry untuk membuat secawan kopi.

"Ehh..tak lah,mana ada kita orang couple."Jawab Melur menyangkal.

"Eleehh nak rahsia rahsia pula.Romantis kan Haikal tu,pagi pagi dah bagi awak bunga."sebiji mug merah diambil Amira.

"Awak dah salah faham,bunga tu....

"Melurrr..."Tiba tiba Malika bagaikan kilat muncul di ruang pantry.

Serentak Amira dan Melur menoleh kearahnya.

"Ya Ika.Kenapa ni?"

"Apa masalah pula yang kau dah buat ni? Tuan Airil panggil kau.Pagi pagi dah naik angin tu." kata Malika apabila Airil tiba tiba menengkingnya tadi. "sakit kepala aku ni.Dah la pagi tadi tak sempat nak sarapan." rungut Malika lalu melabuhkan duduknya.

Tanpa menyoal apa apa Melur terus berjalan pergi ke bilik pejabat Airil.Dia sudah boleh mengagak kenapa Airil naik angin.

Tok tok tok... Pintu pejabat diketuk.

"Masuk!"

Perlahan Melur melangkah masuk dengan penuh debaran.

"Kau tahu kan kenapa aku panggil kau." Soal Airil tinggi suaranya.Renungan tajam dilemparkan kearah Melur yang berdiri kaku didepannya.

Melur menggigit gigit lembut bibirnya berfikir sejenak apakah jawapan bagi persoalan Airil.

"Cakaplah!" jerit Airil lalu bangun dari duduknya menghampiri Melur.

Airil merenung geram gadis dihadapannya itu,entah mengapa imannya goyah setiap kali melihat Melur menggigit bibir.

"Awak,eh.. Tuan cemburu ke?"soal gadis polos itu.

"Hah? cemburu?Eh! takde masa lah aku nak cemburukan kau."

"Habis tu apa salah saya?"disoalnya pula bos besar syarikat itu.

Terkial kial Airil mahu menjawab,bukannya dia tak tahu apa yang terjadi.Sudah lah isterinya ditinggalkan di tepi jalan,jauh pula tu.Bukan saja Haikal,mana mana lelaki pun pasti nak tumpangkan gadis secantik Melur.

Tok tok tok..daun pintu kaca itu terus dibuka walaupun tanpa kebenaran.
"Airil jom start meeting,dah lewat ni." ajak Irfan yang hanya berdiri dimuka pintu.

Melur menghela nafas lega,munculnya Irfan sebagai penyelamat,jika tidak entah berapa lama agaknya dia perlu mengadap wajah bengis majikannya itu.

"Huh Selamat."

Ruang tempat duduk perkerja sunyi sepi kerana semuanya sibuk berbahas di dalam bilik mensyuarat.Lebih mudah la Melur menyelesaikan tugasannya.

Gembiranya Orkid hari ni,bibirnya tidak putus putus mengukir senyuman,dua biji beg pakaian telah siap diturunkan ke bawah.

"Berapa hari nak pergi ni?"soal Pn Sri Ramona.

"Tiga hari je."kata Ali sambil menghirup milo panas diruang makan.

"Pergi mana?"soalnya lagi.

"Singapore! dah lama Orkid teringin sangat nak pergi Opah" Jawab Orkid.

"Apa yang menarik sangat Singapore tu!.Kenapa tak pergi pulau je,nak honeymoon kan." celah Syuhada.

Sekeping roti bakar dicapai Orkid lalu berkata."Orkid nak pergi universal studio mama,best tempat tu."

"Kenapa tak ajak Melur sekali?"

Tersentak Ali mendengar kata kata Pn Sri Ramona."Airil nak pergi honeymoon? Memang tak lah opah.Dia tu busy je opah,mana ada masa."

"Ali..."tegur Syuhada.

"Betul la mama apa Ali cakap ni.Kesian Melur terperuk je dalam rumah."tambah Orkid,sengaja mahu menaikkan darah Pn Sri Ramona.

"Betul ke Orkid?"soal Pn Sri Ramona inginkan kepastian.

"Ya Opah.Airil memang sibuk,keluar pagi balik malam.Kesian Melur sunyi,sekarang Melur dah mula ambil tempahan buket."ujar Orkid lagi.

"Dah kalau sibuk kenapa nak pindah.Haish.. kesian Melur."rungut wanita tua itu.

"Tak apa bonda nanti Syuha nasihatkan Airil ya.Biasa la bonda,Airil tu baru nak belajar hidup berdikari,kena lah kerja kuat sikit." Pujuk Syuhada.Tetapi sakit pula hatinya dengan sikap Ali dan Orkid. "Melampau kau Melur,kau datang sini macam macam pula kau mengadu kat Orkid.Kau memang sengaja cari pasal dengan aku." bisik hati Syuhada geram.

Waktu mensyuarat sudah pun tamat,suasana lengang didalam bilik mesyuarat apabila semua pekerja bersurai.Yang tingal hanya lah Airil dan Irfan duduk berbual kosong.

Tidak lama kemudian Melur pun muncul dengan troli peralatan pembersihan.Serentak Irfan dan Airil memandangnya.

"Maaf tuan Irfan,Tuan Airil.Boleh tak saya nak bersihkan bilik ni? Itu pun kalau tak mengganggu lah."

"Eh.. Boleh boleh.Tak mengganggu pun.Meeting pun dah habis.Masuklah." jawab Irfan tersengih.Manakala Airil langsung tidak peduli,matanya hanya tertumpu pada skrin laptop.

Melur mengangguk lalu botol spray yang berisi air sabun dan sehelai tuala kecil diambil untuk mengelap cermin tingkap.

"Kau tengok tu Ril,mengancam betul la body Cik Cleaner kita ni." Bisik Irfan kepada Airil. "Pinggang ramping,bontot dia,Fuhh.." kata Irfan lagi.Bola matanya tepat memandang setiap inci tubuh Melur yang sedang bergerak gerak mengelap cermin.

"Kau ni memang betul buaya darat lah.Perempuan tu pakai macam tu kau ada selera ke?"

"Selera aku ni tak kira mangsa,mata aku ni power.Aku tengok je perempuan,aku dah boleh bayangkan setiap inci bentuk badan diaorang termasuklah bentuk badan si Melur tu."kata Irfan lagi sambil menggigit bibir.

Airil pula sesekali mencuri pandang menjeling kearah Melur yang tergincat gincat mengelap bahagian atas cermin.Tiba tiba Irfan bangun dari duduknya dan menuju ke arah Melur.Selamba pinggang Melur dicekaknya dan diangkat sehingga terangkat kedua kaki Melur.

"Aaahh." Melur menjerit terkejut dan menolak kasar tangan Irfan.

Dengar jeritan Melur,sepantas kilat Airil bangun dari duduknya bergegas menuju ke arah mereka berdua.Kolar baju Irfan dicekak Airil.Penumbuknya dihalakan kemuka Irfan.

"Kau ni memang dah melampau lah Fan! Hormat sikit orang.Kau ingat semua perempuan kau boleh sentuh sesuka hati kau."tengking Airil yang begitu marahkan Irfan.

"Relaks la Ril.Aku tak dak niat nak kacau dia.Aku cuma nak tolong dia.Tinggi kan,dia tak sampai,aku tolong lah angkat.Salah ke?."

"Kau tak yah nak temberang lah.Aku tahu lah niat kau tu.Kau saja kan nak sentuh dia!" Airil
marah besar,mukanya merah.Cengkaman kolar baju Irfan semakin kuat.

"Kau tak percaya aku.Eh Ril,aku ni kawan kau,dia ni budak cleaner je pon.Takkan lah disebabkan perempuan ni kau nak tumbuk aku.." kata Irfan sambil menepuk lembut dada Airil.

"Ni bukan soal budak cleaner atau sapa sapa.Ini soal maruah.Selama ni aku diam je bila semua perempuan kat ofis ni jadi mangsa kau.Tapi makin hari kau makin melampau.Depan mata aku kau berani nak buat benda tak senonoh."

"Eh,aku tak paksa diaorang tau,diaorang yang nak ikut aku.Nih,perempuan ni,kalau dia tak goda aku takkan aku nak lah." kata Irfan sambil menunding jari kearah Melur yang dari tadi berselindung di belakang Airil.

Melur menjengah kepalanya."Saya tak pernah goda Tuan Irfan lah.Tuan Irfan yang beria ria ajak saya keluar.Bila saya tolak Tuan Irfan marah,Tuan Irfan sengaja tumpahkan air kopi atas fail Tuan Airil hari tu.Lepas tu Tuan Irfan ugut saya." Dengan beraninya gadis polos itu menceritakan peristiwa lepas,apabila teruk dia dimarahi Airil disebabkan fail penting Airil kotor dengan tompokan air kopi.

"Kau percaya ke cakap perempuan ni? Eh,kalau kau nak tahu semua jantan kat ofis ni dia nak goda.Dasar perempuan tak ada maruah! Kurang ajar kau kan!" Irfan merenung geram wajah Melur dan cuba mendekatinya.Namun dihalang Airil.

"Eh Fan,kau belah!" Tubuh Irfan ditolak kasar oleh Airil sehingga terjatuh.

Irfan bangun berdiri.Blazer dan rambutnya dirapikan.

"Sampai hati kau Ril malukan aku depan perempuan ni.Kerana dia kau sanggup buat aku macam ni! Eh lima tahun kita berkawan,kita susah senang sama sama.Tak pernah bergaduh pun.Tapi! hari ni disebabkan budak cleaner ni.Kau tolak aku,Fine! kita buat hal masing masing." Kerana terlalu marah,Irfan berlalu pergi tinggalkan bilik mensyuarat.

Airil tidak memujuk sahabatnya itu,hanya melihat dalam keadaan masih menahan marah.

Melur pula terkebil kebil matanya melihat pergaduhan antara Airil dan Irfan.Dia berasa gembira,tidak menyangka Airil akan membelanya.

Suasana sepi seketika.Airil dan Melur saling berpandangan.

"Sayang,awak okey ke? Apahal bising bising tadi tu?" Amira tiba tiba meluru masuk ke bilik mensyuarat.Lengan Airil terus dirangkulnya.

Airil hanya dia,menapak langkah perlahan untuk duduk.

"Airil kenapa dengan Irfan,habis ditengkingnya semua staff." soal Amira lagi kerana dia juga turut dimarahi Irfan.

"Errr.. Tuan Airil saya keluar dulu ya." Melur mencelah,sakit pula matanya melihat Amira dari tadi sibuk menyetuh tubuh suaminya.

Airil,masih lagi membatu.Pertanyaan Amira satu pun tidak dijawab.Fikirannya masih bercelaru memikirkan hal tadi.Entah kenapa hatinya begitu marah melihat lelaki lain menyentuh Melur.Dan lelaki itu pula Irfan sahabat baiknya.Airil sayang Irfan.Tetapi dia membela Melur, wanita yang dia benci.

"Kenapa Ril? Kenapa kau marah sangat.Kau boleh je tegur Irfan tu baik baik.Kenapa kau nak tumbuk dia.kenapa? kenapa kau pergi bela perempuan tu.Perempuan tak guna yang dah rampas kebahagiaan kau? Kau cemburu? atau kau masih sayang dia? Tak.. tak.. tak mungkin.Aku tak mungkin ada perasaan pada dia."

Inilah Airil,berperang dengan perasaan sendiri.Perasaan ego,dendam masih terpalit di hati.Tapi adakah perasaan cinta dan sayang pada Melur akan tersemai kembali?

Share this novel

ayuni
2025-03-06 08:01:21 

kenapa lama sangat nak update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience