Sehelai demi sehelai daun daun kering digunting dari dahannya.Sesekali wanita bermata biru itu mendekatkan hidung tingginya pada sekuntum mawar merah..dihidunya haruman segar mawar merah sehingga terpejam sejenak kedua bola matanya.
"Sudah sudah lah tu opah..sini la minum dulu"Tegur gadis betubuh langsing itu.Dua gelas air oren sejuk beralas dulang diletakkan diatas meja kayu.
Pantas wanita tua itu membuka kedua matanya."Sekejap sikit je lagi nih!"Katanya dan terus menggunting daun daun berwarna keemasan.
"Nah opah! minum la dulu.."Segelas air oren sejuk dihulurkan.
"Laa kan opah kata sekejap lagi.."Rungut wanita tua itu,sambil membuka sarung tangan kain yang membaluti jari jemarinya yang terlihat kurus dan putih sehingga terlihat urat urat hijau.
Gadis itu hanya mengukir senyuman manis,air oren sejuk masih dipengangnganya."Kembang elok ja bunga ros opah ni,tak rugi opah beli baja baru tu!"puji gadis itu,bola matanya meliar memandang sekeliling taman bunga milik Pn Sri Ramona.
"Bunga bunga ni bukan saja perlukan baja yang berkualiti,kasih sayang,perhatian pun mereka perlu.."Katanya sambil mengukir senyuman.Air oren ditangan Melur diambilnya dan melangkah kakinya menuju ke arah meja bulat bekerusi rotan.
"Opah! Melur nak satu bunga ni boleh."Pintanya,ditangannya sudah memegang gunting bersedia untuk memisahkan Sekuntum mawar merah dari dahannya.
"Ambil lah Melur,ambil lebih sikit boleh la ganti bunga yang dalam rumah tu."kata Pn Sri Ramona.Dihirupnya air oren sejuk buatan Melur. "Nih Orkid mana??"
"Orkid..biasalah opah sibuk main game!"Beberapa kuntum mawar merah sudah ada digenggaman Melur.
"Emh emh emh.."Kepalanya digelengkan."Tak habis habis main game,kerja yang opah suruh dia dah buat!"Tegas Pn Sri Ramona.
"Dah opah,Melur cakap setel kerja dulu baru boleh main game!""Opah cukup la bunga ni ya! semuanya 10 kuntum!"bola matanya bergerak gerak mengira bunga yang ada ditangannya sesekali Melur menghidu haruman segar mawar merah.
"Melur tolong opah siram pokok pokok bunga ya,jangan lupa bunga Orkid yang opah baru beli tu siram sekali,tapi air jangan banyak ya!"Perlahan Pn Sri Ramona mengangkat punggungnya dari kerusi rotan tadi.
"Baik Opah,Opah! nah bunga ros ni.Opah letak ja kat dapur nanti Melur salin dengan ros yang lama tu."10 kuntum Mawar merah tadi dihulurkan kepada Pn Sri Ramona.Paip air bewarna kuning ditariknya dari gulungan.Air paip dibuka tercurahlah seperti air hujan membasahi pokok pokok bunga Pn Sri Ramona.
"Cepat la! aku kat sini..kau follow ja aku! tembak wei tembak lahh..ishh bodoh betul la kau nih! kan dah kalah."
"Ehemmm...ehemmm."Pn Sri Ramona berdehem memandang tepat pada susuk tubuh Orkid yang hanya berseluar pendek.Duduknya bersila diatas kerusi beroda matanya tidak lekang menatap skrin komputer.
"Eh opah!"Pantas Orkid membetulkan duduknya,kedua tangannya dialihkan dari papan kekunci komputer.
"Dah siap ka semua kerja yang opah suruh tu??"Tegas Pn Ramona bertanya.Selendang yang menutupi kepalanya dibuka,terlihat lah rambutnya yang bewarna putih keperangan itu.
"Dah opah! baju dah lipat.. dah siap susun dalam almari.Rumah dah vacium dah mop."jawab gadis bermata sepek itu.
"Betul kamu yang buat?"Soal Pn Sri Ramona kerana meragui cucunya itu.
"Betul lah! sumpah.."ujarnya lagi,Wajahnya mencuka.
"Baguslah.. hmmmh main lah game tu! tapi jaga bahasa tuh."pesannya..Pn Sri Ramona melangkah kakinya kearah bilik.Sudah tiba masanya untuk dia membersihkan diri dan berehat sebentar kerana separuh masa paginya dihabiskan di kebun bunga.
Airport KLIA
Seorang jejaka tampan berpakaian sut kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang hitam.Dibahu kemejanya ada tiga garis kuning dan hitam.Jejaka tampan bertali leher itu berjalan sambil mendorong bagasi bersaiz kecil.
"Hallo ma! Ali dah turun fligt ni! dalam 30 minit Ali sampai ya.."Kata jejaka tadi di telefon pintarnya.
Namanya Muhammad Ali lebih mesra dipanggil Kapten Ali seorang pilot yang menjadi igauan para gadis pramugari..Masanya hanya dihabiskan diatas awan terbang bersama burung burung yang bebas kesana kesini.
"Hai hensem..malam ni you busy tak?"Seorang gadis berpakaian serba merah,kainya hanya separas paha datang menyapa Ali.
"Hai sunshine."Langkahnya terhenti."malam ni?? i free ja! why??"Kata lelaki berkaca mata hitam itu.
"Hmmm keluar jom!."ajak gadis berambut kerinting itu.
"Boleh! nak pergi mana?? but no pub no disco! i don't like..bising!"
"Okeyyy....kalau macam tu kat rumah i je lah"Sengaja gadis tadi mendekatkan bibirnya di telinga Ali.
"Woww..special ofer! tapi tak boleh haram!"kepalanya digelengkan dan ketawa,perlahan Ali memulakan langkahnya semula.
"Hahaha..gadis itu turut tertawa."I gurau je lah! kita keluar makan and tengok wayang.Boleh!"Ajak gadis yang bernama Natasya,sambil berjalan mengekori langkah Ali.
"Boleh!"Ali mengangguk."Eh! jom lah i hantar you balik.
"It's okey..I drive sendiri."Natasya menolak baik ajakan Ali.
"Okey...kalau macam tu jumpa malam ni ya! i gerak dulu ya...bye."Ali keluar menuju ke parkir.
"Bye.."Natasya mengukir senyuman gembira.Bukan mudah untuk menawan hati seorang pilot berdarah Rusia ini.Nampak saja orangnya peramah tetapi untuk mencuri hatinya perlukan senjata yang istimewa.
"Morning bos!"
"Morning!"tegas suaranya.."Apoiment saya hari ni?"
Sebuah buku diari dibuka Salwa."Hari ni pukul 1 petang apoiment dengan Datuk Malik,Datuk Malik nak tahu perkembangan projek di Gombak.pukul 3 apoiment dengan Datin Hamidah untuk sebut harga renovation banglo di Damansara.Itu ja bos."Itulah Salwa,merupakan pembantu peribadi di Berjaya Holdings.
"Okey! awak boleh sambung kerja."Pandangannya hanya tertumpu pada skrin komputer.Wajah salwa langsung tidak dipandang.
Itu lah Muhammad Airil.Cucu pertama Pn Sri Ramona abang kepada Muhammad Ali.Tegas berbicara,wajahnya sentiasa kelat..Tidak peramah akan tetapi punya aura positif.Raut wajahnya bisa memikat mana mana pelanggan yang berurusan dengannya mahu pun lelaki atau perempuan.
Ali, Melur, Orkid dan Airil adalah cucu kepada Pn Sri Ramona.Ali dan Aril adalah anak kepada Dato Hakimi dan Syuhada..Manakala Orkid dan Melur merupakan saudara kembar tidak seiras.Lahirnya mereka hasil perkahwinan Qistina dan Abdullah Joon.
Pn Sri Ramona wanita berdarah Rusia,akan tetapi lahirnya di Malaysia.Kedua ibubapanya berhijrah ke Malaysia untuk mencari peluang perniagaan.Hasil titik peluh dan usaha mereka kini Pn Sri Ramona mempunyai sebuah syarikat import dan eksport yang diuruskan anaknya Dato Hakimi.
Dato Hakimi nama diberi,anak tunggal Pn Sri Ramona hasil perkahwinannya dengan Dato Sri Muhammad Fadhil Ali anak jati Johor.Walaupun usianya dipertengahan 50an tapi orangnya tampak muda,segak dan bergaya.
Qistina anak kedua Pn Sri Ramona,anak yang diambil dari rumah anak anak yatim.Dijaga dididik seperti anak sendiri.Namun umurnya tidak panjang,Qistina pergi menghadap illahi ketika anak kembarnya berusia 12 tahun.
******
"Melur dah masak ke?"Soal Pn Sri Ramona yang baru bangun dari tidurnya,perutnya terasa lapar.
Melur yang baru selesai memasak dan mengemas dapur menjawab pertanyaan Pn Sri Ramona."Dah opah! Opah nak makan? Melur hidang ya!"
"Ya..Opah lapar la.."
"Eh opah duduk sana lah."Tegur Melur apabila melihat Pn Sri Ramona sudah pun duduk di meja makan bahagian dapur basah.
"Tak apa Melur,sini pun boleh."Melur masak apa?"sesekali Pn Sri Ramona mebetukan kaca matanya memerhatikan pergerakkan Melur.
"Rendang daging dengan kari ayam opah."Melur pantas mencedok lauk pauk yang dimasaknya kedalam mangkuk kaca dan meletakkanya dimeja.
"Orkid mana?..Kat meja komputer tak ada pon?"
"Dalam bilik! tengah siapkan buket yang custemer oder,petang nanti dah kena hantar."Kata Melur,sepinggan nasi putih dihulurkan kepada Pn Sri Ramona..
Sesuap nasi putih dicampur kuah rendah dijamah Pn Sri Ramona."Sedapnya rendang Melur."lantas masakan Melur dipuji.Sesuap nasi putih dicampur kari ayam pula dijamah Pn Sri Ramona" Hmmmmhh kari ni pun sedap.."Pujian kedua diberi.
Melur mendengar hairan dengan pujian Pn Sri Ramona.."Opah ni...lain macam ja puji Melur, ni mesti ada apa apa Opah nak Melur buat kan.."Melur cuba meneka.
"Salah kah Opah nak puji masakan Melur! dah betul sedap."Pn Sri Ramona cuba mencari helah apabila Melur boleh mangagak akan sikapnya.
"Ooo makan tak ajak!"Sergah Orkid yang tiba tiba muncul.
Huk huk huk.."pantas Melur menghulur air kosong ke mulut Pn Sri Ramona.Hampir hilang nyawa Pn Sri Ramona tersedak dik sergahan Orkid.
"Opah! opah ok ka?? sory sory."belakang Pn Sri Ramona digosok kasar oleh Orkid.
"Kau ni Orkid boleh tak jadi perempuan sikit! kesian Opah..tu gosok la pelan pelan sikit."marah Melur pada adik kembarnya Orkid.
"Dah dah..duduk duduk makan! Opah okey dah."Ujar Pn Sri Ramona yang masih tercungap cungap.
Itulah Orkid.. gadis persis korea,namanya sahaja Orkid tetapi orangnya kasar,tubuhnya kecil,rambutnya sentiasa dipotong pendek.. Berbeza dengan Melur,raut wajahnya sama seperti arwah ibunya Qistina,manis orangnya lemah lembut perbuatannya..
*****
"Assalammualaikum mama..."salam dihulur,kedua tangan Syuhada dikucup lembut,lantas tubuh rampingnya dipeluk erat."Rindunya mama.."Pipi Syuhada pula dicium anak terunanya itu.
"kata setengah jam ni dah 2jam mama tunggu."Rungut Syuhada Wajahnya mencuka.
"Sory la mama..Ali jumpa kawan tadi"Jawab Ali.
Syuhada mengukir senyuman."How are you?? lama fly minggu ni??"
"So tired mama..fly lama cuti pun lama."Ali mengukir senyuman,leher Syuhada dirangkul.Dua beranak itu berjalan seiring menuju ke ruang meja makan.
"Wah wah wah...nasi tomato!,slurrrpp..lidahnya menjilat bibir."pantas Ali melabuhkan duduknya di meja makan.
"Kalau ya tak sabar nak makan pergi la cuci tangan tu dulu."Tegur Syuhada melihat tangan anaknya sibuk mencubit nasi.
heee...Ali tersengeh lantas menapak kakinya ke singki batu yang hanya beberapa langkah sahaja jaraknya dari meja makan.
"Airil tak balik makan ke ma?"
"Entah la...abang kau tu sibuk memanjang!,Nak berbual pun tak sempat.,keluar pagi balik malam.."bebel Syuhada.
"Iya ma? ish ish ishh.. cepat cepat la mama kawinkan anak mama tu dah ada isteri baru la kerap ada rumah..hehe..Ali tertawa sambil menjamah nasi tomato hasil masakan Syuhada.
"Amboii suka hati kau nak mama kawinkan aku ya!"Tegur Airil yang tiba tiba muncul.
Syuhada dan Ali pantas memandang kearah Airil.
"Hah balik pon! mai makan,mama ada masak spagetti bolognese."sibuk Syuhada mengepit spaggetti kedalam
pinggan,dicurahnya sedikit kuah merah diatasnya dan dihulurkan kepada Airil.
"Kau tu yang kena kawin..fly sana sini,perempuan keliling pinggang.."Bebel Airil yang masih tidak berpuas hati pada adiknya Ali.
"Ok lah tu ada juga calon,kau tu! sibuk kerja dah ada awek?"Ali terus menjawab tidak mahu mengaku kalah pada abangnya..
"Dah dah..depan rezeki nak bertekak! Airil makan,Ali sudah makan cepat..! petang nanti kita kena pergi rumah opah."Tegas Syuhada.
"Apa??"Rumah Opah?" Terjegil kedua bola mata Airil dan Ali mendengar kata kata Syuhada..
"Assalammualaikum! hah semua ada.."Dato Hakimi pula tiba tiba muncul..
"Abang!"..laju langkah Syuhada mendapatkan suaminya.Salam dihulur disusuli peluk cium. "Duduk bang."
Dato Hakimi melabuhkan duduk di kerusi meja makan bersama lagi dua anaknya.Suasana sepi seketika.Ali bangun dari duduknya dan menghulur salam..
"Bila sampai?"Tegur Dato Hakimi.
"Pagi tadi pa?"Jawabnya yang sudah kembali ke tempat duduknya tadi.
Syuhada pula sibuk mencedok nasi Tomato dan Ayam masak merah untuk anak kacukan melayu Rusia itu.
"Berapa hari cuti?"soal lelaki berkulit putih itu kepada anaknya.
"Seminggu.."Ringkas jawapan Ali,lantas nasi tomato dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Airil ! macam mana kerja?"Airil pula disoal.
"Alhamdulillah pa..semua ok!"Pandangan ditundukkan,spaggetti bolognese makanan kesukaanya dijamah lagi.
Syuhada melabuhkan duduknya sebelah Dato Hakimi."Oh ya abang! petang ni kita kena balik rumah bonda ya! bonda call tadi! bonda nak kita semua berkumpul,ada hal katanya."
"Ya ka? alah Syuha abang ada meeting la petang ni..Syuha balik dengan anak anak dulu ya! pagi besok abang balik ya!"
"Baik bang..hmm makan lah! sedap tak?"Syuhada mengukir senyuman menanti pujian dari suami tercinta..
"Sedap sayang.."Pujian diberi,Sesuap nasi tomato dimasukkan ke dalam mulut Syuhada..
Airil dan Ali menatap sesama sendiri dan mengukir senyuman bahagia.
Share this novel