bab 23

Romance Series 87066

Diruang tamu rumah Amira.Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri resah menunggunya.

"Mira? Dah balik pun." Sapa lelaki itu berjalan mengdekati Amira "Mira pergi mana lewat macam ni baru balik? Lama abang tunggu,abang risau tau."

Pertanyaan lelaki itu dibalas dengan senyuman tenang terukir dari bibir Amira.Lengan lelaki itu dirangkulnya.

"Maaf la abang.Tadi habis kerja Mira keluar dengan kawan pergi makan pastu teman diaorang Shopping.Yang abang pula,kenapa nak balik awal tak bagitahu Mira.Boleh call kan." Ujar Amira sambil melabuhkan duduknya disofa.

Lelaki itu tersenyumk kelat.Kepala yang tak gatal digarunya."Err... Sorry sayang.Abang saja tak nak bagitahu Mira.Ingat nak suprisekan Mira.Tapi abang pula yang terkena."

"Hurmm nak suprisekan Mira?" Soalnya hairan. "Hurmm... Selalu kalau abang buat suprise suprise ni mesti ada sebab.Tapi sebab apa ya?" Seketika Amira menongkat dagunya.Kerut wajahnya memikirkan sesuatu.

"Tengok tu.Sayang lupa lah tu hari ni hari apa." Lelaki itu duduk bersandar di sofa.Wajahnya jelas kecewa.

"Ehh.. Mana ada Mira lupa.Mira ingat lah hari ni apa."

"Hah.. ingat pun.Hari ni hari apa?" Soal lelaki itu raut wajahnya kembali ceria.

"Hari ni hari Isnin." Jawapan loyar buruk pula dijawab Amira.

"Sayang ni.. Loyar buruk pula."

Amira ketawa kecil. "Sorry.. Sorry."

"Mira betul betul lupa ke ni? Betul tak ingat?"

"Tak.. Mira tak ingat lah bang.Kalau birthday Mira atau birthday abang dah lepas rasanya.Hurmm jap Mira fikir?" Wajah Amira berkerut lagi memikirkan jawapan yang diharapkan suaminya.Tapi dia masih juga tak ingat.

"Dah,dah tak payah fikir.Sayang ni memang pelupa kan.Sayang tunggu jap."

Malas menunggu lama lelaki itu terus bangun berjalan masuk kebilik.Beberapa minit kemudian dia datang semula keruang tamu berdiri di hadapan Amira.

"Sayang ku Nur Amira.Buah hati pengarang jantung abang.Happy Anniverserry sayang." Ucap lelaki itu sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah yang disembunyikan dibelakang.

"Haaa...

Terkebil kebil kelopak mata Amira terkejut terlopong mulutnya sambil mengambil sejambak ros merah dari tangan suaminya Zaidan.

"Terima kasih abang.Terima kasih sangat.Sorryy.. Mira lupa lah hari ni Unniversery kita." Ujar Amira dengan perasaan terharu.Tangan Zaidan dipaut dan dikucup lembut.

Zaidan ukir senyuman tenang.Gembira hatinya melihat raut wajah ceria Amira.

"Sama sama sayang.Tak apa,abang faham Mira lupa.Almaklumlah isteri abang ni sibuk sangat kat Ofis kan.Sampai semua benda dia lupa.Apapun abang nak ucap terima kasih sangat sangat pada Mira.Terima kasih sebab Mira sudi terima abang,sudi kawin dengan abang walaupun abang ni tak ada apa apa pun.Abang sayang Mira tau.Sayang sangat.Abang harap jodoh kita ni kekal sampai Syurga.Dan abang harap sangat tahun ni kita dikurniakan zuriat."

"Amin.. InsyaAllah.Mira pun nak ucap terima kasih kat abang suprisekan Mira.Bagi Mira bunga ni."

"Mira happy?"

"Mestilah happy." Jawab Mira tersenyum manja.

"Alhamdulillah.Kalau macam tu apa kata sayang pergi mandi siap sementara abang hidangkan makanan.Kita makan sama sama."

"Okey." Balas Amira lalu bangun dari duduknya dan berjalan kebilik.

Didalam bilik.Amira masih lagi duduk termenung di bucu katil.Sejambak Buket ros Merah itu ditenungnya. "Aku macam kenal buket bunga ni.Macam pernah nampak.Tapi kat mana ya?Hurmm." Seketika gadis berbaju kelawar itu berfikir sejenak. "Hah! Kat Ofis.Buket ni.Buket ni buket Melur.Hah mampus!"

"Apa yang mampus tu sayang?" Tiba tiba Zaidan muncul di muka pintu bilik berjalan mendekati Amira.

"Aa.. Lipas! lipas mampus.Eh mati." jawab Amira sepontan.

"Lah.. Kenapa campak bunga ni,sayang tak suka ke?" soal pemuda itu sambil membongkokkan tubuhnya.

"Eh suka.Mesti lah suka,suka sangat.Mira tak campak bunga ni.Terlepas tadi sebab ada lipas." Bunga Ros ditangan Zaidin diambil Amira.Entah kenapa fikirannya tidak keruan.

"Lipas? mana tak nampak pun."

"Tadi ada sekarang dah tak ada.Dah la biar lah lipas tu.Abang dah siap hidang makanan.Mira lapar la."

Zaidan masih terbongkok bongkok mencari lipas terus berhenti.

"A.. aa Jom lah kita makan." Balas Zaidan lalu Pasangan itu keluar berjalan berpengangan tangan menuju ke meja makan.

"Wah.. sedapnya bau.Abang masak ke ni?" Soal Amira yang sudah duduk dimeja makan.Aroma masakan Zaidan memang sedap.

"Mestilah abang masak sendiri.Ni sambal udang ni special untuk sayang.Favorite Mira kan." Ujar Zaidan sambil beberapa ekor udang bersaiz sederhana dicedok kedalam pinggan Amira.

"Wow! Sedapnya.. tak sabar nak makan."

"Hurm makanlah.Makan puas puas."

Amira tersenyum lebar.Perutnya juga sudah lama berkeroncong.Tanpa berlengah dia terus menjamah nasi putih dan sambal udang itu.

DUP DAP.. Dup dap.. Dup dap.. Dup dap.. Degupan jantung Melur begitu kuat sekali.Berdebar debar,takut,risau,malu semua perasaan bersatu saat menunggu kehadiran Airil.Dia juga sudah beberapa kali menatap raut wajahnya di cermin meja solek.

"Airil ni betul betul ke nak ni? Dari tadi tak masuk masuk lagi.Aku dah seram sejuk ni.Yang aku ni kenapa la berdebar debar tak berhenti.Tenang Melur tenang.." Bebel Melur sendirian.Jam disisi meja dipandang.Dah pukul 12 tengah malam Airil tak muncul muncul lagi. "Issh dia nih! Aku tidur kang mengamuk pula dia.Cepat la naik buat apa lagi kat bawah tu." Mulutnya tak berhenti membebel sambil merebahkan tubuhnya diatas katil.

AIRIL pula masih diruang tamu bawah.Berdirinya tak keruan.Berkawad kesana ke sini.Kadang kepala yang tak gatal tu dia garu.

"Betul ke apa yang kau nak buat ni Airil.Kau dah habis fikir ke nak bersama dengan Melur.Bukan kah kau dah tak cinta dia.Kau benci sangat dengan dia."

"Tak.. Aku masih cintakan dia.Perasaan tu tak pernah berubah.Tapi aku tak mampu nak sayang dia,terima dia macam dulu.Aku benci dengan perangai dia.Aku tak boleh lupakan apa yang dia dah buat pada adik aku."

"Habis tu kalau tak suka boleh ke kau nak bersama dia.Bernafsu ke kau nanti?"

"Mestilah boleh.Melur tu cantik,seksi,itu yang buat aku cair.Lagipun kalau aku tak guna dia sekarang rugi besar lah.Benda halal."

"Kalau macam tu kau tunggu apa dekat bawah ni.Pergilah cepat naik atas.Raikan malam PERTAMA kau..."

Bisik suara kecil itu dihati Airil.dan tanpa membazirkan masa lagi Airil terus melangkah laju naik anak tangga.

Sampainya dia diruang atas,langkahnya kembali perlahan,perlahan dan hampir terhenti.

"Hah.. kenapa berhenti.Buka lah pintu tu."

Bisikan suara kecil itu muncul lagi.

"Huh" Satu keluhan Airil lepaskan. "Malam ni kau Milik aku Melur.Milik aku sepenuhnya." kata lelaki bertubuh tegap itu lalu tombol pintu bilik dipulas dan daun pintu ditolak.

Kelihatan sekujur tubuh wanita dibaluti kain satin hitam berdiri tegak melihat kearah Airil.Raut wajahnya seperti terkejut.Mungkin dia terkejut disebabkan Airil buka pintu tanpa memberi isyarat terlebih dulu.Namun dia tidak berkata apa.Bola matanya hanya perhatikan langkah Airil yang semakin dekat menghampirinya.

"Melur."

Namanya dipanggil dengan nada suara garau yang begitu manja pantas Dia terus mendongak.Entah mengapa hatinya seolah terpukau dengan wajah tampan lelaki dihadapannya itu.

Seketika dua pasang mata tu bertentangan dengan jarak yang begitu dekat.

"Kau dah bersedia ke?"Soal lelaki itu sambil memaut kedua belah tangan Melur.

Melur hanya mengangguk,tak mampu lagi nak bersuara.Nafsu wanitanya juga mula bertindak balas dengan sentuhan Airil.Nafasnya mula tidak teratur.

Tubuh Airil juga sudah memberi isyarat.Nafsu jantanya sudah tidak dapat dikawal lagi lalu Airil mulakan permainannya.

Pipi merah Melur itu diusap lembut lalu satu kucupan melekat di dahi Melur.Kemudian kucupan itu berpindah kepipi Melur sambil pinggang ramping Melur dirangkul kuat.Lalu dia mula medekatkan bibirnya dengan bibir Melur.Semakin dekat,semakin dekat hingga dua ulas bibir itu bersatu.Dan akhirnya dalam dakapan hangat maka bermulalah hubungan halal tanpa cinta antara Melur dan Airil.

Begitu juga Amira yang sedang hanyut dalam dakapan suaminya Zaidan meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka.

PAGI itu Melur bangun awal dari selalu.Pukul 5.30 pagi dia sudah mulakan rutin harian yang tertangguh semalam.Walaupun tubuhnya masih terasa pegal dan sakit dibahagian ari ari dik kejadian semalam Melur gagahi jua.Jika ikutkan hati mahu saja dia tidur disisi Airil.Tapi bila dia fikirkan pakaian yang belum digosok dan tempahan buket yang tak sempat disiapkan matanya tak boleh lelap.

"Hallo kak.Akak saya minta maaf banyak banyak kak.Saya tak sempat nak siapkan buket kak hari ni.Saya tak sihat semalam." Itulah alasan Melur kepada pelanggannya di talian handphone.Walaupun bangun awal buket tak sempat dia siapkan. "Betul ke kak? Ya Allah terima kasih banyak banyak.Sekali lagi saya minta maaf ye.Saya janji esok kak dah boleh ambi buket tu.Kak nak saya hantar pun boleh." Senyuman lega terukir dibibir Melur.Mungkin pelanggan itu maafkan dia.

"Huh.. Nasib baik lah akak tu faham.Tak mengamuk.Baik pula tu tak batalkan tempahan.Untung la kalau semua pelanggan macam ni.Eh,abang dah sampai tu.Eh.. jap jap,Airil tak bangun lagi.Aduh.. aku dah berapa kali kejutkan dia.Tidur mati ke apa.Kejut tak bangun.Arggh lantak dia lah.Dia kan bos.Pukul berapa dia nak masuk ofis suka hati dia lah."

Seketika Melur menbebel sendirian sambil dia memakai kasut,menutup pintu dan terus berjalan kearah Rizman yang baru sampai di depan pintu pagar.

Airil pula masih terbaring diatas katil.Pukul 8.45 pagi baru dia terjaga dari tidur.Mula lah kelam kabut,kebetulan pagi ni pula dia ada temujanji penting.Apa lagi membebel lah marahkan Melur.

"Kurang Asam betul perempuan ni.Bukan nak tolong kejutkan aku.Aku dah la nak jumpa client pagi ni.Jaga kau Melur.Siap kau kat ofis.Tahu lah nasib kau nanti."

Siap berpakaian kemas dan segak Airil terus keluar pergi kerja.Bilik yang berselerak dengan cadar yang ada kesan bercak darah Melur dibiarkan begitu saja.

Di pejabat Melur membuat kerjanya seperti biasa.Cuma badannya terasa lemah dan dia juga kerap menguap,mengantuk.Usai tugasnya Melur terus berehat duduk diruang pantri dan menikmati secawan Milo panas.

"Hai awal cik Melur Natalia kita minum hari ni." Tegur seorang lelaki manis berkaca mata merah.

"Hai Is.Sini lah duduk minum sekali teman I." Balas Melur sambil tarik kerusi.

"Hei Melur I ada something nak tanya you.Betul ke I dengar you dengan Haikal tu couple?" soal lelaki itu sambil duduk disebelah Melur.

Melur dengar ja pertanyaan tu terus tarsedak sampai meleleh air milo ditepi bibirnya.Ismail apalagi cepat cepat dia bangun ambilkan tisu untuk Melur.

Melur mengesat tepi bibirnya.

"Ishh.. Mana ada I couple dengan Haikal.You ni pandai pandai je buat cerita."

"Bukan I lah.Tapi Mira yang bagitahu.Kalau you nak tahu satu ofis ni dah heboh cakap you dengan Haikal tu couple."

"Apa? satu ofis dah tahu? You biar betul.I tak couple lah dengan dia.Kita orang kawan je."

"Ye lah tu.Habis tu semalam yang kau dengan dia jalan berdua berbual mesra.Siap dia bagi bunga lagi kat kau.Apa cerita."

"Ehh.. Kebetulan je tu.Dah kami sampai sama sama,ofis pun Ofis yang sama,salah ke nak berjalan sekali.Buket bunga tu pula buket costemer I.You pun tahu kan I buat buket." Jelas Melur.

"Ohh..gosip palsu lah ni.Jadi you dengan Haikal tu tak couple lah."

"Tak" jawab Melur tegas.

Ismail tersengeh kelat sambil garu kepala.Malu lah tu.

"Err.. Sorry lah.Eh,tapi kan kalau betul you dengan Haikal tu couple apa salahnya.You pun singgle lagi cantik pula tu.Haikal pun bujang,hensem.Kalau bersanding bagai pinang dibelah dua lah." Seloroh Ismail ketawa kuat sampai tak sedar kehadiran Irfan.

EHEM.. kuat Irfan berdehem memberi isyarat kewujudannya disitu.

"Kalau datang kerja nak berkepit dengan jantan je lebih baik pergi kerja dekat pub ke disco ke.Kerja enjoy duit pun banyak dapat.Ni masuk kerja asyik nak mengulat je bila kerja nak habis." pedas kata kata sindiran Irfan.Jelas kata katanya dituju kepada Melur.

Ismail pantas bangun dari duduknya."Eh,Selamat pagi Tuan Irfan.Maaf,saya minta diri dulu." Ujarnya lalu terus meninggalkan ruang pantri.

Kini tinggallah Melur dan Irfan di ruang itu.Melur yang ketakutan cepat cepat bangun,basuh mug dan terus menapak laju mahu tinggalkan ruang itu.Tetapi tiba tiba lengannya dipaut Irfan.

"Kau nak lari mana hah.Puas hati kau semalam.Seronok la Airil tu bela kau.Seronok tengok Airil pukul aku.Seronok tengok kita orang bergaduh."

"Tuan Irfan.Err.. tolong jangan macam ni.Lepaslah,sakit."

"Sakit.. Hati aku ni lagi sakit tau."

"Saya minta maaf banyak banyak Tuan.Saya tak ada niat macam tu pun.Saya cuma cakap benda betul.Tak tahu pula yang Tuan Airil nak mengamuk.Tolong lah lepaskan saya Tuan." Rayu Melur.

"Tak ada niat konon.Tak tahu.Hei perempuan kau dengar sini baik baik.Aku,tak puas hati lagi dengan kau.Aku tak pernah tewas dengan mana mana perempuan tau.Kalau aku nak perempuan tu aku mesti dapat.Tak dapat cara baik.Aku guna cara kasar.Kau tunggu nasib kau.kau tunggu.Lambat atau cepat kau pasti jadi hak aku." Ugut Irfan lalu melepaskan lengan Melur dengan kasar.

Seketika Melur menggigil.Takut pula dia dengar ugutan Irfan.Lututnya terasa lemah terpaksa lah dia duduk sebentar di ruang pantri untuk menenangkan perasaan.

Setelah degup jantungnya kembali teratur Melur mula melakukan tugas semula.

Airil juga sudah pun berada di bilik pejabatnya bersama Malika.Kecewa bila tahu sang buah hati tidak datang kerja.

"Amira cuti Tuan,ermergency katanya."

"Ermergency? Dia sakit ke?" Soal Airil cemas.

"Entahlah.Saya pun tak tahu.Dia tak cakap pun sebab dia nak cuti.Tapi.. suara dia macam lemah je Tuan." Jawab Malika.

Airil termenung sejenak.Bola matanya meliar seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa dengan Mira ya? Dia sakit ke?Hah sudah takkan dia kena pukul dengan abang dia pula."

"Tuan,Tuan Airil."

"Hah,ye saya." Airil tersedar dari lamunan.

"Ada apa apa lagi ke yang saya boleh bantu.Kalau tak ada apa apa saya keluar dulu lah."

"Tak ada apa apa.Awak boleh.Oh ya,awak tolong panggil Melur.Saya nak jumpa dia sekarang."

"Okey.Baik Tuan." ujar Malika lalu berjalan keluar dari bilik pejabat Airil.

Airil menyandarkan kepalanya pada kerusi beroda.Telefon pintar dikeluarkan lalu menghubungi Amira.

"Talian sibuk?Amira please call me back." Pesanan whatssap dihantar setelah berkali menghubungi Amira tetapi tiada jawapan.

TOK,Tok,tok... Daun pintu bilik Airil diketuk.

"Masuk."

Setelah pintu terbuka Munculah susuk tubuh Melur berjalan menghampiri meja pejabat Airil.

"Selamat pagi Tuan Airil.Tuan nak jumpa saya ke?" Soalnya bersahaja.

"Pagi." tegas Airil membalas sapaan Melur "Ye,memang aku nak jumpa kau.Aku tak puas hati." balasnya lagi.

"Ohh.. Ada apa masalah ye? Bilik Tuan saya dah kemas.Sampah dah buang.Meja,cermin semua dah lap.Lantai dah vacium."

"Bukan masalah kerja tapi masalah kita."

"Masalah kita? Masalah apa pula Tuan?" Soal Melur Hairan.

Airil tidak mejawab.Hanya merenung tajam wajah Melur sambil bangun dari duduknya.

"Err.. kenapa Tuan tenung saya macam ni.Seram lah.Err..Tuan tak puas hati hal semalam ke? Kalau hal tu saya minta maaf banyak banyak.Saya tak sengaja tertolak Tuan semalam.Firstime kan,sakit lah."

Terkedu Airil seketika.Bertaut keningnya mendengar kata kata Melur.

"Hei,apa kau merepek ni.Bukan hal tu lah hal lain.Aku tak puas hati disebabkan kau aku terlepas satu apoiment."

"Apa? Saya? Apa kena mengena dengan saya.Bukan kah Amira PA Tuan.Dia lah yang kena ingatkan Tuan.Bukan saya." Jawab Melur selamba.

"Salah kau sebab tak kejutkan aku pagi tadi.Semalam aku dah pesan kat kau kan."

"Ohh.. masalah tu.Masalahnya saya dah kejutkan tuan pagi tadi.Bukan sekali tapi berkali kali.Tuan tu yang liat sangat nak bangun sampai solat Subuh pun terlepas.Tidur mati ke apa." Bebel Melur.

"Oi! amboi sedap mulut kau ja cakap aku tidur mati.Aku ni letih sangat semalam.Kerja keras.Kau tu tak apalah terbaring je."

Berkerut muka Melur malu.Pipinya juga mula kemerahan.

"Eii.. apa Tuan cakap ni.Malu lah."

"Eleh.. Malu konon.Malu tapi mahu kan.Aku tahulah kau pun suka bila aku...

"Eh dah dah." Kata kata Airil dihentikan Melur. "Tuan,kalau Tuan tak ada hal lain nak cakap.Rasanya saya dah boleh keluar kot.Saya ni ada banyak kerja lagi nak setelkan.Saya keluar dulu ya." Kata Melur lalu mula mengatur langkah.

"Eh.. Tunggu jap.Aku tak habis cakap lagi ni kau dah blah.Beradap sikit dengan Bos."

Melur mematikan langkahnya.

"Apa dia? Cakaplah.Tapi tolong ya jangan cakap hal peribadi."

"Eh,mengarah aku pula.Kau ke bos aku ke bos.Nih,hari ni kau balik dengan aku.Habis kerja tunggu tempat biasa.Kita nak balik rumah papa."

"Balik rumah papa? Betul ke ni?" Soal Melur.

"Kau ni pekak ke.Aku cakap depan muka kau kot."

"Saya dengar lah.Cuma macam tak percaya tiba tiba awak ajak balik rumah papa.Awak tak keluar date dengan Mira ke?"

"Kau perli aku."

"Tak lah.Saya tanya je tak yah lah marah.Amira kan tak datang kerja.Mana la tahu awak ada plan nak jumpa dia hari ni."

"Sibuk je kau kan urusan aku.Ikut hati ni memang lah aku nak jumpa dia.Tapi Opah tu beriya sangat nak jumpa kau.Rindu lah sangat dekat cucu kesayangan dia.Kang aku tak ikut cakap dia macam macam dia berleter dekat mama.Aku ni sebab kesiankan mama je aku ikut cakap opah tu."

Raut wajah Melur mula berubah sayu.

"Airil,kalau awak tak nak balik tak apa.Awak pergilah jumpa Amira.Saya boleh je balik sorang." kata Melur dengan nada suara rendah.

Airil terdiam seketika mendengar ungkapan Melur kemudian picing matanya merenung tajam wajah Melur.Raut wajah tenang tadi bertukar serius.

"Eleh.. leh.. Nak balik sorang.Eh,kau tak payah nak berlakon baik lah Melur.Suruh aku jumpa Mira.Pastu senang lah kau burukkan aku kat Opah.Nak cakap apa.Aku ni sibuk sampai tak sempat nak bawa kau balik jumpa Opah.Sibuk ada perempuan lain." Nada suara Airil keras semakin tajam renungan matanya tepat pada wajah Melur. "Kau saja kan cari pasal.Aku rasa kau ni memang tak suka kalau aku berbaik dengan Opah.Betul tak? Kenapa hah? Kau takut lepas ni Opah sayang aku lebih dari kau.Kau takut Opah tu tak peduli kau? Kau takut?" soal Airil bertalu talu.

"Tak Airil tak.Bukan niat saya macam yang awak fikir tu.Saya cuma tak nak awak buat sesuatu kerana terpaksa."

"Terpaksa! Dah tak guna dah kau cakap macam tu Melur.Semua benda dah jadi pun atas dasar terpaksa.Terpaksa kawin dengan kau.Terpaksa sebumbung dengan kau.Terpaksa mengadap muka kau hari hari.Sakit Melur,sakit.Kau orang yang aku cinta dulu dan kau juga orang yang aku benci sekarang.Kau rasa,macam mana perasaan aku?Sakit hati ni sakit sangat."Kata Airil lagi.

Melur terus membatu.Tak mampu bersuara.Hanya air mata jatuh tanpa dia sedar.Entah kenapa sakit hatinya bagai dihiris,dihiris dik kata kata Airil.Dia keluar dari bilik itu dengan perasaan sayu setelah dihalau Airil.Baru semalam dia merasakan secebis nikmat bahagia.Pagi ini dia dihantui perasaan takut dik ugutan Irfan.Kini dia diselubungi rasa sedih pula.

Niatnya disalah ertikan Airil.Jelas DENDAM lelaki itu belum terpadam walaupun seluruh jiwa raganya dah dia serahkan.Entah sampai bila DENDAM ini akan berakhir.

AMIRA terpaksa mengambil cuti kecemasan untuk atas permintaan Zaidan.Mahu luangkan masa bersama pergi jalan-jalan.

Airil pula masih buat panggilan.

"Sayang,kenapa tak jawab call.Dah banyak kali berbunyi."

"Malas.Biar lah.Malika call."

"Malika? Siapa tu?" Soal Zaidan sambil menikmati makan tengah hari.

"Malika kawan ofis Mira."

"Ohh.. tapi kenapa tak jawab call.Mungkin ada hal penting."

"Alah,biar lah.Tak ada apa yang penting hari ni selain abang.Mira cuti,Mira nak luangkan masa dengan abang je.Hal pejabat biarlah diaorang setle sendiri." ujar Amira sambil menggengam tangan Zaidan.

"Terima kasih sayang.Err.. sayang abang nak tanya sikit boleh?" soal Zaidan.

Amira mengangguk sambil menelan makanan yang tersisa dalam mulutnya. "Boleh,abang ni tanya je lah.Nak minta izin pula."Seloroh Amira.

"Semalam kan waktu abang nak ambil tempahan Buket abang ada nampak Mira berjalan dengan seorang lelaki.Siapa dia? Err tapi Mira jangan salah faham,abang tak cemburu pun abang cuma nak tahu siapa lelaki tu."

Mira terkejut.Tapi dia tayangkan wajah tenang.

"Abang nampak Mira? Kat mana?" soalnya.

"Kawasan Ofis Mira."

"Ohh itu bos Mira.Tuan Airil.Semalam bos ajak semua stuff keluar makan nak belanja katanya.Kebetulan Mira keluar sekali dengan Bos sebab Mira setelkan kerja dulu." Kata Amira menyusun kata kata dengan tenang. "Lepas makan tu Malika ajak teman dia shopping sebab tu la Mira balik lambat."tambahnya lagi.

"Oh.. Takpa abang faham.Abang pun suka tengok Mira macam ni dah ada kawan.Muka tu pun ceria ja.Lepas ni kalau abang tak ada sayang dah tak bosan.Boleh keluar dengan kawan." kata Zaidan.

Perbualan mereka diteruskan lagi sambil menikmati makanan.Sopan santun tutur bahasanya,sabar,baik dan rajin bekerja itulah Zaidan Adha suami kepada Nur Amira.Seorang pemandu lori,kerjanya tak tentu masa,isteri tercinta kerap ditinggalnya untuk mencari nafkah buat isteri dan keluarganya.

DISEBUAH butik pakaian Syuhada melangkah masuk sambil disambut baik oleh dua orang gadis muda yang berkhidmat di butik itu.Langkahnya perlahan sambil bola matanya bergerak gerak pada pakaian pakaian wanita yang berbagai warna,corak dan fashion.

Setelah puas berjalan mencuci mata.Syuhada melabuhkan duduknya diatas sofa.Kedua kakinya disilangkan.Duduknya disitu seperti menunggu seseorang.

"Hai kenapa monyok je ni?" Ibu Hanim tiba tiba muncul lalu menyapa Syuhada.

"Akak.Terkejut Syuha." Kata Syuhada.

Ibu Hanim tertawa lalu dia juga labuhkan duduknya disebelah Syuhada. "Ada apa ni datang sini.Nak beli baju ke? "Selorohnya.

Syuhada tidak menjawab.Sekeping sampul berwarna putih dikeluarkannya dari beg tangan berjenama Bonia lalu diletakkan diatas meja kopi bulat.Dagunya ditongkat,wajahnya mencuka.

Ibu Hanim hairan dengan sikap Syuhada lalu dia mengambil sampul itu dan membukanya.

"Lah.. dapat undangan Majlis kawin pun monyok.Kenapa? tak suka anak kawan baik kawin."Kata Ibu Hanim.

"Suka.Tapi Malas la Syuha nak pergi.Kak Hanim pergi je lah dengan abang Kimi." Ton suara Syuhada jelas tak puas hati.

"Macam tu pula.Tapi kenapa?Takkan frust anak Datin Maria tu dah kawin." Ibu Hanim mengukir senyuman sinis. "Syuha Syuha.Nak buat macam mana dah tak ada jodoh Airil dengan Rania nak bersatu kita kena lah terima."

"Betul tak ada Jodoh.Tapi Jodoh tu tak ada sebab tak nak terima Rania tu.Kesian Rania lama sangat Rania tu tunggu Airil.Airil pula main tarik tali.Sekejap nak sekejap tak nak.Tup tup dah kena kawin paksa.Kesian Syuha kat Airil.Nama je dah kawin tapi bahagianya tak pun." Rungut Syuhada,raut wajahnya masih muram.

"Airil main tarik tali sebab dia tak ada hati kat Rania tu.Dia kena kawin paksa pun dengan orang yang dia pernah sayang.Okey lah tu.Akak tengok bahagia je diaorang tu."

"Itu yang akak nampak.Hakikat sebenar Airil tu tak bahagia.Diaorang berlakon je depan kita sebab nak jaga hati Bonda.Belakang kita tak bercakap pun.Betul Airil tu sayang Melur.Tapi itu Melur yang dulu.Bukan Melur yang sekarang ni.Pembu...." Seketika kata kata Syuhada terhenti.

"Syuhaa.. tak baik cakap macam tu.Buruk baik Melur,dia tu menantu Syuha.Syuha kena terima hakikat.Sebagai ibu Syuha kena lah cari jalan supaya mereka bahagia.Doakan mereka,Doakan Allah buka pintu hati Airil terima Melur." Nasihat Ibu Hanim kepada Madunya.

"Terima hakikat? Terima Melur? Doa? memang tak lah kak.Syuha tak pernah nak pun Melur tu jadi menantu Syuha.Inikan pula masuk campur urusan rumah tangga diaorang.Syuha ni lebih suka kalau diaorang tu berpisah.Puas hati" kata kata Syuhada terlalu mengikut perasaan.Benci betul dia pada Melur.

"Astagfirullah hal Azim.. Syuha,istigfar Syuha.Kamu sedar tak apa yang keluar dari mulut kamu tu doa.Akak tak tahu lah macam mana lagi nak nasihatkan Syuha.Sudah sudah lah berdendam dengan Melur tu.Kalau ya pun tak suka Melur,jangan minta yang bukan bukan." tegur Ibu Hanim tergeleng kepalanya tidak sangka tergamak Syuhada mendoakan perpisahan untuk anaknya Airil.

"Kak Syuha dah lama sabar,sabar dengan sikap bonda.Syuha dah penat la kak nak ambil hati bonda tu.Sampai sekarang apa yang Syuha buat bonda bandingkan dengan Melur.Masakan Melur sedaplah.Melur baik,Melur rajin.Melur pandai jaga dia.Sakit hati ni kak.Melangit Bonda tu puji Melur." Luah Syuhada yang masih tidak berpuas hati dengan menantunya Melur.

"Sabar Syuha." belakang Syuhada diusap lembut oleh jari jemari runcing Ibu Hanim."Tak kan kerana Bonda Melur yang Syuha salahkan.Akak rasa Melur pun tak setuju dengan sikap bonda."

Syuhada diam seketika menahan amarahnya sebentar."Entah lah akak.Syuha cuba nak terima Melur tapi Syuha tak mampu bukan sebab Bonda saja tapi setiap kali Syuha pandang Melur,Syuha teringatkan Lilly kak."

"Allah hu akbar.Dah 13 tahun Lilly pergi.Ya betul Melur salah tapi takkan lah Syuha tak boleh bagi peluang pada Melur."

"Tak semudah itu kak.Syuha ni hampir gila tau." turun naik nafas Syuhada menahan marah.

"Dah Syuha dah.Sabar la Syuha." Pujuk Ibu Hanim.Tubuh Syuhada dipeluk erat olehnya sambil belakang Syuhada digosok.

Begitulah Syuhada ibu Airil yang masih tak mampu terima menantunya Melur.Sampai bila DENDAM ni akan berakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience