bab 10

Romance Series 85188

Awal pagi lagi Ibu Hanim sudah bertandang ke rumah Dato Hakimi.Datangnya pula membawa kuih seri muka, kuih kesukaan ibu mertua dan juga suaminya.

"Syuha! bonda mana??"Soal Ibu Hanim menjengah ke ruang dapur basah.

Syuhada yang sibuk menggoreng bihun menjawab tanpa menoleh wajah madunya itu."Bonda kat belakang rumah kak,ada dengan Melur."

"Belakang rumah buat apa?" Soal Ibu Hanim hairan.Kuih Serimuka tadi dialihkan kedalam pinggan.

"Wau! serimuka,sedapnya...nak satu bu!"Pinta Orkid tiba tiba muncul di dapur bersama Ali.

"Ambil lah.."

"Aku nak!."Lengan Orkid dipengang Ali."Hurmm sedap la bu!"Puji Ali apabila kuih serimuka ditangan Orkid masuk kedalam mulutnya.

"Ishh nak ambil la sendiri."Rungut Orkid bebal.

"lagi sedap kuih tu kalau kau yang suap!"Ujar Ali tersenyum nakal.

Orkid menjeling suaminya itu.

"Ibu Orkid bawa kuih ni kat meja makan ya!"

"Orkid bawa ke meja luar lah.kita sarapan diluar hari ni."Kata Syuhada.Ibu Hanim sudah pun meninggalkan ruang dapur basah pergi menjengah ibu mertuanya di belakang rumah.

"Bonda! "panggil Ibu Hanim dari jauh.

Pn Sri Ramona yang sibuk menyusun pokok bunganya mengalihkan pandangan."Oh Hanim! awal datang!"

Ibu Hanim hanya tesengeh tidak menjawab pertanyaan Pn Sri Ramona.Matanya lebih tertumpu pada pokok pokok bunga yang berbagai warna. "Semakin subur la pokok pokok bonda ni! seronok kot dapat tinggal kat bandar ni." Seloroh Ibu Hanim tertawa.

"Ha ah.. betul tu ibu.Ada pokok yang sebelum ni tak berbunga tapi sekarang dah berbunga." celah Melur sambil ketawa kecil.

"Opah! ada apa apa tak Airil nak tolong!" Kata Airil yang tiba tiba muncul di kebun bunga Pn Sri Ramona.

"Hah elok sangat lah tu! pergi tolong Melur gantung pokok pokok Orkid tu" Arah Pn Sri Ramona.

Tanpa membantah Airil terus berjalan menuju ke arah Melur.

"Pokok yang mana ni nak gantung?"Soal Airil kepada Melur tanpa memandang.

"Yang ini semua."

Melur menjawab sambil menunding jari kearah pokok pokok Orkid berbagai warna itu.Lalu Airil terus bertindak.Satu persatu pokok bunga Orkid digantung.Pasangan suami isteri itu kusyuk dengan tugas masing masing.

"Airil,awak ingat tak.Masa kecil dulu awak suka sangat petik bunga Orkid ni,lepas tu awak campurkan dengan pokok Orkid warna lain.Awak cakap bunga orkid ni kalau dicampur warna lebih cantik.Lepas tu opah nampak,terus kita berdua kena marah." Tertawa kecil Melur bercerita kepada Airil mengimbau zaman kanak kanak mereka bersama.

Tapi kata kata Melur tidak Airil endahkan.Airil hanya memberi perhatian kepada kerja kerjanya sahaja.

Melur berasa hampa.Tapi sekali lagi Melur cuba mencari idea untuk berbual dengan Airil.

Sekuntum Mawar Merah dipetik Melur.

"Airil"

Nama suaminya itu dipanggil lalu Melur menghulurkan sekuntum Ros Merah kepada Airil.

Pegerakkan Airil terhenti,bola matanya merenung sekuntum ros merah ditangan Melur.Raut wajahnya tiba tiba berubah berang. "Aku kat sini nak buat kerja lah! bukan nak layan kau!.Eh,pergi mampus lah dengan zaman kanak kanak kau tu!Tak ada kena mengena dengan aku lah." herdik Airil.Ton suaranya perlahan tapi kata katanya menyakitkan hati.

Pedih,terlalu pedih kata kata yang dilemparkan Airil terhadap Melur.Begitu Airil bencikan dirinya.Lelaki yang sangat dia cintai melayan dirinya seperti manusia tiada perasaan.

Dari jauh Ibu Hanim merenung ketegangan Airil terhadap Melur.

"Hanim,jom sarapan."ajak Pn Sri Ramona membuatkan Ibu Hanim mengalihkan pandangannya.

"Ya bonda jom la.Hanim ada bawa serimuka."Jawab ibu Hanim.lengan Pn Sri Ramona dirangkul.

"Ye ke...Alhamdulillah rezeki,lama bonda tak makan kuih tu!"Kata Pn Sri Ramona pula teruja.

Menantu dan mertua itu berlalu pergi tanpa mengajak Airil dan Melur.

Di ruang makan perkarangan rumah banglo kelihatan Dato Hakimi sibuk mentelaah surat khabar harian Metro.Walaupun zaman sudah berubah,Dato Hakimi masih memilih cara lama untuk mengetahui isu semasa dan berita hangat.

"Opah! mari lah makan,sedap la kuih serimuka ni!"Kata Orkid sambil menarik kerusi untuk Pn Sri Ramona duduk.

"Bonda nak air apa? kopi ke teh?"soal Syuhada pula yang sibuk menghidang makanan untuk suaminya.

"Kopi la.."Pinta wanita berkulit putih itu.Tangan yang sudah dibersihkan pantas mencapai kuih serimuka pandan."Sedapnyaa.."Puji Pn Sri Ramona apabila suku kuih serimuka menyetuh lidahnya.

Apalagi tersenyum lebar la Ibu Hanim dipuji ibu mertuanya itu.

"Bonda nak bihun goreng??"soal
Syuhada pula cuba menawan hati Pn Sri Ramona dengan masakkannya.

"Bihun goreng?Eer boleh juga."jawab Pn Sri Ramona tidak menolak walaupun kuih serimuka masih ditangannya.

Dato Hakimi,Orkid dan juga Ali memandang hairan kelakuan dua orang menantu Pn Sri Ramona.Mereka berebut untuk menawan hati ibu Dato Hakimi.Sekejap dihulurkan kuih,sekejap dihulurkan kopi panas,sekejap dihulurkan bihun goreng.sekejap dihulurkan lagi kuih serimuka..
Pn Sri Ramona pula menerima baik layanan dari menantu menantunya itu.

"Hanim! bagi abang kuih tu!,Syuha! cedokan abang bihun goreng."celah Dato Hakimi bagi menamatkan pertandingan siapa menantu pilihan.

Tanpa membuang masa Ibu Hanim dan Syuhada sibuk melayan Dato Hakimi pula.Kini pertandingan siapa isteri pilihan pula bermula.penuh sabar Dato Hakimi melayan karenah isteri isterinya itu.

"Dah dah duduk makan!"Pinta Dato Hakimi lembut.

"Hah Melur mari lah makan." Ajak Dato Hakimi melihat kelibat Melur yang sudah hampir dengannya."Airil mana?"

"Airil jap gi dia datang,ada sikit lagi pokok nak digantung."kata Melur sambil melabuhkan duduknya.

Raut wajah Ali sudah tidak senang duduk melihat gadis pembuli itu duduk di depan matanya.Orkid yang memahami keadaan suaminya lantas mengajak Ali ke tempat lain.

Tidak berapa lama kemudian Airil tiba di ruang makan."Abang nak minum air apa? kopi ke teh?soal Melur.

"Teh"ringkas Airil menjawab.Entah kenapa hatinya geram setiap kali mendengar suara Melur memanggilnya abang.

Secawan teh panas dihulurkan kepada Airil disusuli bihun goreng dan kuih Seri Muka.

"A..abang nak kuih je."pinta Airil berat sungguh bibir Airil untuk menyebut'abang'.

Melur merenung raut wajah suaminya ini lah peluang Melur untuk menjadi isteri Airil.Masih mekar kata kata Airil diingatannya. "Depan Opah,Papa,ibu kau isteri aku!.'Melur mengambil peluang yang ada,melayan suaminya dengan baik,bibirnya tidak putus memanggil Airil abang.
Pn Sri Ramona rasa bahagia melihat layanan baik Melur kepada Airil.Seyuman lega terukir dibibirnya.

"Bonda!"panggil Ibu Hanim.

"Ya Hanim!."Pn Sri Ramona mengalihkan pandangannya.

"Petang ni ikut Hanim balik rumah boleh?Jomlah tinggal kat rumah Hanim pula." Pinta Ibu Hanim.

"Boleh.Hah! Kimi! Syuha jom lah ikut sekali.Kita tinggalkan sekejap pengantin baru ni kat rumah!"Kata Pn Sri Ramona."biar diaorang honeymoon kat rumah ja!"ujarnya lagi.

"Ha ah! betul tu bonda."celah Ibu Hanim."Jom lah abang,Syuha."ajak Ibu Hanim bersungguh.

"Abang ok je! hah kamu Syuha nak ikut tak?."soal Dato Hakimi sambil menatap wajah isteri keduanya itu.

Melur dan Airil hanya mendengar perbualan Pn Sri Ramona berasama anak menantunya.

Syuha merenung wajah Pn Sri Ramona dan Dato Hakimi."Ye lah Syuha ikut."

Hari ini hari paling gembira akan Ali,mana tidaknya hari ini Pn Sri Ramona,Syuhada dan Dato Hakimi tidak ada dirumah.Mereka akan bermalam dirumah Ibu Hanim selama beberapa hari.

"kriukk kriukk."Bunyi letupan tulang tulang Ali kedengaran apabila tubuhnya ditegangkan.

"Hoi perempuan."panggil Ali kepada kakak iparnya itu yang sedang sibuk menyiram tumbuhan hijau yang menghiasi perkarangan rumah banglo Dato Hakimi.

Tetapi Melur tidak mengalihkan pandangannya.

"Hoi! Pembuli!"jerit Ali.Tubuhnya sudah dekat dengan Melur."kau ni pekak ke?" Kata Ali berang.

"Kau nak apa?."soal Melur.Bola matanya hanya memandang tumbuhan hijau yang disiramnya.

"Aku nak kau basuh kereta aku!"Kata Ali.

Melur memandang kearah 4 biji kereta yang tersusun di bawah bumbung."Kereta kau yang mana?"

"Tuh warna merah! basuh elok elok jangan ada calar,kau bukan mampu pun nak bayar ganti rugi."sindir Ali.

"Ehemm!."Airil tiba tiba muncul."Suka hati kau je kan suruh isteri aku basuh kereta kau."Tegas Ali.

Bagaikan mimpi disiang hari Melur mendengar kata kata yang keluar dari mulut Airil.Hatinya mula berbunga bunga menyangka Airil dah berubah hati.

Ali pula seakan tidak percaya apakah ini benar abangnya Airil.

"Aku ni suami dia tau! aku je yang boleh beri arahan."Tegas Airil sambil menjeling raut wajah ceria Melur."Cik Puan Melur Natalia,boleh tak Cik Puan Melur tolong basuh semua kereta kereta tu dan jangan ada sikit pon calar! Tapi kalau bercalar juga lah.Cik Puan Melur akan dihukum.Sebab kalau nak bayar,Cik Puan bukan mampu pun." Kata Airil sambil mengukir senyuman sinis.

Hancur hati Melur apabila perasaannya dipermainkan.Ali apa lagi tergelak besar la dia
melihat raut wajah kecewa kembar isterinya itu.

"Tunggu apa lagi pergi lah."

"Amboi amboi korang!"Orkid pula tiba tiba muncul."Korang ingat Melur tu bibik! suka hati korang nak arah dia buat itu ini!"tegas Orkid marah."Hei Airil,dia tu bini kau! Tergamak kau layan dia macam tu.Kau tak kesian ke?"Bebel Orkid.wajah abang iparnya direnung tajam.

"Dah la Orkid! tak payah bising bising la."Kata Melur sambil menarik lengan Orkid yang semakin hampir dengan Airil.Melur lebih rela berbuat apa sahaja daripada terus bertengkar dengan lelaki dua orang yang pernah menjadi sahabat baiknya itu.

Air paip dibuka,Melur mecurahkan air keseluruh badan kereta Bmw Z4 merah itu.

"Kau ni kan lembik,kau biar je diaorang tu buli kau!"bebel Orkid,buih sabun sudah menyelubungi jari jemarinya.

Melur yang sibuk menggosok badan kereta Merah mula menjawab."Aku malas la nak bertekak dengan diaorang buat sakit hati adalah.lebih baik aku diam.Folow je apa diaorang nak." balas Melur.

"Marah betul diaorang kat kau! Keras hati.12 tahun,diaorang masih tak boleh lupa kejadian tu.Masih tak boleh terima hakikat kematian Lilly semuanya dah tertulis.Kau tu cuma asbab je kejadian tu berlaku." Kata Orkid.Tangan kecilnya sibuk menyental tayar kereta.

"Entah lah Orkid.Hati manusia.Tapi nak salahkan diaorang tak boleh juga.Dah memang aku yang salah.Tak pa lah Orkid,kalau ini adalah balasan yang harus aku terima,aku redha."

"Tapi sampai bila kau nak hadap semua ni Melur?"

"Selagi aku bergelar isteri Airil,dan selagi diaorang tak nak maafkan aku,aku hadap je lah."Jawab Melur bersahaja seakan tidak peduli tentang perasaanya sendiri.

"Aku bangga lah dengan kau Melur.Kau kuat,wanita hebat.Apa apa pun aku sentiasa ada dengan kau.Kalau Airil buli kau.Kau cakap dengan aku.Tahulah nasib dia nanti."

"Amboi! kau nak buat apa kalau dia buli aku."Soal Melur.

"Adalah.Eh Melur,kau dengan Airil tu dah ehem ehem ke belum?"

Ehem ehem? Bertaut kening Melur hairan tak faham apa yang disoal Orkid.

"Oi Orkid aku tak faham lah bahasa isyarat kau tu!Straight to the point boleh tak." soal Melur jujur sambil kereta Mercedes Benz hitam pula dibasahi air.

Orkid mula mengerutkan dahinya,malu bertanya tapi ingin tahu.Lalu spontan dia berkata jujur.

"Malam pertama lah.Kau dengan Airil tu dah tidur sekali ke."

"Apa? Eeuu.. Soalan apa kau tanya aku ni.Malam pertama! eeei gatal la kau ni!"

"Oi,Oi.. basah lah aku.Melur! oi janganlah."

Berlari bekejaran Orkid dan Melur bermain air paip.Riuh rendah lah ruang parkir kereta rumah Dato Hakimi dik suara jeritan dan tawa riang kedua dua menantu Syuhada.

Tanpa mereka sedari dari ruang atas balkoni tingkat dua Ali dan abangnya Airil dari tadi lagi memperhatikan gelagat isteri isteri mereka.

"Boleh tahan cantik body Melur ya.Pinggang ramping,dada,punggung berulas.Pergh mengancam betul tubuh dia.Ni kalau aply pramugari conform dapat."

Selamba Ali berkata,langsung tak ada rasa malu.Bola matanya pula tidak lekang merenung susuk tubuh langsing Melur apabila pakaiannya melekat pada tubuhnya disebabkan basah.

Airil yang dari tadi sibuk berbalas whatssap dengan Amira pantas mengalihakan pandangannya melihat Melur.Lalu dia alihkan pula pandangan matanya kepada Ali yang masih ghairah merenung tubuh isterinya itu.

"Hoi,dah dah la tengok tu.Kakak ipar sendiri kot.Takkan bernafsu,kata benci." Sindir Airil.

"Memang la benci.Tapi nafsu ni tak kenal orang.Bila dia dah kuasai diri.Perasaan benci tu letak tepi.Kepuasan harus dinikmati." kata Ali tanpa rasa bersalah.

Sakit pula hati Airil mendengar ayat ayat berbaur lucah Ali terhadap isterinya.

"Betul,nafsu tak kenal orang.Tapi orang yang kau cakap tu wife aku.Kakak ipar kau sendiri.Agak agaklah sikit.Jangan lah cakap macam orang tak ada agama.Yang halal dah ada depan mata.Sambarlah,makan puas puas." balas Airil tegas suaranya.

"Woo relaks lah.Marah nampak.Aku bergurau je lah.Aku ni masih waras lah nak caras kakak ipar sendiri.Masih teguh iman didada.Tapi kau aku tak tahulah.Dah duduk sebilik ni takkan tak rasa apa apa kot tengok perempuan cantik depan mata."

"Cantik memang cantik.Tapi kalau nak pandang muka dia pun tak ingin,masakan nak bersama.Imposibble.Memang tak lah." kata Airil dengan mendabik dada.

"Eleh.. Imposibble konon.Eh kalau lah Melur tu tiba tiba berdiri depan kau tanpa seurat benang,kau nak tunggu ke kau nak terkam?"

"Dah dah,makin merepek lah kau nih.Macam ni lah Ali.Kalau kau teringin sangat nak kan tubuh Melur tu,teringin sangat nak memperisterikan Melur.Kau sabar jap,setahun je.Lepas aku ceraikan dia,kau ambillah buat bini.Fresh aku bagi kau."

Kata Airil lagi lalu perlahan Airil bangun dari duduknya melangkah kaki meninggalkan ruang balkoni.Ali pula tertawa sinis mendengar kata kata Airil.

"Eleh,belagak! Konon kuat sangat iman tu,solat pun tak cukup! Aku kenal lah abang aku.Aku berani potong jari lah kalau kau tak cair dengan si Melur tu.Setahun Ril,macam macam boleh jadi." Seketika Ali membebel sendirian.Manakala Airil sudah pun hilang dari pandangan merehatkan dirinya didalam bilik.

Airil merebahkan tubuhnya diatas katil bersaiz king.Entah kenapa kata kata Ali tadi tentang tubuh Melur masih bermain main di kotak fikirannya.Tanpa sengaja tubuh basah Melur muncul ingatannya dan tiba tiba.

Kriuk..

Daun pintu biliknya terbuka.Kelihatan terkedek kedek Melur berlari anak menuju kebilik air.

Airil yang terbaring diatas katil hanya memerhatikan kelibat Melur tanpa bersuara.

Selesai mandi Melur terus keluar dari bilik air hanya memakai tuala yang menutupi dada hingga pahanya.Sambil Melur berjalan dia sibuk mengeringkan rambutnya dengan sehelai tuala.Melur langsung tidak sedar kewujudan Airil didalam bilik itu.

Airil pula diam seribu bahasa.Bola matanya bergerak gerak memerhatikan langkah gadis berkulit putih gebu itu.Jantungnya juga tiba tiba berdegup kencang.

Langkah Melur terhenti didepan sebuah beg bagasi bersaiz besar berwarna biru.Tuala yang dia gunakan untuk keringkan rambut dilempar ke lantai.Lalu dia duduk mencangkung untuk mengambil pakaian.

Usai pakaian diambil Melur bangun semula dan terus menjatuhkan tuala yang membaluti tubuhnya tadi.

Terjegil bola mata Airil merenung setiap inci susuk tubuh belakang Melur tanpa seurat benang.Benar kata Ali,tubuh Melur memang mengiurkan.Iman Airil hampir rapuh.Ikutkan nafsu jantanya mahu saja dia menerikam dan meratah tubuh kecil itu.Tapi dik kerana ego,Airil berusaha mengawal jeritan batinnya.Dia terus baring dikatil dan perhatikan Melur menyarung satu persatu pakaian ketubuh lansingnya.Sesudah siap semuanya baru lah Melur memusingkan tubuhnya ke depan.

Terkejut! Melur sangat sangat terkejut apabila baru menyedari kewujudan suaminya itu.Terkebil kebil kelopak matanya perhatikan Airil.Lidahnya kelu,kakinya pula kaku tidak tentu tahu arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience