"Assalammualaikum.."Salam diberi Syuhada lalu menunggu sebentar.Tetapi daun pintu masih belum dibuka.
"Assalammualaikum.."Kini giliran Ibu Hanim pula memberi salam.
Kriuukkk.. Daun pintu rumah agam Pn Sri Ramona dibuka disusuli suara seseorang yang menjawab salam.
"Waalaikummussalam, Eh Mamaaa."ceria suara Orkid menyapa Syuhada lantas susuk tubuh Syuhada dipeluk erat.
"Hah..dah sampai pun"Nyaring suara Pn Sri Ramona muncul di muka pintu dan menyapa.
"Bonda sihat??"soal ibu Hanim sambil menghulur salam lalu bibirnya mengucup lembut belakang tangan Pn Sri Ramona disusuli peluk dan cium.
"Alhamdulillah sihat." balas Pn Sri Ramona sambil ukir senyum.
"Bonda..."Tegur Syuhada pula lantas menghulurkan salam. "Bonda apa khabar?"soalnya lagi dengan nada yang lemah lembut.
Tetapi sapaan Syuhada dibalas hambar oleh Pn Sri Ramona "Hmmm sihat! Nih kimi dengan Airil mana? tak datang??"Soal Pn Sri Ramona dengan nada tegas,bola matanya pula aktif bergerak mencari kelibat anak lelaki dan juga cucunya Airil.
"Papa dengan Airil esok diaorang datang opah! hari ni ada client nak jumpa." Ali mencelah menjawab pertanyaan Pn Sri Ramona sambil melangkah menaiki anak tangga.Salam dihulur apabila tubuhnya berdiri tepat dihadapan Pn Sri Ramona.Belakang telapak tangan opahnya dikucup.
"Haish... kerja tak habis habis papa kamu tu! Sepatutnya usia macam tu rehat ja kat rumah! tapi tu lah ada anak anak sibuk nak ada kerjaya sendiri.."
Pedas sungguh kata kata Pn Sri Ramona menyindir Ali.
Ali pula hanya mendiamkan diri,raut wajahnya sudah terlihat kemerahan menahan geram..Mana tidaknya setelah sekian lama tidak berjumpa opahnya kedatangan Ali disambut dengan kata kata sindiran.
Kelihatan Orkid mengukir senyuman puas apabila Ali disindir..
"Bonda boleh kita orang masuk! borak kat dalam.Hanim pun dah haus ni.Kaki pun dah lenguh berdiri."
Kata Ibu Hanim dengan nada gurauan sengaja menyakat ibu mertuanya itu.Mana tidaknya hampir 10 minit juga la mereka berdiri diluar pintu untuk sesi bertanya khabar.
"Eh! Aa aa la,masuk masuk."Ajak Pn Sri Ramona sambil mengukir senyuman sambil tangannya memeluk bahu Ibu Hanim.Orkid pula merangkul lengan Syuhada.
Setelah mereka melangkah masuk kedalam rumah agam berkonsep kayu itu masing masing pantas berjalan kearah sofa ruang tamu.Ibu Hanim dan Pn Sri Ramona duduk di sofa yang sama.Orkid pula duduk menempel ditepi Syuhada,manakala Ali memilih untuk duduk di kerusi rehat Pn Sri Ramona.
"Huh penat!" Rungut Ali sambil melabuhkan punggungnya.
Tidak lama kemudian barulah Melur muncul dari dapur sambil membawa dulang berisi minuman sejuk lalu ia diletakkan diatas meja kopi di ruang tamu.Kemudian Melur duduk melutut dan menghulur salam kepada Syuhada."Mak long sihat?"Soal Melur lemah lembut suaranya.
Salam Melur disambut Syuhada tetapi pertanyaan Melur tidak dijawab.Wajah Melur juga langsung tidak dipandang Syuhada.Jelas riak wajah Syuhada tidak sukakan Melur.
Melur hanya menunduk sayu,lalu dia bangunkan tubuhnya mendekati Ibu Hanim pula untuk bersalaman.
"Ibu sihat.." Soal Melur sambil ukir senyuman manis kepada Ibu Hanim walaupun seketika tadi hatinya terguris dengan perbuatan Syuhada.
"Ibu sihat sayang.. Melur sihat? wah! Cantiknyaa Melur sekarang ni.Muka Melur ni kan saling tak tumpah dengan Qistina tau! Sama seiras! Mata bulat,kening tebal,hidung tinggi.Lagi lagi bila Melur senyum.."
balas Ibu Hanim sambil jari telunjuknya mencuit hidung gadis kecil itu.
Mendengar kata kata pujian Ibu Hanim tertawa kecil lah Melur sambil menjawab."Terima kasih Ibu.Ibu pun cantik,cantik sangat."
Dari jauh Ali merenung sinis wajah manis Melur."Harap muka ja cantik tapi hati busuk."bisik hati Ali.Jelas Ali juga tidak sukakan Melur.
Bukan Ali sahaja yang memerhatikan Melur,tetapi Orkid juga memandang Melur dengan riak cemburu.
"Kalau ibu berikenan sangat dengan Melur tu! ambil la buat menantu.Melur kan cantik,baik,pandai itu ini..."Sindir Orkid sambil membuat muka.
Wajah Ibu Hanim bertukar sayu mendengar sindiran Orkid."Kalau ibu ada anak lelaki dah lama Melur ni jadi menantu ibu.Tapi itu lah.. Ni ujian ibu,bukan kata anak lelaki anak perempuan pun ibu tak ada."
"Orkid! jaga sikit bahasa tu! kamu tau kamu bercakap dengan siapa kan! Minta maaf sekarang! Biadap!."tegas Pn Sri Ramona marahkan Orkid.
"Maaf Ibu."jawab Orkid ringkas memandang Ibu Hanim.
Syuhada pula hanya memilih untuk diam tidak mahu masuk campur urusan mertua,cucu dan madunya itu.
Melur juga marah betul dengan sikap kembarnya itu.Kedua bola matanya dibuka luas menatap tajam wajah Orkid.Sakit hatinya mendengar sindiran Orkid.
Melur alihkan semula pandangannya merenung wajah sayu Ibu Hanim.
"Ibu,Ibu jangan lah sedih.Melur kan anak ibu.Ibu bertuah tau! ibu ada dua orang anak lelaki,dua orang anak perempuan..Airil,Ali,Melur,Orkid kami semua anak anak ibu.Kami sayang Ibu tau."
Lemah lembut kata kata pujukan Melur yang bersimpati dengan nasib Ibu Hanim.
"Aa aa ibu,betul cakap Melur.Orkid pun sayang ibu."kata Orkid lalu dia bangun dan pergi memeluk tubuh Ibu Hanim.
Pn Sri Ramona mengukir senyuman bahagia melihat kemurnian sikap Melur."Betul tu Hanim..diaorang ni semua dah macam anak anak kamu.Kamu juga yang jaga dan uruskan dia orang dari kecil kan.Allah tu maha penyayang,bukan sorang tapi empat anak kamu."
"Betul Bonda."ujar Ibu Hanim.Suaranya mula bergertar,Ibu Hanim tidak mampu berkata apa apa lagi hatinya sebak..Pantas Ibu Hanim bangun dari duduknya dan memeluk Pn Sri Ramona.
Ini lah dia wanita hebat berhati mulia Datin Arfah Hanim,isteri pertama Dato Hakimi dan juga menantu pertama pilihan Pn Sri Ramona.Manakala Nurul Syuhada pula adalah isteri kedua Dato Hakimi.
Kejadian ini terjadi selepas dua tahun Ibu Hanim bergelar isteri kepada Dato Hakimi.
Ibu Hanim telah disahkan oleh doktor pakar sakit puan bahawa dirinya tidak mampu lagi hamil setelah keguguran anak pertama dan kerana alasan itu Pn Sri Ramoma bersetuju Dato Hakimi bernikah lagi dengan gadis pilihannya Nurul Syuhada.Ibu Hanim terpaksa akur walaupun hatinya terluka kerana cintanya pada Dato Hakimi dan juga tuntutan Pn Sri Ramona yang mahukan cucu dari keturunannya.
Seketika Melur dan Orkid didapur.
"Kau ni kan! mulut tu melampau tau! Sampai hati,kau cakap macam tu dekat ibu."Bebel Melur geram dengan sikap Orkid.
Orkid pula hanya membatu,tangannya sibuk mengelap mangkuk pinggan yang baru dikeluarkan dari dalam almari dapur.
"Ingat jasa Ibu! berak kencing kau dia yang cuci tau! apa kau nak semua dia beli! kau sakit Ibu yang ambil berat.Mana kau nak pergi ibu bawa."ujar Melur lagi sesekali dia menoleh memandang Melur.
"Tak habis lagi ke membebel."Tiba tiba ada suara garau muncul di ruang dapur.
Pantas Orkid dan Melur memandang susuk tubuh pemilik suara tersebut.
Orkid hanya menjeling lalu dia meneruskan kerjanya.Manakala Melur menyapa Ali yang sedang berdiri di sebelah Orkid. "Eh Ali,awak nak makan ke.Kalau nak makan saya hidangkan."
Soal Melur,tetapi Ali hanya membisu menatap tajam wajah Melur.
Sedar dirinya tidak dipedulikan Melur terus menyambung kerjanya.
"Kau ni memang cantik kan Melur.Cantik sangat macam bunga bunga dekat kebun opah tu! tapi sayang... hati kau busuk! Busuk macam baja najis yang opah gunakan untuk suburkan bunga dia.Dasar pembuli ! pembunuh!"
Tegas suara Ali menyindir Melur dengan kata kata kesat.
Tapi Melur tidak menjawab berdiri kaku tanpa menoleh.Orkid pula sudah mula naik angin menatap tajam wajah Ali.
"Hoi Ali! Kau apahal? kurang ajar! Suka hati kau ja nak mengutuk orang.Kau,kalau kalau datang sini sebab nak hina Melur lebih baik kau blah,blah la!" Kuat suara Orkid menengking Ali.Raut wajahnya marah lalu kain tuala ditangan Orkid baling tepat ke arah Ali.
"Woi! agak agak la kain buruk ni kau baling aku."
"Ha ah ! memang patut pun kain tu melekat kat mulut kau,mulut longkang.!"Orkid terus melawan.
"Orkid! Ali! sudah lah jangan bertekak lah."
Pantas Melur menghampiri Orkid,bahu Orkid dipeluk.
"Kau diam! kau tu kayu.Tak tahu nak menjawab,biar aku ja ajar jantan poyo mulut longkang macam dia ni."
"Dah la Orkid..tak payah layan lah."
"Woi perempuan! kau tak payah belagak baik lah,macam aku tak kenal kau.. depan semua orang kau lah yang paling baik! paling sopan,tapi dalam hati penuh hasad dengki! hati hitam."Ali terus menyerang Melur dengan kata katanya.
Tapi Melur tidak menjawab.Melur hanya terus mencekak kuat bahu Orkid.
"Oi mulut kau kan! Lepas lah Melur,biar aku ajar jantan ni!"
Dengan pantas Orkid menepis tangan Melur langkahnya laju menghampiri Ali.
Paapps...Dada tegap Ali ditolak kasar oleh Orkid."Kurang ajar kau kan!"
Orkid cuba untuk menampar wajah Ali,tapi belum pun sampai tapak tangannya ke pipi Ali,lantas Ali mengcenkam pergelangan tangan Orkid lalu ditarik, dengan pantas tubuh Orkid dipeluk Ali dari arah belakang..Kedua belah tangannya dipegang kejap.
"Lepas lah bodoh..sakit lah."jerit Orkid sambil meronta.
Tergamam Melur melihat tindakkan Ali terhadap Orkid..
"Kau minta maaf dulu,baru aku lepas.."Ugut Ali.
"Jangan harap lah!"Orkid juga terus melawan..
"Minta maaf je lah Orkid." pinta Melur dalam keadaan cemas."Ali dah la tu..tolong lahh..saya merayu kat awak,lepaskan lah Orkid."
"Tak! aku takkan lepas! aku nak dia minta maaf!"Semakin kuat pelukan Ali tetepi bola matanya menatap tajam wajah Melur.
"Aduh!" Tiba tiba Ali menjerit sambil menggosok lengannya yang terasa pedih.Pelukan tubuh Orkid juga terlerai.
"Hah padan muka kau! Kau ingat kau hebat sangat! tu baru sikit aku gigit! Jangan harap lah aku nak minta maaf.." kata Orkid tersenyum puas.
"Hei! apahal ni? bising betul suara kauorang tau!"
Sergah Syuhada yang tiba tiba muncul di dapur.
Melihat susuk tubuh Syuhada laju Orkid melangkah kakinya dan merangkul leher Syuhada."Ali ni mama,Gatal tiba tiba peluk peluk Orkid! eeii geli lah."
"Astagfirullah..dah kenapa dengan kamu ni Ali! Gatal sangat ke nak kawin! karang Mama kawinkan juga korang berdua nih.Nak!"Bebel Syuhada sambil mencekak pinggang.
"Eiii...Ali nak kawin dengan Pengkid nih! memang tak lah! sampai ke tua lah Ali tak ada anak."Jawab Ali,matanya menatap sinis raut wajah Orkid.
Orkid juga membalas tatapan sinis Ali.Keningnya bertaut marah."Hoi! aku pun tak ingin lah nak kawin lelaki poyo macam kau ni! lembik!"
Syuhada menggelengkan kepalanya."Sudah sudah!"Lantang suara Syuhada menghentikan pertengkaran Orkid dan Ali "Ali masuk dalam pergi bawa masuk beg pakain dalam bilik.Orkid sambung kerja kamu."Tegas suara Syuhada arahkan dua orang cucu Pn Sri Ramona.
Melur hanya mendiamkan diri dan memerhatikan saja Syuhada melayan karenah Orkid dan Ali lalu dia memalingkan tubuhnya untuk menyambung kerjanya mengupas telur yang direbusnya tadi.Sesekali Melur menjeling kearah mereka bertiga dan tertawa kecil.
Usai Ali meninggalkan dapur basah,Syuhada masih di ruang dapur.Periuk berisi kuah daging dibukannya sambil rongga hidung menghidu "Mmm Sedapnya bau.." puji Syuhada sambil mencapai sudu lalu dicedoknya sedikit kuah daging yang masih menggelegak di atas dapur "Orkid masak ya kuah nih."Soal Syuhada sambil meniup kuah yang masih berasap.
"Tak la ma! Melur yang masak..Orkid memang tak tahu langsung nak memasak masakan melayu ni!" jawab Orkid bersahaja.
Huk..hukk..tiba tiba Syuhada tersedak."Hmmm tak ada rasa! kuah daging apa macam nih! dah la pedas." Rungut Syuhada sambil meletak kasar sudu yang masih tersisa kuah daging ke dalam sinki.
"Ye ke Mak long! apa yang kurang Melur nak tambah!"Soal Melur resah,risau jika masakkanya tidak sedap pasti Pn Sri Ramona akan bising.
"Entahlah..kau rasa la sendiri..tapi macam ni rasa kuah memang bukan selera aku lah."Tegas Syuhada kasar berbicara.Lantas Syuhada melangkah kakinya keluar dari ruang dapur basah.
Orkid menatap hairan dengan kelakuan Syuhada..Kuah daging masakan Melur itu sudah cukup rasanya kerana Orkid sudah awal merasanya tadi.Tapi entah apalah yang Syuhada tidak suka pada Melur sehingga sanggup melakukan hal demikian.
Wajah Melur pula bertukar sayu bola matanya sudah mula berair.
"Dah la tu,tak yah sedih sedih..Sumpah kuah daging kau sedap! habis semangkuk aku hadap tadi."Orkid cuba memujuk Melur.
Melur mengukir senyuman,sambil mengesat air mata yang hanya beberapa titik sempat jatuh kepipi merahnya.
Matahari sudah lama terbenam..Selesai solat magrib berimamkan Ali,mereka semua sudah bersiap sedia untuk menjamu selera..
"Assalammualaikum.."salam diberi lantang suaranya.
"waalaikaimussalam...pantas mereka semua menjawab.
"Eh takpa bu! Melur pergi tengok."Kata Melur kepada Ibu Hanim yang baru mengangkat punggungnya.
Daun pintu dibuka...Terkebil kebil kelopak mata Melur menatap wajah tampan cucu pertama Pn Sri Ramona."Pak Long,Airil..masuklah."
Dua beranak berdarah Rusia itu pantas melangkah kaki masuk kedalam rumah kayu berkonsep moden itu.
Daun pintu ditutup "Diaorang kat ruang makan Pak long!"kata Melur apabila bola mata Dato Hakimi meliar mencari seseorang.
"Abang!!"Sepantas kilat Ibu Hanim menegur dan menghulur salam kepada Dato Hakimi.
Salam disambut "Bila Hanim datang??"Soal Dato Hakimi hairan.
"Hanim tumpang Syuha bang!""abang jom lah makan..Melur masak mee kuah daging.."Kata Ibu Hanim kepada suaminya dengan rasa teruja..
Dato Hakimi menuju kearah Pn Sri Ramona terlebih dahulu..salam dihulur disusuli peluk dan cium.Selesai sesi soal jawab bersama Pn Sri Ramona baru lah Dato Hakimi melabuhkan duduknya disebelah Syuhada.Semangkuk mee kuah daging dihidangkan untuk Dato Hakimi.
"Wahhh sedap lah.. manis! masin...pedasnya semua cukup!"Pujian diberikan selepas sesuap mee kuah daging masuk dalam mulut Dato Hakimi.
Airil pula beselera menikmati Spagetti Cabonara usai bersalaman dengan Pn Sri Ramona tadi.
"Daging pun lembut je kan bang!"Ibu Hanim turut memuji.."Syuha kenapa tak makan??"Soal Ibu Hanim apabila melihat dari tadi Syuhada langsung tidak menyentuh mee kuah daging.
"Tak nak lah! tak kena dengan tekak Syuha."
"Lahh..rugi tau tak makan! bukan senang nak dapat mee kuah sedap macam ni kat KL."Sindir Dato Hakimi,dihirupnya kuah daging uttuk memancing selera Syuhada..
Pn Sri Ramona mengukir senyuman gembira melihat telatah anak menantu dan cucu cucunya.
"Mama! Ali mana??"Soal Airil kerana dari tadi tidak nampak kelibat adiknya itu.
Wajah Airil ditatap."Ada kat belakang tu! apa lagi main game dengan Orkid lah."
"Apa main game?" soal Airil hairan.
Begitulah hubungan Orkid dan Ali,adakalanya mereka bergaduh bagai nak rak dan ada kalanya mereka boleh berkawan.Tapi yang pastinya bergaduh lagi banyak dari berkawan...
Ketika semua orang sibuk menjamu selera di ruang makan,Melur pula sibuk didapur mengemas dan mencuci pinggan mangkuk sehingga tidak perasan kehadiran Airil didapur.
"Allahhuakbar!! hah awak terkejut saya!"
Ujar Melur terperanjat.Nafasnya juga turun naik memandang Airil berdiri disebelahnya.
Airil pula hanya tayang wajah bersahaja sambil letakkan sebiji mangkuk di tepi sinki
"Kau priod ke?"
Soal Airil tanpa memandang Melur.
"Hah priod!"
Melur dah mula gelabah.
"Belakang kau ada darah."
Ujar Airil lalu terus melangkah kaki tinggalkan ruang dapur.
"Darah?"
Kelam kabut Melur alihkan pandangan melihat belakangnya.
"Aduh.. macam mana lah boleh bocor ni.Ee malunya."
Rungut Melur seorang diri.Kulit wajahnya bertukar merah menahan malu.Sepantas kilat Melur membersihkan tanganya dan melangkah laju tinggalkan ruang dapur.
Share this novel