bab 12

Romance Series 85188

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Soal Amira matanya meliar melihat keluar cermin tingkap kereta.

Wajah Amira yang keresahan ditatap Airil."Awak ni kenapa? risau semacam je?"soal Airil hairan.

"Eh tak lah!saya okey la,saya cuma tak biasa keluar dengan lelaki."Kata Amira tersenyum kelat.

Airil tertawa kecil."So,ini kali pertama lah awak keluar dengan lelaki?Wow? Macam tak percaya je."

"Ye.Ini kali pertama saya keluar dengan lelaki.Kenapa pula awak tak percaya."soal Amira.

"Saya macam tak percayalah.Perempuan cantik macam awak ni.Tak kan lah tak pernah keluar dating kan."

"Dating? Tak,tak pernah.Saya akui ada je lelaki yang ajak saya keluar.Al maklumlah saya ni kerja kat restoran.Tapi saya tak nak.Ee takutlah saya nak keluar dengan lelaki sebarangan."

"Takut? oh jadi tadi awak menggelabah semacam je sebab takut kat saya lah." balas Airil.Sesekali dia menoleh memandang wajah cantik Amira.

"Eh tak tak! bukan macam tu.Kalau saya takut kat awak,takkan saya setuju nak keluar dengan awak kan.Saya gelabah sebab saya tak biasa keluar berdating dengan lelaki." ujar Amira sekali lagi.

Airil tersenyum,sekali lagi memandang Amira sepintas lalu. "Awak jangan risau ye Cik Amira.Percayalah saya.Saya tak akan buat benda bukan bukan kat awak.Sebab saya hormati awak.Eh,tapi kan Mira.Saya hairan lah tengok awak.Kenapa awak pakai macam ni hah.Kan hari ni..

Dengar ja persoalan Airil,Amira terus mencelah.Sekali lagi Amira tayang muka gelabah dan atas bawah dia pandang dirinya sendiri.

"Kenapa? kenapa dengan pakaian saya ni? nampak teruk sangat ke? Itulah saya dah cakap kat awak.Saya ni pelayan je,tak pandai nak bergaya.Memang tak sesuai berkawan dengan awak.Awak cakap awak tak kisah,tapi hari ni awak dah komplain tentang pakaian saya..

"Eh jap jap.Cik Amira oi.Jangan salah sangka boleh tak.Saya belum habis bercakap awak dah mencelah.Saya tak kisah lah awak nak berpakaian macam mana pun.Itu hak awak.Cuma saya hairan kenapa hari ni awak pakai seragam kerja.Awak cakap awak cuti."

"Ohh.. Err maaf.Terlebih cakap pula saya tadi." Jawab Amira tersengeh malu. "Sebenarnya saya terpaksa pakai pakaian ni.Sebab saya cakap kat abang saya saya kera hari ni.Saya terpaksa menipu.Kalau tak jangan harap la abang saya nak izinkan saya keluar."kata Amira.

Airil tertawa lagi."Ya Allah Mira.Awak tipu abang awak ya."

Amira tersengeh lagi sehingga terangkat hidungnya.
"Nak buat macam mana terpaksa tipu sunat demi nak jumpa awak."

"Hurmm.. Mira,Mira.Cara awak tu memang salah.Tapi thank's sebab buat semua ni kerana saya."

"Welcome.I'ts okey." balas Amira tersenyum manis.

Airil tidak melepaskan peluang untuk merenung raut wajah manis bakal kekasihnya itu.Jelas terlihat lesung pipit dikedua belah pipi Amira apabila mengukir senyum.

"Mira,awak nak tak hari ni saya bawa awak jalan jalan dalam mall.Kita pergi makan dulu lepas tu kita pergi shopping pula.Awak kan dah nak mula kerja.Apa kata kita beli pakaian baru." kata Airil bersemangat.

"Boleh je saya tak ada masalah.Boleh tak kita pergi makan je.Shopping tak payah lah.Saya ada je pakaian nak dipakai nanti." Lemah lembut tutur bicara Amira menolak baik perlawaan Airil.

"Lah tak pa lah.Kita pergi shopping pakaian baru ya.Saya belanja awak.Boleh ya." pujuk Airil.Tak tik pertama dia cuba gunakan untuk memikat hati Amira.Ye lah perempuan mana yang tak ditabur dengan harta benda.

Suasana sunyi sepi dirumah Dato Hakimi.Usai menikmati makan tengahhari Orkid tertidur di bilik Pn Sri Ramona.

Melur pula meluangkan masanya mentelaah sebuah novel cinta diruang bacaan.

Dari jauh Ali merenung dalam setiap inci raut wajah manis kakak iparnya itu."Kenapa lah opah tak kawinkan aku dengan Melur ja.Kau cantik Melur,kau menawan.Kau wanita yang sempurna.Lemah lembut.Cantik luar dalam.Kalau lah kau milik aku takkan seminit pun aku lepaskan kau.Bodoh betul Airil.Ikutkan sangat perasaan dendam tu.Sehingga permata berharga depan mata kau biar macam tu je." Seketika Ali bermonolog sendirian.Duduknya diruang tamu sambil menonton tv.Akan tetapi bola matanya lebih ghairah perhatikan kata susuk tubuh Melur.

"Ehem" Ali berdehem kuat.Dari ruang tamu kini dirinya sudah pun berada disebelah Melur.

Melur yang perasan akan kewujudan Ali di sebelahnya bergegas bangun.Tetapi Ali bertindak gila.Dengan beraninya menarik pergelangan tangan Melur.

"Ali! apa ni? lepaslah?"Tegas Melur.Dahinya bertaut hairan menatap wajah Ali.Pergelangngan tangannya digerak gerak minta dilepaskan.

"Kau nak pergi mana? Duduklah sini kita berbual dengan aku."
Kata Ali selamba.Tindakanya kali ini diluar jangkaan.Merentap lengan Melur sehingga tubuh Melur terduduk diribanya.Pinggang Melur dirangkul.

"Ya Allah,Ali! apa kau buat ni.Lepas
lah!" tegas Melur lagi,suaranya diperlahankan tetapi tonnya marah.Jantungnya mula berdegup kencang,sangat terkejut dengan tindakkan gila Ali.Dia sedaya upaya meleraikan rangkulan tangan Ali yang tebelit dipinggangnya seperti ular.

"Ali! lepaslah."tegas Melur sekali lagi.

"Aku tahu kau sunyi Melur.Ada suami pun sibuk dengan perempuan lain.Tak tahu nak hargai isteri cantik macam kau ni." bisik Ali dekat dengan telinga Melur "Aku ada Melur,aku sedia isi kekosongan kau tu.Aku juga sunyi Melur.Orkid tak mahu layan aku.Dia kasar,tak macam kau.Kau lemah lembut.Tubuh kau mengiurkan.Aku suka kau Melur.Aku nak kau Melur.Aku teringin sangat nak jilat seluruh tubuh kau Melur.Aku nak ramas..

Tanpa rasa malu Ali terus membisikkan kata kata berbaur lucah di cuping telinga Melur.Nafasnya juga sudah tidak tersusun bila nafsu mula menguasai diri.

"Astagfirullahalazim Ali! kawal diri kau! aku ni kakak ipar kau! Isteri Airil.Tolong lah Ali lepaskan aku.Ingat Allah.Berdosa besar kau tahu tak.Ali..lepaslah." Semakin nyaring Melur bersuara.Merayu pada Ali dan meronta ronta supaya tubuhnya dilepaskan.

Tetapi Ali tidak peduli.Pelukannya semakin kuat.Tindakannya semakin gila apabila dia cuba meraba dada Melur.

"Ya Allah.. Ali!" PAP!

Satu tamparan kuat melekat pada pipi Ali apabila Melur dapat melepaskan dirinya.Dengan pantas Melur membuka langkah berlari meninggalkan Ali.

"Kurang ajar!"

Ali juga bertindak pantas bangun mengejar Melur.Bahu Melur dicekak.PAP! Tamparan kuat Ali diayun ke pipi Melur sehingga tubuh kecil itu terjatuh ke lantai.

"Ali!" jerit Orkid yang ternampak kelakuan Ali.Pantas dia berjalan menuju kearah Ali dan Melur.

"Melur! kenapa ni?" soal Orkid sambil memapah Melur bangun dari duduknya.

Melur tidak menjawab,tubuhnya masih terduduk dilantai sambil menyentuh pipinya yang sakit.Bibirnya pula terluka kecil dik tamparan kuat Ali.Kelihatan ada cecair merah mengalir ditepi bibir mugilnya itu.

Perlahan Melur bangun dari duduknya sambil dibantu Orkid.Bola matanya manatap tajam raut wajah Ali.Serba salah untuk dia menceritakan apa yang telah Ali cuba lakukan kepada Orkid.Melur tahu pasti hati kembarnya itu akan terluka jika tahu hal sebenar.Ini kerana Orkid dalam diam sudah mula menyayangi Ali.

Ali,raut wajahnya bengis,terus menatap tajam wajah gadis yang menjadi igauannya itu.Dia langsung tidak bimbang jika Melur menceritakan semuanya kepada Orkid.Ali begitu yakin Orkid pasti tidak akan mempercayai kembarnya itu.

"Woi! kau dah melampau tau Ali.Aku tahu kau marah,kau benci Melur.Tapi kau tak berhak lah naik tangan kat perempuan!" jerit Orkid sambil menolak kuat dada Ali.

Ali hanya merenung Orkid tanpa kata kata lalu dia berpaling dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.Orkid yang masih tidak berpuas hati mahu mengejar Ali.Tetapi..

"Orkid jangan!!." lengan Orkid ditarik.

"Kau apahal hah? Lepaslah.Lembik,kenapa biar dia pukul kau.Sini biar aku ajar jantan dayus tu.Melampau! Dia tak kenal lagi siapa aku."jerit Orkid tidak berpuas hati.

"Sudah la Orkid." tegas Melur."Dia tu suami kau.Aku ni yang salah,kalau aku tak layan cakap
dia,dia takkan mengamuk lah." kata Melur kepada Orkid.

"Arghh.." jerit Orkid. "Aku tak faham lah dengan korang berdua ni! sampai bila korang nak bergaduh macam ni.Dulu dia berani hina kau,mengata kau.Tapi sekarang dah berani naik tangan.Yang kau pula tak reti ke nak melawan."

Orkid dah bebal.Selepas bebelkan Melur dia juga terus berlalu pergi meninggalkan Melur.

Lemah Melur berjalan memanjat anak tangga menuju ke bilik Airil.Pipinya yang mula membengkak ditatap dicermin meja solek.Sehelai tisu ditariknya lalu Melur mengesat lembut darah segar ditepi bibir.

"Ya Allah apa nak jadi dengan keluarga ni!"Rintih Melur."Kenapa dengan Ali? Dia dah gila ke? apa tujuan dia buat semua ni kat aku! sedangkan dia benci aku.Ya Allah,perlukah aku beritahu Orkid." bisik hati Melur serba salah memikirkan kejadian tadi.

Setelah kejadian tadi Melur takut untuk keluar dari bilik tidur.Hatinya begitu risau jika tiba tiba bersua muka dengan Ali.Melur risau jika Ali mengulangi perkara yang sama lagi.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus berada di dalam bilik sehinggalah Airil pulang.Lagipun pipinya sudah mula merasa sakit.

Daun pintu utama dibuka.Hairan Airil apabila salamnya tidak dijawab sesiapa pun."Haish.. Sunyi je rumah mana diaorang pergi." Detik hati Airil.

Langkahnya diteruskan berjalan dengan hati yang gembira memanjat anak tangga sehiggalah sampai ke tingkat dua.

KRiuk..

Daun pintu biliknya dibuka.Tangannya laju menekan suiz lampu.

Melur tiba tiba terbangun dari tidurnya menyedari kepulangan Airil.

"Eh awak dah balik"Tegurnya.Nipis bukaan mata Melur melihat susuk tubuh suaminya berdiri dimuka pintu."Awak nak makan?" soal Melur dalam keadaan yang masih mamun.Bola matanya digosok perlahan.

Airil langsung tidak menyahut.Dia terus melangkah masuk tanpa pedulikan Melur.Jam tangan Rolex ditanggalkan dari pergelangngan tangannya dan berjalan semula melalui Melur menuju ke bilik air.

Melur terus menantikan jawapan Airil.Duduk bersandar disofa.Lama dia termenung menahan bola matanya yang hampir terlelap menunggu Airil mandi.Dia seorang isteri yang bertanggung jawab.Memastikan suaminya Airil tidak mahu apa apa darinya barulah Melur akan tidur semula.

Airil yang sudah pun mandi keluar dari bilik air hanya bertuala separas lutut.Dadanya yang bidang masih lagi dibasahi bercak bercak air.

"Airil,awak nak minum,nak makan tak.Saya nak hidangkan." Sekali lagi Melur bertanya.

Tetapi,pertanyaannya tidak dihiraukan.Airil terus berjalan melalui Melur untuk mendapatkan telefon pintarnya yang sedang berbunyi.

"Hallo sayang.. ye saya dah sampai rumah.Baru je sampai,lepas mandi.Eh,awak dah cuba pakaian yang baru beli tadi.Cantik.Mestilah.. saya yang pilih kan.Sama sama.Mana ada mahal,biasa je lah.Untuk awak.Saya tak kisahlah.Ye ke.Okey okey takpa saya faham.Jumpa esok ya.Okey bye miss you."

Miss You' Selepas ayat romantis itu diucap,Airil terus menamatkan panggilan telefon pintarnya.Entah apalah yang dia bualkan dengan Amira.Bibirnya tak lekang ukir senyum bahagia berdiri di luar balkoni rumah.Melur pula terlena dengan tubuh yang bersandar dibelakang sofa.

"Lah tidur pula perempuan ni.Baru plan nak sakitkan hati dia." Bisik Airil sambil perhatikan raut wajah Melur.Tiba tiba.. "Eh,apahal pula dengan muka dia ni?Lebam,bibir luka.Macam bekas kena tampar ja.Hah sudah.Mati aku kalau opah tanya."

Airil bercakap sendirian mula mengatur langkah menghampiri Melur.Kelihatan jelas kesan lembam dipipi dan luka pada bibir isterinya itu.

"Melur! bangun!" jerit Airil memanggil Melur dengan kasar.

"Ha ah! ye awak.Awak nak makan ke?" Terpinga pinga Melur bangun dari tidur menyoal hal yang sama.

"Apahal dengan pipi kau? Siapa pukul?" Soal Airil.Lain yang ditanya Melur,lain pula yang dia jawab.

"Ali.." jawab Melur ringkas.

"Huh" Airil mengeluh bebal. "Apasal kau pergi cari pasal dengan dia hah.Kan dah mendapat.Kau tahu kan Ali tu menyampah gila kat kau.Yang kau gatal nak bertikam lidah dengan dia buat apa.Kau diam je lah kalau dia cakap.Tak pasal pasal dah kena lempang." kata Airil geram."Masalah betul
lah kau ni.Nih kalau opah tanya apa kau nak jawab."

"Tak apa,awak tak payah risau.Kalau opah tanya,Saya cakap lah saya jatuh kat bilik air."

"Ye lah tu.Kau rasa opah tu percaya ke."

"Opah mesti percaya kalau saya yang cakap."

"Aa..a ye lah.Kau kan cucu kesayangan dia.Lantak kau lah.Yang penting opah tak salahkan aku."

Kata Airil sambil labuhkan duduknya di birai katil.

"Airil!"

"Hurmm." panggilan Melur,Airil jawab tanpa suara.

"Awak nak minum,nak makan tak." soalan yang sama ditanya lagi.

"Tak nak.Aku dah makan tadi."

"Ohh.. Airil." panggilnya lembut.

"Apa?" Tapi disahut bebal oleh Airil.

"Err..Saya nak cakap sikit boleh tak?"

"Nak cakap apa.Aku sibuklah" Balas Airil langsung tak pandang Melur.Bola matanya lebih tertumpu pada skrin telefon pintarnya.

"Alaa..sekejap je saya nak cakap."

"Hurm.. apa dia" nak tak nak ja Airil balas.

"Macam ni awak.Boleh tak kita pindah."

"Apa? Pindah?"

Dengar ja permintaan selamba Melur.Apalagi terkejutlah Airil.

"Amboi.. suka hati kau nak ajak aku pindah.Dah Kenapa? dah tak sanggup nak hadap muka mama,muka Ali.Dah tak sanggup nak buat kerja kerja rumah ni ke." sedas Airil membebel.

"Tak bukan macam tu." Melur diam seketika serba salah untuk meluahkan semuanya.Sia sia sahaja kalau dia ceritakan hal sebenar.Pasti Airil tak akan percayakan dia.

"Hurmm..Takpe lah kalau tak boleh." balas Melur pasrah lalu menjatuhkan kepala diatas bantal.

"Melur!"

"Ye" pangilan Airil disahut.Melur terus bangun dan duduk memandang Airil.

"Betul kau nak pindah?." soal Airil.

Melur,bulat bola matanya mengangguk beriya.

"Kalau kau nak pindah boleh.Tapi dengan syarat."

"Syarat? Syarat apa?"

"Kau kena kerja kat ofis aku." kata Airil bersahaja.

"Kerja?boleh boleh." Jawab Melur terus setuju.

"Tapi kau ingat,bila kau dah keluar dari rumah ni,kau jangan nak balik kat sini lagi!"

Melur tercengang.Kerut mukanya hairan.

"Lah! Tak boleh balik sini lagi? Habis tu takkan saya tak boleh balik terus,saya nak jumpa opah! Nak jumpa Orkid." ujar Melur mula resah.

"Bendul betul la kau ni.Setakat nak balik jumpa opah tu boleh lah.Maksud aku kau tu jangan nak mengada ngada nak pindah sini balik.faham!" Tegas Airil.

"Ohh..Faham faham! Err.. Tapi bila kita nak pindah ya." soal Melur ceria wajahnya.

"Wah dah tak sabar kau ya! dah ada alasan ke nak bagi opah.Sebab kau sendiri yang kena bagitahu semua orang dalam rumah ni kau yang ajak aku pindah."

Melur terdiam,wajahnya tiba tiba mencuka.Menongkat dagu seolah memikirkan sesuatu.Sesekali Melur mengigit lembut bibir mugilnya.

Airil menatap tajam isterinya itu,entah kenapa muncul perasaan aneh dalam dirinya melihat Melur menggigit bibir.Kejadian siang tadi pula tiba tiba menerjah ke kotak fikirannya.Tubuh Melur tanpa seurat benang mula terbayang.Atas bawah atas bawah dia perhatikan Melur.

"Eh,kau fikirlah dulu.Kalau opah setuju kita pindah!" Ujar Airil lantas terus bangun dari duduknya meninggalkan Melur.Risau jika nafsunya mula mengusai diri pasti gadis dihapannya itu menjadi santapan makan malamnya.

Melur masih terdiam terus berfikir,susuk tubuh Airil langsung tidak dipandang.Otaknya aktif memikirkan alasan untuk dia keluar dari rumah agam ini.Ikutkan hatinya malam itu juga Melur mahu meninggalkan rumah itu.Tidak sanggup dia nak bersua muka dengan Ali lagi.

Didalam bilik Ali.

Ali juga masih berjaga,bola matanya masih segar.Sesekali Ali menoleh kearah Orkid yang nyenyak tidur disebelahnya.Wajah comel isterinya direnung.

"Comel juga kau ni.Geram pula aku tengok." bisik Ali,mengbukam bibirnya menahan nafsu.

Tiba tiba kedua bola mata Orkid terbuka luas.Wajah Ali yang sangat dekat dengannya ditenung.

Ali terdiam,tidak berganjak terus membalas renungan Orkid.

Dia cuba memberanikan diri dekatkan lagi wajahnya dengan Orkid.Niatnya mahu menikmati bibir mugil Orkid.

Samakin dekat,semakin dekat,semakin dekat..

"Dah tidur lah Ali."

Kecewa.Itulah perasaan Ali,belum pun sempat bibir Ali menyentuh bibir isterinya itu,Orkid terus mengalihkan tubuhnya membelakangi Ali.

"Tidur Ali.Aku tahu apa yang kau nak.Aku minta maaf.Aku tak bersedia lagi nak bersama dengan kau.Nanti nanti je la kita fikir benda ni." kata Orkid lagi.

Ali hanya bersabar mengawal nafsu diri merenung belakang Orkid.Sakit pula hatinya disaat inginkan haknya sebagai suami tetapi ditolak mentah mentah oleh si Isteri.

Seawal 7 pagi Melur sudah berada di dapur basah.Nasi lemak sambal udang sudah siap dimasak,telur masih direbus diatas dapur,sambil
sambil Melur memotong timun.Tidak lupa tuna sundwich untuk suaminya Airil.

Siap semuanya terhidang di atas meja makan.Milo dan juga teh o panas menjadi air minuman pilihan untuk sarapan pagi ini.Dapur juga sudah dibersihkan dan semua barang barang kemas tersusun rapi.

Usai semua tugasnya didalam rumah Melur pergi ke kebun bunga Pn Sri Ramona.Jiwanya begitu tenang apabila selangkah kakinya berpijak dikebun bunga itu menikmati haruman bunga yang segar.

Sepasang sarung tangan kain disarung kejari jemarinya,gunting dicapai.Bola matanya mula meliar mencari daun daun mati untuk digunting.

"Melur."

"Ya!."

Jawab Melur tanpa menoleh.Melur sudah tahu siapa yang memanggilnya.

"Dah sarapan!"soal Melur sambil menggunting daun daun kering.Tahu susuk tubuh Orkid sudahpun dibelakangnya.

"Belum." jawab Orkid sambil membelek belek mawar merah yang hidup subur dikebun bunga Pn Sri Ramona."Pipi kau dah ok ke? sakit lagi tak?" soal Orkid ingin tahu.

"Dah ok sikit.sakit sikit je." jawabnya,pandangannya masih lagi melekat dipokok pokok bunga."Eh Orkid, nanti kalau opah tanya,kau cakap aku jatuh ya."pinta Melur pantas wajah Orkid dipandang.

Orkid memandang Melur tayang muka tak puas hati.Geram pula dia mendengar kata kata Melur."Apahal pula nak tipu? biar la opah tahu perangai sebenar Ali tu,biar opah mengamuk! berani sangat dia tampar kau sampai macam ni."bebel Orkid geram.

"Tak payah la nak besarkan hal ni.kesian mama." pinta Melur lagi.Sudah la Syuhada belum dapat menerimanya,pasti Syuhada akan marah kepada Melur jika Pn Sri Ramona mengamuk marahkan Ali.

"Orkid!"

"Huh!" keluh gadis berpakaian seperti lelaki itu apabila ada suara garau memanggilnya. "Menyampah betul la aku! Tu mesti nak makan.Ingat aku ni bibik dia,asal nak makan je cari aku!"

"Orkid..pergilah." pinta Melur lemah lembut."Dia kan suami kau,layankan je lah."kata Melur lagi sambil menolak lembut tubuh kembarnya itu."Eh dia datang lah.Aku masuk dulu ya." kelam kabut Melur menanggalkan sarung tangan kain yang menutupi jari jemari runcingnya sambil mengatur langkah.

"Jap.Duduk je sini."lengan Melur dipegang Orkid."Kalau dia berani buat hal aku takkan biar." kata Orkid tegas suaranya.

Ali merenung wajah isterinya,Melur pula cuba sedaya upaya menjauhkan diri bersembunyi di belakang Orkid.

"Melur,aku minta maaf,aku salah.Aku tak patut tampar kau." kata Ali sambil mengintai wajah Melur yang berada di belakang Orkid.

Raut wajah Orkid berubah hairan.Benarkah apa yang dikatakan Ali. "Apa? cakap sekali lagi aku tak berapa dengar lah." sengaja Orkid bertanya lagi.

"Melur,aku minta maaf,aku salah! aku tak patut tampar kau.Aku minta maaf sangat sangat."Kata Ali sekali lagi.

"Senang je kau minta maaf kan.Hei Ali dengan maaf kau tu sakit pipi Melur tu boleh hilang ka." Nyaring Orkid bersuara.

"Aku minta maaf.Aku betul betul tak sengaja.Aku terlalu ikutkan perasaan sampai aku tak dapat kawal marah aku.Melur,Orkid tolong ya maafkan aku.Aku janji aku tak buat macam tu lagi.Please.."Ujar Ali lagi bersungguh dia merayu menyesali akan kesilapannya.

"Tak sengaja! kau!

"Dah la Orkid." pujuk Melur melihat kemarahan Orkid yang bersungguh sungguh mahu pertahankan dirinya.

"Tak apa Ali.Saya maafkan awak.Saya harap sangat lepas ni awak tak buat lagi perangai macam tu ya."

Balas Melur,baik betul hatinya.

Ali mengangguk lega dan mengukir senyuman.

"Orkid.. jom teman aku makan."

Orkid hanya menjeling,malas mahu melayan karenah Ali.

"Orkid.Pergi la teman Ali makan.Kau pun tak sarapan lagi kan.Tak baik tau buat suami macam tu." bisik Melur ditelinga Orkid.

Orkid tayang muka tak puas hati,bertaut keningnya pandang muka Ali.

"Ye lah,ye lah..tapi kau ikut sekali."

"Err.. Tapi aku."

"Tak ada tapi tapi.. Dah jom."

Tangan Melur ditarik Orkid berjalan melintasi Ali. Nak tak nak Melur terpaksa melangkah laju mengikut gerak langkah si gadis berjiwa lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience