bab 20

Romance Series 85188

Riuh rendah di luar perkarangan rumah Dato Hakimi.Usai makan tengah hari keluarga kecil itu berkumpul di kolam renang untuk menyejukkan badan dik cuaca yang agak panas.

"Melur,jom la turun la cepat." Ajak Orkid yang dari tadi berenang ke hulu hilir bersama Ali.

Melur menggelengkan kepalanya dengan raut wajah berkerut. "Taknak lah aku tak bawa baju lah.Sehelai sepinggang ni je." Jawabnya menolak baik ajakan Orkid.

Airil pula hanya terbaring di kerusi berjemur sambil bola matanya menatap skrin telefon pintar.Manakala Pn Sri Ramona,Dato Hakimi,Syuhada dan Ibu Hanim duduk berkumpul di bawah pondok gazebo berbual sambil menikmati potongan buah buahan.

Orkid mula berasa bosan,seketika dia dan Ali berhenti berenang dan duduk bertenggek ditepi kolam.Sekali lagi Orkid mengajak kembarnya itu bermain air.

"Melur.. jom la mandi.Bosanlah!"

"Tak nakkk...."

Tetapi jawapan diberikan Melur tetap sama.Menolak ajakan Orkid dengan ton suara tinggi sehingga mengalihkan perhatian Ibu Hanim kepadanya.

"Melur.. Pergi lah mandi,kesian Orkid dari tadi tunggu kamu tau."

"Tapi bu,Melur tak bawa baju salin la."

"Lah baju Orkid kan ada,pinjam je lah nanti." Jawab Ibu Hanim.

"Ha ah,betul tu.Nanti kau pakai je lah baju aku apa susah." Orkid pula mencelah.

Satu keluhan kecil Melur lepaskan,serba salah pula dia rasa,nak tak nak terpaksa dia akur permintaan Orkid.

"Ye lah,ye lah aku mandi.Tapi aku tak nak turun ya,aku nak duduk kat tepi kolam je."

Melur menapak kakinya menghampiri tepi kolam lalu melabuhkan duduknya.Sepasang kakinya direndamkan kedalam air kolam separas lutut.Jari jemarinya mula lincah mengocak air hingga terkena wajahnya sendiri lalu dia tertawa kecil.

Airil,hanya perhatikan telatah ceria isterinya itu dari jauh.Sesekali ekor matanya menjeling kearah adiknya Ali yang dari tadi merenung tajam raut wajah Melur.

Ali,sikapnya memang begitu.Seharian Melur dirumah Dato Hakimi dia tidak melepaskan peluang untuk merenung,menyapa dan mengusik Melur.

Orkid nampak gembira bermain air bersama Melur tetapi,dia masih tak puas hati kerana Melur tak nak turun dalam kolam.Idea nakalnya mula muncul di kotak fikiran.

"Melur jap,aku nak minum air."

Nak minum air,hanyalah alasan Orkid kerana Orkid telah rancangkan sesuatu.Perlahan dia berjalan ke arah belakang Melur lalu.. Satu.. dua... tiga..

Kebum!! Tubuh Melur ditolaknya.

"Arghhhh... " Melur menjerit kuat kini tubuhnya sudah pun berada didalam kolam.Orkid ketawa terbahak bahak."Padan muka,tak nak turun sangat."kata Orkid sambil ketawa sambil telatahnya diperhatikan oleh ahli keluarga lain.

Tubuh Melur terkapai kapai didalam kolam.Sekejap di bawah sekejap diatas."Tolong.. To.. tolongg.. Tolong." Melur meronta ronta meminta tolong.

Tetapi Airil,Orkid,Ali dan yang lain lain merenung seketika rontaan Melur.Mereka menyangka Melur hanya berpura pura lemas.Mereka tahu Melur sejak dari kecil pandai berenang.Lagipun kolam itu tidaklah terlalu dalam.Tak mungkin Melur lemas.

"Tolonggggg...gulp..tolongg... Tolong." Melur masih meronta ronta.

"Eh,Melur lemas lah.Ya Allah,Ali cepat selamatkan Melur." Ujar Ibu Hanim.Pantas wanita bertudung itu turun dari pondok gazebo menuju ke kolam.

Keadaan mula cemas,tanpa berlengah Ali pantas terjun kedalam kolam sambil diperhatikan Airil,Orkid,Syuhada,Ibu Hanim,Pn Sri Ramona dan Dato Hakimi.

Kini Melur sudah pun selamat dalam dukungan Ali.
Airil pantas melangkah kakinya menerpa kearah Ali.

Tubuh kecil Melur diletakkan diatas kerusi jemur.Orkid,Pn Sri Ramona,Dato Hakimi bersama kedua isterinya berdiri mengelilingi Melur.

"Melur,Melur,bangun."

Pipi Melur ditampar perlahan oleh Ali.Namun Melur tidak bertindak balas.

"Ya Allah Ali,cepatlah buat sesuatu.Hah,CPR??"

Ibu Hanim semakin cemas dan menggelabah melihat keadaan Melur.Begitu juga yang lain.

"Ya,CPR.Cepatlah Ali buat CPR kat Melur." Ujar Orkid pula.

"Ehh.. jap jap." Airil tiba tiba bersuara dan menghalang tindakkan Ali. "Agak agak lah kau nak buat CPR kat Melur.Itu isteri aku kot,kau ingat aku tunggul ke kat sini."

Semua orang terkedu seketika,menatap wajah Airil.Dalam keadaan kelam kabut mereka lupa siapa Melur dan siapa Ali.

"Ha ah,ye la.Takkan kau nak CPR kat Melur pula.Hah Airil tunggu apa lagi cepat lah buat CPR."Orkid pula mencelah.

Keadaan tenang seketika.Semua mata memandang Airil.

Airil menghela nafas.CPR,bantuan kecemasan mulut ke mulut akan dia lakukan pada Melur.Lelaki berwajah tampan itu mula mendekatkan bibirnya pada bibir Melur.Dia agak janggal kerana ini adalah pertama kali dia akan menyentuh seulas bibir bak delima itu.

"Uhuk.. Uhuk.. huk..." Namun belum sempat dua ulas bibir itu bertaut Melur tiba tiba tersedar dan terbatuk batuk.

"Uhuk.. uhuk.." Semua air kolam didalam rongga badan Melur muntahkan sehingga terkena pada wajah Airil.Airil memalingkan wajahnya dan kemudian memangku belakang Melur.

"Alhamdulillah dah sedar pun cucu opah.Ku semangat,opah dah panik tadi.Melur,Melur okey ke cu."

"Alhamdulillah... Allah Hu akbar." Ibu Hanim pula menghela nafas lega mengusap dadanya.

"Melur... Melur okey opah.Melur tak apa apa pun.Terminum air je sikit tadi." jawab Melur,nafasnya masih tercungap cungap.

"Eh apasal kau lemas hah? bukan kau pandai berenang ke? Lagipun kolam tu bukannya dalam sangat pun."soal Ali pula,bertaut keningnya hairan.

Tetapi Melur tidak menjawab dia hanya memandang Ali.

"Isshh kau ni banyak pula tanya,Melur tu Fobia."

"Fobia?" Bertambah hairan Ali mendengar jawapan Orkid. "Kenapa Melur Fobia?" Soalnya lagi tidak puas hati.

Orkid tidak mengendahkan persaolan Ali,dia mengenggam telapak tangan Melur dengan perasaan bersalah.

"Err.. Sorry Melur,aku salah,aku sengaja tolak kau tadi.Aku ingat kau dah okey,kau dah tak fobia macam dulu sebab tu aku tolak kau.Aku nak ajak kau berenang.Kau kan suka berenang."

Melur ukir senyum nipis,membalas genggaman tangan Orkid. "Tak apa Orkid,kau tak salah pun.Aku faham.Dah tak yah nak buat muka tempoyak tu.Aku dah okey pun."

Tersenyum semua orang mendengar celoteh gurauan Melur dan Orkid.Mereka semua masih mengelilingi Melur dengan perasaan tenang dan tersenyum.Tetapi tidak Syuhada.Wanita berwajah tegang itu hanya berdiri di belakang dan melihat dengan pandangan sinis. "Fobia konon,mengada ngada.Saja lah tu nak tarik perhatian orang.Ishhkk.. Menyampah aku tengok." Bisik hatinya geram,sakit hati melihat layanan baik semua orang terhadap Melur.

"Eh dah la berbual tu,kesian Melur dah sejuk.Airil bawa Melur masuk dalam tukar pakaian tu,lepas tu rehat." Pn Sri Ramona mula bersuara apabila melihat tubuh Melur menggigil.

"Ya lah.. Airil,Cepat bawa Melur masuk.Dah menggigil tu sejuk.Karang demam pula." Celah Ibu Hanim,risau betul dia akan menantu tirinya itu."Orkid,pergi masuk ambil pakaian untuk Melur."Arahnya pula kepada menantu tirinya seoarang lagi.

Orkid mengangguk "Baik bu." lalu bangun dan berjalan terlebih dahulu masuk kedalam rumah.

Melur bangun berdiri sambil dibantu Airil.Dia mula mengatur langkah tapi tiba tiba..

"Eh abang,abang buat apa ni?"

"Dukung awak lah."

"Ehh.. takpe Melur boleh jalan sendiri lah."

"Sayang kan lemah lagi,biar abang je dukung sayang." Tegas Airil sambil tubuh Melur dicempung.

"Sayang.. dia panggil aku sayang! Hebat betul dia bawa watak sebagai suami misali.Siap dukung aku lagi.Romantik gila.. Dah macam drama korea pula.Hmm.. tapi aku suka,rezekiii.."

Bisik hati Melur kegirangan sambil merangkul leher Airil.Wajah tampan suaminya itu ditenung dari jarak dekat.Hatinya berbunga bunga bahagia,ini lah kali pertama Melur bersentuh tubuh dengan suami Arogantnya itu.

Didalam tandas bilik Airil Melur masih duduk termenung menunggu pakaian Orkid dari Airil.

"Airil,Orkid tak hantar baju lagi ke?" Soal Melur dari dalam bilik air.

"Belum."

"Kenapa lama sangat."

"Entah,mana saya tahu."

"Airil,awak tolong la pergi minta jap.Orkid lupa la tu."ujarnya lagi.

"Ishh.. tak nak lah,awak pergi la minta sendiri."

"Awak ni,awak tahu kan saya tak ada baju takkan lah saya nak keluar bertuala macam ni.Airil.. tolong lah pergi ambil baju kat bilik Orkid jap.Saya dah sejuk ni."

Airil mengukir senyuman nakal sambil memandang pakaian Orkid yang berada disisi katil sebelahnya.Sudah lama Orkid menghantarnya tadi,tetapi Airil sengaja menipu Melur.

"Airil.. Tolong lah." Melur masih merayu,berpeluk tubuh kerana terlalu sejuk.

"Kau keluar je lah,yang kau tunggu dalam bilik air tu buat apa."

Perangai nakal Airil dah datang,sengaja dia mahu menyakat gadis polos itu.

Melur didalam dah tercengang.

"Gila aku nak keluar macam ni,memang tak lah.Jap gi dia cakap aku sengaja nak goda dia." Detik hati Melur. "Err.. Takpe lah Airil,saya tunggu je lah." Melur menolak baik arahan Airil.Tetapi Airil pula tak puas hati lalu mendengus geram.

"Melur keluarlah."

"Takpe saya okey lah.Saya tunggu." Ujarnya lagi.

"Melurrrr....

"Ya..."

"Keluarrrr....

"Err.. tak pe saya tunggu..

"Melur! Keluar lah! kau ni kenapa degil sangat hah.Susah sangat nak ikut arahan aku." Suara Airil mula mencanak tinggi sehingga tersentak bahu Melur.

"Eh dia ni,paksa paksa pula.." bisiknya."Takpe Airil,saya okey lah.Saya...

"Melur Natalia! kau boleh tak dengar cakap aku.Aku cakap keluar keluar lah atau kau nak aku pecahkan pintu tandas tu."

"Hah sudah,apasal pula mamat ni nak naik angin pula.Ishh,keluar je lah.Kang tak pasal pasal dia mengamuk."

Terdengar suara nyaring Airil,Nak tak nak Melur terpaksa keluar dari tandas.Malu,itu lah perasaanya apabila tubuhnya yang hanya dibaluti tuala separas paha.Selangkah demi selangkah Melur menapak lalu melabuhkan duduknya diatas sofa.Tangannya disilangkan bagi menutup dada putihnya yang terdedah.

Airil pula tidak melepaskan peluang menatap geram tubuh putih gebu isterinya itu.Dari bawah sampai lah kewajah Melur dia perhatikan.

Melur yang perasan akan renungan Airil cuba membetulkan tuala yang mendedahkan tubuhnya.Tuala dia bahagian bawah ditarik.

"Apahal? malu? takut?."Airil merenung wajah Melur yang keresahan.

Melur hanya membisu dan menggelengkan kepalanya,bibir merahnya digigit gigit lembut.

"Tak malu,tak takut,tapi kenapa tak tentu arah macam tu.Tak payah lah kau nak tutup sangat badan kau tu.Tak berdosa pun kalau aku tengok." kata Airil bola matanya masih ligat perhatikan Melur.

Melur pula masih membisu.Anak matanya menatap lantai.

"Suka la kau kan kena dukung dengan Ali.Aku nak dukung taknak pula.Saja nak buat perangai depan opah.Kau ingat aku tak tahu.Tadi kau saja kan berlakon lemas,Fobia! tak reti berenang.Saja nak merasa kena dukung dengan Ali.Konon tak sedar,Nak Ali tu CPR kat kau,bila aku yang nak buat cepat pula kau sedar.Kau ni kan memang ada hati dengan Ali ke? Macam tu cara kau goda adik ipar sendiri."

Mendengar kata kata Airil pantas Melur mengalihkan padangannya.Wajah Airil ditatap dalam dalam Sakit hatinya dituduh begitu.

"Apa yang awak merepek ni.Eh,saya tak tipulah,saya betul betul lemas tadi.Awak tu yang tak tahu apa masalah saya jangan nak tuduh tuduh.Tadi,kenapa awak tak tolong selamatkan saya.Lepas tu awak nak tuduh saya yang bukan bukan.Saya tak sedar lah,kalau saya sedar saya pun tak nak lah Ali tu dukung saya.Saya ni waras lagi,tahu beza halal haram.Saya bukan orang gila nak goda adik ipar sendiri!"

Seketika Airil terkedu.mendengar lontaran suara Melur.Tegas dan tinggi ton suaranya.

"Alasan!"

"Alasan apanya.Airil,sumpah saya tak ada apa apa perasaan pun kat Ali.Dari dulu perasaan saya ni kat awak sorang je sampai lah sekarang.Saya sayang awak Airil."

"Sayang?? Eee.. geli lah aku dengar.Kau ingat aku hadap sayang kau tu.Ehh simpan lah kau punya sayang tu.Dah dah,serabut otak aku ni cakap dengan kau.Sekarang kau ambil baju ni pergi siap kita nak balik."Kata Airil sambil menunjukkan pakaian Orkid disebelahnya.

"Lah,bila masa Orkid hantar? tadi saya tanya awak,awak cakap takde." Bekerut muka Melur hairan.Tanpa berlengah dia terus bangun berdiri,berjalan menghampiri Airil untuk mengambil pakaian Orkid.Wajah tegas dia tayangkan pada Airil.

Tiba tiba.. belum pun sempat pakaian Orkid dicapai lengan Melur dicekak Airil lalu ditarik sehingga tubuh gadis itu rebah keatas ranjang.

Sepantas kilat Airil naik keatas tubuh Melur.Ghairah.. itulah pandangan Airil merenung wajah Melur.Manakala kedua belah lengan Melur dicekak. "Dah lama aku sabar dengan kau.Aku kawal nafsu aku.Aku tak nak setuh kau.Tapi bila aku fikir balik,rugi pula kalau aku tak guna kau.Benda halal kan.Aku ni mungkin takde perasaan cinta,sayang kat kau,tapi tak semestinya aku tak bernafsu nak bersama kau.Melur,aku nakkan hak aku,hak aku sebagai suami." berbisik ditelinga Melur dengan nafas ghairah lalu pipi Melur dikucup lembut oleh lelaki bertubuh sasa itu.

Melur jelas terkejut dengan tindakan Airil,tetapi dia cuba bertenang.Redup bola matanya menatap sisi raut wajah Airil,tubuhnya kaku tidak melawan. "Buat lah Airil,buat lah apa yang awak nak.Awak tak perlu berkasar pun.Saya takkan melawan,saya ni isteri awak,hak awak.Buatlah,saya akan tunaikan hak awak tu."

Mendengar kata kata Melur kening Airil bekerut hairan.Kucupan ghairahnya di leher Melur terhenti,dan dia terus bangun.Cengkaman lengan Melur juga dia lepaskan.Keningnya masih bertaut menatap wajah Melur. "Semudah tu kau terima semua ni.Kau rela,kau terima.Sedangkan aku tak cintakan kau pun.Biar betul,kau ni mesti ada muslihat kan." ujar Airil lalu mengalihkan tubuhnya yang berada diatas Melur dan duduk dibirai katil.

"Muslihat? muslihat apa?Airil,kita ni suami isteri.Ini tanggungjawab besar saya sebagai seorang isteri.Berdosa besar kalau saya menolak kemahuan awak.Saya tak mahu dilaknat.Ya,saya sedar saya tahu awak tak suka saya,tak sayang,tak cintakan saya tapi itu bukan alasan untuk saya tak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri." Melur juga bangun dan duduk bersimpuh diatas ranjang.Tuala yang longgar diketatkan semula.

"Tanggungjawab! Arghh.. kau tipu! aku tak percaya lah.Aku kenal kau Melur,kau ni muka je polos tapi hati busuk.Kau guna alasan dosa untuk jayakan muslihat kau.Kau nak sebab kau memang nak sangat mengandungkan anak aku kan.Sebab kau gila harta.Kau nak kan harta aku,harta opah.Eh,perempuan mata duitan macam kau ni,darah pembunuh memang tak layak lah mengandungkan anak aku.Kau jangan nak berangan lah.Aku tak nak ada anak keturunan pembunuh macam kau ni.Dasar perempuan murahan,baru sentuh sikit dah ghairah lebih."

"Allah hu akbar,Airil..." Satu keluhan Melur lepaskan bersama titisan air mata.Terguris hati Melur mendengar kata kata Airil.Air matanya mula mengalir "Sampai hati awak hina saya.Tuduh saya.Ya,memang saya ni jahat! tapi saya tak bunuh Lilly."

"Tapi Lilly mati sebab kau.Kau yang rancang semuanya kan.Sebab perangai dengki kau tu Lilly mati!" Jerit Airil.Telunjuknya tepat dihalakan kewajah Melur.

"Saya menyesal Airil,menyesal sangat sangat.Saya bodoh masa tu.Tak fikir panjang.Airil,tolong lah jangan cakap hal ni lagi.Saya tak kuat Airil nak tanggung sesalan ni lagi.Tolonglah ampunkan semua kesilapan saya dulu.Saya sayang awak.Saya ikhlas jadi isteri awak,saya tak nak pun harta awak,harta opah.Saya tak nak.Tolong lah Airil,ampun kan saya." Berlinang air mata Melur mengharap kemaafan Airil.

"Maaf,Ampun.. Tak Melur,tak mudah aku nak maafkan kau.Aku takkan pernah lupakan apa yang kau dah buat pada Lilly,pada keluarga aku.Kau hancurkan perasaan aku,aku percayakan kau,aku sayang,aku cintakan kau.Tapi kau manusia yang bertopengkan syaitan,pembunuh!.Aku benci kau! Sebab kau hidup aku dihantui rasa bersalah kerana tak percayakan Lilly.Aku abang dia,tapi aku tak mampu tolong dia.Aku menyesal pernah sayang dan cintakan aku.Aku menyesal!"

Melur terdiam kaku melihat air mata Airil jatuh ke pipi.

"Ya Allah.. Kesiannya Airil,kerana aku jiwa dia tak tenang." Bisik Melur Air matanya juga mengalir semakin laju menyesali perbuatannya dulu.Manakala Airil sudah pun keluar dari bilik dengan perasaan marah.

Dibilik Ali,Orkid bersama sama Ali sedang menikmati air panas didalam bathtub.Ali menggosok lembut belakang tubuh isterinya sambil mereka berbual.

"Kenapa Melur fobia dengan air dalam,setahu aku,korang berdua tahu berenang kan.Melur tu pula lagi lah pantas berenang.Dulu masa kita kecil Melur tu selalu menang tahan nafas dalam air." soal Ali,duduknya dibelakang Orkid.

"Ye,Melur memang pantas berenang.Boleh tahan nafas lama dalam air.Tapi.. tu semua dulu.Sekarang Melur takut air,Melur Fobia dengan air dalam.Semuanya jadi lepas Lilly dengan ibu meninggal.Melur cakap bila masuk je dalam air dalam dia nampak arwah ibu dengan arwah Lilly datang dekat dia,nak lemaskan dia.Muka diaorang menakutkan."

"Ishh kau ni,biar betul.Seram pula aku dengar."

"Betul lah,tapi tu lah aku ingat bila dia dah kawin dia dah tak fobia.Rupanya tak masih takut.Kesian kan kat Melur."

"Hurm kesian.. Tapi tu lah memang patut pun balasan yang dia terima tu! Jahat sangat." Kata Ali tanpa selamba.

Orkid apa lagi,mendengus geramlah.

"Kau ni! tak baik cakap macam tu.Kau pun masih marah Melur ke?"soal Orkid sambil menoleh merenung wajah Ali.

"Kau tak rasa apa yang aku rasa.Sakit tau kehilangan orang yang kita sayang.Eh,tapi disebabkan dia juga ibu kau meninggal kan."

"Ibu meninggal sebab dah sampai ajalnya.Semua yang jadi tu asbab je.Kita ni siapa nak menghukum Melur." Orkid mula naik angin.

"Betul apa yang kau cakap,tapi dia punca Lilly mati.Kalau tak kerana sikap dengki dia tu.Lilly,ibu masih dengan kita tau."tegas Ali.

"Kenapa susah sangat kau nak maafkan Melur? Melur tu dah berubah lah.Lagi pun semua benda tu jadi masa kita kecil lagi.Umur masing masing masih mentah."

"Argghh alasan je semua tu.Kalau Melur berubah baik macamana pun Adik aku takkan kembali lah."

Tergeleng geleng kepala Orkid.Geram bercakap dengan manusia yang tak faham bahasa.

"Eh suka hati kau lah Ali nak fikir apa pun.Dah la aku nak keluar,kau mandi la sorang sorang."kata Orkid bebal,lalu melangkah kakinya keluar dari bathtub meninggalkan Ali.

Ali hanya membatu membiarkan isterinya beredar.Ali sudah faham dengan sikap keras kepala Orkid yang tidak mudah dipujuk.Hatinya juga belum mampu untuk memaafkan Melur.

Malam sudah menjelma,Airil dan Melur mula meminta diri untuk pulang kerumah.Gembira hati Melur dapat meluangkan masa bersama Pn Sri Ramona opah tercinta.Namun Melur masih rasa terkilan kerana Syuhada masih tidak mampu melayannya dengan baik.

Selesai sudah sesi bersalaman dan peluk cium,Airil dan Melur memulakan perjalanan bertolak balik.

Didalam kereta Melur hanya mendiamkan diri,pandangannya dilempar keluar tingkap kereta menikmati pemandangan hutan batu Kuala Lumpur.

Airil pula sibuk berbual ditelefon pintar dengan buah hatinya Amira.Wajahnya ceria,bibirnya sentiasa mengukir senyuman dan tawa riang.Sesekali Melur menjeling suaminya itu dengan rasa cemburu.Namun Melur harus menerima hakikat dirinya bukan pilihan Airil,suatu hari Airil akan melepaskannya pergi.

"Airil.. " panggil Melur apabila Airil sudah menamatkan perbualannya dengan Amira.

"Hurm" kasar Airil menjawab.

"Esok lepas kerja boleh tak saya nak minta tolong abang Man bawa saya hantar buket costemer."

"Suka hati kau je kan nak ajak abang Man tu kehulu kehilir ikut kau.Eh aku bayar dia untuk bawa kau pegi balik kerja je tau bukan suruh ikut arahan kau."

"Awak tak payah lah marah,kan saya tanya.Tak boleh tak apa.Saya boleh je naik grab."

"Tak boleh! Kau tak boleh pergi mana mana lepas kerja.Kalau diaorang nak buket kau tu suruh diaorang datang ambik kat ofis!" tegas Airil.

"Tapi..

"Dah,tak de tapi tapi.Macam ni lah perangai kau,aku izinkan buat buket,kau mengada ngada nak buat cod pula.Dah tak cukup makan pakai ke sibuk nak berniaga online."

"Saya buat bukan sebab duit,tapi sebab minat.So saya kenalah selalu buat buket dan jual sebab suatu hari nanti saya nak ada kedai sendiri.Buket Bunga Cinta itu nama kedai saya.Masa tu semua orang dah tahu kedai saya.Seronok awak bila tengok orang tersenyum bahagia dapat bunga hmmm..sweet sangat." kata Melur sambil tersenyum sendiri.

"Tinggi betul cita cita kau kan.Takpe kau tunggu setahun je,lepas aku cerai kau.Kau buat la apa yang kau nak sebab kau akan berambus dari hidup aku dan hidup kekuarga aku.Ingat,lepas kita cerai kau dapat apa yang kau nak,kau kena jauhkan diri dari opah.Aku tak nak kau ada kena mengena lagi dengan keluarga aku.Faham?" Airil kalau bercakap langsung tidak pedulikan perasaan Melur.

Melur pula hanya mengunci bibir,sedar akan perjanjian yang telah dia setuju.Rasa gembira bertukar pilu bila setelah mendengar ukapan Airil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience