bab 9

Romance Series 85188

Suasana sepi di rumah Dato Hakimi,sesudah solat magrib dan makan malam mereka mengambil kesempatan untuk membuat urusan masing masing.

Orkid seperti biasa lah,game online PUBG menjadi pilihannya.Akan tetapi kali ini Ali turut serta dalam permainan itu.

"Ali follow aku!.."Kata Orkid. "Kau kat mana! hah hilang pulak."Kata Orkid lagi,matanya tidak lekang mengadap skrin komputer."Aku kat sini lah,belakang kau."Begitu juga Ali,jari jemarinya sibuk menekan butang papan kekunci."Mana kau?aku tak nampak pun! cepat lah tolong aku."Tegas Orkid yang hampir kalah didalam permainan onlinenya itu.

Melur pula duduk termenung di ruang bacaan.Sambil menongkat dagu Melur tersenyum ceria melihat dari jauh kemesraan Ali dan Orkid.Walaupun mereka tidak seperti pasangan suami isteri akan tetapi mereka seperti kawan satu kepala.

Skrin telefon pintar menjadi peneman Melur.Beberapa whatssap dari pelanggan Buffet Bunga Cinta dibalasnya.

"Kenapa ni? masam je muka tu?"Soal Pn Sri Ramona tiba tiba muncul diruang itu,lalu mahu melabuhkan duduknya di atas sofa tepi Melur.

"Eh opah sini sini teman Melur."Ujar Melur.Lengan Pn Sri Ramona dirangkulnya apabila wanita tua itu sudahpun duduk disampingnya.

"Mana ada buat muka masam.Cuma Penat je? lama tak drive jauh jauh macam ni." rungut Melur.

"Kalau penat pergi la rehat kat bilik opah dulu! nanti Airil dah balik opah kejutkan." Pinta Pn Sri Ramona.

"Hurmm.. taknak lah tidur dalam bilik.Melur nak tidur atas riba opah boleh."Pinta Melur pula sambil melabuhkan kepalanya yang dibaluti sehelai selendang hitam diriba Pn Sri Ramona.

Pn Sri Ramona hanya membiarkannya.Mengusap lembut bahu Melur.

"Opah.. Melur rindu rumah kita lah."

"Hai dah rindu rumah kita.Kita baru je sampai tadi." kata wanita bermata biru itu hairan dengan perangai cucunya itu.

Seketika Melur melentangkan tubuhnya dan merenung wajah Pn Sri Ramona. "Bosanlah opah! kalau kat rumah boleh buat buffet.Kat sini tak tanu nak buat apa." keluh Melur.

"Ishh kamu ni! tak habis habis dengan buffet kamu tu.Dah lah,kamu tidurlah sekejap opah nak baca buku." Kata Pn Sri Ramona malas nak melayan rungutan Melur.Sebuah buku bertajuk Kembara Ke Kota Makkah menjadi pilihan Pn Sri Ramona untuk dibaca.

Tanpa Melur dan Pn Sri Ramona sedar ada sepasang mata yang merenung keakraban mereka berdua.Syuhada dengan rasa tidak puas hati menatap cemburu hubungan isteri Airil dengan ibu mertuanya itu.

"Ish,macam belangkas!.Asyik nak berkepit je.Menyampah betul aku dengan perempuan ni." Rungut Syuhada bebal."Macam ni tak ada peluang lah aku nak berbaik dengan bonda." bisik hatinya lagi penuh dengan rasa iri hati.Bola matanya masih lagi merenung dua susuk tubuh itu di ruang bacaan.

"Assalammualaikum.Hai mama tengah."

"Hah,Waalaikumusalam.Airil." Jawab Syuhada terkejut dengan kehadiran Airil.

"Hai mama tengok apa tu.Sampai terkejut."

"Hurmm tak tengok apa apa lah.Hah,kamu tu lewat balik.Pergi mana." soal Syuhada.

"Banyak kerja kat ofis ma.seminggu cuti kan.Opah mana?" Soal Airil pula lalu merebahkan tubuhnya atas sofa.

"Opah! apa lagi berkepit dengan cucu kesayangan dia la.Ish sakit betul la hati ni tengok diaorang berdua tu." rungut Syuhada masih tidak berpuas hati.

Airil pula tertawa kecil melihat raut wajah cemburu ibunya itu."Mama jelous ke sebab tak boleh berkepit dengan opah.Jom lah Airil tolong mama."Ajak Airil,otaknya merancang sesuatu.

Dua beranak itu pun berjalan seiring menuju ke ruang bacaan.

"Asslammualaikum Opah."Salam diberi Airil sambil menghulur tangan.

Mendengar suara Airil pantas Melur bangun dari riba Pn Sri Ramona.

"Waalaikummusalam.Hurmm baru balik."

"Ye opah.Sibuk sikit kat ofis tadi.Opah bila sampai.Opah sihat."

"Opah sihat Alhamdulillah.Memang hari hari ke kamu balik lewat macam ni." Soal Pn Sri Ramona tegas.

Melur pula tidak berkata apa apa,hanya berdiri menunggu masa untuk menghulur salam.

"Eh tak lah, kadang kadang je.Hari ni kerja banyak!Cuti lama kan." Jawab Airil sambil menyambut salam dari isterinya.Tetapi belum pun sempat bibir Melur menyentuh belakang telapak tangan pantas Airil menarik tangannya.

"Abang.. jom makan.Melur masak spagetti tadi." Ajak Melur.Bibirnya mengukir senyuman tawar.

"Abang?" bisik hati Airil tekejut."Suka hati kau je kan nak berabang abang dengan aku.Eee geli lah!" bisik hatinya lagi. Airil juga mengukir senyuman kelat.Perlawaan Melur diterima baik.Terpaksa berlakon didepan Pn Sri Ramona."Boleh sayang.Jom lah,abang pun dah lapar sangat ni." jawab Airil bersahaja walaupun terpaksa bahasakan dirinya'abang'.

Tersenyum lebar Pn Sri Ramona melihat layanan baik Airil terhadap cucu kesayangannya itu.Syuhada pula membuat muka seperti tidak percaya akan sikap baik anak sulungnya melayan gadis yang tidak pernah dia suka.

"Eh tapi,abang nak mandi dulu ke makan dulu.Abang kan baru balik."soal Melur lagi.Hatinya melonjak gembira apabila Airil membalas layanan mesranya.

"Makan dulu la,lapar sangat lah sayang." jawab Airil.sengaja memanggil gadis itu sayang sekadar memberi harapan palsu.

Melur pula tak lekang ukir senyum bahagia mendengar ungkapan sayang dari suaminya itu."Jom abang.." Dengan beraninya Melur terus merangkul lengan berulas Airil.

Terkejut Airil dengan tindakkan berani Melur.Namun Airil hanya menuruti.Pasangan suami isteri itu berjalan bersama menuju ke ruang makan.Kini Syuhada berpeluang untuk berkepit dengan mertuanya itu.

Kerusi ditarik keluar,lantas Airil melabuhkan duduknya.Melur pula sibuk memanaskan spagetti bolognese makanan kesukaan suaminya itu didapur.

"Nah abang makanlah."Melur masih lagi tersenyum bahagia sambil menghulurkan sepinggan spagetti bolognese hasil air tangannya tetapi resepi dari Orkid.Sepinggan buah epal siap dipotong dan segelas fresh oren turut dihidangkan.

Tanpa disuruh Melur menarik kerusi dan melabuhkan duduknya berhadapan Airil.

"Awak tak makan sekali ke?"Soal Airil sambil menatap wajah manis Melur yang tidak henti mengukir senyuman.

"Saya dah makan tadi! sedap tak abang?"Soal Melur apabila sesuap spagetti sudah masuk ke mulut Airil.

Airil hanya mengangguk,tidak mampu mengeluarkan kata kata mengumpul kesabaran melayan karenah gadis itu.

Dengan cepat Airil menghabiskan hidangan dari Melur.Rasa menyampah melonjak lonjak melihat raut wajah bahagia Melur.

"Abang naik dulu ya,nak mandi."

Kemudian dia terus bergegas naik keatas.

"Eh Abang jap."

Langkah Airil terhenti menoleh kearah Melur.

"Abang,boleh tak tolong bawa beg pakaian Melur sekali naik atas.Ada dalam bilik opah warna biru.Melur tunggu abang balik nak masuk bilik.Bilik abang kunci kan." pinta Melur tanpa segan silu.Lalu dia terus ke dapur untuk membasuh pinggan kotor.

Airil menghela nafas geram.kesabarannya hampir hilang."Sabar Airil sabar,kau ikut je cakap dia.Jap lagi tahu la aku nak ajar kau nanti."Bisik hati Airil,pantas menapak kakinya menaiki anak tangga.

Begitu bahagia Melur rasakan.

"Leganya Ya Allah,Airil dah maafkan aku.Melur janji abang.Melur akan jadi isteri terbaik untuk abang.Melur sayang abang." Bisik hati Melur terlalu gembira.Otaknya mula berangan jauh,membayangi malam pertama yang bakal dilaluinya sebentar lagi.

Selesai sudah membasuh dan mengemas dapur.Melur terus bergegas mamanjat anak tangga pergi ke bilik Airil.

Tok tok tok..daun pintu bilik Airil diketuk Melur.

Tanpa menunggu lama.Pantas Airil membuka.Tiba tiba lengan Melur direntap kasar,tubuh Melur dihayunkan kelantai.

"Aduh!"

Melur merintih.Tubuhnya sakit terjelepuk Melur jatuh atas lantai.Riak wajahnya juga begitu terkejut melihat wajah berang Airil.

"Kenapa ni bang?Kenapa buat Melur macam ni."

Soal Melur hairan,duduknya masih lagi dilantai beralas karpet.

"Dah! tak payah nak berabang abang dalam bilik ni,nak muntah la aku dengar."tegas Airil.

Melur terdiam seribu bahasa.Bola matanya terus merenung hairan wajah suaminya yang sebentar tadi melayaninya dengan baik.

"Hoi perempuan! Kau dengar sini.Apa yang aku buat tadi tu semuanya hanya lakonan! Hei,aku gelilah nak panggil kau sayang.Tapi aku terpaksa,aku nak opah percayakan aku je.Kau tengok muka opah tadi,bukan main gembira lagi aku panggil kau sayang.Eh,aku tak tahu lah ilmu apa kau pakai hah sampai macam tu opah tu sayang kau.Sakit lah hati ni.Opah tu sayang kau lebih! dengan aku dengan Ali dengan mama semuanya tak kena semuanya salah.Aku setuju kawin dengan kau ni sebab aku nak dekatkan mama dengan opah.Aku nak opah tu sayang mama.Aku nak opah tu sedar sikit yang mama aku tu sayang dia lebih dari kau! Tapi kau tu masih nak menempel dengan opah."

Panjang lebar Airil meluahkan rasa marahnya pada Melur.

Melur pula hanya terdiam kaku.Bingung.Apakah semua yang terjadi pada Syuhada,pada Airil pada Ali disebabkan dirinya.Selama ini Melur ikhlas sayangkan Pn Sri Ramona.Melur akur akan kehendak Pn Sri Ramona kerana janji ibunya dan juga cintanya kepada Airil.Mahukan harta Pn Sri Ramona hanya lah satu alasan supaya Orkid juga bersetuju.Melur mahu Orkid sentiasa ada dengannya,hanya Orkid lah saudara kandung yang dia ada.

"Dengar sini Melur! aku tak suka nak berkasar dengan perempuan,lagi lagi perempuan lemah macam kau nih,sanggup jadi hamba opah sebab nak hidup senang."begitu pedas kata kata Airil masih meluahkan rasa amarahnya. "Mulai malam ni.Depan Opah,Mama,Papa,Ibu Hanim aku suami kau,kau boleh la nak perasan sekejap panggil aku abang.Tapi jauh dari diaorang kau tu hamba aku! Kau kena taat semua cakap aku.Faham." Ujar Airil lagi sambil
menunding telunjuk tepat kemuka Melur.

Begitu pedih hati Melur bagai disiat siat.Kebahagiaan yang baru dirasakan sebentar tadi hilang sekelip mata.Bola matanya juga sudah menakung air jernih.

"Selagi aku suami kau! kau kena ikut semua arahan aku.Tempat tidur kau kat situ.Nah kau ambil bantal ni.Kau jangan nak mengada ngada naik atas katil
ni.Kalau kau sejuk ke panas ke.Pandai pandai kau lah."

Kata Airil lagi sambil menujukkan sebiji sofa panjang berwarna grey sebagai tempat tidur isterinya itu.Dan sebiji bantal dibaling tepat kewajah Melur.

"Oh satu lagi,beg kau pergi ambik sendiri kat bilik opah.Aku ni bukan orang gaji kau.Suka hati nak mengarah.Kau jangan nak mengadu,sebab tak ada sesiapa pun yang akan percaya kau!" ujarnya lagi lalu Airil beredar ke katilnya merebahkan tubuh keatas tilam bersaiz king itu.

Melur masih lagi terduduk dilantai meratapi tangisnya.Sebaknya hati dilayan seperti itu oleh lelaki yang sangat dia cintai.

"Dah la menangis tu! air mata kau tu tak mampu lah nak buat aku kesiankan kau! Dah tiba masa kau rasa hidup susah.Kau rasa sakitnya hati kita orang.Sakitnya dilayan macam orang asing."

Sekali lagi Airil bersuara masih lagi tak berpuas hati.

Akhirnya Melur akur,terpaksa berlapang dada menerima permulaan kehidupan barunya.

Melur gagahi untuk bangun dari duduknya,sudah lah hatinya sakit bagai dihiris.Lengan dan tubuhnya juga mula merasa sakit akibat rentapan dan ayunan yang kuat tadi.Melur megesat saki baki air mata lalu merebahkan tubuhnya di atas sebuah sofa panjang beralaskan sebiji bantal.Selendang masih dikepala.Dengan esakan tangisan akhirnya Melur terlena dibuai mimpi ngeri bakal bermula.

Dibilik Ali pula.

"Kau apahal tidur kat situ."Tegur Ali apabila melihat Orkid merebahkan tubuhnya diatas sofa panjang.

"Takpe lah aku tidur sini je."jawab gadis berambut pendek itu.

"Katil bilik aku ni besar! setakat badan macam kau tu tak sempit lah." Ujar Ali menyindir.

Sindiran Ali tidak dibalas Orkid.

"Kau takut?.jangan risau lah! Aku tak kan sentuh kau lah.Aku bukannya gay nak bermesra dengan kau."

Kata Ali lagi,semakin pedas pula sindirannya kali ini.

Orkid apa lagi,terus bingkas bangun menatap tajam
wajah Ali.

"Mulut kau ni memang berbisa kan!Ada je benda kau nak cakap sakitkan hati aku." Kata Orkid berang.

"Aku ni cakap benda yang betul! cuba kau berdiri depan cermin tu,tengok diri kau dari bawah sampai atas.Kau ni nampak macam perempuan ke?.So kau tak payah risaulah.Nafsu aku ni kat perempuan je tau.Kalau lelaki jadian macam kau ni tak kot.Tengok pun ada selera."sindir Ali lagi.

Geram Orkid memandang Ali.Sakit hatinya.Orkid terus menghempaskan tubuhnya diatas sofa panjang itu.Malas dia bertikam lidah dengan suaminya itu.

"Lah degil.Nak tidur situ juga.Suka hati kau lah Orkid oi.Eh! tapi malam ni tolong ya jangan nak rogol aku! aku ni teruna lagi tau.Kalau kau nak,kau minta ja.Aku no hal boleh je layan kau.Tapi sebelum tu pastikan kau tukar diri jadi perempuan dulu.Barulah bernafsu sikit aku nak gomol
kau." kata Ali lagi sengaja menyakat Orkid.

"Oi diam la beruk.Aku nak tidur!" Jerit Orkid lantas menekup telinganya dengan bantal.

Kedengaran suara Ali berdekah dekah ketawa besar.Geli hatinya melihat telatah Orkid.

Dibilik Dato Hakimi pula.Syuhada tersenyum lebar menatap dirinya dicermin almari solek.Rambutnya lurus dan panjang disisir.

"Dari tadi terseyum je,apa yang menghiburkan hati awak tu Puan Syuhada oi!"Tegur Dato Hakimi hairan melihat keceriaan diwajah manis isterinya itu.

Syuhada hanya terdiam dan terus mengukir senyuman lebar..Losyen dipicit lalu diratakan ke seluruh lengan hinggalah ke jari jemari mugilnya.

Dato Hakimi melangkah turun dari katilnya dan menghampiri isterinya yang tampak menggoda mengenakan baju tidur jenis satin itu.

Kedua belah bahu Syuhada digengam lembut.Satu kucupan kasih sayang melekat di ubun Syuhada."Selalu tersenyum macam ni kan manis.."Kata Dato Hakimi memuji isterinya itu.Wajah Syuhada dalam pantulan cermin direnung.

"Syuha happy sangat bonda tinggal sini bang.Bonda suka dengan masakkan Syuha tadi.Abang tau tak, bertambah bonda makan tadi! sampai dua kali." Teruja Syuhada meluahkan kegembiraannya.

"Ye ke? bagus lah kalau macam tu! Abang pun suka sangat bonda tinggal sini."Jawab Dato Hakimi sambil memicit lembut belakang Syuhada.

"Abang.Syuha ingat Syuha nak buat kebun bunga la untuk bonda kat tanah belakang rumah tu!.Boleh lah bonda habiskan masa dia kat kebun tu.Sekurangnya terubat rindu bonda kat kebun rumah sana." Kata Syuhada sambil menyapu losyen di betis dan kakinya pula.

"Boleh sayang.Boleh sangat.Abang tak kisah,abang okey je." Jawab Dato Hakimi akur dengan permintaan isteri tercintanya."Sayang.. jom tidur.Mengantuk pula tengok isteri abang cantik macam ni." Ajak Dato Hakimi penuh dengan makna tersirat.Pipi putih Syuhada dibelai lembut.

Syuhada pula tersenyum manis,memahami akan kemahuan batin lelaki bertubuh tinggi itu.Perlahan Syuhada bangun dari duduknya berjalan berpimpin tangan Dato Hakimi keranjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience