Airil yang masih terbaring diatas ranjang segera mengalihkan pandangannya ke skrin telefon pintar.Sedaya upaya mengumpul kekuatan mengawal nafsunya.
Entah mengapa hatinya masih belum puas,melonjak ingin tahu dua aset depan isterinya itu apabila hanya tubuh belakang Melur sahaja yang menjadi tatapannya tadi.
Walaupun pandangan itu tanpa sengaja tetapi kotak fikiran Airil masih aktif berfikiran nakal cuba membayangi dada montot Melur.
"Huhf." Satu keluhan Airil lepaskan.
"Apa masalah kau ni Airil! Takkan dah tergugat iman kau! Takkan kau tergoda kot dengan perempuan pembunuh tu.Perempuan yang telah merampas kehidupan adik kau.Perempuan yang telah merampas kebahagian keluarga kau.Tak,tak kau tak boleh sentuh dia.Kau tak boleh sentuh perempuan jahat tu.Amira! kau dah ada Amira.Kau kena fokus pada Amira." Bisik hati Airil berperang dengan perasaan sendiri sambil menganggukkan kepalanya.
"Ya Amira,aku kena call Amira sekarang."bisiknya lagi,lalu jari jemari Airil terus menyentuh skrin telefon mencari nama buah hatinya itu untuk dihubungi.
Melur pula sudah pun berada diruang dapur basah bersiap sedia untuk menjadi tukang masak dirumah banglo itu apabila Kartini tiba tiba mengambil cuti pulang ke kampung halamannya selama seminggu.
"Ya Allah..malunya tadi." bisik hati Melur memicit kepalanya yang tak sakit."Macam mana la aku boleh tak perasan dia ada dalam bilik tu.Yang Airil pula.Boleh dia diam je perhatikan aku.Mesti dia dah tengok semuanya.Aduh.. malu,malu,malu.Argghh lantak lah.Malas nak fikir,benda dah jadi.Lagipun aku kan isteri dia.Tak dosa pun."bisik hatinya lagi cuba tenangkan diri.
Peti sejuk dibuka Melur.Angin sejuk terus menerjah kewajah Melur.Bola matanya bergerak gerak melihat bahan bahan mentah yang tersusun rapi.
"Oi Melur.Kau nak masak apa hari ni?" soal Orkid kepada Melur setibanya di ruang dapur basah.
Akan tetapi sapaannya tidak dibalas Melur.Pandangan Melur masih tertumpu pada isi dalam peti ais itu.
"Woi!" sergah Orkid.Kini susuk tubuhnya sudah pun berada di belakang gadis yang masih dalam dunia khayalan itu.
"Allah huakbar! Hah,kau Orkid.Terkejut aku."
Ujar Melur tersedar dar lamunan."Elok sangat lah buat perangai macam tu.Lain kali bagi lah salam dulu." Sedas Melur bebelkan Orkid.Bola matanya tajam menjeling kembarnya itu.
"Kau berangan?"
"Tak lah,aku tengah fikir nak masak apa."
"Oh!" jawab Orkid ringkas lalu dia juga menjengah kedalam peti sejuk,bola matanya meliar melihat sesuatu."Apa yang kau tengok dalam freezer tu Melur.Lama bebeno." seloroh Orkid.
"Aku tengok barang barang dalam peti sejuk ni lah.Tengah fikir nak masak apa? Sorang suka masakan kampung ,sorang suka makan western.Pening kepala ni tak tahu nak masak apa." rungut Melur sambil mengeluarkan stok bahan mentah dari peti sejuk.
Orkid turut membantu Melur,bahan mentah ditangan Melur diambilnya."Masak je lah dua dua jenis,kau masak untuk suami aku,aku masak untuk suami kau!" kata Orkid.
"Masak tu takde masalah,tapi takkanlah si Airil tu hari hari nak makan spagetti,kenyang ke?" Soalnya bertaut kening hairan.
"Dah itu selera dia dari dulu kan biar jelah! sihat walafiat je aku tengok dia walaupun benda alah tu dia lahap hari hari! badan pun sado."kata Orkid.Sebungkus spagetti dia ambil dan buka.
Melur pula merenung sejenak bahan mentah yang tersusun diatas ireland bar.Raut wajahnya seakan memikirkan sesuatu. "Jap Orkid,tak payah rebus la spagetti tu.Aku ada idea!." Kata Melur dengan penuh yakin.
Di rumah Ibu Hanim.
"Syuha kak nak cakap sikit boleh tak." pinta Ibu Hanim isteri pertama Dato Hakimi.
"Boleh kak cakaplah.Banyak pun boleh." jawab Syuhada samabil jari jemarinya bergerak tanpa henti mengupas bawang didapur rumah Ibu Hanim.
"Ini soal Melur.Tak apa ke."
Seketika Syuhada terdiam.
Raut wajah bekas penyampai berita tv3 itu direnung. "Syuha,sampai bila Syuha nak layan Melur macam tu.Melur dah pun jadi menantu Syuha.Syuha masih lagi tak boleh maafkan dia ke?" Kata Ibu Hanim lemah lembut suaranya.
Jari jemari Syuhada yang aktif bergerak tadi tiba tiba terhenti.Kini raut wajah pengusaha butik itu pula dalam renungan Syuhada."Maafkan dia?Sakit hati ni kak! Sakit sangat.Sengsaranya Lilly saat akhir hembusan nyawanya masih segar lagi dalam ingatan Syuha kak." kata Syuhada yang masih berdendam dengan Melur. "Semuanya kerana dia kak! Dia bunuh satu satunya anak perempuan Syuha.Takkan semudah tu Syuha nak maafkan dia.Kalau tak kerana bonda,tak ingin Syuha nak jadikan Melur tu menantu." tegas Syuhada.
"Tapi Syuha,Melur tu dah dewasa! dia dah berubah kan."
"Berubah atau tak itu Syuha tak peduli! Syuha dah tak percayakan perempuan macam tu.Depan kita dia berpura pura baik! Tapi belakang kita Lilly tu dibulinya,perempuan jenis apa macam tu?" Tegas Syuhada lagi,kali ini nada suaranya ditinggikan.
Bahu Syuhada diusap lembut oleh ibu Hanim "Sabar Syuha sabar,bukan niat kak untuk masuk campur urusan keluarga Syuha.Akak cuma kasihankan Melur."
"Orang macam tu akak nak kesiankan!Huh."Syuhada mengeluh bebal. "Bertahun kak dia rampas kebahagian Syuha,Syuha kehilangan Lilly,anak Syuha mati akak.Tapi bonda marahkan Syuha disebabkan dia.Syuha kecewa akak,kecewa sangat.Syuha dipersalahkan atas kesalahan orang lain."
Ibu Hanim terdiam seketika,belakang Syuhada diusap perlahan bagi menenangkan kemarahan dan kesedihan wanita yang telah kehilangan puteri bongsunya.
"Syuha rindu Lilly kak! terlalu rindu." pantas air jernih Syuhada jatuh kepipi.
imbas kembali..
Hari ini genap usia Lilly Imani 11 tahun,Sebuah homestay mewah di tepi pantai disewa untuk menyambut majlis hari jadi puteri bongsu Dato Hakimi dan Syuhada.
Suasana pada malam itu riuh rendah dengan suara tetamu yang hadir.Sebuah kek tiga tingkat sudah pun berada dihadapan Lilly Imani.
"Selamat hari lahir..selamat hari lahir..selamat hari lahir Lilly..selamat hari lahir.."
Semua tetamu bertepuk tangan usai lagu selamat hari lahir untuk Lilly Imani dinyanyikan.11 batang lilin yang masih menyala ditiup Lilly Imani.
"Selamat hari lahir anak mama.Semoga Lilly panjang umur,murah rezeki,sihat selalu.Mama sayang Lilly."Ucap Syuhada pipi Lilly Imani dikucup kiri dan kanan lalu Syuhada memeluk erat tubuh anaknya itu.
"Happy birthday my princes..I love you so much my princes Lilly Imani."Ucap Dato Hakimi pula sambil mengucup lembut dahi puterinya itu.
"Happy birthday sayang." Ucap Pn Sri Ramona ringkas.Sepasang bola matanya merenung raut wajah jelita cucunya yang bermata biru itu.Kedua belah pipi Lilly Imani dikucup silih berganti.Selepas itu seutas rantai emas dikalung keleher Lilly Imani.
Sekali lagi semua tetamu yang hadir menepuk tangan.Abdullah Joon,Qistina,Melur dan juga Orkid turut hadir kemajlis itu.Hanya Ibu Hanim sahaja tidak dapat hadir kerana ada urusan.
"Selamat hari lahir Lilly." Ucap Orkid mengukir senyuman lalu memeluk tubuh sahabatnya itu.
Setelah Orkid meleraikan pelukannya kini giliran Melur pula memberi ucapan."Selamat hari lahir!" ucap Melur merenung tajam wajah Lilly Imani. "Cantik rantai yang opah beri ni!"tegas Melur sambil membelek rantai emas yang tergantung dileher Lilly Imani.Timbul rasa cemburu dihatinya melihat hadiah istimewa dari Pn Sri Ramona untuk Lilly Imani.
Lilly Imani juga mengukir senyuman,wajahnya sangat cantik,kulit yang putih kemerahan,warna rambutnya sedikit perang,bentuk gigi yang tersusun rapi,bibir merah bak delima,dianugerahi pula sepasang anak mata berwarna biru.
"Lilly" Tiba tiba Pn Sri Ramona memanggilnya.Serentak Melur dan Lilly Imani mengalihkan pandangannya ke arah Pn Sri Ramona.
Lengan Lilly Imani dirangkul opahnya."Mari sayang ikut opah,kawan kawan opah nak jumpa kamu."ajak Pn Sri Ramona tanpa pedulikan Melur.
Melur mengbunkam bibirnya menahan rasa cemburu.Tetapi tiba tiba.. "Melur" namanya pula dipanggil seseorang.
Mekur mengukir senyuman lebar apabila yang memanggilnya itu adalah seorang lelaki tampan.
"Awak jom makan kek."Ajak lelaki tampan yang baru melangkah awal usia remaja.
Melur hanya mengangguk dan masih tersenyum lebar lalu megikut langkah remaja lelaki itu.
"Melur.. Awak cantik la malam ni." kata remaja lelaki yang mengenakan kemeja putih,seluar slat hitam.Segak dan bergaya cucu pertama Pn Sri Ramona di majlis hari lahir adiknya.
"Terima kasih Airil."Balas Melur tersenyum malu.
"Nah,buka la mulut awak."pinta Airil.
"Eh takpa,saya boleh makan sendiri."kata Melur tersimpul malu apabila sepotong kek sudah berada dekat dengan bibirnya.
"Tak apa saya nak suap awak.Buka la mulut tu,makan kek ni." pintanya lagi.
Nak tak nak Melur terpaksa akur,membuka nipis mulutnya lalu menerima suapan kek dari Airil.
"Awak ni makan comot lah." Kata Airil,ibu jarinya megesat lembut krim kek di tepi bibir Melur sambil Airil merenung setiap inci raut wajah Melur.
Melur pula tertunduk malu,malu ditenung remaja kacak idaman gadis seusianya.
"Melur.."
Panggilnya lagi.
"Ya awak!"
"Saya sayang awak tau! Sayang sangat.Saya nak dengan kahwin awak!"Selamba kata Airil kepada Melur.
Melur tercengang.Terkebil kebil matanya mendengar kata kata Airil."Kahwin? eeiii taknak lah! saya kan sekolah lagi."
"haha..Airil tertawa "Ops maaf,terlepas cakap.Bukan sekarang la awak.Tapi bila kita dah dewasa nanti saya nak awak jadi isteri saya.Saya harap sangat awak setia tunggu saya ya."
"Kita dah kawin pun Airil.Kita dah kawin,saya setia tunggu awak dan saya dah tepati janji saya." Detik hati Melur.
"Woi Melur! ayam kau!" sergah Orkid apabila ayam didalam kuali hampir hangus.
"Astagfirullah." kelam kabut Melur memadamkan api dapur lalu mencapai bekas untuk mengangkat ayam goreng yang sudah berubah warna.
"Kau berangan ye?." Soal Orkid yang dari tadi melihat Melur termenung."Apahal dengan kau ni hah? Apa yang kau fikir?Dari tadi asyik termenung je."
"Takde apa apalah.Nih bahan bahan yang aku nak kau dah potong?" jawab Melur bersahaja.
"Dah nah."
sebekas mangkuk berisi bawang merah,bawang putih,cili dan daun kari dihulurkan kepada Melur.
"Eh Melur,Kau nak masak ape ni?" soal Orkid.Berdirinya disebelah Melur.
Melur hanya tersenyum tidak menjawab.Api dapur dibuka semula.Semua bahan yang diberi Orkid ditumis.Sedikit butter dimasukkan lalu dikacau.Kemudian isi ayam yang telah digoreng dimasukkan dan dikacau lagi.Akhirnya setengah cawan susu cair dituang ke dalam kuali.
"Emmm.. sedapnya bau!"
Panjang Nafas ditarik Orkid menikmati aroma masakkan Melur yang menusuk kerongga hidungnya.
"Nah! rasa lah."
Seketul isi ayam bersaiz kecil disuap kedalam mulut Orkid.
"Ya Allah.. Sedapnya." puji Orkid,terjegil bola matanya menikmati chiken butter milk yang sudah siap dimasak oleh Melur.
"Orkid! Orkiddd."
"Tu cik suami kau dah cari." Kata Melur menyakat kembarnya itu dan tertawa kecil.
"Hurhh.. Eee menyampahnya." keluh Orkid.
"Hah kau nak apa?" Tegas suara Orkid menyapa Ali yang sudahpun muncul di ruang dapur.Tatapan matanya tajam memandang suaminya kerana masih marahkan Ali diatas perbuatannya tadi.Membuli Melur.
"Lapar lah!" Jawab Ali bersahaja. "Kau dah masak ke aku nak makan ni!" kata Ali lagi tangannya menggosok perut yang dari tadi asyik berkeroncong.
Atas bawah atas bawah Orkid menatap wajah lelaki yang tidak tahu malu itu."Dah siap masak.pergi la duduk dulu jap aku hidang."Arah Orkid yang masih taat setia sebagai isteri.
Dimeja makan Ali sudah pun bersedia duduk menunggu makanan yang bakal Orkid hidangkan.
"Hoi Airil kau nak pergi mana tu?." Ali menyapa Airil apabila melihat abangnya berjalan laju kearah muka pintu utama.
"Keluar jap!"jawab Airil ringkas.Langkahnya terhenti.
"Keluar? nak pergi mana.Sini lah makan dulu."
"Adalah.Kau makanlah.Aku tak ada selera.Dah aku gerak dulu." jawab Airil lalu terus melangkah keluar ruamah.
"Wah sedapnya bau.Kau masak ke ayam ni." teruja betul Ali menikmati aroma masakan Melur yang masih berada di tangan Orkid.
"Bau pun dah sedapkan.Tu belum makan lagi!"Kata Orkid pula sambil meletakkan semangkuk Chiken Butter Milk diatas meja."Tunggu jap aku ambik nasi."pantas gadis berwajah korea itu berjalan menuju ke dapur basah.
"Melur,Jom lah makan sekali!"ajak Orkid sambil mencedok nasi putih yang masih hangat.
"Takpa lah kau makan dulu dengan Ali,aku nak kemas dapur jap.Lagipun aku kenyang lagi!"
Kata Melur mencari helah.Dia tahu Ali pasti akan mengelak jika dia turut serta makan bersama mereka.
"Eh Orkid."Tiba tiba lengan Orkid ditarik lembut oleh Melur. "Kalau Ali tanya siapa yang masak,cakap je kau yang masak ya." pinta Melur.
"Lah kenapa pula"
"Tak ada apa apalah.Cakap je lah kau yang masak."
"Hurmm.. okey."
Jawab Orkid mengangguk dan mengukir senyuman pahit.Sayu hatinya melihat perngoranan kembarnya.Dia faham Melur pasti risau jika Ali dan Airil tak mahu makan masakkannya.
"Oi Cepatlah! aku lapar ni! lenggang lenggok."bebel Ali yang sudah kelaparan bagai seminggu tak diberi makan.Kerut mukanya perhatikan Orkid berjalan kearahnya.
Buk!...
bekas berisi nasi putih itu dihempas keatas meja makan.
"Hah,Makan lah.Gelojoh! macam orang kebulur." Kata Orkid menyindir Ali.wajahnya masam lalu mahu melangkah kaki.
"Eh..kau nak pergi mana?Jom lah temankan aku makan." Tiba tiba lengan Orkid dicekak.
"Isshh lepaslah.Kau makanlah,aku takde selera."rungut Orkid bebal sambil cuba melerai lengannya.
Tetapi Ali tidak mahu melepaskan,dia terus menarik lembut lengan Orkid sambil kerusi ditarik."Duduklah.Teman aku makan." pinta Ali lemah lembut suaranya.
Satu jelingan tajam Orkid lemparkan.Walaupun marah dia akur juga dengan kehendak suaminya.Duduk disebelah Ali.
"Nah makanlah."Ujar Ali sambil menghulur sepinggan nasi putih didepan Orkid.
"Terima kasih.Aku nak ayam"
Dengar ja permintaan Orkid,Suapan Ali terhenti,baru saja sesuap nasi putih mahu masuk kemulutnya.Chiken butter milk dicedok kedalam pinggan Orkid.Ali melayan baik karenah Orkid dan mereka menikmati makan tengah hari bersama sama.
Dari jauh Melur merenung kemesraan Orkid dan Ali.Dia bersyukur melihat cara Ali melayan Orkid dengan baik.
Share this novel