Hari ini Melur pulang kerumah awal.Kejadian semalam buat dia serik untuk singgah dimana mana.Tetapi Airil pula belum pulang,jadi terpaksalah Melur tunggu diluar rumah kerana dia tidak ada kunci rumah Airil.
"Hurmm.. tak balik lagi.Pergi dating lah tu.Kalau ye pun bagitau lah aku.Tak pasal pasal kena sidai depan rumah ni."
Ujar Melur merungut sendirian sambil bola matanya meliar perhatikan kawasan luar rumah semedi dua tingkat itu.
"Hurmm.. Dari duduk termenung je,lagi bagus aku cabut rumput kat situ." Ujarnya lagi lalu mengatur langkah.
Melur menyinting kedua belah pergelangan bajunya lalu duduk mencangkung di tepi pekarangan rumah Airil.Rumput rumput kecil yang menghijau ditariknya sekuat hati.Kusyuknya Melur,sesekali gadis itu mengesat peluh yang mengalir di dahinya.
Hampir 45 minit,selesai sudah rumput rumput hijau itu dicabut dan dikumpulkan.Kemudian Melur kembali duduk termenung di kerusi tepi pintu rumah menunggu kepualangan Airil.
"Huh! Pergi jumpa buah hati pengarang jantung sampai sekarang tak balik balik lagi.Aku ni dah la banyak kerja nak buat.Nak kemas rumah,basuh baju,iron baju.Dah lah tak solat lagi.Lain kali bagi lah aku kunci spare,takdelah aku kena duduk macam buang masa macam ni."
Raut wajah Melur berubah bebal merungut geram bebelkan Airil.
"Hai dik termenung jauh nampak? Tunggu Cik Airil ke?"
"Eh,ye tunggu Airil."
Tiba tiba bebelan Melur terhenti,pandangannya beralih ke arah suara lelaki yang menyapanya.
"Ohh.. Adik ni sapa? Tak pernah nampak pun? Adik Cik Airil ke?"
"Aa.. aa.. bukan,bukan.Sa.. saya,saya isteri Airil." Jawab Melur teragak agak dari jarak jauh.
Dengar ja jawapan Melur,terbuntang bola mata lelaki yang merupakan jiran sebelah rumah Airil.
"Isteri?" Ujarnya terkejut."Ohh.. Dah kahwin Cik Airil kita ya,patutlah lama tak nampak." ujarnya lagi.
"Kahwin? Sapa yang kahwin? Singa jantan tu ke kahwin?"
Tiba tiba seoarang wanita berambut kerinting muncul dan mencelah.Bulat matanya merenung Melur.
"Ishk awak ni,mulut tu jaga lah sikit.Isteri dia tu."
Tegas suara lelaki itu menegur isterinya.
"Err.. Maaf dik,akak bergurau je tadi.Adik ni isteri Airil ke? Sapa nama?Umur berapa? bila kahwin? bila pindah sini? Dah makan ke belum?"
Bertalu talu soal wanita itu ingin tahu.
"Ishh awak ni.Satu satu lah kalau nak tanya pun.Jenuh budak tu nak menjawab." Tegur suaminya lagi sambil mencuit bahu si wanita itu.
Melur pula hanya tertawa kecil sambil berjalan kearah pasangan suami isteri itu.
"Saya Melur,umur 24,kita orang baru je kahwin.Pindah sini dah beberapa hari dah." Jawab Melur tenang sambil berdiri menghampiri wanita itu dan menghulur salam. "Akak pula siapa nama."
"Melur.. sedap nama tu.Dah macam nama orang dulu dulu pula." Seloroh wanita itu menyambut tangan Melur.Bibirnya tak lekang ukir senyum."Nama akak Ainur Husna,adik panggil je kak Nur.Ni pula suami akak Hazwan,panggil je abang Wan."
Ujar wanita itu memperkenalkan dirinya dan suaminya.
Melur mengukir senyuman manis dan mengangguk sebagai tanda perkenalan.
"Eh dik,jemput lah singgah rumah akak dulu sementara tunggu Airil balik.Boleh la minum dulu."
Pelawa Ainur sambil menarik tangan Melur.
Tapi belum sempat Melur menjawab,kereta milik Airil sudah pun muncul.Pantas Melur meminta diri dan berjalan semula kearah rumah Airil.
Airil turun dari kereta,raut muka tanpa senyum dia lemparkan pada pasangan suami isteri itu.
Melur juga beraksi sama,tapi pandangannya kepada pasangan suami isteri merupakan senyuman manis.
"Dah tak payah nak senyum lebih lebih.Masuk cepat!" Kata Airil tegas sambil menolak belakang Melur.
"Sombong!" Kata Ainur,riak mukanya jelas sakit hati dengan perbuatan Airil. "Sebab kucing je pun,sampai sekarang tak puas hati lagi! Nak buat perangai.Menyampah!" rungut wanita berusia awal 40an itu geram.
"Alah.. Biar lah dia.Dah memang salah awak kan.Nak sangat pelihara kucing tapi tak dikurung.Masuk rumah jiran kencing,berak merata,mahunya dia tak bising,tak marah.Kalau saya pun naik angin."bebel lelaki berambut putih itu kepada isterinya.
"Ye betul,saya salah.Tapi kan saya dah minta maaf.Saya dah tak lepas kucing kucing kita tu.Yang dia tu masih tak puas hati kenapa? Saja cari alasan tak nak bergaul dengan jiran.Huh,meluat saya dengan jiran perangai macam ni.Tak ada jiran lagi baguslah." Ujar Ainur bebal lalu masuk kedalam rumah.
Di dalam rumah Airil melabuhkan duduknya diatas sofa.Tangannya menyeluk poket seluar mengeluarkan sebuah kotak kecil yang dibelinya tadi.
"Airil,malam ni saya boleh tidur bilik atas kan?"
Soal Melur.
"Ha ah.. ye ye."
Jawab Airil terkejut,lalu pantas lelaki berwajah dingin itu menyembunyikan kotak Durex berwarna emas itu kedalam poket seluarnya.
"Terima kasih,kalau macam tu saya nak naik atas nak mandi.Awak nak air tak?" Soal Melur lagi.
"Tak nak,kau pergilah naik atas." Jawab Airil.Entah kenapa nada suaranya sedikit cemas.
Di ruang tamu Airil masih duduk termenung.Melur pula sudah hilang dari pandangan.Fikiran yang kosong Airil hadirkan raut wajah manja Amira.Entah apa lah yang difikirkan lelaki berwajah tampan itu sehingga nafsu dan jiwanya bergetar.Kemahuannya sebagai lelaki pula meminta minta untuk dipuaskan.
"Melur" Bibirnya menyebut nama gadis itu.Kini Airil tersedar dari khayalannya.Disaat nafsunya sudah mengusai diri,wajah Melur pula dia hadirkan dalam fikiran nakalnya.
"Gulp" Air liur ditelan.Perlahan Airil bangun dari duduknya.Selangkah demi selangkah Airil menapak kakinya menaiki anak tangga.
Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. jantung lelaki berdarah Rusia itu mula berdegup kencang,kerana ini adalah kali pertama Airil berniat mahu menyentuh Melur dan meminta haknya sebagai suami.Tetapi tiba tiba langkahnya terhenti apabila merasakan ada sesuatu yang dipijaknya.
"Pad? Melur priod?Argghh.. Ishh.." Bisik Airil,perasaanya kecewa besar.
Didalam bilik atas,Melur yang sedang sibuk mandi tiba tiba membatu kerana terdengar bunyi ketukan pintu dan juga suara Airil memanggilnya.
Tok.. Tok.. Tok.. "Melur buka pintu ni!" arah Airil.Tinggi ton suaranya.
"Jap jap!" Jawab Melur pula kelam kabut keluar dari tandas.
"Buka lah,kan aku dah pesan jangan kunci mana mana pintu bilik rumah ni."
"jap.. saya dah sudah mandi.Nak pakai baju jap." Balas Melur,kelam kabut dia menyarung pakaian.
"Lah mana ni?Rasanya tadi aku dah ambil.Ahh sudah,takkan jatuh kot."Rungut Melur mencari tuala wanitanya yang tercicir ditangga.
"Woi Melur bukalah pintu ni!"
Airil menjerit lagi.
"Ye,ye saya buka."
Daun pintu dibuka kecil,Melur hanya menjengah wajahnya menatap Airil.
"Nah.Barang kau."
Belum sempat Melur bersuara,Sekeping tuala wanita dihulurkan kepada Melur.
"Err terima kasih." Ucap Melur malu
malu sambil mengambil tuala wanita ditangan Airil.
"Dah berapa hari kau priod?" soal Airil bersahaja.
Melur pula pipinya dah bertukar merah,malu.
"Errrr... First day."jawabnya hairan.
"Bila priod kau habis?" soal lelaki itu lagi.
"Entah lah,tak tentu.Kadang seminggu kadang lebih.Ke.. ke...kenapa ya?" Soal Melur tersekat sekat,bertambah hairan dengan soalan pelik Airil.
"Tak ada apa.Saja nak tahu"jawab Airil tenang lalu mengalihkan tubuhnya berjalan masuk ke bilik dengan perasaan hampa.
Dirumah Amira,gadis itu merebahkan tubuhnya diatas katil bersaiz queen.Sebentuk cincin emas putih hadiah dari Airil yang melingkari dijari manisnya ditenung lama.
"Cantiknya,mesti mahal kan." katanya sendirian. "Untung kau Mira,Airil tu dah la hensem,sado,kaya,romantik.Cukup semua pakej sebagai lelaki.Hurmm.. tapi bila agaknya aku boleh kahwin dengan Airil ya."bisik Amira sendirian memikirkan masa depannya bersama Airil.
"Mira,jom makan"
"Eh abang.. Abang makan lah dulu.Mira dah kenyang lah.Dah makan tadi."
Lamunan Amira terhenti apabila ada seorang pemuda yang tiba tiba menjengah dimuka pintu biliknya.
"Dah kenyang? Lah banyak abang masak ni.Jom la makan sikit."ajak pemuda itu lagi merayu.
Melihat raut pemuda itu,tak sampai hati pula Amira mahu menolaknya.
"Hurmm..Ye lah,abang pergi dulu.Jap gi Mira datang ya.Mira nak mandi jap." Ujarnya tersenyum.Cincin emas putih dijarinya dikeluarkan dan disimpan kedalam beg galasnya.
Usai mandi dan menukar pakaian,Amira melabuhkan duduknya dihadapan pemuda itu.Separuh nasi putih dicedoknya.
"Macamana kerja hari ni okey?"soal pemuda itu sambil menjamah nasi putih dan kari ayam yang dimasaknya.
"Penat,stress laa..banyak benda tak faham." Jawab AMira sambil mencedok seketul kari ayam.
"Biasa la baru lagi,lama lama faham la."
"Ye la tu.."jawab Amira ringkas lalu terus menyuap nasi kemulut.
"Mira,esok abang takde tau.Dua hari,abang kena turun Ipoh hantar barang.So,Mira nak tinggal sini atau nak balik rumah mak."
"Hurmm.. Mira kat rumah je lah,senang nak pergi kerja."
"Betul ni.Tak takut ke kat rumah sorang sorang."
"Betul,Tak takut lah.Kan ada jiran." jawab Amira.
Lelaki itu mengukir senyuman nipis menatap gembira wajah cantik Amira. "Okey lah kalau macam tu.Tapi kalau ada apa apa cepat cepat call abang ya.Cepat cepat panggil jiran.Kunci pintu.Jangan keluar malam,kalau lapar oder je makanan.Lepas tu..
"Abang..
Omelan lelaki itu terhenti apabila Amira mencelah.
"Abang jangan lah risau.Mira tahu lah nak jaga diri.Mira dah besar kan.Ye,Mira janji kalau apa apa,cepat cepat Mira call abang."
Kata Amira mahu menenangkan kerisauan lelaki itu terhadapnya.Tetapi didalam hatinya,Amira melonjak gembira.Dapat lah dia meluangkan masa bersama kekasih hatinya Airil sepanjang lelaki itu tiada.
Hari sudah pun lewat malam,waktunya semua orang tidur dan berehat begitu juga Melur.Suiz kipas dan lampu dimatikan.Perlahan gadis itu merebahkan tubuhnya diatas tilam empuk.Selimut tebal ditarik untuk menutupi seluruh tubuhnya,angin sejuk dari penghawa dingin membuatkan bola mata Melur berat untuk terbuka lagi.Begitu nikmat tidurnya pada malam ini setelah berhari hari tidurnya hanya diatas sofa dan diatas lantai beralaskan toto.
"Ya Allah.. Dah pukul 7.30!"
Melur kegelisahan,kelam kabut terjun dari katil berlari anak turun ke bawah.
Hari ini dia bangun agak lewat kerana tidurnya yang terlalu nyenyak semalam.Mujur lah Airil masih lagi dirumah,jika tidak pasti Melur akan terkurung didalam rumah sepi itu.
"Huh! selamat dia pun tak keluar lagi."
Mengeluh lega Melur apabila melihat kereta Airil masih ada diluar perkarangan rumah.
"Assalammualaikum abang.Maaf! lewat sikit." Ucap Melur kapada Rizman yang sudah lama menunggunya.
"Waalaikummussalam,takpa Melur."
Balas Rizman lalu memulakan pemanduannya menghantar Melur ke Berjaya Holdings.
Airil pula masih lagi dirumah.Hari ini dia sengaja masuk lewat ke pejabatnya kerana mahu menukar kipas yang dibelinya kemarin dibilik Melur.
Daun pintu bilik isterinya dibuka lebar lalu suiz lampu dipetik.Bilik kecil itu kelihatan kemas dan bersih.Toto dan bantal terlipat kemas.Buku buku dan fail lama milik Airil pula tersusun teratur diatas rak.Pakaian Melur juga disusun diatas rak,ada juga beberapa helai pakaian Melur disangkut.
"Buket bunga?"
Dahi Airil bertaut hairan,terkejut apabila melihat ada tiga biji buket bunga tersusun diatas meja kecil bilik Melur.
Sakit pula hatinya,lalu Airil mengambil salah satu buket bunga ros merah dan membelek belek mencari nama si pemberi. "Tak ada? Mesti dia dah buang.Takut aku tahu sapa yang bagi lah tu.Cis! tak guna punya perempuan,dasar perempuan murahan.Baru je kerja dah pandai nak menggatal dengan jantan."
Fikiran buruk tentang Melur menerjah fikiran Airil lalu dilemparnya buket bunga itu sehingga ada bunga yang tercabut dan rosak. "Kau memang melampau! saja nak cari pasal dengan aku.Berani ya kau simpan benda benda ni dalam rumah aku.Kau tunggu,tahu lah nasib kau nanti." Ujar Airil mengetap gigi menahan geram.
Tetapi walaupun hatinya sakit,Airil terus memanjat tangga dan menukar kipas baru di bilik Melur.
Di Berjaya Holdings.Hari ini Melur turun ketingkat bawah untuk menikmati makan tengahhari dikantin.Turunnya agak lewat sedikit kerana menyiapkan tugasnya terlebih dahulu.
"Hai Melur,boleh saya duduk sini."
Haikal akauntan Berjaya Holding menyapa Melur lalu melabuhkan duduknya berhadapan pekerja Cleaner itu.
Melur pula hanya mengangguk dan mengukir senyuman kelat lalu meneruskan suapannya.
Haikal juga memulakan suapannya,sesekali wajah Melur dipandang.
"Saya macam kenal awak? Kalau saya tak salah,awak ni Melur Natalia cucu Pn Sri Ramona kan?Betul tak?" Haikal mula bersuara setelah seketika diam.
"Err.. ye.. saya lah tu." Jawab Melur.Berkerut dahinya hairan.
"Dah agak dah.. awak cucu Opah Mona.Anak mak Cik Qis.Eh.. tak sangka lah boleh jumpa awak kat sini." Ujar Haikal tersenyum gembira.
Melur juga mengukir senyum kelat dan mengangguk. "Aa a betul tu.Err.. tapi macam mana awak boleh kenal kita orang." soalnya bingung.
"Awak tak kenal saya?"
"Tak?" ringkas Melur menjawab.
"Betul,tak kenal.Langsung tak ingat?"
"Tak.. " jawapan yang sama sambil geleng kepala.
"Hurmm.. Dah agak dah.Awak memang tak kenal saya.Ye lah,budak pandai,cantik macam awak ni mana nak kenal saya kan.Pandang pun taknak walaupun kita satu kelas masa form four dulu."
"Kita satu kelas? Ye ke?"
"Ye.. kita satu kelas dulu.Kelas empat Yakin.Awak tak ingat.Tak cam muka saya?"
"Jap jap.." Ujar Melur.
Wajah Haikal ditenung lama sehingga bertaut kening.Akan tetapi Melur masih ingat siapakah lelaki yang duduk dihadapannya itu.
"Err.. Haikal.. Sorry sangat.Saya betul betul tak ingat awak."
"Hurmm.. Tak apalah.Biar saya je kembalikan ingatan awak tu.Saya Haikal Razif,mungkin awak tak ingat saya sebab saya pun sekejap je kat sekolah tu."kata Haikal tersenyum ceria.
"Haikal Razif? Eh jap jap.. Rasanya saya tahu siapa awak.Awak Haikal,awak lah pesaing saya dalam kelas kan.Eh,tapi dulu awak...
Seketika Melur terdiam.
"Kenapa diam? Terkejut! Dulu saya Gemuk?...hahahaha."Haikal tertawa. "Betul la tu,dulu saya gemuk,tak hensem.Sebab tu lah orang cantik macam awak tak pandang.Tak nak kawan."
"Ish awak ni.Jangan lah cakap macam tu.Rasa bersalah pula.Saya minta maaf sangat sangat ye Haikal." ucap Melur,redup matanya menatap Haikal.
Melur BUDAK PEMBULI itulah gelaran untuknya dizaman sekolah dahulu.Wajahnya yang cantik digilai rakan rakan lelaki seusianya termasuklah Haikal.Kerap juga Haikal dihina dan direndahkan Melur dik kerana fizikalnya yang gemuk dan comot.Haikal juga menjadi mangsa buli Melur kerana sering mendapat markah tertinggi didalam kelas menyebabkan Melur tidak berpuas hati.
"hahaha." Berdekah Hakal tertawa lagi. "Takpe lah Melur,semua tu kenangan zaman sekolah.Saya pun dah tak ingat.Eh tapi saya hairan lah,kenapa awak stuf cleaner kat sini.Awak budak pandai kot,mana layak buat kerja ni." Kata Haikal hairan.
"Awak perli saya ke?"
"Eh tak lah,betul la.Sepatutnya awak yang jadi setiausaha Tuan Airil tau.Nak harapkan Mira tu semua benda dia tak tahu.Bahasa english pun tunggang terbalik,tak betul.Kerja dia pun kadang kadang saya kena setelkan." Haikal mula bersuara tidak puas hati.
"Ishh tak baik awak cakap macam
tu.Takkan lah Mira tu tak tahu apa apa.Saya ni memang tak layak pun.Belajar pun tak tinggi.Sijil pun tak de."
"Kenapa? awak tak sambung belajar ke?"soal Haikal lagi.Hairan betul dia,gadis pandai seperti Melur tak sambung belajar.Bukannya Pn Sri Ramona tu tak mampu.
Melur pula hanya diam dan menggelengkan kepalanya.
"Hurmm.. Saya faham,Opah Mona tak kasi kan.Sabar lah Melur,insyaallah ada rezeki awak nanti."
Lembut tutur bahasa Haikal berkata kata.Haikal dia mengetahui serba sedikit sikap Pn Sri Ramona cuba menenangkan Melur.Haikal juga merupakan anak jati kampung Meriam Mersing Johor.
"Oh ya Melur,Orkid apa cerita?Budak lelaki jadian tu dah bertukar ayu ke?"
"Melur! Melur!"
Perbualan mereka terhenti,serentak Melur dan Haikal memandang kearah Ismail yang tercungap cungap berdiri disisi meja.
"Hah Isma? kenapa ni?" soal Melur hairan.
"Tuan Airil cari you."
"Cari I? kenapa?"
"Itu I tak tahu lah.Apa yang I tahu,Tuan Airil dah naik angin.Cepat lah Melur.I takut lah.Cepat,cepat.."
Pantas lengan Melur ditarik Ismail.
"Jap jap aku nak angkat pinggan ni."
"Tak payah lah.Haikal kau tolong jap.Kita kena cepat." rungut Ismail lagi.
Setelah itu kelam kabut dua susuk tubuh berjalan menuju ke lif.
Sebuah fail berwarna biru dilempar tepat pada wajah Melur yang sedang berdiri berhadapan Airil.
"Aauchh"
Pedih,itu yang dirasakan Melur apabila fail itu terkena pipinya.Pantas tangannya terus menyentuh pipinya yang tiba tiba terasa sakit.
Airil pula,wajahnya bengis.Berdiri cekak pinggang menengking Melur.
"Kau tengok apa yang dah kau buat.Kau tahu tak fail tu penting."
"Maaf Tuan Airil saya tak sengaja."
"Tak sengaja! Senang kau jawab kan.Kau rasa dengan document kotor macam tu client akan setuju ke?"
Tinggi melangit ton suara Airil marahkan Melur.Ini kerana tanpa sengaja Melur telah menumpahkan kopi dimeja bilik Irfan dan terkena pada fail itu.
"Saya minta maaf banyak banyak Tuan Airil." Suara Melur mula bergetar.
"Maaf maaf! kau ingat dengan maaf kau tu semua document tu akan elok balik."
"Ye,memang lah tak boleh.Habis tu Tuan Airil nak saya buat apa?." dengan beraninya Melur menjawab.
"Wah,wah,wahh.. dah pandai menjawab sekarang ni."
Nipis bola mata Airil merenung Melur sambil menapak kaki menghampiri Melur.Seketika Airil menatap wajah Melur dari jarak dekat.Dia mula perasan ada bercak darah dipipi isterinya itu.
"Ma.. maaf Tuan Airil."Sekali lagi ucapan itu dilontarkan Melur.
"Kau memang melampau kan sekarang ni.Baru beberapa hari kau kerja kau dah pandai melayan jantan.Dah pandai nak menggatal kat belakang aku.Dasar perempuan murahan! Mula mula bagi bunga,lepas tu ajak keluar,pergi makan,pergi shopping lepas tu apa pula pergi Hotel."
Airil merendahkan ton suarannya apabila urusan peribadi dibualkan di dalam bilik pejabat.Berbagai tuduhan tanpa bukti dia lemparkan pada Melur.
"Tuan.. Tuan cakap apa ni.Saya tak buat lah semua tu.Boleh tak Tuan terus terang je apa yang Tuan nak tahu.Tak payah lah Tuan nak hina saya.Tuduh saya macam macam.Tuan marah saya sebab fail ni atau sebab lain?"
Suara Melur mula bergetar.Hatinya sakit sangat mendengar kata kata hinaan Airil.Sakitnya itu lebih sakit dari luka dipipinya.
Airil menghela nafas,fikirannya bercelaru.Entah kenapa hatinya sakit apabila melihat Melur berbual dengan lelaki lain.Bukan itu saja,hatinya kini terdetik rasa simpati apabila melihat luka dipipi gebu Melur.Namun perasaan itu dia sembunyikan,Airil terus bertegas marahkan Melur.
"Kalau kau tak menggatal,mana kau dapat bunga dalam bilik kau tu! siapa yang nak bagi kau?"
"Bunga?"
Wajah hairan Melur tayangkan.
"Ye.Bunga dalam bilik kau tu,jantan mana yang bagi?" soalnya.
"Ohh.. buket bunga tu.Buket bunga tu saya yang buat,saya nak jual lah."
"Argghh.. tipu.Aku tak percaya lah."
Egonya Airil masih nak berkeras.
"Ya Allah.. Betullah Tuan.Sumpah,buket tu saya yang buat sendiri.Kalau Tuan tak percaya tanya lah Orkid.Kita orang sebelum kahwin buat bisnes online,ambil tempahan buket.Saya bosan,saja lah saya buat nak jual kat kawan kawan."
Dengar ja jawapan jujur Melur,wajah bengis Airil mula bertukar tenang.Tenang,sebab isterinya itu tak curang.Tapi tu lah,Airil tetap Airil.Ego tinggi melangit.Nak juga marah Melur.
"Okey,kali ni aku percaya kau.Tapi hal fail ni tak setel
lagi.Macam mana kopi boleh tumpah atas fail ni? Kenapa? kau tak cukup makan ke? Kerja macam ni pun tak boleh buat!"
"Ye saya salah.. Tuan hukum lah saya,denda lah saya.Kalau Tuan nak saya taip semula semua document tu.Ye saya boleh buat."
Jawapan Melur kali ini betul betul buat Airil mati kata.Dia tahu kebolehan Melur.Airil Dah tak ada alasan lagi nak marah dan sakitkan hati Melur.
Sehelai tisu ditarik keluar dari kotak dan dihulurkan kepada Melur. "Nah ambil ni,lap darah tu.Dah keluar.Hari ni aku maafkan semua salah kau.Lepas ni jangan harap lah."
Ujar Airil tegas.Tetapi hatinya rasa bersalah pula atas perbuatan kasarnya tadi terhadap Melur.
Melur,gadis polos yang baik hati hanya ukir senyum sambil mengambil tisu ditangan Airil dan tekapkan ke pipinya.
"Terima kasih Tuan sebab maafkan saya.Saya janji lepas ni saya akan lebih berhati hati buat kerja.Kalau tak ada apa apa saya keluar dulu ya Tuan."
Airil hanya mengangguk tanpa berkata apa apa.
Melur terus melangkah keluar.Tapi hatinya geram,geram dengan perangai Irfan.
"Ishh.. Geram betul aku dengan Tuan Irfan ni.Dia cakap fail tu tak penting.Rupa rupanya.. huh" Detik hati Melur bebelkan Irfan.
Share this novel
bila nk update