bab 13

Romance Series 85188

Tercungap cungap nafas Pn Sri Ramona.Pantas Melur menyambut tubuh Pn Sri Ramona yang hampir rebah.

"Duduk bonda!"kata Syuhada yang turut membantu.

Orkid mengambil Inhaler dari beg tangan Pn Sri Ramona lalu diberikan kepada opahnya itu.

Kini nafas Pn Sri Ramona sudah kembali normal.Dato Hakimi mengusap lembut belakang ibunya itu.Ali pula duduk membatu di sebuah sofa single tanpa rasa bersalah.

"Bonda minum dulu."pinta Syuhada,segelas air kosong dihulur kepada Pn Sri Ramona.

"Kau lah punya pasal!" bisik Melur pada Orkid. "Kan aku dah cakap jangan bagitahu opah! Kau degil.Kau tengok sekarang ni apa dah jadi."

"Biar lah,padan dengan muka dia!" jawab Orkid sambil menjeling wajah Ali yang kelihatan marah menahan marah.

"Melur,mari sini!" panggil Pn Sri Ramona yang berada hanya beberapa langkah dari Melur.

"Ye opah."

"Duduk sini! opah nak tengok pipi kamu tu."pinta Pn Sri Ramona apabila Melur sudah berada disebelahnya.Kedengaran nafas Pn Sri Ramona masih lagi tidak teratur.

Syuhada dan Dato Hakimi berpindah tempat duduk memberi ruang kepada Melur.

Wajah Melur direnung,sesekali Pn Sri Ramona mendekatkan pandangannya pada bibir Melur yang masih ada kesan luka.

"Dah,pergi siap! jom kita pergi klinik."arah Pn Sri Ramona pada Melur.Risau betul wanita tua itu akan cucunya.

"Eh opah! tak payah la,sikit je ni.Melur dah sapu ubat." pantas Melur menjawab mencari helah.

"Hah sikit apa macam ni! pipi lebam bibir luka.Macam ni kamu cakap sikit!"bebel Pn Sri Ramona marah.

"Betul cakap opah tu Melur.Pergi lah siap,papa bawa pergi klinik."ajak Dato Hakimi pula.

Serba salah Melur dibuat mereka.Berat pula hatinya untuk menolak.Tapi.. "Tak apa papa Melur dah pergi klinik semalam.Airil yang bawa."kata Melur lagi memberi alasan untuk menolak baik ajakan bapa mertuanya itu.

Dengar ja penipuan Melur,terjegil bola mata Orkid.Entah bila lah abang iparnya itu bawa Melur ke hospital.

"Pandai kau cover laki kau kan!" Detik hati Ali sambil melihat perbalahan kecil didepannya itu.

"Betul ni dah pergi klinik?" Soal Pn Sri Ramona sekali lagi.Masih tidak berpuas hati.

Melur mengangguk."Betul opah!Sikit je luka Melur ni." jawab Melur tenang.

"Hurm.. Tak apa lah kalau macam tu."

Pn Sri Ramona mengangguk kini pandangannya beralih pula tepat pada wajah cucu keduanya itu.

"Ali,apa masalah kamu ni hah.Tergamak kamu tampar Melur sampai macam tu sekali.Dayus kamu pukul perempuan tahu tak." Bebel Pn Sri Ramona pada Ali.

Tetapi,Ali tak menjawab.Dia hanya duduk bersahaja memandang wajah Pn Sri Ramona.

"Err opah.Melur pun salah juga.Melur yang tampar Ali dulu." kata Melur mencelah,telapak tangan wanita tua itu digenggam erat "Kami bergaduh semalam.Ali tak sengaja tumpahkan air,habis novel Melur basah.Melur marah lah sebab dia taknak minta maaf.Lepas tu kami bertengkar.Sebab geram sangat Melur tampar Ali."

Bertaut kening Ali terkedu mendengar cerita dongeng Melur.

"Apa cerita dia reka ni? mampus aku kalau opah tanya!" bisik hati Ali lagi mula resah.

Gulp.Ali telan air liur apabila Pn Sri Ramona sudah bangun dari duduknya.

"Hei Ali! takkan lah sebab hal kecil macam ni pun kau nak balas,tampar Melur sampai luka macam ni.Kau tu lelaki.Beralah lah."

Terpinga pinga Ali dibuatnya apabila mendengar bebelan Pn Sri Ramona.

"Err opah.Ali..Ali tak sengaja opah,Melur tampar kuat sangat!Sakit kot." jawab Ali pula memberi alasan.

"Betul Opah! Melur geram sangat dengan perangai Ali.Buat salah tapi tak nak mengaku.Melur tampar muka dia kuat kuat." kata Melur menokok tambah ceritanya dongengnya."Tapi opah.Ali pun dah minta maaf.Melur pun dah maafkan Ali.Kita orang dah okey.Dah la tu,tak payah kita besarkan hal ni ya." kata Melur lagi bagi menjernihkan keadaan.

Satu keluhan Pn Sri Ramona lepaskan.

"Hurm.. baiklah,kali ni opah maafkan kamu Ali.Tapi kalau sekali lagi kamu cuba pukul Melur opah takkan teragak agak ambil tindakan.Walaupun kau cucu opah,opah tetap akan buat laporan polis."kata Pn Sri Ramona memberi amaran keras.

Terkejut Syuhada mendengarnya.Bertaut kening menahan marah.Sampai hati ibu mertuanya mengugut anak keduanya.Sanggup nak hukum cucu sendiri kerana terlalu sayangkan Melur.

Tatapan penuh kebencian dilemparkan kepada Melur,lalu Syuhada melangkah kakinya meninggalkan ruang tamu.

Dato Hakimi yang perasan akan kemarahan isterinya terus mengatur langkah mengejar Syuhada.

Pn Sri Ramona,Ali,Orkid dan Melur hanya mampu melihat pasangan suami isteri itu berlalu pergi.Melur pula yang dihantui rasa bersalah.Wajah Orkid ditatap geram,kalau tak kerana mulutnya semua rahsia ini takkan terbongkar.

Di syarikat Airil,Berjaya Holdings.

"Airil,kau comform ke dua orang stuff lagi masuk minggu depan"Soal Irfan.

"Ye conform!"jawabnya tanpa memandang Irfan,jari jemarinya sibuk menekan papan kekunci."Budak akaun dah ada?" soalnya pula.

"Dah!"

"Lelaki ke perempuan? umur berapa??"Soal Airil
lagi.

"Lelaki,umur 27,bujang lagi."

"Melayu ke?"

"Ha ah.Melayu!" jawab Irfan ringkas.

"Okey bagus." balas Airil.Bola matanya masih lagi melekat di skrin komputer.

"Oi Ril.Kau ni dari tadi sibuk je.Jom lah pergi makan.Tak lapar ke?" ajak Irfan.

"Kau pergilah dulu.Aku nak setel keja jap."

"Kerja kerja juga,kesihatan kena la jaga!" bebel pada
sahabatnya.

"Ye,aku tahu lah.Kau pergilah dulu.Siap kerja aku turunlah." jawabnya.

"Ha ah.Ye la tu jap lagi turun.Macam lah aku tak kenal kau.Kau tu kalau dah sibuk dengan kerja.Makan pun lupa.Dah lah,aku gerak dulu.Jap gi makan."

Kata Irfan lagi lalu terus bangun dari duduknya melangkah kaki meninggalkan Airil yang kusyuk masih menyiapkan tugasnya.

Dari tadi Melur berdiri di muka pintu bilik Syuhada.Sudah kali Melur dia berniat untuk mengetuk daun pintu bilik Dato Hakimi,tetapi niatnya itu dikuburkan.

"Hah Melur! Buat apa kat sini." Tegur Dato Hakimi apabila terkejut melihat menantunya itu berdiri ditepi muka pintu bilik.

"Eh,Papa! Maaf lah buat papa terkejut.Papa,mama okey ke?"soal Melur sedikit gementar.

"Hurm mama,macam biasa lah terasa hati dengan opah kamu tu.Nanti nanti okey la tu!"Jawabnya.

"Oohh.... papa! Melur nak jumpa mama boleh." pinta Melur manja suaranya.

Dato Hakimi tersenyum dan mengangguk."Boleh,pergi la masuk."

Melur juga mengukir senyum kelat.Lalu mula mengatur langkah masuk ke bilik ibu mertuanya itu.

Sesudah masuk kebilik,Melur terus berjalan menghampiri Syuhada yang duduk silang kaki di sofa.

"Mama.. " Panggil Melur.

Syuhada memalingkan wajahnya kearah Melur yang sudah berada disisinya.

"Hah,Kau nak apa?" sahut Syuhada,ton suaranya pula tak pernah rendah bila bercakap dengan Melur.

"Mama,Melur minta maaf ya." ujar Melur lemah lembut tutur bahasanya.

"Puas lah hati kau kan.Bertambah meluat lah bonda tu pada Ali.Hal macam tu pun nak dibesarkan kan.Eh kau tak malu ke,dah besar panjang macam ni masih nak bergaduh macam budak budak.Kau saja kan cari pasal dengan anak aku.Kau rangcang semuanya sebab kau nak tunjuk kau tu baik."

"Mama.. Tak mama,bukan macam tu.Melur..

"Hei,sudah lah.Kau jangan nak panggil aku mama lah.Sakit telinga aku ni dengar.Aku ni dah lama tau sabar dengan kau.Sekarang kau masuk dalam keluarga aku,kau cuba nak pengaruh bonda benci anak anak aku kan.Kau ni kan Melur,dasar manusia tamak.Tak kenang budi."

Lantang Syuhada melepaskan kata katanya kepada Melur.

Melur pula hanya berdiri kaku disisi Syuhada.Tak mampu nak menjawab.Sebak hatinya dituduh begitu.Bola matanya juga mula berkaca.

"Aku tak tahu lah apa yang kau benci sangat dengan anak anak aku.Dulu Lilly kau bunuh.Sekarang Ali kau cuba nak sumbat ke penjara.Aku tak tahulah apa pula nasib Airil dapat isteri hati busuk macam kau ni. "
Ya Allah,begitu berat tuduhan Syuhada terhadap Melur.Sehingga gadis kecil itu menangis teresak esak.

"Mama,Melur minta ampun,Melur minta maaf ma.Melur tahu Melur salah.Tapi bukan niat Melur nak buat Lilly macam tu.Melur tak sengaja Mama.Melur tak sengaja.Mama tolong lah jangan tuduh Melur macam ni.Melur tak ada niat pun nak rampas opah dari semua orang.Melur tak ada niat pun nak buat opah marahkan Ali.Melur pun nak bahagia mama.Mama tolong lah maafkan Melur.Melur janji mama,Melur akan jauhkan diri dari opah jika itu yang mama nak.Melur janji!"

Kasihan Melur,air matanya mengalir laju duduk berlutut merayu pada ibu mertua yang sangat membencinya.

"Hei,jangan sentuh aku lah.Kau tak payah nak berdrama lah kat sini.Menangis konon.Eh,kau keluar,keluar aku cakap." jerit Syuhada.

Dirinya juga sudah dikuasai perasaan marah hingga tergamak menolak kasar tubuh Melur.

Melur bangun dari duduknya.Telapak tangan menekup mulutnya menahan esakan tangisan yang kuat,lalu bergegas keluar dari bilik Syuhada.

Ali yang dari tadi berdiri dimuka pintu bilik itu mendengar dengan jelas pertengkaran Melur dan Syuhada.Dia tertawa puas melihat Melur menangis.

"Melur!" Ali tiba tiba menyapa Melur.Langkahnya laju mengikut Melur dari belakang.

"Ali! kau nak apa." soal Melur dengan suara yang bergetar.Berdirinya berhadapan Ali.

"Aku minta maaf Melur.Sebab aku semua hal ni terjadi.Sebab aku juga mama marah kau." Ujar Ali berpura pura mengasihani Melur.

Sepintas lalu Melur memandang wajah Ali.Tanpa berkata apa Melur terus membuka pintu dan masuk kebilik Airil.Daun pintu terus ditutup.Ali yang masih berdiri diluar bilik Airil,tersenyum puas sekali lagi. "Padan muka kau Melur,nak sangat mengadu kat opah kan.Sekarang kau hadap lah kemarahan mama." Bisik hati Ali puas.

Suasana tegang di rumah Dato Hakimi,seharian Syuhada mengurung dirinya didalam bilik.

Melur pula setelah puas meratapi tangisan masih mampu keluar dari bilik turun ke dapur untuk menyediakan makan malam.

"Kau okey ke ni? Mata tu bengkak,kau nangis ya." Soal Orkid merenung wajah sugul Melur.

"Aku okey lah.Benda dah jadi,hadap je lah." Jawab Melur tanpa menatap wajah Orkid.

"Melur,aku minta maaf ya.Aku tahu aku salah,aku tak dengar cakap kau.Nih,mulut ni lah punya pasal." Ujar Melur lagi sambil menampar perlahan bibirnya.

"Orkid! Dah la tu.Mulut kau tu tak salah.Yang salahnya kau."

"Tak! Mulut yang salah.Tak tahu nak tutup rahsia" jawab Orkid,tangannya masih lagi menampar bibirnya.

"Orkid..

Melur menjegil bola matanya kepada Orkid.

"Sini,biar aku je yang tampar mulut kau tu.nak tak." Sengaja Melur menyakat kembarnya itu.Telapak tangannya juga diangkat dihalakan ke pipi Orkid.

"Eh.. tak nak tak nak."

Melur mengukir senyuman ceria."Dah tolong aku cepat rebus spagetti ni.Dah pukul berapa ni.Kang Airil balik nak makan." katanya sambil menghulurkan sebungkus spagetti kepada Orkid.

"Baik bos!"

Balas Orkid pula mengangkat tabik,lalu dua beradik itu masak bersama sama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 6 petang.Waktu kerja Airil sudah pun tamat.Tetapi Airil tidak terus pulang kerumah.Masanya diluangkan untuk berjumpa dengan Amira.

"Nah,untuk awak."

Sejambak ros merah dihulurkan kepada Amira sebaik sahaja wanita itu melangkah kaki masuk kedalam perut kereta.

"Untuk saya."

Tersenyum lebar Amira,pantas mengambil jambangan bunga itu yang dihulur Airil lalu menghidunya.

"Wanginya,fresh flower ya.Hurmm terima kasih Airil bagi saya bunga ni."Kata Amira mengukir senyuman manis.

"Sama sama." jawab Airil,dia juga tersenyum gembira. "Mira,hari ni sebelum awak balik kita pergi makan dulu boleh." Soal Airil kepada Amira yang masih menghidu bau aroma bunga ros merah itu.

"Boleh." ringkas jawapan Amira mengangguk setuju.

Airil apalagi,senyumannya lagi lebar lah.

"Betul ni? Abang awak tak marah ke kalau awak balik lambat." soal Airil lagi seakan tidak percaya.

"Ye,betullah.Tak apa,kalau abang saya tanya.Saya cakap lah saya kerja lebih masa..hee" jawab Amira tesengeh.

"Awak ni..Tak apa ke ni.Risau lah saya."

"Dah,dah tak payah risau.Eh cepatlah gerak.Kita nak makan kat mana ni."

"Okey,tak apa lah kalau macam tu.Tapi kalau awak ada apa apa masalah dengan abang awak.Awak call je saya.Anytime saya datang selamatkan awak.So sekarang ni awak ikut je,saya ada tempat istimewa nak bawa awak makan."

"Okey.Jom lah."

Dengan hati yang tenang dan gembira Airil memulakan pemanduannya.

Didalam kereta,Airil kerap menoleh ke arah Amira.Hatinya begitu bahagia melihat bila Amira teruja merenung jambangan bunga hadiah darinya.

Amira pula sesekali membalas tatapan Airil.Bibirnya tak lekang ukir senyum.

"Awak suka ke bunga tu.Dari tadi asyik cium je." soal Airil.

"Suka lah.Suka sangat.Awak nak tahu tak Airil.Inilah pertama kali saya dapat bunga dari lelaki."

"Ye ke? tak percaya lah saya.Perempuan cantik macam awak ni,tak kan tak ada lelaki yang nak?"

"Betul,Saya tak tipu lah.Awak lah lelaki pertama yang bagi saya bunga.Ye,jujur saya akui,ada je lelaki nakkan saya.Tapi...

"Tapi awak jual mahal kan! Tak nak layan diaorang.Macam pertama kali saya nak pikat awak dulu.Awak jual mahal,nak senyum pun susah.Takut saya.Tapi nasib baik lah saya tak berputus asa tau.Saya terus follow awak,beranikan diri tegur awak.Dan sekarang berjaya juga saya tawan hati awak.Tak lama je lagi,saya yakin awak akan setuju untuk jadi teman wanita saya." Ujar Airil dengan yakinnya.

Amira tertawa kecil."Iye la tu.. Yakin sangat lah awak ni."balasnya.

"Mira." Manja namanya dipanggil Airil.Dan tiba tiba jari jemarinya digengam.

Terbuntanglah bola mata Amira terkejut melihat tindakkan berani Airil memegang tangannya.Tetapi dia hanya membiarkan sahaja.

"Mira,saya suka awak,saya dah jatuh cinta dengan awak dari hari pertama saya nampak awak.Awak cantik,awak baik.Saya harap sangat awak sudi jadi teman istimewa saya ya."

Romantisnya suara Airil meluahkan isi hatinya sambil mengucup lembut belakang tangan wanita itu.

Amira tergamam,mulutnya terbuka kecil.Sekali lagi terkejut melihat tangannya dikucup Airil.Jantungnya juga tiba tiba berdegup laju.

"Mira.. Amira."

"Ha ah.. ye."

"Kenapa awak diam.Saya minta maaf kalau awak tak selesa." Soal Airil apabila Amira tiba tiba diam membatu.

"Eh tak,tak.Saya okey." Kata kata Amira sudah tidak teratur.Dengan hanya kucupan lembut Airil berikan di belakang telapak tangannya sudah mampu melemahkan iman seorang wanita.

Airil pula tersenyum kelat melihat keresahan bakal buah hatinya itu.Terus merenung dalam wajah manja Amira.Jika ikut rasa hatinya mahu saja dia parkir keretanya dibahu jalan dan menikmati seulas bibir mekar Amira.

Pukul 10 malam,Dirumah banglo Dato Hakimi.

Disaat Airil menikmati detik detik bahagia bersama Amira.Melur pula menikmati detik detik bahagia bersama Pn Sri Ramona meluangkan masanya berbual mesra bersama wanita tua berdarah Rusia itu.

"Ha ah picit kat situ Melur."

"Sini ke?"

"Tak,bawah sikit."

"Sini"

"Tak,bawah sikit je lagi.Haa... betul tu.Kat situ,kamu picit kuat sikit."

"Sini ke opah."

"Ya ya kat situ.Ya Allah sedapnya."

Seronok betul Pn Sri Ramona menikmati urutan dari cucunya Melur.Dari tadi 'Auk,Aukk' habis keluar semua angin dalam badannya.

"Melur."

"Ya opah."

"Airil ada bagitahu kamu tak ke kenapa dia balik lewat malam ni." Soal Pn Sri Ramona.

"Ada opah,tadi Airil call Melur.Dia cakap malam ni dia balik lewat sikit nak jumpa client katanya."

Selamba Melur menipu,terpaksa beri jawapan walaupun dia sendiri tidak tahu kemana suaminya pergi.

"Ohh.. Sibuk betul suami kamu tu ya.Sabar la Melur,Airil tu sibuk untuk masa depan kau orang juga.Tapi kan kamu dengan Airil ni tak nak ke pergi honeymoon."

Soal Honeymoon pula wanita tua itu tanya.Masaklah Melur nak menjawab.

Kini urutan Melur beralih ke kaki Pn Sri Ramona pula.

"Honeymoon? Entah lah opah.Airil kan sibuk dengan kerja,tak nak lah Melur serabutkan dia nak tanya soal honeymoon."

"kerja ni sampai bila pun tak habis.Asyik sibuk je,bila opah nak merasa dukung cicik."

Pn Sri Ramona dah mula merungut.Bola matanya tidak lekang merenung raut wajah manis Melur yang seiras Qistina.

"Cicik? Err..

"Ya! cicik! Opah ni dah tua Melur.Umur umur macam ni teringin sangat nak dukung cicik.Tapi itu lah entah sempat atau tak,opah nak dapat tengok wajah anak kau orang." Sayu pula suara Pn Sri Ramona meluah keinginan rasa hatinya.

"Laa opah ni,jangan la cakap macam tu.Opah ni kan suka buat Melur sedih.Opah tahu tak,kalau Melur ni ada kuasa.Sekarang ni juga Melur nak bagi cicik kat opah.Tapi kuasa tu kat Allah.Jadi apa kata Opah doa banyak supaya Allah kurniakan zuriat untuk Melur dan Orkid.InsyaAllah ada rezeki opah." Ujar Melur lemah lembut tutur bicaranya memujuk Pn Sri Ramona.

Melur Natalia,cucu kesayangan Pn Sri Ramona.Sememangnya dia layak disayangi,dikasihi oleh wanita tua itu.Ini kerana sikapnya yang taat,lemah lembut,manja dan juga pandai menawan hati Pn Sri Ramona yang keras itu.

"Mama."

"Astagfirullah,Ya Allah kamu Airil"

Tersentak bahu Syuhada,tangannya mengurut dada apabila Airil tiba tiba muncul dibelakangnya.

"Mama tengok apa tu?Terhendap hendap dari tadi,sampai Airil kat belakang pun mama tak sedar."

Soal Airil hairan,kepalanya bergerak gerak meninjau ke dalam bilik Pn Sri Ramona.

"Shutt.Jangan cakap kuat sangat nanti diaorang dengar." jawab Syuhada sambil menarik tangan Airil jauh dari muka pintu bilik ibu mertuanya itu.

"ohh.. mama curi curi dengar perbualan dia orang ya.Jelous lah tu.Apasal mama tak masuk je join sekali."

Seloroh Airil menyindir.Jelas raut muka Syuhada yang cemburu akan menantunya itu.Sejak dari tadi lagi Syuhada bersembunyi ditepi daun pintu melihat kemesraan Pn Sri Ramona dan Melur.

"Tak payah lah,biar lah diaorang tu nak berkepit.Adalah tu hal apa pula yang Melur nak mengadu dengan opah.Esok tak pasal pasal
opah naik angin lagi."

Dengar ja jawapan Syuhada,Sekali dahi Airil berkerut hairan.

"Eh,apahal pula ni mama.Opah mengamuk ke?"

"Hurmm.. petang tadi opah mengamuk..

Jawab Syuhada,lalu semua kejadian petang tadi Syuhada ceritakan pada Airil.

Airil hanya merenung langkah ibunya memanjat anak tangga.Sakit pula hatinya mendengar luahan hati Syuhada tadi.Timbul rasa marah apabila dia melihat pula kemesraan Melur dan Pn Sri Ramona bagaikan belangkas.Niatnya dulu mengajak Pn Sri Ramona berpindah kerumah Dato Hakimi adalah untuk mengeratkan hubungan Syuhada dan Opahnya.Tetapi sekarang lain pula jadinya.

Airil melangkah kakinya terus masuk kebilik Pn Sri Ramona sambil mengucap salam.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummussalam." Serentak dua orang wanita itu menjawab salam.

"Eh abang dah balik." Melur menyapa Airil,bingkas bangun dari katil terus mencapai beg galas suaminya.

Airil ukir senyum tenang,biarkan Melur memegang beg galasnya.

"Abang dah balik lama dah.Sayang tu berbual dengan opah sampai tak sedar abang bagi salam."

"Ehh.. ye ke.Melur minta maaf bang."

"Hurm takpa.Tapi dah lewat malam ni,kenapa sayang tak tidur lagi.Kesian opah terpaksa layan sayang."

"Kamu tak payah nak kesiankan opah lah Airil.Opah yang panggil Melur tadi minta tolong dia urutkan badan opah.Yang kamu pula,kenapa balik lewat sangat.Kerja apa waktu waktu macam ni." soal Pn Sri Ramona nyaring suaranya.

"Jumpa client tadi,biasalah opah dah berbual tak sedar dah lewat." jawab Airil bersahaja."Nih opah dah habis urut ke."

"Dah." Ringkas jawapannya.

"Kalau macam tu boleh tak Airil nak ambil balik isteri Airil.Teringin pula nak minta tolong dia urutkan badan ni.Al maklum lah seharian kerja,sakit pun merata rata."

Seloroh Airil tersenyum nakal.

"Err.. apa abang pun nak urut" Melur pula mencelah hairan dengan kelakuan Airil.

"Ye sayang,boleh tak." jawab Airil selamba.

Melur pula tayang muka bingung.Seketika bola mata mereka bertaut.

Tertawa kecil Pn Sri Ramona melihat air muka kedua orang cucunya itu."Dah dah kamu berdua pergilah naik atas.Airil ambil lah balik isteri kamu tu.Opah dah taknak servis dia.Hah Melur,jangan nak buat muka macam tu.Cepat ikut Airil.Urut betul betul badan suami kamu,mudah mudahan cepat lah Opah timang cicik." seloroh Pn Sri Ramona.

"Cicik? Ohh opah nak cicik.Boleh boleh.Jom sayang kita naik atas.Kita buat cicik untuk Opah."

Jawab Airil selamba.Bahu Melur dipeluk.Riak mukanya tenang saja walaupun didalam hatinya membuak buak rasa marah kepada Melur.

Melur,terbuntang matanya mendengar jawapan Airil.Gulp! Air liur dia telan,bingung dan takut itulah perasaan yang sedang bermain difikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience