Pn Sri Ramona sudah pun bersiap menunggu cucunya Melur.Sepasang jubah hitam dan selendang hitam menutupi tubuh dan rambutnya.Beg galas Coach sudah tegantung di lengan kecil Pn Sri Ramona.
"Opah dah siap? hah jom lah."ajak Melur yang baru keluar dari biliknya.
Pn Sri Ramona hanya mengikut langkah Melur.
"Wei! Melur tolong la aku jap.!"Pekik Orkid dari dalam rumah apabila melihat kembarnya sudah pun diluar rumah.
"Eh jap jap.."Melur tersengeh,dia lupa akan janjinya untuk membantu Orkid mengeluarkan semua Buket dari dalam bilik dipindahkan kedalam punggung kereta."Opah! tunggu jap dalam kereta,Melur nak tolong Orkid"
Pn Sri Ramona hanya mengangguk,lantas melabuhkan duduknya didalam perut kereta.Enjin kereta Mini Cooper dihidupkan Melur,penghawa dingin mula mengeluarkan udara sejuk dan wangian segar lavender.
Pantas Melur berlari anak masuk ke dalam rumah semula untuk membantu Orkid.Melur keluar semula dengan menjinjing dua buah buket yang hampir melepasi kepalanya.Begitu juga Orkid.
"Orkid! ingat pesan aku! jaga bahasa tu dengan costemer.Kalau ada yang komplain pekakkan telinga."Pesan Melur kepada Orkid yang kerana risaukan sikap panas baran gadis seperti lelaki jadian itu.
"No hal lah! tau lah aku nak ajar kalau diaorang tu mulut puaka."Orkid lantas melangkah kakinya masuk kedalam kereta.
Melur yang risau akan kata kata Orkid meluru ke tingkap kereta "Orkid! ingat! jangan buat hal"Sekali lagi Melur memberi amaran,keningnya bertaut berang.
Laju Orkid memecut kereta Produa Bezza meninggalkan Melur yang masih terpinga pinga.
"Apahal dengan Orkid tu?? Masam semacam ja mukanya."Tegur Pn Sri Ramona apabila Melur sudah ada disebelahnya.
Tali pinggang kaledar sudah diapakai,perlahan pedal minyak ditekan."Bebal la tuh kena hantar Buffet sorang sorang.,selalunya Orkid tu driver ja Melur la yang kena mengadap custemer."
"Ohh..kenapa tak cakap ada kerja."Rungut Pn Sri Ramona. "Boleh ja opah pergi sendiri."
"Eh takpa takpa opah! sekali sekala bagi Orkid tu mengadap custemer,belajar jumpa orang.Ni tak asyik mengadap game je."bebel Melur.Akan tetapi hatinya masih resah memikirkan Orkid.
Pn Sri Ramona mengukir senyuman."Ye lah betul la tu! kesian...cita cita nak jadi polis tak tercapai..tak cukup tinggi.Habis manusia dalam game tu ditembaknya.."hahaha..terkekeh kekeh Pn Sri Ramona ketawa begitu juga Melur.
Suasana sepi seketika apabila nafas Pn Sri Ramona tercungap cungap dik ketawanya tadi.
"Eh! opah okey ke ni!"Soal Melur risau melihat keadaan Pn Sri Ramona.
Pantas Pn Sri Ramona mengeluarkan Inhaler dari beg galasnya.Tudung inhaler dibuka dan dimasukkan kedalam mulut,perlahan gas dipicit..Pn Sri Ramona kelihatan lebih tenang.Nafasnya mula tersusun..
"Opah! okey ke?nak balik tak?"Soal Melur yang masih terlalu risaukan Opah kesayangannya itu.
"Okey..opah okey...Tak payah balik! kita pergi ja."Tegas Pn Sri Ramona.
Melur hanya patuh pada kehendak Pn Sri Ramona.Setelah 20minit memandu mereka pon tiba di sebuah Pasar Raya.
*****
Kuala Lumpur..Ali terpaksa menukar waktu temujanjinya dengan Natasya.Sebuah restoran yang menyediakan masakan korean menjadi pilihan Ali dan Natasya.
"Sory you! I lambat! i tertidur la tadi."Natasya memberi alasan apabila Ali sudah lama menunggunya.
"It's okey..Tak lama pun i tunggu."jawab Ali,ditangannya sudah pun ada buku menu."You nak makan apa?"
Meliar kedua bola mata Natasya mentelaah buku menu ditangannya.
"One Bimbimbap,one kimci,one Rameyon and two plain water" Kata Natasya kepada pelayan yang memakai serba hitam itu.
Natasya merenung wajah muram Ali."kenapa ni? macam tak happy je?"
"Ingat cuti seminggu boleh la healing healing pergi bercuti ke,spentime masa dengan you ke! ni tak kena balik kampung..Bosan!"Rungut Ali yang masih berat hati untuk pulang ke rumah Pn Sri Ramona.
"Ohhh..patut lah moody,taknak balik rumah opah."Natasya tergelak kecil,jari jemarinya menggenggam erat tangan Ali."Berapa hari you kat sana?"
"Tiga hari!"jawab Ali ringkas. "I miss you..,i ikut boleh?"Pinta Natasya.
"No no..You tak kenal opah i! Nanti you kena siasat macam penjenayah tau!haha..
Sungguh mesra hubungan Ali dan Natasya,hubungan yang masih tidak pasti statusnya..Natasya bukanlah wanita yang bertakhta di hati Ali..Natasya hanyalah salah seorang yang dianggap kawan..selain Natasya ada ramai lagi gadis yang akan menjadi peneman Ali dikala sunyi.
Airil masih di restoran Retro milik sahabatnya Adriyan.Berdirinya di luar kereta kawasan parking.Sesekali matanya menjeling kearah pintu masuk dan keluar restoran itu.
Jelingan Airil terhenti apabila ada susuk tubuh seorang gadis keluar dari pintu tersebut.
"Hai Mira!"
Langkah gadis itu terhenti apabila namanya dipanggil.Pandangan dialih kearah suara itu."Awak??..awak tak balik lagi?"Tegur Amira hairan.
"Tunggu awak.."Senyuman manis terukir dibibir Airil. "Awak dah nak balik ke?"Soal Airil,berdirinya hampir dengan Amira.
"Ha ah.."Senyuman tawar dibalas Amira. "Err saya balik dulu ya!"pantas Amira memulakan langkah.
"Eh! jap Mira..!"Airil berlari anak mengikut langkah Amira.
"Ya cik!.."Langkah Amira terhenti sekali lagi.
"Saya hantar awak balik boleh?."Pinta Airil cuba untuk mengenali Amira.
"Takpe lah cik! Saya boleh balik sendiri."Tegas Amira.
"Awak panggil je saya Airil..."Senyuman jejaka tampan itu terukir lagi. "Jom lah saya hantar awak balik."Pintanya lagi.
Amira menjeling wajah Airil seketika.Raut wajahnya resah."Takpa lah Cik Airil,saya balik dulu ya."Tawaran Airil ditolak mentah mentah.Sekali lagi Amira memulakan langkahnya meninggalkan Airil.
Airil hanya merenung susuk tubuh Amira dan tersenyum seketika..Airil berlalu pergi setelah Amira hilang dari pandangannya.
Dirumah Pn Sri Ramona.Melur bersama wanita bertubuh tinggi itu sudah pun pulang...
"Banyaknya opah beli barang!!"Tegur Melur yang jalannya sudah tidak tentu arah dek kerana kedua belah tangannya tergantung beberapa bungkus beg plastik.
"Ya lah..stanby! al maklum lah ramai yang nak datang!"Kata Pn Sri Ramona yang turut membantu Melur.
Bungkusan bungkusan tadi diletakkan diatas ireland bar"Ramai?? sapa lagi yang datang opah?"soal Melur ingin tahu.Keningnya juga bertaut hairan.
"Pak Long,Mak long,Mak Long Hanim,dengannn... Airil,Ali."Pn Sri Ramona tersenyum.
"Hah!"Terlopong mulut Melur mendengar nama dua orang lelaki Poyo anak Dato Hakimi. "Buat apa diaorang datang sini?"Soal Melur tiba tiba resah.
"Ehh..biar lah! diaorang tu pun cucu cucu opah juga!"Pn Sri Ramona memberi alasan.
Satu persatu barang mentah didalam bungkusan plastik dikeluarkan Melur.Fikirannya tiba tiba rungsing..
Pn Sri Ramona merenung wajah monyok Melur."Apasal buat muka macam tuh?."Soal Pn Sri Ramona.
Kata kata Pn Sri Ramona tidak diendah Melur.
"Melur! Melur.."Jerit Pn Sri Ramona.
Pantas wajah Melur memandang Pn Sri Ramona."Ya Opah! opah nak air ke?"
"Hmmmmhh..keluh Pn Sri Ramona sambil meggelengkan kepalanya."Opah nak pergi solat jap.!hah kamu bila nak solat?"
"Melur cuti!"ujarnya pandangannya masih pada raut wajah Pn Sri Ramona.
"Dah siap kemas,masak ya!."Melur masak mee kuah daging! febvorite Pak long dengan Ali tu."Pinta Pn Sri Ramona."Nanti suruh Orkid masak spagetti Cabonara seafood yang tu Airil suka makan."
Hairan Melur menatap opahnya."Ya Opah..jap gi Melur masak."
Pn Sri Ramona bangun dari duduknya,melangkah kaki menuju ke biliknya.Melur hanya memerhatikan gerak geri wanita Rusia itu.
"Apahal dengan opah ni! tiba tiba teringat cucu cucu poyo dia tuh!,bukan dia tak tahu Ali,Airil tak pernah suka dia."bisik Melur. "Ishhh serabut la aku nak ngadap muka diaorang"Bisik Melur lagi yang mula memikirkan kehadiran jejaka yang pernah menjadi sahabat baiknya dulu.
"Woiii...berangan!!"Jerit Orkid yang sudah terpacak dibelakang Melur.
Sebatang carrot dihayun kekepala Orkid"hahh!!!! ambik kau! suka sangat buat orang terkejut."
"Ooi bodoh! sakit lah!"Rungut Orkid berang sambil menggosok gosok kepalanya.
"Padan muka!."bluuurrr..Lidahnya dikeluarkan..hahaha Melur tertawa.
"Kau tu berangan apa sampai tak sedar aku ni kat belakang."Bebel Orkid yang baru pulang dari menghantar buket.
"Serabut la aku!..kau tau dua orang lelaki poyo tu nak datang.."Teruja Melur menceritakan kepada Orkid.
Pantas Orkid melabuhkan duduknya di kerusi tinggi Ireland bar."Baguslah! lama betul diaorang tak balik sini!entah ingat entah tak jalan rumah opah."Jawab Orkid yang langsung tidak hairan dengan kehadiran musuhnya itu.
"Ohh kau suka lah diaorang datang sini."Sindir Melur "Hah tu ada tugas untuk kau! Opah nak kau masak spaggetti Cabonara Seafood untuk Airil."
"Laahhh..aku penat lah!"Rungut Orkid.Dahinya dijatuhkan pada pergelangan tangannya.
"Heeee..Melur hanya tersengeh mendengar keluhan Orkid.
Lemah kakinya menapak kelantai,Penat menghantar Buffet belum pun hilang,Orkid terpaksa pula memasak didapur bersama kembarnya.Suasana riuh didapur dengan perbualan Melur dan Orkid.
Ali dan Syuhada sudah pun memulakan perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor.Singgahnya sebentar di Shah Alam untuk mengambil Arfah Hanim atau Ibu Hanim.
"Ali! nanti singgah rumah Ibu Hanim ya!"Pinta Syuhada.
Raut wajahnya hairan"Buat apa ma?lambat pula kita sampai rumah opah!"
"Ibu Hanim ikut sekali.."Kata Syuhada kepadanya anaknya.
"Lahhh..opah nak buat kenduri ka? sekali Ibu Hanim dia ajak "Rungut Ali sesakali bola matanya menjeling Syuhada.
"Mana la mama tau! Ibu Hanim call tadi cakap nak tumpang!"
"Hal apa yang penting sangat ni ma??.."Keningnya bertaut cuba memikirkan sesuatu. "Hah!..Ali rasa opah nak agihkan harta dia yang tujuh keturunan makan tak habis tu.."
Pantas Syuhada menatap wajah Ali "Kamu ni kan pandai pandai je!... opah tu sihat walafiat lagi! kalau ye pun opah tu nak agihkan harta, conformlah kamu dengan Airil tu paling sikit dapat..Nak menjengah opah pon susah."Bebel Syuhada berang.
"Ye ke mama! tak boleh jadi kalau macam nih..hmmm"Sengaja Ali menyakat ibunya.
"Tau risau! rajin rajin lah sikit melawat opah kamu tu,ambil hati dia.. sekali sekala layankan je cakap dia.! ni tak kena paksa baru nak tunjuk muka."
Sepanjang perjalan ke rumah Datin Arfah Hanim Ali terpaksa menahan telinga mendengar bebelan bekas pengacara berita tv3 itu...
Share this novel