bab 7

Romance Series 85188

Pukul 10 pagi waktu pejabat kelihatan Airil termenung di ruang bilik mensyuarat.Fikirannya bercelaru memikirkan rumahtangga yang baru sahaja dia bina.Sebuah pernikahan yang dilafaz atas dasar terpaksa manakala isterinya pula seorang gadis yang telah merampas kebahagiaan keluarganya dahulu.

Imbas kembali.

Setelah 9 bulan Syuhada menanti penuh debaran akhirnya lahirlah seorang puteri dalam keluarga Dato Hakimi.

"Alhamdulillah..syukur ya Allah bertambah lagi cucu perempuan bonda."Senyum lebar Pn Sri Ramona menatap wajah bayi diribanya itu."Comelnya anak kamu Syuha.Subhanallah mata biru la Syuha!"Kata Pn Sri Ramona apabila bayi comel itu mula membuka matanya.

Tersenyum ceria Dato Hakimi dan Syuhada melihat keceriaan Pn Sri Ramona.."Ye ke bonda?? Syuha nak tengok."pinta Syuhada yang masih lemah selepas melahirkan puterinya secara pembedahan.

Bayi bermata biru itu dihulurkan kepada Syuhada."Ya la bang! mata biru macam bonda.. mesti cantik macam opah."Syuhada tersenyum memuji Pn Sri Ramona.

Pn Sri Ramona merenung wajah cucu perempuan dari keturunannya sendiri "Lilly" sejenis nama bunga keluar dari mulut Pn Sri Ramona.."Lilly namanya secantik orangnya."Kata Pn Sri Ramona kepada Syuhada dan Dato Hakimi.

Syuhada menatap wajah Pn Sri Ramona dan mengangguk."Ya Lilly Imani binti Muhammad Hakimi.."

Dato Hakimi dan Pn Sri Ramona mengangguk tanda setuju.

Selepas beberapa hari manginap dihospital Syuhada dan Lily Imani kini pulang ke rumah.Gembiranya Airil dan Ali menyambut kepulangan ibu dan adik perempuan mereka.

"Airil! jangan buat macam tu kat adik." Tegur Syuhada apabila Airil mahu mencubit pipi gebu Lilly Imani.

"Ali... ya Allah turun jatuh nanti sayang."Tegur Pn Sri Ramona pula apabila Ali sibuk memanjat katil bayi di bilik tidur Lilly Imani.

Suana riuh rendah mula menyelebungi bilik Lilly Imani apabila Ali dan Airil bergaduh sesama mereka berebut untuk memegang adik perempuannya itu.

"Ya Allah,Ali! Airil ! keluar...bising dari tadi lagi! sudah pergi main di luar sana?adik kamu nak tidur ni."jerit Pn Sri Ramona melenting memarahi dua orang cucu lelakinya itu.

Mendengar suara pekikkan Pn Sri Ramona terkedek kedek Airil dan Ali lari keluar dari bilik tidur bertemakan pink itu apabila dimarahi opah mereka.

Syuhada pula tergelak kecil melihat karenah dua orang anak lelakinya.

"Syuha,kamu rehatlah biar bonda jaga Lilly." ujar Pn Sri Ramona melayan mesra menantunya itu.

"Baik bonda" jawab Syuhada akur dengan arahan ibu mertuanya itu.Lantas Syuhada perlahan merebahkan tubuhnya di atas tilam.Bola matanya yang sudah letih merenung Pn Sri Ramona yang sibuk mengendong Lilly Imani sehinggalah ianya tertutup rapat.

Begitu gembira Pn Sri Ramona,wajah Lilly Imani ditatap tanpa jemu,kucupan demi kucupan diberikan.Dik kerana begitu gembira Pn Sri Ramona seakan terlupa akan kedua lagi cucu perempuannya iaitu Orkid dan Melur yang masih kecil,usia mereka hanya beberapa bulan sahaja berbeza dari umur anak perempuan Syuhada.

Dirumah Qistina menatap sayu wajah Orkid dan Melur.Hatinya hiba kerana sudah dua bulan Pn Sri Ramona tidak datang melawatnya.

"Kenapa sayang..sedih je?"Soal Abdullah Joon sambil tubuh kecil Orkid diangkatnya.

Qistina tidak menjawab,kelopak matanya dipejam,beberapa titik air jernih mula jatuh dipipi Qistina dan selepas itu dia mula bersuara "Qis rindu bonda,dah dua bulan bonda tak datang jenguk Qis,Melur,Orkid.Bonda dah lupakan kita ke." ujar Qistina dengan nada suara bergetar.

Satu keluhan Abdullah Joon lepas kan.Dia juga bersimpati melihat keadaan Qistina yang mula merindui ibu mertuanya itu.

"Sabar ya sayang.Mungkin bonda sibuk,Bonda kan jaga Syuha.Nanti Syuha dah sihat bonda datang la sini jumpa sayang,Melur,Orkid" tenang suara Abdullah Joon cuba memujuk Qistina sambil anaknya Orkid dibaringkan semula diatas tilam selepas dia susukan Orkid dengan susu formula.Kemudian giliran Melur pula Abdullah Joon angkat dan riba.

"Sayang,awak nak tahu tak.Bonda cakap anak Syuha tu comel sangat,matanya biru macam mata bonda.Hmmm mesti bonda seronok sangat."

Teruja Abdullah Joon bercerita kepada Qistina.Tetapi Qistina tidak memberi riaksi.Raut wajah Qistina berubah masam.Hatinya merasa iri hati apabila mendengar kata kata suaminya itu.Sudah pasti Pn Sri Ramona akan menyayangi anak perempuan Syuhada lebih dari anak anaknya.Namun apa daya Qistina,jika itu takdirnya,dia haruslah menerima semuanya dengan ikhlas jika hal itu berlaku.

Hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun demi tahun masa berlalu tanpa sedar.Kini cucu cucu Pn Sri Ramona sudah pun difasa alam persekolahan.Airil ,Ali, Orkid, Melur dan Lilly Imani kini menjadi sahabat baik.

"Lilly cepat lah ambil bola tu."arah Melur.

Berlari lari Lilly mendapatkan bola berwarna oren itu lalu membalingnya semula kepada Melur.Lantas Melur sambut dan membaling bola itu ke arah Lilly.

"Aduh!." Tiba tiba Lilly Imani menekup mukanya."aduhh sakitnya.." rungut Lilly sambil menangis apabila sebiji bola keranjang menerjah tepat kemukanya.

Melihat keadaan Lilly Imani pantas Orkid berlari menolong."Lilly,kau kenapa?" soal Orkid sambil menggosok gosok dahi Lilly Imani yang mula membekak.

Melur pula hanya tertawa sinis dari jarak jauh melihat Lilly Imani menangis kesakitan.Tetapi tiba tiba tawanya terhenti kedua belah kakinya pantas melangkah berlari kearah Orkid dan Lilly apabila Melur terlihat kelibat Airil dan Ali sedang berjalan ke arah Lilly dan Orkid.

"Lilly! maaf Lilly,aku tak sengaja tadi.Kau okey tak ni." Kata Melur berpura pura menggosok dahi Lilly.

"Eh kenapa ni?"Soal Ali cemas apabila melihat Lilly menangis teresak esak."Ya Allah dahi Lilly bengkak lah.jom,cepat masuk."Ajak Ali kelam kabut memimpin tangan adiknya,begitu juga Airil.Manakala Orkid dan Melur juga ikut bersama masuk ke dalam rumah.

Begitulah sikap buruk Melur melayan Lilly.Bukan baru sekali Melur berkelakuan begitu kepada Lilly.Tetapi sudah berkali kali.Hal ini terjadi kerana sikap Melur yang terlalu cemburukan layanan baik Pn Sri Ramona kepada Lilly Imani.Lilly Imani seringkali menjadi mangsa buli Melur tanpa disedari Airil dan Ali.Lilly juga pernah menceritakan tentang sikap Melur terhadap dirinya kepada Ali dan Airil.Akan tetapi kedua abangnya itu tidak mempercayainya kerana sikap Melur yang sopan santun dan lemah lembut tutur bahasanya tidak mungkin berkelakuan seperti itu.

Melur dan Airil juga mempunyai hubungan yang sangat erat,walaupun usia mereka masih terlalu mentah Airil sudah pun menaruh hati kepada Melur.Apa sahaja yang Melur mahukan pasti ditunaikan.Kata kata cinta juga pandai dituturnya.

"Melur..awak sayang saya tak?" Kata Airil yang ketika itu masih berusia 12 tahun.

Melur tersenyum manis dan mengangguk."Sayang."

Sekuntum bunga ros merah ditaman Pn Sri Ramona dipetik Airil lalu dihulurkan kepada Melur. "Melur,sudi tak awak jadi isteri saya bila kita besar nanti."soal Airil tanpa segan silu.

Melur pula tersenyum tersimpul malu "Sudi." jawabnya ringkas sambil mengambil ros merah di tangan Airil.

"Aduhh.." tiba tiba Airil menggosok bahunya yang terasa sakit.

"Hahahaa." Dari celahan pokok pokok bunga Pn muncul susuk tubuh Ali dan Orkid terbahak bahak ketawakan Airil.

"Woii korang! korang buat apa hah?"Jerit Airil menatap tajam wajah Orkid dan Ali yang masih ketawa besar.

"Tak buat apa apa pun.Kami tengok korang ja buat drama kat kebun opah ni." balas Orkid dengan tawa yang masih berbaki.

"Oooh korang bercinta yaa.." Ali pula mencelah sengaja menyakat abangnya itu.

Melur dah tayang muka berang menjegil kedua bola matanya,geram melihat kelakuan Ali dan kembarnya itu.Pantas Melur melangkah kakinya berjalan laju kearah dua orang budak nakal itu.Melihat Melur dah naik angin lintang pukang Ali dan Orkid lari selamatkan diri.

Imbas kembali tamat.

"Ali ! Ali.."terjongket kedua belah bahu apabila namanya dipanggil "Jauh termenung..ingat sape tu?" Tegur Airin salah seorang gadis peneman Ali dikala dia sunyi.

"Eh,takdelah sapa sapa lah! awak dah habis makan jom kita gerak." Ajak Ali.

Ali dan Airin baru mendarat di airport KLIA.Airin merupakan salah seorang pramugari Mas Airlines.Ali mengajak Airin menemaninya untuk makan sebentar sebelum pulang ke rumah banglo tiga tingkat Dato Hakimi.Selesai makan,Ali terus menghantar Airin pulang.

"Thank's Ali belanja Rin makan,hantar Rin balik." Ujar Airin sambil mengukir senyuman manis.

Senyumannya dibalas Ali tanpa kata kata,Ali hanya menganggukkan kepalanya dan terus memecut laju Bmw Z4 Merah miliknya.

"Huh!" Satu keluhan Ali lepaskan.Suara Dj Radio Sinar Fm dikuatkan."Nak balik ke tak?Agak agak diaorang dah sampai ke?" Seketika Ali bercakap sendirian.Fikirannya kusut berkira kira untuk pulang kerumah kerana sang isterinya sudah pun berada dirumah agam Dato Hakimi.Telefon pintarnya dicapai "Ishh,kalau aku call mama conform kena balik ni!.Call Airil je lah"

"Hallo!"

"Hello Airil! kau kat mana?"soal Ali.

"Aku kat ofis lagi la! apahal kau call??"Jawab Airil.

"Kau balik rumah tak hari ni?"Soal Ali lagi.

"Lahh,balik la! apasal kau tanya? kau ada mana ni?"

"Aku dah mendarat lah,dalam kereta! Airil bagi aku kunci rumah kau,aku malas la nak balik rumah."

"Hah! kau gila! kalau mama tahu kau taknak balik rumah mahunya tiga hari tiga malam mama membebel.Kau tahu kan hari ni opah dengan hamba hambanya dah sampai." Ujar Airil bersahaja.

"Tahu lah,sebab tu aku malas nak balik.Aku takut aku tak boleh nak kawal marah aku ni bila hadap muka si pembunuh tu!"

"Ek eleh.. Ye ke risau tak boleh kawal marah,atau kau risau kau tak boleh nak kawal nafsu kau tu." kata Airil sengaja menyindir Ali.

"Oi! tolong sikit ya,kalau setakat perempuan macam tu tak tergugat la iman aku ni.Perempuan keliling pinggang aku lagi cantik dan bergetah tau!"jawab Ali dengan penuh yakin.

"Ya la tu.. So,kau nak balik ke tak?"

Seketika Ali terdiam memikirkan sesuatu.

"Ye lah! aku balik lah."Kata Ali.

"Bagus bagus! Kita balik jumpa isteri kita.Lepas ni kita tengok iman siapa yang kuat! iman siapa yang lemah.Melur atau Orkid yang bunting dulu..hahahaha.." terbahak bahak Airil ketawa ditalian telefon dan tiba tiba.. tuuttttttttttt talian telefon Ali tamatkan.

Airil menatap skrin telefon pintarnya.Fikirannya mula terganggu memikirkan kata kata Ali tadi.

"Betul juga cakap Ali tu.Macam mana la aku nak mengadap muka dia hari hari.Sekali pandang pun dah sakit hati ni.Inikan pula kena tinggal serumah,satu bilik pula tu.Huh,serabutnyaaa." Bisik Airil sendiri.

Tok tok tok.. Daun pintu pejabat bilik Airil diketuk.

"Masuk!" ujar Airil.

Daun pintu dibuka,muncul susuk tubuh seorang jejaka memakai sut blazer biru tua melangkah berjalan masuk.

"Hah kau Fan! duduk lah." Arah Airil kepada rakan kongsinya Irfan.

Butang blazer dibuka sambil Irfan melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan Airil.

"Apahal ni? ada masalah ke?" Soal Airil hairan melihat raut wajah sahabatnya itu monyok.

Irfan menyandarkan tubuhnya,sebelah kakinya disilangkan." Huhh." Keluh Irfan "Rizal budak acaunt nak resign,Kak Nab pun nak resign.Lepas tu tadi Salwa pula bagi surat resign sebab nak kahwin katanya.Serabut otak aku Ril,tiga orang sekali nak blah." Rungut Irfan,kepala yang tidak sakit itu dipicitnya.

"Apa? Kau biar betul! Tiga orang sekali? Salwa nak kawin,lepas kawin kan boleh je kerja apasal nak resign."

"Entahlah,katanya nak ikut suami."

"Okey,yang Kak Nab dengan Rizal pula.Apa
masalah diaorang." Soal Airil lagi menatap hairan Irfan yang masih lagi memicit micit kepalanya."Rizal nak pindah,Kak Nab pula nak rehat,tak nak kerja dah.Aduhh.. Serabut lah otak aku,zaman sekarang ni bukan senang nak cari pekerja macam diaorang tu.Sudahlah kerja belambak! yang diaorang pula suka hati je nak resign."Rungut Irfan berang.

"Diaorang las bulan ni ke?"

"Ha ah! 2 minggu lagi!,mana nak cari staf baru." Ujar Irfan menatap raut wajah tenang Airil.

Airil terdiam seketika,otaknya mula memikirkan sesuatu."Macam ni lah,kita buka jawatan kosong untuk budak acaunt je.Setia usaha dengan staf cleaner aku cari."

"Budak acaunt je? Kau pasti.Jangan las minit kau cakap tak ada pula."

"Ye pasti.Untuk dua jawatan aku dah ada orang."

"Okey,baik lah.Kalau macam tu aku bagitau Salwa kita on iklan."

Airil mengangguk tanda setuju. "So dah setel masalah.Ada apa apa lagi ke kau nak cakap."

"Hai...macam tak suka je aku kat sini."sindir Irfan hairan.

Airil mengalihkan pandangannya pada Irfan. "Bukan tak suka.Tapi aku sibuklah!! Nak layan kau sampai ke malam tak setel kerja aku."Bebel Airil.

"Hahaha..Irfan tertawa."Okey okey aku blah." lantas Irfan bangun dari duduknya dan keluar dari bilik pejabat Airil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience