bab 5

Romance Series 85188

"Boleh tahan besar bilik Melur ni!"bisik Ali apabila kakinya melangkah masuk ke bilik tidur Melur."Katil king! tidur sorang jer..."Bisik hatinya lagi mula mengatur langkah sambil memandang sekeliling ruang bilik tidur Melur.

Tiba tiba bola mata Ali tertumpu pada sebuah Frame gambar yang tersusun di atas meja solek Melur pantas Ali mengambil dan menatapnya.

"Ni aku,Airil,Melur,Orkid,Lily? Lily?" bisik Ali terus merenung frame tersebut.

Kriuk..

Tiba tiba daun pintu bilik dibuka.Pantas Ali menoleh.

"Eh, Ali? awak buat kat bilik saya?? rasanya awak tidur bilik tamu kan dengan Airil.." Kata Melur hairan melihat jejaka beseluar track berbaju hoody hitam berada dalam biliknya.

Seketika Ali terdiam merenung wajah manis Melur.Frame gambar ditangan dia letakkan semula diatas meja solek Melur.Manakala Melur pula masih berdiri didaun pintu tidak memandang Ali.

Selangkah demi selangkah Ali menapak kaki menuju kearah Melur dan langkahnya terhenti di depan Melur.Melur pula memberi laluan kepada Ali untuk keluar dari biliknya.

Akan tetapi Ali tidak keluar dari bilik,sepantas kilat lengan Melur ditarik kasar oleh Ali lalu daun pintu di tutup dan dikunci.Lengan kecil Melur ditarik lagi dan kali ini tubuhnya dihempas ke dinding.Melur tercengang berdiri kaku tanpa suara.Ali mendepa kedua tangannya,bola matanya sangat dekat dengan wajah Melur,menatap tajam raut wajah wanita yang dalam ketakutan itu.

"Buat apa kau simpan gambar Lily??"Tegas suara Ali menyoal Melur.

Melur hanya menbisu,tidak mampu mengeluarkan kata kata..Matanya pula terpejam rapat,takut untuk bertentang mata dengan Ali.

"Sebab kau Lily mati! Sebab kau mama hampir gila! sebab kau aku dengan Airil dipersalahkan! Semuanya sebab kau lahh bodoh!"Jerit Ali yang begitu marah.

Tubuh Melur mula menggigil,masih berdiri kaku tanpa suara.Matanya juga masih terpejam rapat.

Tiba tiba...

Tok tok tok..

Ada seseorang yang mengetuk pintu bilik.

Serentak Melur dan Ali memandang daun pintu bilik.

"Ali! Ali!" jelas suara Airil dari luar bilik.

"Hari ni kau selamat"

Kata Ali lalu melepaskan Melur.Langkahnya laju terus kemuka pintu bilik.

Daun pintu dibuka Ali,Melur terus berjalan keluar dari bilik.Matanya langsung tidak memandang Airil.

"Woi! Apa kau buat ni Ali? Kau dengan Melur.. kau dah gila?"

Soal Airil.Keningnya bertaut hairan apabila melihat Ali mengesat bibirnya.

"Kenapa?? dah dia nak..aku layankan je lah."Kata Ali sambil merebahkan tubuhnya diatas katil bercadar ungu itu.

Daun pintu ditutup Airil."Biar betul kau nih..Dengan hamba opah tu kau ada selera!" Airil tergelak kecil.

"Hamba opah kau panggil dia..hahaha.." tertawa.."Kau ni kan mulut boleh tahan nampak ja macam ala ala lelaki melayu terakhir."

"Memang layak la gelaran tu untuk dia.Nak hidup senang! sanggup jadi hamba opah."Kata Airil sambil melabuhkan duduk dikerusi.

"Eh,tapi tadi betul ke kau kiss hamba opah tu!"

Teruja Airil ingin tahu.

Hahaha..Ali ketawa terbahak bahak.."Eeeiiuuu...Tak hadap la aku nak kiss pembunuh tu!."

"Habis tu kau buat apa tadi?? Merah muka Si Melur tu aku tengok."

Ali mengalihkan pandangannya pada Airil."Lepas geram lah..Ikutkan hati nak saja aku lempang muka dia!.Kau tengok frame gambar atas meja solek tu!"Ali memuncungkan bibirnya menunjuk arah kepada Airil.

Airil pula pantas mengerakkan kerusi beroda itu sehingga sampai di meja solek.Frame berbingkai hitam itu diambilnya.

"Eh! ni gambar kita kan."

Kata Airil teruja melihat gambar zaman kecilnya.

"Masa ni umur aku 10 tahun,kau 9 tahun,Melur,Orkid 7 tahun.."Seketika Airil terdiam merenung wajah seseorang yang sangat dirinduinya."Masa ni Lily 6 tahun.."Sebak suaranya,Airil menyentuh wajah tak bernyawa itu.Tanpa sedar beberapa titik air jernih dari bola matanya jatuh.

Ali merenung susuk tubuh Airil yang tiba tiba terdiam.."Woi..kau apahal?" pantas Ali bangun menghampiri abangnya itu." Laa nangis pulak..Dah la tu! tak macho la laki nangis."Kata Ali cuba menenangkan Airil.

"Sial kau Melur! kalau tak kerana perempuan tu! Lily masih ada dengan kita.Kau selamat sebab opah bela kau!."

Terlalu sakit hatinya bila mengenangkan kehilangan satu satunya adik perempuan mereka Lily yang telah lama meninggal dunia.

"Dia bebas sebab opah! tapi dia takkan bebas dari kita.."Kata Ali kepada Airil..ungkapan yang penuh dengan dendam.

Dibilik tidur Orkid Melur termenung diatas katil,sesekali tagannya mengesat air mata yang jatuh ke pipi.

"Sampai hati diaorang layan aku macam ni! aku tahu aku jahat dulu,tapi aku tak sengaja! aku dah berubahlah."

Esakan tangisan Melur semakin kuat..Melur membenamkan wajahnya pada tilam empuk,lantas menjerit sekuat hatinya melepaskan geram yang terbuku.

Keriuk..

Daun pintu bilik Orkid buka.Tangannya laju menekan Suiz lampu.

"Opocot mak kau Astagfirullahalazim..Melurrrrrr..."

Jerit Orkid.Terkejut.

"Huh!" Orkid menghela nafasnya sambil berjalan kearah katil. "Kau buat apa dalam gelap ni? Dah la rambut kau lepas macam tu! Macam hantu kau tahu tak!"

Soal Orkid lalu melabuhkan duduknya ditepi Melur.."kau kenapa??" soalnya lagi apabila Melur hanya diam.

Perlahan Melur mengangkat kepalanya dan mengalihkan pandangan pada Orkid.

"Aaahhhhhhh..Kuat Orkid menjerit..

Kelam kabut Melur bangun dari tidurnya dan menekup mulut Orkid."Diam la..Ni aku lah!"

Orkid tarik tangan Melur.

"Kau apehal?? Kau nak bunuh aku,boleh kena heart attack kau tau tak!! Mata merah,hidung merah..rambut sugul..Kau layan drama korea ke??"Bebel Orkid geram.

Melur merebahkan tubuhnya semula,pandangannya tertumpu pada kipas siling yang berputar laju "Aku sedih laa..kesian perempuan tu dihina, dicaci..dipulau!"Kata Melur meluahkan isi hatinya.

"Alahhh semua tu drama je lahh.. last episod cinta lah sayang lah..bahagia je semua.Menyampah aku drama korea nih."

"Tapi perempuan tu tak salah!..kenapa patut hina dia,benci dia pulau dia.."Kata Melur yang cuba pertahankan dirinya sendiri.Sesekali air matanya dikesat lagi.

"Kau takyah over sangat lah,drama je pon! Diorang menangis dapat duit,kau tu dapat apa?..""Ishhhh... sudah sudah la menangis tu..rimaslah! Dah dah berambus tidur bilik kau."Tubuhnya direbahkan,kain selimut ditarik menutupi separuh badannya.."Woii blah la tidur bilik kau."arah Orkid pada Melur apabila merasakan tubuhnya dipeluk.

Tetapi Melur terus memeluk erat tubuh kecil Orkid."Aku tidur sini,lelaki poyo dua orang tu tidur bilik aku lah."

"Ohh macam tu! Tapi kau tu tidur dah la..tak payah la peluk peluk rimaslah.."kata Orkid cuba meleraikan pelukan Melur.

Melur terus memeluk kembarnya itu,kata kata Orkid tidak diendahkannya.

Hari sudah lewat malam,Pn Sri Ramona,Dato Hakimi,Syuhada dan Ibu Hanim masih lagi duduk diluar perkarangan rumah.Raut wajah masing masing kelihatan tegang.

"Bonda pasti ke nak teruskan rancangan bonda tu!"Soal Dato Hakimi.

"Ya! dah sampai umur cucu cucu bonda tu kahwin!"Tegas Pn Sri Ramona.

"Tapi Kimi tak yakin bonda yang Airil dengan Ali akan setuju,diaorang dah besar bonda! mungkin dah ada pilihan sendiri!"

Wajah Dato Hakimi ditenung ibunya."Kau lupa janji kau! 23 tahun lepas bonda dah pesan'pastikan anak anak korang tak ada pilihan sendiri." Lantang suara Pn Sri Ramona berkata.."Syuha! kau dah lupa janji kau??"kini wajah Syuhada pula ditatap Pn Sri Ramona.

Syuhada juga membalas tatapan Pn Sri Ramona."Syuha ikut je bonda,Syuha setuju.."Syuhada hanya mampu akur dengan kehendak ibu mertuanya itu.

Dato Hakimi menatap wajah sayu isterinya itu."Syuha yakin ke dengan keputusan ni.Syuha yakin ke anak anak kita akan setuju."

"Insyaallah bang..Syuha akan pujuk diaorang."

"Kalau diaorang tak setuju bonda?"Soal Dato Hakimi masih meragui keputusan Syuhada.

Wajah Dato Hakimi ditatap lagi."Bonda akan buat sampai diaorang setuju."Pn Sri Ramona mengukir senyuman sinis..

"Macamana dengan Melur dan Orkid??"Syuhada mencelah ingin tahu.

"Bonda tak perlu persetujuan diaorang.Diaorang kena ikut cakap bonda."tegas Pn Sri Ramona.Wanita tua itu langsung tidak memikirkan perasaan anak anak arwah Qistina.

Ibu Hanim hanya mendengar,dia memilih untuk tidak campur urusan mereka..Baginya dirinya tiada hak keatas anak anak tirinya itu.

Dato Hakimi terdiam,tiada apa apa mampu dia katakan untuk mengubah rancangan Pn Sri Ramona.Dato Hakimi bersimpati kepada kedua anak lelakinya,nasib mereka juga sama seperti dirinya terpaksa berkahwin dengan pilihan Pn Sri Ramona.

Imbas kembali.

"Bonda! macamana Kimi nak hidup dengan Hanim! Kimi takde perasaan pada Hanim."

"Cinta tu boleh datang lepas korang kahwin! Hanim tu baik,lemah lembut budi bahasanya."Kata Pn Sri Ramona tegas.

"Ayahnda..bonda tolong lahh.Kimi merayu,Kimi taknak kawin Hanim.."Tegas Dato Hakimi menolak perjodohannya dengan Arfah Hanim.

"Kamu kahwin Hanim! Agro Nexus seratus peratus hak kamu! ini janji bonda.."Kata Pn Sri Ramona,menawarkan syarikat miliknya kepada Dato Hakimi.

Setelah berfikir panjang dan mendapat sokongan dari Dato Sri Muhammad Fadil Ali akhirnya Dato Hakimi akur dengan kehendak Pn Sri Ramona.

Dato Sri Muhammad Fadil Ali merupakan suami kepada Pn Sri Ramona.Beliau adalah seorang ahli politik yang terkemuka.Ayahanda Dato Hakimi meninggal dunia ketika umur Hakimi 28 tahun.Perginya Dato Sri Mohammad Fadil Ali sebelum Airil dan Ali lahir kedunia.

Imbas kembali tamat.

Jam 9 pagi kelihatan Melur mundar mandir dedepan biliknya.. Sesekali dia terfikir mahu mengetuk pintu bilik namun hasratnya terbatal risau Ali mengamuk lagi.

"Melur.."Lembut namanya dipanggil Ibu Hanim.

Pantas bola matanya memandang kearah Ibu Hanim yang kebetulan lalu disitu."Eh ibu! ibu dah makan?? Melur dah siap masak nasi lemak dengan bihun goreng."

"Belum! ibu dari taman bunga opah,opah pun kat luar lagi sibuk dengan pokok pokok bunga dia."senyuman terukir.."Melur buat apa kat sini?"Soal Ibu Hanim hairan.

Melur menggaru garu kepalanya yang tidak gatal."Errr Melur nak ambik pakaian..tapi Ali dengan Airil tidur lagi rasanya,segan pula nak ketuk."

Ibu Hanim menghampiri daun pintu,tanpa berlengah daun pintu diketuk kuat."Tok tok tok..Ali..Airil! bangun!"Jerit Ibu Hanim.."Tok tok tok tok..Daun pintu diketuk lagi.."Ali...Airil..."

"Ya!ya! jap.."Jawab Airil dari dalam bilik lalu daun pintu dibuka kecil.

"Bangun! dah pukul 9 ni!"bebel Ibu Hanim.

Airil menggosok gosok bola matanya."Jap la bu! ngantuk."Airil memberi alasan. Daun pintu ditutup semula.

"Hei buka pintu ni."pantas Ibu Hanim menolak daun pintu.

"Ye laa..Airil nak bangun la,nak mandi jap."

"Buka la kejap,Melur nak masuk ambil pakaian dia."Kata Ibu Hanim.

Seketika Airil melihat wajah Melur lalu daun pintu dibuka lebar.

"Hah Melur masuklah." kata Airil kepada Melur.

"Auuwww aduhh..Melur ibu nak pegi tandas jap! Melur masuklah ambil pakaian.Airil pintu tu buka luas."

Kata Ibu Hanim sambil menekan perutnya.

"Ibu dah tak tahan ni."

Pantas ibu Hanim berlari anak mahu ke tandas dik kerana sakit perut.

"Hah,masuklah cepat!"

Daun pintu Airil buka seluasnya.Perlahan Melur menapak kaki masuk kebilik tanpa memandang Airil dan juga Ali yang sedang terbongkang tidur di atas katilnya.

Pintu Almari pakaian ditolak Melur lalu Melur mencapai sehelai seluar panjang dan baju berlengan panjang,tapi tiba tiba serba salah pula Melur mahu membuka laci berisi pakaian dalamnya risau jika Airil ternampak.

Sepintas lalu Melur memandang Airil yang dari tadi perhatikan dirinya.Nak tak nak Melur terpaksa juga menarik laci itu.

"Ambil je la tak payah malu malu.." tiba tiba suara garau Ali muncul di belakang Melur..entah bila dia bangun dari tidurnya Melur tidak sedar.

Melur terkejut,pantas laci ditolak semula.Tapi sempat juga lah Melur mencapai baju dan seluar kecilnya.

Daun pintu Almari disorong tutup semula.Pakaian yang diambil Melur kepit celah lengannya.Sepantas kilat Melur membuka langkah untuk keluar dari bilik..tiba tiba

Kedebuk! Melur jatuh tersungkur di lantai depan kaki Airil.

"hahaha." Ali tertawa puas melihat cucu kesayangan Pn Sri Ramona jatuh tersungkur akibat perbuatannya.Dia sengaja menghulurkan kakinya disaat Melur pantas berjalan untuk keluar.

"Aduhh.."Melur merintih sakit.Terjegil bola matanya melihat semua pakaian yang diambil tadi bertaburan di atas lantai..Melur bertambah malu apabila Bra berwarna merah miliknya betul betul berada di atas kaki Airil.Laju Melur mengesot untuk mengambilnya.Tetapi..

"Wow! red colour!" Kata Airil apabila bra merah milik Melur sudah ada ditangannya.

Wajah Melur bertukar bebal dia sedaya upaya cuba bangun dari duduknya.

"Bagi aku lah!"kata Melur marah tangannya cuba mencapai bra ditangan Airil.Tapi belum pun sempat dia capai Airil membaling bra tadi kepada Ali pula.

"Boleh tahan! muat muat tangan aku..hahaha"Ali tertawa besar sambil tangannya menekup cup bra milik Melur.

Melur berjalan kearah Ali pula.Wajahnya merah menahan malu dan marah."Ali bagi aku!!" pinta Melur sambil menginjat kedua kakinya untuk mencapai bra ditangan Ali.Tetapi..

Bra tadi berpindah pula ke tangan Airil.

"Astagfirullahhalazim..Airil ! apa kamu buat ni??"Jerit Ibu Hanim tiba tiba muncul di belakang Airil."Ya Allah tak senonoh betul la kamu ni!"Tegur Ibu Hanim apabila tangan Airil masih menekup cup bra merah itu.Pantas Ibu Hanim mencapai bra ditangan Airil.

"Benda ni korang buat main!" Kata Ibu Hanim berang sambil menggeleng kepala.

Melur melangkah kaki menghampiri Ibu Hanim.

Ibu Hanim menggelengkan kepalanya lagi."Memang patut laaa korang ni kawin!.Dah gatal sangat nih??"

Airil tertunduk malu.Memang lah Airil ini pendiam orangnya ala ala lelaki melayu terakhir tetapi jika telah bersatu dengan adiknya Ali terbuka juga sikapnya yang sebenar.

Ali pula tersengeh sengeh.. "Jangan lah marah ibu,kita orang bergurau je.."

"Err betul tu ibu.."Airil mencelah. "Melur! sory lah!"Kata Airil kepada Melur "Tolong lah jangan cakap kat opah" Katanya lagi risau jika Pn Sri Ramona tahu pasti akan mengamuk.

Tapi Melur tidak pedulikan kata kata Airil.

"Jom lah ibu! Melur nak mandi,nak siapkan sarapan pagi."Ajak Melur yang dari tadi bersembunyi di belakang Ibu Hanim.

"Melur pergi la..Ibu tak habis lagi nak cakap dengan diaorang ni."

Ali dan Airil berpandangan sesama sendiri masing masing mengangkat bahu memberi isyarat.Ibu Hanim pula dah mula cekak pinggang.

"Korang tak malu ke buat Melur macam tu! tak lamaaa ja lagi Melur tu akan jadi isteri kamu atau Ali."

"Haa"terlopong mulut Airil dan Ali mendengar kata kata Ibu Hanim.Terkejut!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience