bab 8

Romance Series 85188

Pukul 5 petang,Sebuah lori bertutup menyusur masuk ke perkarangan rumah banglo Dato Hakimi.Tidak lama kemudian dua buah biji kereta pula masuk.Setelah lori dan dua kereta itu diparking kelihatan dua orang lelaki turun dari lori.Manakala Orkid,Melur dan Pn Sri Ramona pula keluar dari dua buah kereta tadi.

Pintu belakang lori itu dibuka,dua orang lelaki berbangsa india itu mula menurunkan satu persatu pokok bunga dari belakang lori dan diletakkan dihalaman rumah agam Dato Hakimi.

"Asslammualaikum bonda." Serentak Syuhada dan Ibu Hanim memberi salam menyambut mesra ketibaan ibu mertua mereka.

"Waalaikumussalam." balas Pn Sri Ramona tersenyum ceria.

Setelah Syuhada dan Ibu Hanim bersalaman dan peluk cium dengan Pn Sri Ramona barulah mereka menyambut kedua orang menantu mereka iaitu Melur dan Orkid.Suasana mula riuh rendah dengan suara mereka bertanya khabar.

"Puan,semua pokok kami dah bawa turun!" Ujar seorang lelaki mencelah perbualan mereka.

Seketika Pn Sri Ramona mengalihkan pandangannya kearah lelaki itu lalu mengatur langkah kearah himpunan pokok pokok bunganya.Bola matanya meliar mengira sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah tumbuhan berwarna warni itu.

"Cukup 55 pasu!.Bagus,tak ada yang pecah." Bibirnya mengukir senyuman. "Nah ambil ni buat minum minum." Sekeping wang kertas Rm50 dihulurkan kepada pemuda india sebagai saguhati.

"Ayoo.. Terima kasih puan." Tersenyum lebar pemuda itu lantas mengambil wang ditangan Pn Sri Ramona.Setelah itu mereka terus pergi meninggalkan perkarangan rumah Dato Hakimi.

"Jom bonda,Orkid masuk.Hari ni Syuha masak special untuk bonda.Hah,untuk Orkid pun ada.Mama masak makanan kegemaran Orkid." Seperti biasa,begitulah layanan Syuhada kepada Melur.Hanya Pn Sri Ramona dan Orkid diajaknya.Melur pula langsung dia tidak peduli.Mujurlah ada Ibu Hanim menyambut baik kehadiran Melur.

"Melur,jom masuk." Lembut bahu Melur dipeluk "Melur sabar ya,jangan ambil hati sangat dengan perangai mama tu.InsyaAllah suatu hari nanti pasti mama terima Melur." Lembut suara Ibu Hanim cuba memujuk Melur.

Melur pula hanya mengukir senyuman tenang,melangkah kaki berjalan berpelukan dengan Ibu Hanim masuk kedalam rumah.

"Waahhhh..besarnyaa rumah mama! Woww.. Cantiknya lukisan ni! siapa yang lukis ni mama?" Soal Orkid teruja melihat kecantikan lukisan besar yang menghiasi dinding rumah banglo itu.

"Ali la!" jawab Syuhada.

Orkid mengerutkan dahinya."Ali? hurmm betul ke mama?" Soal Orkid seakan tidak percaya.

"Hahaha." Syuhada ketawa besar sehingga terlihat kecantikkan giginya yang tersusun rapi "Tak lah,mama bergurau je.Lukisan ni Ali yang beli masa dia pergi Korea."

"Ohh.. dah agak dah! tangan keras macam tu mana ada bakat nak melukis." Kata Orkid menyindir Ali.

"Tangan siapa yang keras?" Tiba tiba ada suara garau muncul diantara mereka berlima.

Serentak semua mata memandang kearah susuk tubuh Ali yang sedang berjalan kearah mereka.

"Sedap mulut kau je mengutuk aku." kata Ali lagi,riak mukanya jelas tidak puas hati.

Orkid hanya diam tidak pedulikan kata kata Ali,lalu dia merebahkan punggungnya diatas sofa.Matanya juga tidak memandang Ali.

Ali pula berjalan menghampiri Pn Sri Ramona dan menghulur salam,kemudian Syuhada,kemudian Ibu Hanim dan kemudian. "Hah salam la cepat!" Kata Ali sambil menghulurkan salamnya kepada Orkid.

Orkid pula masih membatu tidak menyambut tangan Ali.Bola matanya tajam merenung telapak tangan Ali.

"Oi,cepat lah salam.Tunggu apa lagi." sekali lagi Ali bersuara.

Nak tak nak Orkid terpaksa akur.Telapak tangan Ali disambut.Ali masih tak puas hati,tangan Orkid tidak dilepaskan "Takkan salam je.Hah,cium lah sekali." Arah Ali lagi.

Hidung Orkid mula kembang kempis menahan marah lalu belakang telapak tangan Ali dikucup lembut.

"Ha.. macam tu lah bakal isteri solehah." sindir Ali.

"Dah salam kan.lepaslah." Orkid dah bebal tangannya ditarik.

"Sekejap lah." Ujar Ali sambil melabuhkan duduknya disebelah Orkid.

Syuhada,Pn Sri Ramona,Melur dan Ibu Hanim hanya memandang dan tertawa melihat karenah pasangan pengantin baru itu.

"Eh,Bonda! kak Hanim,jom minum,makan.Syuha dah siap hidang tadi.Jom lah.Diaorang berdua tu biar jelah." ujar Syuhada mengajak Ibu Hanim dan Pn Sri Ramona.Melur pula,seperti biasa lah Ibu Hanim yang akan mengajaknya.

"Oi,Lepas lah..aku nak makan lah!" Tegas Orkid berkata sambil menarik tangannya dari gengaman Ali.

Tetapi Ali masih tidak mahu melepaskan legan kecil Orkid sehinggalah kelibat empat orang wanita tadi hilang dari pandangan.

"Lepas lah! kau ni tak faham bahasa ke? Aku nak makan lah." Sekali lagi Orkid bertegas,tubuhnya sudah bangun berdiri bersedia untuk lari jika tangannya terlepas dari pengangngan Ali.Tapi malangnya tindakkan Ali lagi pantas menarik tubuh Orkid jatuh terduduk diribanya lalu pinggan Orkid dirangkul.

"Oi! ini dah lebih.Lepas lah bodoh! Aku tumbuk juga muka kau kang." Orkid mula naik angin,jari jemarinya sedaya upaya cuba meleraikan pelukkan Ali.Namun Ali tidak pedulikan amarah Orkid.Pelukannya juga bertambah erat dan tubuh mereka semakin rapat.

"Ehem.. Tiba tiba ada suara lelaki berdehem.

"Eh papa!"

Serentak Ali dan Orkid tergamam melihat susuk tubuh Dato Hakimi tercegat di belakang mereka.Pantas Ali melepaskan tubuh Orkid.Orkid pula apa lagi sepantas kilat berlari menyelamatkan diri dari suaminya itu.

"Hai..dah tak sabar ke? kalau ye pun pergi la naik atas." selamba Dato Hakimi menyindir Ali sambil melabuhkan duduknya di sebelah Ali.

"Err...Tak lah.Saja nak bergurau." Jawab Ali terkulat kulat.Rona kulitnya sudah kemerahan menahan malu.

Dato Hakimi mengukir senyum sinis merenung wajah anaknya itu "Nak bergurau tak salah,bergurau lah dalam bilik! nak lebih dari tu pun boleh,cepat sikit ayah dapat cucu!" Ketawa besar Dato Hakimi sengaja menyakat anak terunanya itu.

Ali juga tertawa kelat. "Err.. papa Ali naik atas dulu ya nak mandi,nak solat jap." Kata Ali mencari helah lalu langkahnya laju berjalan keanak tangga.

"Eh,Ali tunggu jap."

Belum sempat Ali memanjat satu anak tangga Syuhada pula memanggilnya.

"Aduhh.. ada apa lagi ni." Detik hati Ali memandang kearah Syuhada.

"Hah Ali,dah alang alang nak naik atas tu,tolong bawa beg Orkid sekali." Arah Syuhada.

"Beg Orkid.Boleh,tapi yang mana?" soal Ali,bergerak gerak bola matanya perhatikan beberapa beg bagasi yang tersusun ditepi anak tangga.

"Orkid,pergi tunjuk kat Ali yang mana beg kamu." Orkid pula diarah Syuhada ketika sedang enak menikmati spaggetti cabonara.

"baik mama." Orkid hanya akur bangun dari duduk dan berjalan ke arah Ali.

"Ni hah warna hijau ni!"Tunjuknya.

"Woi beratnya! apa kau bawak ni?" soal Ali berkerut dahi apabila bagasi pakaian Orkid mahu diangkat.

Orkid pula menatap sinis wajah Ali."Harap badan ja sado.Tapi lembik!"" sindir Orkid lalu menjelir lidahnya dan beredar ke meja makan semula.

"Kurang ajar betul,kau tunggu! kita tengok nanti,kau tahu la aku ni lembik ka keras" Bisik Ali sambil merenung tajam wajah isterinya itu.

Pukul 6 petang,waktu kerja sudah satu jam tamat tetapi Airil masih sibuk dipejabatnya.

"Huh setel!" Satu keluhan Airil lepaskan.Kedua belah tangannya diangkat untuk mereganggkan urat badannya.Hampir 2 jam Airil menatap skrin komputer menyiapkan kertas kerja.Seketika Airil menatap skrin telefon,gambar Amira direnung lalu bibirnya mula mengukir senyuman.Hatinya mula merasa rindu pada sang kekasihnya.

"Pergi jumpa Mira lah." Bisik Airil lantas mula mengemas meja pejabatnya yang beratakkan.

Seperti biasa Airil akan menuggu Amira dikawasan parkir sambil mendengar coleteh DJ radio.Bola matanya pula tak lekang perhatikan luar tingkap.

"Eh,Mira dah keluar lah." Bisik Ali lalu pantas keluar dari kereta apabila langkah Amira sudah hampir dengan keretanya.

"Hai awak!"tegur Airil bibirnya mengukir senyuman gembira.

"Eh,cik Aril.Buat apa kat sini." Balas Amira,raut wajahnya sedikit terkerjut dengan kehadiran Airil.

"Sory lah ganggu awak.Saya saja datang sini nak jumpa awak.Awak dah nak balik ke?"Soal Airil.

"Aa..aa dah nak balik dah.Ada apa ya cik Airil nak jumpa saya.?"

"Saya ada hal sikit nak cakap.Tapi kat sini macam tak sesuai.apa kata saya hantar awak balik.Sambil sambil tu kita boleh berbual"

"Eh Cik Airil,tak pa lah saya boleh balik sendiri.Hal apa ya Cik Airil nak bagitahu.Kita boleh je cakap kat sini."

"Kat sini?" soal Airil tercengang.Amira pula hanya mengagngguk.

"Err..Kat sini tak sesuai lah awak.Jom lah saya hantar awak balik.Kita berbual dalam kereta.Awak jangan risau saya takkan bawa awak pergi tempat lain."

Seketika Amira berdiri membatu.Wajahnya resah seakan memikirkan sesuatu."Hurmm..Boleh lah,tapi janji ya balik terus." kata Amira bersetuju.

Dengar ja jawapan Amira,Airil dah ukir senyum lebar. "Ye Cik Mira saya janji saya akan terus hantar awak balik.Silakan masuk." Ujar Airil sambil membuka lebar daun pintu kereta.

"Err.. Cik Airil ada hal apa nak jumpa saya ni?."Soal Amira memulakan topik perbualan setelah Airil memulakan pemanduannya.

"Saja nak berkenal kenalan dengan awak."Ujar Airil bersahaja.Sesekali bola matanya menjeling Amira.

"Nak berkenal kenalan? Isshh biar betul Cik Airil ni.Orang hebat macam cik Airil ni nak kenal dengan saya.Macam tak percaya je.Saya ni pelayan je kot."

"Kenapa? sebab awak pelayan saya tak boleh kenal atau berkawan dengan awak?"

"Eh,boleh.. tapi cik Airil...

"Boleh tak awak jangan ber cik cik dengan saya.Panggil je saya Airil.Macam ni la Amira,saya berterus terang je lah ye.Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak.Saya suka awak.Saya dah jatuh cinta dengan awak.Kalau boleh saya nak sangat awak jadi teman istimewa saya.Amira sudi tak awak jadi teman wanita saya." tanpa membuang masa Airil terus meluahkan isi hatinya terhadap Amira.

Dengar ja kata kata Airil.Amira terkejut.Bibirnya tertutup rapat.Hatinya merasa berbelah bahagi untuk menerima atau menolak cinta sang lelaki yang sempurna semuanya.Sudah lah wajahnya tampan,tubuhnya bidang,hartanya pula banyak.Disaat gadis lain merayu untuk menjadi penghuni hati Airil,dia pula terpilih untuk Airil berikan cinta,kasih dan sayangnya.

"Cik Airil...eh Airil.Boleh tak awak bagi saya masa dulu.Apa kata kita berkawan dulu,saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya.Takkanlah terus terus nak bercinta kan."

Ujar Amira masih meragui untuk membuat keputusan.

Dengarkan jawapan Amira.Airil memberhentikan keretanya dibahu jalan.

Raut wajah Amira direnung penuh rasa cinta.Bukan lah itu jawapan yang dia mahukan dari Amira.Namun Airil harus akur.

"Baiklah Mira,saya setuju cakap awak tu.Kita berkawan dulu.Kenal antara satu sama lain.Tapi saya harap sangat awak tak hampakan permintaan saya ye.Saya betul betul dah jatuh cinta dengan awak.I love you so much Amira."

Romantis betul Airil meluahkan kata katanya.Hampir lemah jiwa muda Amira bertentang mata dengan jejaka berdarah Rusia itu.Sepasang mata berwarna gray milik Airil ditenung Amira.Kepalanya diangguk tanda setuju kerana bibir wanita itu tidak mampu mengungkap kata.

"Oh ya Mira,awak nak tak bekerja dengan saya tak."
Soal Airil memulakan perbualan seterusnya.Kini hal jawatan kerja yang ingin dia tawarkan kepada Amira dibahaskan.

"Kerja? kerja apa?" Soal Amira hairan.

"Pembantu saya." Ujar Airil cuba menawarkan peluang pekerjaan kepada Amira,niatnya hanya satu supaya dia lebih mudah mendekati gadis pujaannya itu jika mereka bekerja dibawah satu bumbung.

Tetapi Amira tiba tiba menatap sinis wajah Airil. "Pembantu awak? awak jangan main main awak ingat saya ni perempuan murahan ke?." Tegas Amira.

Airil pula hanya tertawa kecil.

"Ya Allah Mira,apa yang awak fikir ni.Bukan kerja macam tu lah yang saya maksudkan.Kalau saya nak awak,saya akan pastikan awak jadi isteri saya dulu.Maksud saya,nak tak awak jadi setiausaha saya.Pembantu saya kerja kat Ofis bukan kat rumah cik Amira oi."

"Ohhh..Sory lah mana saya tahu.Awak tak cakap awal awal.Tapi awak layak ke saya nak kerja kat ofis awak.Saya ni belajar pun tak tinggi sempat ambil diploma je,bahasa english pun tak betul."

"Don't worry...pelan pelan la awak belajar."

"Betul ke ni.Awak tak kisah."

"Betul.. So awak setuju lah ya."

"Hurmm.. Boleh tu boleh.Tapi bila awak nak saya mula kerja?"

"Bulan depan,dua minggu lagi.Sempat la Adriyan tu cari stuff baru."

"Eh! awak kenal Adriyan?."Soal Amira hairan apabila nama majikannya itu disebut Airil.

"Kenal la,kitaorang satu sekolah.Eh Mira,awak betul ke ni nak balik terus.Tak nak pergi makan dulu.Saya lapar lah." Soal Airil mencuba nasib jika Amira sudi meluangkan masa dengannya lagi.

"Hurmm." Amira terdiam sejenak.Jam di tangannya ditenung. "Maaf lah Airil,saya tak boleh teman awak.Dah lewat,nanti bising pula abang saya.Lain kali ye saya teman awak makan." Kata Amira.Hatinya sedikit risau apabila jarum jam menunjukkan pukul 8.30 malam.

Setika Airil menatap wajah manis Amira dengan perasaan hampa.Hidungnya tinggi,anak mata hitamnya hampir memenuhi ruang mata,bibirnya merah bak delima,kulit mukanya licin bagaikan kulit tomato.Pastinya Airil tidak puas menatap wajah yang menawan itu.

"Awak! pandang depan bahaya." Tegur Amira apabila menyedari Airil sedang memerhatikannya.Dia juga tidak keruan.

"Jauh lagi ke rumah awak?"

"Dah tak jauh,depan tu je." jawab Amira sambil jari telunjuknya dihalakan ke depan. "Hah awak berhenti kat sini."

Brek kereta ditekan mengejut,sehingga tersentak tubuh Amira.

"Awak betul ke tinggal kat sini.Rumah awak yang mana? Saya tak nampak pun." Soal Airil hairan.kepalanya menjengah keluar tingkap melihat keliling kawasan yang agak gelap.Dikawasan itu hanya kelihatan lampu lampu jalan menyuluh jalan raya.

"Ye saya kat kawasan ni.Rumah saya kat depan tu je.Saya turun kat sini lah,risau kalau abang saya nampak!" jawab Amira bersahaja.Lalu dia membuka daun pintu kereta melangkah kaki keluar.

"Awak! hati hati ya.Gelap kawasan tu!"pesan Airil.

Amira hanya mengangguk dan tersenyum.berdirinya ditepi pintu kereta perhatikan Airil. "Eh Airil terima kasih ya sebab hantar saya balik.Oh ya,tawaran kerja tu saya terima.Bulan depan kan saya dah boleh mula kerja."

"Ye,bulan depan."

"Okey,bulan depan awak bos saya.Bye Airil saya balik dulu ye."

Tangan dilambai kepada Airil.Lalu Amira mula mengatur langkahnya meninggalkan Airil.Airil pula masih disitu perhatikan gadis idamannya berjalan pergi sehingga hilang dari padangan matanya.Barulah dia bersedia untuk pulang kerumah untuk berhadapan dengan sang isteri yang dianggap musuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience