"Berapa hari kau fly? Bosan lah kau tak ada.Dah lah Melur dengan Airil dah pindah.Sunyi lah aku."
Manja suara Orkid mengomel.Tubuh kecilnya sentiasa berada dalam pelukan Ali menuruni anak tangga bersama sama.
"Tiga hari je.Opah,mama,ibu kan ada.Hah apa kata nanti aku cuti kita pergi honeymoon nak tak?"
"Honeymoon? Eh nak lah.Aku kan teringin sangat nak pergi Singapore.Kita pergi honeymoon kat sana boleh."ceria Orkid menjawab.
"Boleh sayang,apa saja untuk kau." Tersenyum manis Ali melayan karenah isterinya.
"Yeee..Bestnya."
Orkid mengukir senyuman gembira,leher suaminya dirangkul.
"Eh Orkid,jangan la kat sini.Malu lah kalau ada orang nampak."
Tergamam Ali terpaksa menjauhkan wajahnya apabila Orkid tanpa segan silu mahu mengucup bibirnya.
Tapi perempuan berpakaian lelaki itu tetap bekeras.Sedaya upaya mahu mengucup bibir Ali.
"Orkid,janganlah..
"Ehem"
Tiba tiba Syuhada muncul.
"Amboii..dah macam belangkas mama tengok korang berdua ni ya,berkepit je memanjang."
Tersenyum sinis Syuhada melihat telatah anak menantunya itu.
"Eh mama.. Err..
Jawab Ali terkulat kulat malu.Tapi tidak Orkid,dia terus memeluk Ali,mengginjat kakinya lalu pipi Ali dikucup.
Tergeleng geleng kepala Syuhada melihat telatah selamba Orkid.
Ali pula tertunduk malu,kulit wajahnya kemerahan.
Usai Ali bersalaman dengan semua orang didalam rumah itu Ali melangkah kaki menuju kearah Orkid.
Raut wajah isterinya itu dibelai dan dikucup berkali kali.Kata kata pesanan dan unkapan sayang diucap.Terasa berat kakinya untuk melangkah pergi,meninggalkan Orkid yang kini sudah pun menjadi penghuni dihatinya.
Pukul 8.30 pagi,Melur sudah pun tiba di lokasi tempat kerjanya.
Hampir 30 minit Melur berbual dengan abang Man di dalam kereta sambil menjamah sebungkus roti yang dibelinya tadi.
"Alhamdulillah,dah sampai Melur." Kata Abang Man setelah keretanya berhenti disebuah bangunan 3 tingkat.
"Dah sampai,wah besarnya bangunan ni." Balas Melur pula sambil daun pintu kereta dibuka.
Setelah keluar dari perut kereta,Melur mendongak keatas melihat bangunan tinggi berwarna biru,putih dan merah itu.Lalu dia mula berjalan memanjat anak tangga batu.
Daun pintu kaca terbuka secara automatic.Melur melangkah masuk dengan penuh debaran.Kaunter pertanyaan ditujunya.Dari jauh kelihatan Melur terhangguk angguk mendengar penjelasan seorang wanita melayu pertengahan 30an itu.
"Tingkat tiga.Baik kak,terima kasih ya."
"Ye sama sama dik."
Usai menerima arahan dari wanita itu Melur terus menuju ke lif.Butang naik ditekan.Tidak lama kemudian daun pintu lif terbuka lalu Melur melangkah masuk.Tetapi belum sempat daun pintu lif tertutup rapat,tiba tiba terbuka semula.
"Eh jap jap."kata seorang pemuda yang kelam kabut masuk kedalam lif.
"Awak nak ke tingkat 3 juga ke?" soal pemuda itu pada Melur.Tapi Melur tak menjawab,dia hanya mengangguk.
"Ohh.. sama la kita.Saya pun nak ke tingkat 3." kata pemuda itu lagi,bola matanya tak lekang perhatikan Melur.
Melur masih tak menjawab,hanya berdiri membatu cuba menjaga batas pergaulannya.
Setibanya lif di tingkat 3 mereka berdua melangkah keluar bersama sama.Tetapi Melur lebih pantas berjalan kehadapan dan meninggalkan pemuda tadi dibelakang.
Tok tok tok
Daun pintu bilik pejabat Irfan di ketuk dan dibuka lebar.Lalu Melur dan seorang gadis melangkah masuk.
"Tuan Irfan ini staf baru kita.Namanya Melur Natalia,dia yang akan gantikan Kak Wan.Tuan Airil suruh letakkan di bahagian claener." kata Malika.Malika adalah salah seorang pekerja di Berjaya Holdings.Tetapi riak wajahnya berkerut seakan tidak percaya gadis muda dan cantik disebelahnya itu diberi jawatan sebagai cleaner.
Irfan? Terlopong lah mulutnya melihat raut wajah manis Melur.
"Betul ke ni Malika? awak tak silap orang.Rasanya macam tak sesuailah gadis cantik macam Cik... apa nama awak..
"Melur Natalia,panggil je Melur." jawab Melur spontan.
"Hah Cik Melur.Awak tahu ke jawatan yang bakal
awak sandang ni sebelum terima kerja ni."
Soalan diajukan kepada Melur.Melur yang tidak tahu menahu langsung jawatannya sebagai cleaner tetap tenang.
"Tahu,saya terima kerja ni."
"Tapi awak tak rasa ke,awak cantik,muda tak layak kot jadi cleaner."
"Takpa saya faham maksud Tuan Irfan.Saya tak kisah sebab tahap pelajaran saya hanya layak untuk tugas ni.Lagipun cleaner kena lah cari orang muda.Kalau orang tua mana boleh buat kerja berat kan." jawab Melur dengan nada bersahaja.
"Ya betul tu Tuan Irfan." Malika pula mencelah. "Oh ya Tuan Irfan.Tuan Airil berikan saya nota ni dah serahkan pada Tuan." pantas sekeping kertas Malika hulurkan kepada Irfan.
"Hurm betul lah tu.Conform awak staf baru bahagian cleaner." Ujar Irfan setelah membaca nota yang diserahkan Malika. "Baiklah Malika,Cik Melur,awak berdua boleh keluar.Malika nanti awak bawa Melur dan kenalkan dia dengan semua staf.Lepas tu tunjukkan kawasan ofis kita dan senaraikan tugas tugas hariannya." kata Irfan kepada Malika.Akan tetapi bola matanya lebih memandang Melur.
"Baik Tuan.Saya keluar dulu ya.Melur jom ikut saya."
Melur mengangguk sambil mengukir senyuman nipis,lalu mengalihkan tubuhnya mengikut langkah Malika.
"Ya Allah cantiknya dia,apa gilanya Airil ni! perempuan muda cantik macam ni disuruh jadi cleaner.Kalau macam ni lah setiap jam aku nak dia kemas bilik aku.Silap hari bulan sekali aku aku dia tolong kemaskan." Tertawa nakal Irfan,berbisik sendirian apabila kelibat Melur dan Malika hilang dari pandangannya.
Selesai sudah sesi lawatan Ofis dan juga sesi perkenalan.Semestinya wajah cantik Melur menjadi pujian tapi tak kurang juga ada yang menyindir.
"Lah,kesian muka cantik tapi jadi cleaner.Dah takde kerja sangat ke kat KL ni dik,kerja cleaner juga yang kau pilih.Kau tu cantik,pergi lah jadi model ke.Sales girl ke." kata salah seoarang pekerja senior di Berjaya Holdings kepada Melur.
Melur tersenyum manis "Takpe lah kak saya tak kisah la kerja macam ni,saya suka je.Yang penting halal kan.Saya ni belajar pun sampai spm je,takkan lah nak apply jawatan tinggi tinggi memang conform lah tak dapat."
Melur membalas kata kata wanita itu sambil mengemop lantai di bahagian pantry.
"Iya la betul la tu dik,ada betulnya juga cakap kau tu.Zaman now ni kan kadang kadang apa apa peluang yang ada kena ambil je.Kerja pun kalau memilih sangat memang tak kan dapat kerja lah sampai bila bila." kata Wanita itu lagi.Wanita yang berumur pertengahan 30an itu digelar Kak Ton dia adalah perkerja yang sudah lama bekhidmat di syarikat tersebut.
"Kak Ton! Kak Ton!..
Tengah rancak Melur dan Kak Zaiton berbual tiba tiba muncul pula seorang pemuda.Nyaring suaranya memanggil Kak Zaiton.Serentak dua orang wanita itu memandangnya.
"Hah Isma? Apahal cari kak,gelabah semacam je ada gossip baru ke?"
"Gosip? Ish Kak Ton nih,asal nampak muka I je gosip.Ingat I ni metro bergerak.Nih,jom pergi depan Tuan Airil panggil semua staf.Ada kejutan besar dia nak umum."
Isma,atau Ismail nama penuhnya.Datangnya keruang pantri memanggil Melur dan Kak Zaiton ke ruang utama pejabat.
"Tuan Airil panggil.Hah,jom jom.Melur jom ikut sekali."
Kak Zaiton memaut lengan Melur.Pantas langkah mereka bertiga berjalan menuju ke ruang utama pejabat.
Diruang pejabat semua staf sudah berkumpul.Hanya Irfan saja tidak ada kerana telah keluar atas urusan kerja.
"Assalammualaikum semua."
"waalaikummussalam"
Salam Airil dijawab serentak oleh semua pekerja termasuklah Melur yang berdiri dibelakang Kak Zaiton.
"Tujuan saya panggil kamu semua kerana saya nak kenalkan ahli baru kita iaitu Cik Nurul Amira.Cik Nurul Amira ni akan menggantikan tempat Salwa sebagai setia usaha dan juga pembantu peribadi saya.So saya harap kamu semua yang ada sini boleh berkenal kenalan dengan Cik Amira dan tolong beri tunjuk ajar kepadanya ya." Ujar Airil sambil perhatikan semua manusia manusia didepannya termasuklah Melur.
Amira pula hanya mengukir senyuman dan mengangguk kepada semua mata mata yang sedang memandangnya.
"Eh Kak Ton,you tengok PA baru Tuan Airil tu,cantiknya! hot lagi." Bisik Ismail ditelinga Kak Zaiton dengan gaya lemah lembutnya.
"Ya lah.Tapi apa yang special sangat kat Cik Nurul Amira tu sampai Tuan Airil sendiri yang perkenalkan dia.Selalu bukan tugas Malika ke." Balas Kak Zaiton pula merasa pelik dengan kelakuan Airil.
Melur yang dari tadi berdiri di belakang Kak Zaiton dan Ismail hanya pasang telinga dengar perbualan staf senior syarikat itu.
"Malika,tolong tunjukkan tempat Amira."pinta Airil.
"Amira awak ikut Malika ya,kalau ada apa apa yang awak tak faham tanya ja Malika." ujar bos besar syarikat itu.
Amira mengangguk "Baik Airil,Cik Airil err... Tuan Airil."jawab Amira tersasul lidahnya kerana sudah terbiasa memanggil Airil dengan gelaran Airil.
Usai sesi perkenalan Amira,mereka semua kembali ke tempat masing masing.Amira berjalan bersama Malika.Airil pula berjalan menuju ke bilik pejabatnya sambil bola matanya menjeling kearah Melur yang sedang berjalan keruang belakang.
Dari jauh Melur merenung raut wajah Amira yang kelihatan sibuk mentelaah komputer bersama Ismail.Dirinya pula sibuk mengelap cermin tingkap sambil otaknya memikirkan sesuatu.
"Diaorang ni ada hubungan ke?Atau Airil saja layan Amira macam tu sebab nak sakitkan hati aku.Tapi Amira tu cantik,mungkin betul diaorang bercinta.Ish... kalau betul lah Airil suka Amira memang tak ada harapan lah aku nak berbaik dengan Airil.Hurmm...." Detik hati Melur,bola matanya terus perhatikan Amira.
"Melur!" "Melur!" "Melur!!"
"Hah! ya saya."
Tersentak bahu Melur terkejut apabila namanya dipangggil Malika.
"Awak ni kenapa? berangan? dah selesai ke lap tingkap ni?" soal gadis betubuh tinggi lampai itu dengan nada tegas.
"Err.. maaf Cik Malika,saya tak perasan tadi.Saya dah siap lap cermin ni."
"Hurm takpe,nih awak tolong buatkan kopi panas untuk Tuan Airil dan Tuan Irfan jap.Lepas tu hantar kat bilik meeting.Sekarang ya."
"Okey,baik Cik Malika.Saya buat sekarang." jawab Melur sambil mula mengatur langkah untuk ke ruang pantri.
Siap sudah dua mug kopi panas,lalu Melur membawanya ke bilik meeting yang sudah pun terbuka luas.
Perlahan Melur melangkah masuk setelah mendapat keizinan dari Irfan,lalu dia meletakkan dulang berisi dua mug kopi panas itu diatas meja.
"Tuan Airil,Tuan Irfan ini kopinya." kata Melur sambil mengalihkan dua biji mug kopi panas dan letakkannya diatas meja.
"Okey,terima kasih Melur.Awak boleh pergi." Balas Irfan pula.Tetapi bola matanya tidak lekang perhatikan raut wajah manis Melur dari jarak yang agak dekat.
"Sama sama" ucap Melur sambil mengangguk.
Setelah itu Melur terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.
"Gila kau Ril,perempuan cantik macam tu kau jadikan cleaner.Dah lah cantik,suara tu! manjanya.Begetar rusuk aku ni.Eh,mana kau kutip dia hah?" Irfan mula bersuara galak apabila Melur sudah hilang dari pandangan.
"Cantik pun kalau takde pelajaran buat apa.Lagipun okey la tu cleaner muda pantas sikit buat kerja." Jawab Airil yang langsung tidak pedulikan kehadiran Melur tadi.Bola matanya hanya tertumpu pada skrin laptop.
"Hurm betul betul.Eh,tapi kan aku tengok Amira tu pun boleh tahan hot.Body mengancam beb.Lepas ni lagi semangat lah aku nak masuk kerja.Ada dua bunga cantik dan hot kot kat ofis kita ni."
Perangai galak Irfan dah datang.Tersenyum nakal sambil silang kaki,tubuhnya disandar pada belakang kerusi beroda itu.Tuan Irfan inilah hobinya,mata keranjang,ulat bulu yang suka mengayat gadis gadis cantik sebagai mangsa nafsu serakahnya.
"Hoi,berangan lah tu.Kau ni kan semua perempuan kau nak try.Lepas tu bawa pergi hotel.Sudah sudah la tu Fan bawa bawa lah bertaubat."
"Apa bertaubat? amboi,boleh tahan juga mulut kau ni kan.Aku tahu lah kau tu baik,bukan kaki perempuan,tak layan pub.Tapi jangan lah sindir aku."
"Aku tak sindir kau lah,aku cakap benda betul.Kau tak risau ke,dibuatnya perempuan perempuan yang jadi mangsa kau tu bunting.Kau nak ke bertanggungjawab?"
"Ehh..takkan bunting lah diaorang tu.Aku kalau nak on selalu pakai pelindung lah.Conform tak kan sangkut." jawab Irfan bersahaja.
Airil bangun dari duduknya lalu laptopnya ditutup.
"Pakai pelindung ke,penutup ke kalau benda nak jadi kau tak boleh elak Fan.Pada pendapat aku lah,senang cerita kau kahwin je lah.Bila masa kau nak,kau boleh dapat.Halal lagi.Berapa ramai perempuan kau try pun semuanya sama je kan.Lebih baik kau setia pada yang satu."
Nasihat percuma Airil berikan pada Irfan sambil bangun dari duduknya.
Irfan pula diam tidak berkata apa,hanya perhatikan sahabatnya itu mula mengatur langkah.Tetapi tiba tiba langkah lelaki bertubuh tinggi dan tegap itu terhenti.Dia mengalihkan tubuhnya mengadap Irfan.
"Hah lagi satu lagi aku nak pesan.Kau kalau tak nak berubah lagi takpa.Tapi kau jangan sesekali dekat dengan Amira ya.Dia hak aku." katanya dengan tegas lalu meneruskan langkahnya keluar dari bilik meeting.
Irfan,bertaut keningnya hairan mendengar amaran keras sahabatnya itu.
"Amira milik Airil?Sejak bila kawan aku ni tahu bercinta.Aku ingat dia ni hati batu.Muka serius memanjang.Tahu ke dia mengorat perempuan?"
Seketika Irfan bermonolog sendirian.
Pukul 12.30 tengahhari waktu rehat sudah bermula.Semua staf Berjaya Holdings sudah mula keluar untuk mengisi perut.
"Eh Melur awak tak keluar makan ke?"
Melur yang tengah leka membuat kerja disapa pemuda yang terserempak dengannya sewaktu di dalam lif pagi tadi.
"Err.. kejap lagi." jawab Melur ringkas sambil mengikat plastik sampah.
Pemuda itu masih berdiri melihat Melur yang sibuk dengan tugasnya.
"Hai,saya Haikal.Saya pun staf baru kat sini." Dia bersuara lagi memperkenalkan dirinya.
Melur pula hanya ukir senyum nipis,sepintas lalu memandang wajah Haikal dan tidak mebalas sapaan pemuda itu.
Haikal,masih mengekori Melur.
"Awak,agak agak lah pukul berapa ya awak nak keluar makan." soal Haikal lagi.
"Err.. Tak tahu lah,dah habis kerja saya turunlah."
"Ohh.. kalau macam saya tunggu awaklah.Kita turun sama sama.Boleh lah saya tunjukkan awak kafe kat sini.Awak mesti tak tahu lagi kan."
"Eh,takpe takpe.Awak turunlah dulu.Saya mungkin lambat lagi.Atau saya mungkin tak turun makan sebab saya kenyang lagi." balas Melur menolak baik ajakkan Haikal.
Tapi Haikal tetap berkeras.Masih disitu terus berbual dengan Melur.
Dari jauh tanpa mereka sedar ada sepasang mata yang tengah perhatikan mereka berdua.Airil,merenung tajam melihat Melur yang dari tadi diganggu Haikal.
"Baru hari pertama kerja dah pandai nak menggatal.Dasar perempuan murah,penggoda.Pantang jumpa lelaki menjadi kau ya." bisik hati Airil.Entah kenapa sakit pula hatinya melihat kecerian Melur berbual dengan Haikal.
Tok.. Tok.. Tok..
"Masuk" pinta Airil yang sudah tahu siapakah yang akan muncul.
Daun pintu biliknya dibuka.
"Awak.. Jom turun makan.Laparlah."
Amira,buah hati Airil dah datang.
Airil,ukir senyuman nipis satu keluhan kecil dia lepaskan.
"Mira awak duduk sekejap.Saya ada hal nak cakap sikit." tegas Airil mengarahkan Amira.
Amira berkerut wajahya hairan menarik kerusi dan duduk berhadapan Airil.
"Mira,kat ofis awak tak boleh macam ni tau.Awak kena hormat saya sebagai bos awak.Awak kena sentiasa panggil saya Tuan Airil.Dan lagi satu awak tak boleh masuk bilik saya sesuka hati.Apa kata staf lain nanti.Saya tak kisah pun kalau diaorang tahu hubungan kita ni.Tapi saya cuma tak nak campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi.Saya harap awak faham ya." Tegas suara Airil menegur Amira.Ini kerana hampir beberapa kali Amira keluar masuk kebiliknya tanpa sebarang arahan.
"Ohh.. maaf lah Tuan Airil saya tak tau pula.Baiklah lepas ni saya tak buat lagi." Jawab Amira,tetapi raut wajahnya berubah masam.
"Awak.. awak jangan la ambil hati ya.Saya cuma nak awak patuhi etika kerja disini.Dah,jom keluar makan.Awak cakap je nak makan apa,ke hujung dunia pun saya akan bawa.Tapi sekarang ni awak turun dulu tunggu di bawah, jap gi saya datang.Saya nak siapkan kerja ni.Sikit je lagi.Boleh." Lemah lembut suara Airil memujuk sang buah hatinya.
Amira apa lagi senyum lebarlah. "Boleh Tuan Airil.Okey,saya turun dulu ya.Bye,jumpa kat bawah ya." Katanya,lalu terus beredar dari bilik pejabat Airil.
Airil,hilang je Amira dari pandangan terus bangun keluar dari bilik pejabatnya.Laju melangkah kakinya menjengah ke ruang pantri.
Kelihatan Melur duduk termenung seorang diri sambil meminum segelas air kosong.
"Apahal dia tak keluar makan,duit belanja aku dah bagi tadi.Takkan tak lapar kot.Semalam lapar sangat" bisik hati Airil sambil merenung dari jauh istrinya itu.
"Lah,Tuan Airil!" Tengah asyik Airil perhatikan Melur tiba tiba Ismail muncul.Tersentaklah bahu Airil terkejut.
"Tuan buat apa kat sini?Tuan tak pergi makan ke? atau Tuan nak air,saya boleh tolong buatkan."
Bertubi tubi Ismail soal Airil dengan lemah gemalainya.Ditangannya pula ada dua bungkus nasi.
"Eh,Takde apa apa lah.Saya.. saya cari Amira.Awak ada nampak dia tak"
"Amira? Amira kat bawah Tuan."
"Oh kat bawah.Okey awak tak keluar makan ke."
"Saya nak makan lah ni.Beli nasi bungkus je Tuan.Makan kat pantri dengan Melur lagi selesa.Kat kafe tu ramai sangat orang."
"Okey,awak pergilah makan.Saya pun nak turun ni."
Balas Airil lalu terus melangkah kaki meninggalkan ruang pantri.
"Sorryy... Melur.I lambat,tadi kat kafe ramai sangat orang.Lif pun asyik penuh je." rungut Ismail manja suaranya.
Melur hanya tersenyum."Takpe lah I faham,thanks Isma tolong I beli nasi.Eh berapa ni?"
"Tak payah bayar.I belanjeerr."
"Betul ke ni? Ya Allah Alhamdulillah.Terima kasih Isma,terima kasih daun keladi,nanti you belanja lagi."
Seloroh Melur sengaja menyakat Ismail.Serentak mereka berdua ketawa bersama.
"Bonda.. Jom makan Syuha dah hidang." Lemah lembut Syuhada menyapa ibu mertuanya.
Puan Sri Ramona sepintas lalu memandang Syuhada lalu perlahan bangun dari duduknya.Syuhada turut membantu,lengan Pn Sri Ramona dirangkul.
Pn Sri Ramona memandang semua lauk pauk yang sudah terhidang diatas meja "Buat apa lah kamu masak banyak banyak ni Syuha.Kita bertiga je yang nak makan."
Tiba tiba wanita tua itu mengomel bebelkan Syuhada.Tetapi dia tidak menjawab hanya menjeling kearah Orkid.
Orkid juga membalas jelingan Syuhada dan ukir senyuman kelat.
"Nah opah." sepinggan nasi putih dia hulurkan kepada Pn Sri Ramona.
"Hah Syuha,Kimi tak balik makan ke?" Soal Pn Sri Ramona lagi,raut wajahnya jelas tidak gembira.
"Tak bonda,abang balik rumah kak Hanim."
"Huh" Pn Sri Ramona mengeluh kecewa,bola matanya sekali lagi menantap lauk pauk yang dimasak menantunya."Bonda tak nak makan lah.Tak ada selera." keluh wanita tua itu lagi.
Syuhada dan Orkid berpadangan.Orkid mengangkat bahunya tanda tidak tahu apa yang tidak kena dengan opahnya itu.
"Melur,Melur..kenapa la Melur pindah tinggalkan opah.Sunyi rumah ni Melur tak ada." Pn Sri Ramona merungut pula.
"Ohh.. opah rindu Melur ya.Opah ni baru sehari Melur takde dah rindu bagai.Orkid,ibu kan ada."
"Kamu apa tahu.Hidup opah sunyi tanpa Melur.Dari kecil Melur tak pernah berjauhan dengan opah.Melur je yang tahu selera opah ni.Ayam masak merah ni berminyak,sayur kobis opah tak boleh makan,kari ikan cair.Macam mana opah nak makan." Pn Sri Ramona merungut lagi,dia bercakap langsung tak menjaga perasaan Syuhada."Kamu makan lah dengan ibu kamu.Opah nak masuk bilik.Nak tenangkan hati ni."
Pn Sri Ramona terus bangun meninggalkan ruang makan.
Raut wajah Syuhada mula berubah mendengar rungutan Pn Sri Ramona.Sakit hatinya apabila ibu mertuanya langsung tidak menjamah makanan yang dimasaknya.
"Mama sabar ya,opah memang selalu macam tu.Bebal tak tentu pasal." pujuk Orkid sambil mengusap lembut belakang Syuhada.
"Takpa lah Orkid,ibu tahu opah masih marahkan ibu sebab tak larang Airil dengan Melur masa diaorang pindah.Orkid makanlah,mama nak naik atas."
Syuhada juga terus bangun sambil mengesat airmata.Langkahnya laju menaiki anak tangga.Kini tinggal lah Orkid sendirian di meja makan.
"Huh" keluh Orkid. "Melur,kenapa lah kau pindah.Sehari tak aku jumpa kau dah serabut hidup aku nak hadap semua ni.Melurrrr....
Pukul 5.30 petang waktu bekerja sudah pun tamat.Bergegas Melur menuju keluar lif kerana perlu berasak dengan pekerja lain.Tiba tiba langkah terhenti apabila bertembung dengan Airil dan Amira.
Dia hanya tundukkan wajah dan beri laluan kepada pasangan kekasih itu.Setelah mereka pergi barulah Melur mengatur langkahnya semula.
"Assalammualaikum.Hai abang Man" Tegur Melur apabila kakinya melangkah masuk ke dalam perut kereta.
Rizman menjawab salam dan mengangguk.Bola matanya melihat cermin pandang belakang untuk mengundur kereta.
"Macam mana kerja kat sini,seronok?" Soal Rizman sambil mula memandu.
"Alhamdulillah,seronok.Ada ramai kawan."Jawab Melur tersenyum manis."Abang Man nanti boleh tak kita singgah mini market jap.Saya nak beli barang dapur sikit."
"Boleh Melur." jawab Rizman.
Permintaan Melur Rizman penuhi.Membawa gadis itu singgah disebuah pasar raya.
Pukul 8 malam Melur baru tiba didepan rumah Airil.Kelihatan kereta Mercedes Benz milik Airil sudah terpakir dalam perkarangan rumah.
"Alamak! mati aku,dia dah sampai." Detik hati Melur mulai resah.
"Err..Terima kasih abang Man,takpa letak je kat situ saya boleh bawa sendiri."kata Melur,menolak baik apabila Rizman mahu menolongnya.
"Eh takpalah biar abang tolong.Berat ni."
"Tak pe,saya boleh buat.Abang balik lah dah lewat ni."
Dengar ja kata kata Melur,Rizman tidak membantah lagi.Dia terus masuk kedalam kereta dan meninggalkan perkarangan rumah semidi dua itu.
Melur pula dengan bersusah payah menjinjing dua bungkus beg plastik yang dipenuhi makanan ringan dan barang dapur sehingga sampai didepan pintu rumah.
"Assalammualaikum." Tok.. Tok.. Tok.. salam diberi daun pintu pula diketuk.
Melur berdiri diam seketika sambil menunggu daun pintu dibuka.
Tetapi salamnya tidak dijawab.Daun pintu juga tidak dibuka.
"Assalammualaikum...Airil,Airil."Tok.. Tok.. Tok.. Kali ini salam diberi lagi,nama Airil juga dipanggil,daun pintu juga diketuk kuat.
"Aduh mana Airil ni? Pintu kunci,takkan tidur kot.Ishh." rungut Melur.Daun pintu masih tidak dibuka.Melur cuba memulas tombol pintu tetapi terkunci.
Lantas Melur membuat panggilan telefon.
"Hallo Airil..
"Hah,kau nak apa?"
"Saya kat luar ni,tolong lah buka pintu jap."
"Buka pintu? jangan harap! Tidur lah kau kat luar malam ni,hari pertama kerja dah pandai balik lewat."
"Awak,saya minta maaf.Saya lewat sebab saya singgah beli barang rumah la.Kan saya whatssap bagitahu awak."
"Ye lah tu,Alasan! kau keluar pergi jumpa jantan kan."
"Ya Allah awak ni.Sumpah lah saya pergi beli barang rumah.Kalau awak tak percaya awak call lah abang Man.Dia ada dengan saya tadi."
"Arghh lantak kau lah.Peduli apa aku kalau kau jumpa jantan pun.Malam ni kau kena denda sebab balik lambat.Hah tidur lah kau kat luar tu..
Tuuttt.. panggilan telefon dimatikan Airil.
"Awak.. "Ya Allah ujian apa pula kali ni.Airil,Airil ada je salah aku.Kat mata dia semua yang aku buat salah.Allah hu akbar."
Melur mengeluh sayu,melabuhkan duduknya di lantai luar rumah.Pesanan whatssap dikirim ke telefon pintar Airil.
AIRIL
"Airil Saya minta maaf sangat sangat.Ye saya salah,saya balik lambat.Saya janji lepas ni saya tak buat lagi.Airil tolong la buka pintu ni,saya nak pergi tandas ni.Saya dah tak tahan ni."
Selepas hampir 15 minit Melur menunggu di luar rumah baru lah Airil bukakan daun pintu.
"Hah,tunggu apa lagi.Masuklah..
Pintu dah terbuka luas kan.Melur apa lagi sepantas kilat berlari masuk kedalam rumah menuju ke arah bilik air.
Share this novel