"Ali.. Ali.."
Laju Nastasya berlari anak sambil memanggil Ali.
Ali yang mendengar suara nyaring Natasya terus menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang.
"Huh!" Satu keluhan Natasya lepaskan,tercungap cungap nafasnya sehingga tak mampu bersuara. "Jap,jap..ambik nafas." Katanya sambil mengusap dada.
Ali pula hanya menatap wajah Natasya dan tertawa kecil.
"You lajunya,nak pergi mana.Eh,jom minum dulu.I haus lah kejar you tadi." Kata Nastanya mengajak Ali setelah lelahnya hilang.
"Err.. Sory Tasya,I tak boleh la.I nak balik,penat sangat." Balas Ali menolak baik ajakan Natasya.
Mr Pilot pujaan hatinya itu sengaja memberi alasan kerana hatinya sudah tidak sabar untuk pulang kerumah bertemu isterinya Orkid.
Mendengar jawapan Ali,raut wajah Natasya bertukar masam.Gadis bertubuh ramping menapak kakinya mendekati Ali dan terus merangkul lengan lelaki itu.
"Alah Ali,jom la.sekejap je.Please.." ajaknya lagi dengan suara manja.
Tetapi,rangkulannya dilerai Ali.
"Sory Tasya.I nak balik." Ringkas Ali menjawab lalu memulakan langkahnya semula.
Natasya mendengus,hampa dengan jawapan Ali.Dia masih tak berputus asa.Langkahnya laju mengekori belakang Ali.
"You.. Okey,kalau you tak nak minum sekarang takpa.Tapi malam ni kita keluar nak tak.Karaoke ke,tengok movie ke.Tak pun lepak rumah I je."
Sekali lagi Natasya mencuba nasib.Tetapi..
"Sory Tasya.Malam ni pun tak boleh I nak kena dinner dengan my family."Ujar Ali,jawapannya tetap sama sambil meneruskan langkahnya menuju ke ruang parkir kereta.
Hampa dan kecewa Natasya dengar jawapan Ali.Gadis berkasut tumit tinggi itu terus menghentikan langkahnya.Kakinya sudah sakit untuk mengejar lelaki tinggi lampai itu.Begitu juga dengan hatinya,sakit sangat apabila ajakannya ditolak Ali mentah mentah.Dia hanya mampu memandang susuk tubuh tubuh sasa Ali yang semakin jauh dari pandangan matanya.Entah kenapa hatinya terguris dengan layanan hambar dari Ali.
Ali kini sudah sampai diruang parkir.Kakinya melangkah laju masuk ke dalam perut kereta BMW Z4 miliknya.Hatinya melonjak gembira,tak sabar ingin bertemu suri hatinya untuk melepaskan rindu setelah beberapa hari tidak berjumpa.Wajah Orkid sentiasa bermain difikirannya.
Tok.. Tok.. Tok..
Tiba tiba khayalannya terhenti,ada seseorang yang mengetuk cermin keretanya.Pantas Ali menoleh.
"Rin?"
Nama gadis itu disebut,lalu cermin kereta diturunkan.
"Rin,kenapa ni?" Soal Ali melihat gadis bersanggul itu membongkok diluar tingkap keretanya.
"Ali.. Rin nak tumpang balik boleh tak.Hari ni papa tak ada."
Manja betul suara gadis itu bertutur dengan Ali.
"Maaf Rin,saya ada hal nak balik cepat ni.Awak naik grab je lah ye." jawab Ali menolak permintaan Airin.
"Alaa.. Ali tolonglah hantar Rin balik."
Airin pula masih merayu,berkerut wajahnya meraih simpati Ali.
"Sory sangat sangat Rin.Saya hal,penting sangat.Saya nak cepat.Saya memang tak boleh tolong hantar awak.Sory Rin.Bye..."
Segera Ali menaikkan semula cermin kereta dan terus menyusul laju keluar dari kotak parkir meninggalkan Airin.
Airin,terpinga pinga lah dia melihat Ali tergamak meninggalkannya begitu sahaja.Pelik,Ali selalunya tak akan buat perangai seperti hari ni.
Dirumah Airil,Melur awal awal pagi lagi sudah bersiap dengan pakaian casual.Berdirinya didepan pintu bilik Airil.
Tok.. Tok.. Tok.. "Airil,Airil."
"Ishh.. perempuan ni apalah yang dia awal awal ni.Kacau betulah!"
Merungut geram Airil diatas katil apabila tidurnya diganggu suara nyaring Melur.
Tok,Tok,tok.. "Airil,Airil"
Melur pula masih lagi mengetuk pintu bilik,dan memanggil manggil nama suaminya itu.
Tak lama kemudian daun pintu bilik Airil terbuka.Muncullah susuk tubuh Airil dengan wajah bengis.
"Hah,kau nak apa pagi pagi ni.Melalak panggil aku.Ketuk pintu macam rumah ni terbakar.Kau ingat aku ni pekak ke."
"Err.. ma maaf.Kuat ke saya ketuk pintu tadi.Tak perasan pula."
"Tanya pula.. Kuat lah! Aku rasa jiran sebelah tu pun bangun sekali terkejut."
"Ye ke.. Err maaflah.Banyak kali saya panggil,saya ketuk tapi awak tak buka pintu.Itu yang saya kuat sikit."
Jawab Melur,Berkerut wajahnya kena marah.Salah dia juga,ketuk pintu bilik Airil berdentum dentum.Sampai terangkat bahu sasa lelaki tu terkejut.
"Maaf,maaf.. Hah! Kau nak apa ni? Pagi pagi dah kacau aku.Aku nak tidur pun tak senang.Nih pakai macam ni nak pergi mana.Hari ni cuti kan." Soal Airil.Nipis kelopak matanya menatap Melur.
"Tahu cuti sebab tu lah saya nak keluar jap boleh tak?"
Airil menggosok gosok bola matanya yang masih tidak mampu terbuka luas.Bertaut keningnya hairan dengan permintaan Melur. "Keluar?kau nak pergi mana?"Soalnya tegas.
"Pergi mall jap.Saya nak beli barang sikit,nak buat buket." jawab Melur bersahaja.
"Kau nak pergi dengan siapa? Abang Man tak ada kan hari ni.Kau jangan nak mengada ngada suruh aku hantar kau.Aku penat,nak rehat." Ujar Airil bersuara tinggi ton suaranya.
"Hurm.. soal tu awak jangan risau lah.Saya takkan ganggu awak lah.Saya naik grab je,saya nak keluar dengan Isma.Boleh tak saya nak keluar ni."
Seketika Airil diam,bola matanya tajam
menatap Melur seolah memikirkan sesuatu.Dan selepas beberapa detik dia bersuara semula.
"Okey,Pergilah.Tapi ingat,kau jangan sesekali nak menggatal dengan jantan lain.Kau jangan cuba nak menipu aku.Kalau aku dapat tahu kau keluar jumpa jantan siap kau! tahu lah nasib kau.Hah,lagi satu,kau jangan balik lambat.Tengah hari ni pukul 1 kita nak balik rumah papa."
"Apa? Balik rumah papa? Hari ni?Eh betul ke ni?"
Dengar ja kata kata Airil terangkat kening Melur.Terbuntang bola matanya.Jelas raut mukanya gembira.
"Huh" Airil mendengus bebal. "Kau ni kenapa hah?Kau pekak? Aku cakap sekali tak dengar ka? Balik rumah papa je pun,yang kau ecited sangat apa hal."
sedas Melur disindir Airil.
Melur pula tersenyum kelat,alisnya bertaut malu."Err..sa.. saya happylah.Kan dah lama tak jumpa diaorang.Saya rindu lah nak jumpa diaorang." jawabnya jujur.
"Rindu! Macam lah tak jumpa bertahun tahun nak rindu bagai.Ehh dah dah,blah la.Buang masa aku je layan kau.Kau kata nak keluar kan,hah pergi pergi.Aku nak sambung tidur."
DUM!
Daun pintu terus ditutup kuat oleh Airil sehingga terangkat bahu Melur.Tergeleng geleng kepala gadis itu.
"Ya Allah.. Airil,Airil.Aku belum habis cakap dah tutup pintu.Hah lantak kau lah,asalkan kau dah tahu aku keluar cukup.Tapi kan tak sabarnya nak pergi kedai bunga,dah lama tak shopping barang buket..Yee aku bebas!"
Gembira betul Melur hari ni dapat menikmati seketika kehidupannya seperti dulu.
Airil pula,kembali merebahkan tubuhnya keatas ranjang.Begitulah dia,separuh masa cutinya nak dihabiskan dengan merehatkan diri diatas katil.
Disebuah kedai yang menjual aneka barang gubahan.Melur bersama Ismail sibuk memilih bunga bunga yang berbagai jenis dan warna.
"You,cantik la warna ni." kata Ismail dengan lemah lembutnya.
"Ya memang cantik.Tapi ros pink ni tak sesuai la untuk pasangan suami isteri yang tengah hangat bercinta."kata Melur sambil bola matanya meliar mecari bunga pilihannya."Hah,warna ni sesuai.Ros merah,lambang cinta sejati." Melur mengambil sebatang ros merah dari pasunya.
"Hurmm ros merah.Iye ke sesuai.Garang sangatlah warnanya." Kata Ismail pula.Bertaut keningnya hairan dengan pilihan bunga Melur.
"Ye warna ni sesuai sangat."
"Hurm.. What ever lah,ini buket you.Ikut pilihan you lah Cik Melur oi.Eh you,kenapa you tak guna fresh flower je? kan lagi cantik,wangi,segar.Ni bunga plastik,apa kelassss."
"Cik Isma.. Kalau ikut i,i memang lebih suka guna fresh flower.Yelah,fresh flower ni segar,wangi.Tapi itulah,dah ini permintaan custemer,I kena la ikut kemampuan pelanggan i.You tahu kan bunga segar lebih mahal harganya." Jawab Melur sambil jari jemarinya mengambil beberapa lagi batang bunga ros merah tiruan dari pasu.
"Ohh.. agaknya custermer you tu tak ada bajet kot.Ye lah,Fresh flower kan mahal."
"Hurmm..Mungkin.Tapi kira okeylah,walaupun dia tak mampu dia still nak bagi hadiah untuk wife dia.Nak bahagiakan wife dia.Baguskan,romantik sangat."
"Aa.. aa betul tu.Itu i setuju.Tapi kan Melur sejak bila you buat bisnes buket ni?"
"Dah lama dah,tapi lepas i ka..." kata kata Melur terhenti. "Eh Isma,jom pergi belah sana pula,i nak cari daun lah."
Cepat cepat Melur mencari helah setelah dia hampir terlepas cakap tentang status dirinya kepada Ismail.
"Hoi nyah,tunggu la aku jap!."Terkedek kedek Ismail berjalan pantas mengejar sahabatnya itu.
"Berapa ya kak?"
Semua barang sudah selesai dibeli seketika Melur membuat pembayaran mana kala cik sotong Ismail menunggu di tepi pintu keluar.
"Semuanya Rm85.90 sen,adik nak bayar cash ke atau kad?"
"Cash." jawab Melur lalu menghulur sejumlah wang.
"Dah jom!" Bahu Ismail ditolak lembut oleh Melur dari belakang.
"So nak pergi mana pula ni?"
"Makan jom! lapar lah.I belanja."ajak Melur lalu mereka berdua mula mengatur langkah bersama mencari kedai makan berdekatan.
Ceria wajah Melur dapat meluangkan masa bersama cik sotong sahabat barunya itu.Sebuah kedai makan dideretan bangunan dua tingkat itu menjadi tempat singgahan mereka berdua untuk mengisi perut.
"Eh,Isma you tolong la i promot tempahan buket i ni kat Fac.Nanti ada oder i bagi lah you saguhati sikit."
"Hurm,boleh jerr.. no hal lah.Hah apa nama Fb you?"
Soal Ismail sambil menacap bedak compact diwajahnya.
"Buket Bunga Cinta."
"Buket Bunga Cinta? buket you ni untuk orang bercinta je ker?" Berkerut kening Ismail menatap wajah Melur.
"Eh taklah,nama je Buket Bunga Cinta tapi semua boleh,untuk birthday ke,suprise ke,hari ibu,hari guru,apa apa je lah,semua boleh.Hah,nak i cod pun boleh." jawab Melur bersungguh sambil menikmati hidangan mee kari yang sudah separuh dimakannya.
"ohh.. bagus bagus,okey lah nanti i viralkan yer.Conform meletopss..."
"Yee.. Thank you tau Isma.Nanti kalau ada tempahan i bagi you sagu hati."
Tersenyum gembira Melur berkongsi perniagaan onlinenya bersama Ismail.Kini Ismail lah tempat Melur meluahkan rasa gembiranya dan cerita tentang cita citanya mahu memulakan semula perniagaan Buket Bunga Cinta secara kecil kecilan.Melur juga berasa lega kerana Airil tidak menghalang minatnya itu.
Dirumah Dato Hakimi Ali sudah pun sampai.
"Aliii..."
Laju Orkid berlari menerpa ke arah suami yang sangat dirinduinya itu.Tanpa segan silu Orkid melompat ke dalam dukungan Ali.Tangannya merangkul leher Ali,silih berganti pipi lelaki segak dikucup.
"Amboiii.. rindu sangat la tu." Tiba tiba suara nyaring Syuhada menyapa sambil berjalan mendekati anaknya yang baru tiba dimuka pintu.
Perlahan Ali menurunkan tubuh Orkid ke lantai dan menghulurkan salam kepada Syuhada disusuli peluk dan cium.
"Mama sihat."
"Sihat Alhamdulillah." Jawab Syuhada.
"Oh ya mama,Opah mana?"Soal Ali apabila susuk tubuh Pn Sri Ramona tidak kelihatan.
"Opah.. mana lagi ada kat kebun bunga la dia lah." jawab Syuhada tersenyum.
"Sibuk la opah tu,ada koleksi pokok baru.Pagi petang,siang malam asyik kat kebun je.Dah tak peduli kat kitaorang." celah Orkid pula. "Eh Ali kau nak makan tak?Aku masak special untuk kau."
"Eh.. mesti la nak,dah lapar sangat ni."Jawab Ali sambil menggosok perutnya yang berotot itu.
"Hah jom,mama jom lah sekali kita makan sama sama." Lengan Ali dan Syuhada dirangkul Orkid,mereka berjalan bersama sama keruang makan.
Pukul 1 tengah hari,Airil sudah pun bersiap segak bergaya.Seluar jeans potongan slim feat dan t shirt polo berwarna biru gelap menjadi pilihannya.Wajahnya yang tampan dengan style rambut brushed up.
Jam ditangan dipandang sepintas lalu."Ishh.. Mana perempuan ni! dah pukul 1 tak balik balik lagi.Ni yang aku geram ni tak reti nak tepati masa." merungut bebal Airil.
"Assalammualaikum." Tercungap cungap Melur muncul di muka pintu yang sudah terbuka.
"Hah! baru balik,kan aku dah pesan balik awal."
"Maaf Airil." nafas gadis itu masih tercungap cungap."Tadi jalan jem ada kemalangan.Jap ye saya simpan barang barang ni dulu." Melur berlari pantas masuk kebiliknya lalu meletakkan barang barang yang dibelinya tadi.
Airil pula hanya membisu,nipis alis matanya merenung langkah Melur.
"Airil,kita bermalam kat sana tak?" soal Melur dari dalam bilik.
"Tak! malam ni kita balik esok kerja kan!" jawab Airil dengan nada keras.
Daun pintu bilik ditutup lalu Melur berjalan laju menuju ke luar.Setelah itu mereka berdua berjalan keluar dari rumah.
Suasana sunyi didalam kereta.Sesekali Melur menoleh mencuri pandang kearah wajah dingin suaminya itu.Ingin saja mulutnya membuka kata,tetapi risau jika kata katanya tak dipedulikan Airil.Lantas dia mengambil keputusan untuk terus diam dan melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
"Sejak bila kau ambil tempahan buket?"
Tersentak bahu Melur,pertanyaan Airil memecahkan kesunyian didalam kereta.Pantas Melur menoleh dan menjawab.
"Baru je lagi,dua tiga hari lepas saya ambil tempahan.Tapi dah lama dah saya dengan Orkid buat bisnes online buket ni masa kat kampung.Kita orang buat bisnes kecil kecilan je.Saya buat bisnes ni sebab saya minat sangat,tapi orkid tak pun.Dia terpaksa tolong saya.Saya buat macam macam jenis buket tau,untuk birthday,untuk unniversery,untuk hari guru ke hari ibu ke semua boleh.Awak nak tahu tak Airil,saya kan teringin sangat nak buka kedai buket sendiri.Saya nak...
"Kau diam boleh tak! Ada ke aku tanya kau semua tu? Banyak pula cakap.Sakit lah telinga aku dengar cerita kau nih.Minat konon.." Keras betul kata kata Airil mencelah perbualan Melur.
Melur terus terdiam,raut wajahnya yang ceria bercerita tadi bertukar hambar.
"Kau dengar sini Melur.Ingat! kau jangan nak buka mulut bagitau semua orang dalam rumah tu yang kau bekerja kat ofis aku sebagai cleaner.Terutamanya kat Orkid,kembar kau tu mulut tempayan tak reti nak tutup mulut,nanti satu rumah dia jaja hal kita.Kau faham."
Melur hanya mengangguk tanpa bersuara.
"Hah,lagi satu kau jangan nak bercerita hal rumah tangga kita kat Orkid.Kau ingat aku tak tahu semua benda korang adik beradik nak share kan.Kau tak malu ke sibuk nak ambil tahu hal hubungan dalam bilik orang."
Terkebil kebil kelopak mata Melur mendengar teguran Airil.Kulit wajahnya mula bertukar kemerahan menahan malu,ini kerana dia pernah bertanya Orkid hal malam pertama mereka dan tanpa sengaja didengar Ali.
"Kenapa diam?aku tanya ni."
"Err.. Sa.. sa.. saya
"Tergagap gagap.. Betul la kan kau pernah tanya Orkid soal hubungan dia dengan Ali."
"Ye" jawab Melur,nak tak nak dia terpaksa mengaku.
Airil mula menggelengkan kepala."Kau ni kan memang jenis perempuan gatal kan.Nampak je pendiam,pemalu tapi perangai... Eh,Takde benda lain ke kau nak tanya Orkid,hal atas katil diaorang juga kau nak tahu.Entah entah hal kita pun kau cerita dekat Orkid."
"Ehh tak tak.. saya tak pernah cerita apa apa pun hal kita kat Orkid.Tak pernah."
"Betul ke? boleh percaya ke kau nih."
"Betul awak.Sumpah! demi Allah.Saya tak pernah cerita apa apa pun hal kita."
Dengan cemas Melur mengangkat sebelah tangannya bersumpah.
Sekilas pandang Airil menatap wajah Melur lalu mengangguk.
"Okey.. aku percaya kau.Tapi kau ingat ya pesan aku tadi.Aku taknak dengar apa apa cerita buruk pasal kau dari mulut mama dengan Ali.Jaga maruah aku,faham!"
"Faham... Ye,saya janji saya takkan beritahu sesiapun hal kita dan saya janji takkan cerita atau soal apa apa pun pada Orkid." Ujar Melur bersahaja.
Dan itu lah perbualan terakhir antara Airil dan Melur sepanjang perjalanan mereka kerumah Dato Hakimi.
"Huh.." Ali menghela nafasnya,tubuhnya lemah terbaring disamping Orkid.Nafasnya masih lagi tidak teratur setelah selesai beradu asmara dengan Orkid.
Orkid pula menatap wajah Ali lalu menjatuhkan kepalanya didada bidang suaminya itu.Perlahan Ali memeluk bahu Orkid.
"Alii.." manja suara Orkid memanggil sang suami.
"Ye sayang."
"Ali.. Aku nak minta sesuatu boleh tak."
"Nak apa,cakaplah."
"Aku nakkkk... handphone baru boleh tak.Handphone aku skrin dia dah retak lah,jatuh hari tu,nak main game pun dah tak syok." Pinta Orkid sambil mengusap lembut dada Ali yang ditutupi rerambut.
"Handphone? Boleh je,esok kita pergi beli." jawab Ali dengan suara yang lemah.Kelopak matanya juga sudah tidak mampu untuk dibuka,hanya bibir yang masih berbicara.
"Betul ke ni? yeee" Melonjak gembira lah Orkid mendengar kata kata suaminya.Pipi Ali dikucup berkali.
"Orkid aku nak tidur kejap,nanti kau kejutkan aku ya."
"Okey,tidurlah.Aku nak turun bawah tolong mama." Jawab Orkid lalu bingkas bangun melangkah turun dari katil dengan tubuh yang terdedah berjalan laju kearah bilik air.
Diruang dapur rumah Dato Hakimi Syuhada sedang sibuk didapur.Tiba tiba ada suara wanita memberi salam.
"Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam.. Eh kak Hanim,abang.Bila sampai tak perasan pun."
"Hurmm.. baru je sampai.Syuha tu sibuk sangat sampai tak sedar."Kata Dato Haikimi.
Syuhada hanya tersenyum kelat.
"Waahh.. banyaknya masak,ada tetamu ke?" Soal ibu Hanim pula.
"Ye kak,kita ada tetamu hari ni.Sekejap lagi Airil dengan Melur sampai.Ali pun dah balik,ada kat atas tu tidur agaknya,penat."
"Ohh patutlah rajin sayang abang ni rajin masak.Nak sambut anak menantu balik.Oh ya,Bonda mana sayang?"
"Bonda dalam bilik bang,nak rehat katanya tadi.Penat lah tu seharian kat kebun."
"Ye ke,kalau macam tu abang naik atas jap ya tengok bonda."
"Hurm.. pergilah."
"Hah Syuha.Ada apa apa tak nak kak tolong?"
"Boleh juga,kak Hanim tolong bancuh air ya."
"Boleh,nak bancuh air apa ni?"
"Air oren je la,teh o panas untuk bonda." Kata Syuhada sesekali memandang kearah Ibu Hanim.
"Eh,Orkid mana Syuha? Dari tadi akak tak nampak pun."
"Orkid! Mana lagi,kat atas lah berkepik dengan Ali tu.Biasa lah kak,banyak hari tak jumpa dalam bilik la tempatnya." Jawab Syuhada sambil tertawa.
Lantas Ibu Hanim juga tertawa. "Bagus lah,cepat la kita timang cucu."seloroh Ibu Hanim.
"Hah! mengutuk Orkid la tuh."
Orkid tiba tiba muncul,serentak Syuhada dan Ibu Hanim terkejut dik sergahan Orkid.
"Astagfirullah.. kamu ni kan Orkid terkejut ibu."Rungut Ibu Hanim sambil mengusap dadanya.
Orkid tersenyum lalu menghulurkan salam kepada Ibu Hanim."Alaa sorry lah bu.Dah lama la ibu sampai."
"Baru je sampai,kamu tu buat apa kat atas? Kenapa tak tolong mama?" Soal Ibu Hanim dengan nada gurauan.
"Biasa lah ibu,lepas rindu lah.Lama kot tak jumpa Ali.Ni Orkid turun bawah nak tolong mama lah ni."Jawabnya spontan.
"Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam" Serentak mereka menjawab salam. "Eh Melur dah sampai pun."
"Ibu." Melur menghulur salam"Ibu sihat"soal Melur sambil mengucup lembut pipi Ibu Hanim.
"Sihat Alhamdulillah."
"Melur sihat?"
"Sihat bu.Mama." Salam dihulur Melur kepada Syuhada.Tetapi lambat lambat wanita itu membalas.Wajah tanpa senyum dia tayangkan.
"Mama sihat?"
"Sihat" Ringkas Syuhada menjawab lalu dia meneruskan kerjanya memotong buah.
"Melurr.. rindunya kat kau.Eh jom ikut aku jap.Mama,ibu jap ya."
"Eh eh.. nak pergi mana ni.Aku nak tolong mama lah."
"Alah kejap ja.Mama,ibu Orkid pinjam Melur jap ya." Kata Orkid lalu terus menarik lengan Melur.
"Orkid,Kau nak bawa aku pergi mana ni? aku nak jumpa opah la."
"Alah.. nanti nanti la jumpa opah tu.Hah duduk sini."Kata Orkid sambil melabuhkan duduknya dikerusi rotan di luar perkarangan rumah banglo itu.
"Lah duduk kat sini pula.Nak buat apa?" rungut Melur.
"Duduk je lah,kejap je.Aku nak borak dengan kau lah."
"Borak? Ya Allah kau ni Orkid.Kejap lagi kan kita boleh borak,nanti apa kata mama."
"Argghh.. takpe lah.Mama tak kata apalah.Jap gi kita tolong lah mama dengan ibu tu.Sekarang ni kau duduk.Aku nak tanya ni,mana duduk asing seronok tak?"
"Hurm" Melur mendengus geram sambil labuhkan punggung."Kau ni kan ajak aku duduk sini sebab nak tanya hal ni ke?Apa yang seronok? sama je lah."
"Sama je lah?"
"Ya lah,sama je lah duduk sini dengan sana."jawab Melur ringkas.
"Kau ni,cerita je lah,mana boleh sama sini dengan sana.Ishh.. kau tak payah malu malu lah.Cerita je kat aku.Mesti seronok kan 24jam boleh berkepit dengan Airil.Kat mana mana tempat boleh bermanja.Nak kiss ke,peluk peluk ke tak ada orang tengok.Tak macam kat sini,ini tak boleh,itu tak boleh."
"Ya Allah.." Bertaut kening Melur,gerutu hatinya menatap wajah kembarnya itu."Kau ni kan takde benda lain ke yang kau fikir.Hal tu je yang ada dalam otak kau ni." sedas Melur bebelkan Orkid.
"Ye lah,dah kahwin kan itu je la yang best bila dah duduk asing.Eh aku stress lah tinggal kat sini,tak bebas.nak buat itu tak,ini tak boleh.Ali tu malu,malu,malu.Nak manja manja sikit tak boleh risau nanti orang nampak.Huh,"Orkid meluahkan rasa tidak puas hati.
Melur mengeluh lagi lalu wajah Orkid ditatap.
"Orkid,kawin ni bukan benda tu je yang kita kena fikir.Ada banyak lagi tanggungjawab yang kena fikir dan buat.Duduk asing ke,duduk dengan mertua ke sama je.Tak yah lah nak bebas sangat.Yang penting makan minum,pakaian suami kita kena urus.Nih,dah kawin kan bila nak bertudung?Berdosa tau lelaki lain tengok aurat kau."
"Err..alah kau ni,hal ni nanti nanti la aku berhijrah." jawab Orkid wajahnya mencuka.
"Banyak la kau punya alasan kan,nanti.. nanti.Kau nak tunggu apa lagi.Eh,kalau sayang suami tutup lah aurat tu.Sibuk fikir hal lain,hal akhirat tak nak pula fikir." Melur mula bertegas menegur Orkid.
Bukan setakat itu sahaja teguran Melur kepada kembarnya.Maka,terpaksalah Orkid menahan telinga mendengar bermacam macam nasihat dan teguran ikhlas dari Melur.
Share this novel