bab 17

Romance Series 85188

Usai mandi dan memakai pakaian malam Melur menunaikan solat isyak.Selesai sudah solat Isyak Melur terus ke dapur untuk mengemas barang barang yang dibelinya tadi.

Kelihatan Airil pula duduk bersahaja di ruang tamu,bola matanya kusyuk menatap skrin telefon pintar sesekali bibirnya mengukir senyuman.

"Senyum sampai ketelinga,entah apa lah yang bahagia sangat.Nih mesti berbalas whatssap dengan Cik Amira.Dia,boleh je buat apa saja.Langsung tak fikir perasaan aku.Kalau aku,itu salah ini salah.Semuanya serba tak kena.Balik lewat pergi barang je pun,dah nak mengamuk.Nak harapkan dia,dapur je besar tapi habuk pun takde."

Melur mengomel sendirian dengan ton nada rendah sambil jari jemarinya sibuk mengeluarkan bahan bahan masakan dari salah satu bungkusan plastik.Tanpa dia sedari Airil sudah pun berdiri terpacak di belakangnya.

"Hoi,perempuan!"

"Hah! ye saya."

Tersentak bahu Melur apabila mendengar panggilan Airil,pantas dia mengalihkan tubuhnya berhadapan Airil.Bola matanya terkebil kebil memandang Airil.

"Alamak! mati aku.Bila masa dia datang? Agak
agak dia dengar tak apa yang aku cakap tadi."Detik hati Melur,raut wajahnya jelas cemas.

"Apa yang kau membebel tadi hah? Kau mengata aku?"

"Err.. tak lah awak.Mana ada.Saya berzikir lah tadi."

"Berzikir?.. Kepala hotak kau! Kau ingat aku bodoh ke apa,kau ingat aku pekak.Tak dengar suara kau berzikir dengan suara kau mengutuk aku.Kau merungut,tak puas kan sebab kena sidai kat luar tadi.Sekarang ni aku kat depan kau,cakap lah apa yang kau nak cakap.Kalau nak mengata aku,kata depan depan aku pun dengar."

"Gulp!" Melur telan air liur. "Tak.. Tak Airil.Sa.. saya,sa.. saya tadi cakap sorang sorang.Saya tengah fikir nak masak apa.Sa.. saya..

"Tengok perangai kau.Dasar manusia lidah bercabang.Penipu! Cakap pun dah tergagap gagap.Tadi cakap lain,sekarang ni cakap lain.Apa masalah kau sebenarnya ni.Kau mental ke apa? atau kau dah gila."

Airil,tak habis habis cari salah Melur.Ada saja kata kata kesat yang akan dia lontarkan pada Melur.Kesian Melur,lidahnya terus kelu dah tak berani angkat kepala tengok wajah tegang Airil.

"Hah,kenapa diam?Jawab lah.Tadi banyak sangat cakap."

Airil masih lagi tak berpuas hati.Atas bawah atas bawah ditenungnya gadis manis itu.Masih nak mencari salah Melur.

"Nih satu lagi,apahal kau pakai macam ni? Seluar ketat,baju ketat,lengan pendek,kolar baju terdedah.Kau saja kan nak goda aku.Kenapa? Dah gatal sangat nak aku sentuh kau.Dasar perempuan miang,penggoda.Kat rumah mama kau goda Ali.Lepas tu baru sehari bekerja kau goda Irfan,kau menggatal dengan Haikal.Sekarang ni kau nak goda aku pula.Eh perempuan kau ingat aku hadap sangat nak layan kau.Kau jangan nak berangan lah.Kalau kau bogel depan aku sekali pun,aku tak ingin la nak sentuh kau.Sebab aku jijik! jijik nak sentuh badan seorang pembunuh!"

Begitu kesat Airil lontarkan lagi kata katanya pada Melur.Titisan airmata gadis itu langsung dia tidak peduli.Hatinya puas melihat Melur mula menangis.

"Menangis! sakit hati kan.Manja,kau ingat aku kesiankan kau.Eh sikit pun tak lah." Kata Airil lagi.Entah kenapa lah malam itu Airil tiba tiba naik angin.Dia betul betul marahkan Melur sepuas hatinya.

Malahan bukan sekadar marah,tengking,hina.Pada malam itu juga Airil tidak benarkan Melur memasak didapurnya.Kata Airil...

"Eh kau nak buat apa dengan semua barang barang ni.Kau nak masak? Suka hati kau je kan nak guna barang barang dalam rumah ni tanpa minta izin aku.Kau tak malu ke? Sedar diri tu sikit,kau tu menumpang jangan nak pandai pandai beli itu ini.Aku tak suka.Nih,kau ambil semua barang barang ni.Kau simpan dalam bilik kau.Aku tak nak tengok satu pun barang barang ni ada kat dapur rumah aku.Kau ambil,kemas sekarang."

Kuat suara Airil mengarahkan Melur.Habis bertaburan semua barang barang yang dibeli Melur jatuh ke lantai ditolaknya.

Melur,diam seribu bahasa.Dengan airmata yang berlinangan duduk melutut dan mengutip satu persatu barang barang yang baselerak dilantai.

Airil pula bola matanya tajam merenung Melur.Jelas dia belum puas hati dengan cucu kesayangan Pn Sri Ramona.

"Eh Melur,kau dengar sini.Mulai malam ni,saat ni aku tak nak tengok kau pakai macam ni lagi.Aku jijik,aku geli lah.Aku nak kau pakai tudung,pakai pakaian yang tutup semua tubuh kotor kau tu.Kau faham?"

"Ye Airil,saya faham."

Jawab Melur dengan suara yang bergetar.Duduknya masih dilantai mengutip barang barang tadi.

"Ya Allah,apa salah aku.Aku cuma nak jadi isteri yang baik.Aku cuma nak masak makanan kesukaan dia.Salah ke? Kenapa Airil benci sangat dengan aku.Kenapa dia masih tak boleh maafkan aku? Ya Allah,adakah ini balasan atas semua perbuatan aku dulu."

Melur mengesat air mata yang jatuh.Bercakap sendirian diruang dapur.Hatinya sakit bagai disiat siat apabila melihat dua bungkusan plastik dihujung kakinya.

Ketika ini Airil sudah pun keluar dari rumah meninggalkan Melur selepas mengamuk besar.

Malam itu Melur tidur dalam keadaan hati yang sedih.Airmatanya tak henti henti mengalir sehinggalah kelopak matanya tertutup rapat.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi,tetapi Airil masih belum pulang kerumah.Usai makan malam seorang diri dia terus memandu tanpa arah,fikirannya terganggu,lalu dia terus memakirkan keretanya dibahu jalan.

"Ya Allah.Apa yang tak kena dengan aku ni." Airil meraup wajahnya.Hatinya terdetik rasa kesal dengan kejadian dirumah tadi "Aku bukan macam ni.Kenapa aku marah dia,kenapa aku hina dia.Apa salah dia tadi? Kenapa aku kena layan dia macam tu?Kenapa hati aku ni sakit sangat bila aku pandang muka dia.Arrggghh.." Airil menjerit kuat.Berkali kali dia menumbuk staring keretanya.Melepaskan semua kemarahan terpendam.

"Ni semua salah kau sendiri Melur.Salah kau! Dulu,aku sayang kau,aku cintakan kau sepenuh hati.Tapi kenapa kau bunuh adik aku.Kau hancurkan kebahagiaan keluarga aku.Kau kejam,kau jahat! Apa salah Lilly sampai tergamak kau buat dia macam tu.Aku sayang Lilly.Tapi kau bunuh dia sebab kau dengki.Kau rampas kasih sayang opah.Kau buat mama menderita.Aku takkan maafkan kau Melur.Aku benci kau.Aku benci.Aku akan pastikan kau takkan pernah hidup bahagia.Aku akan buat kau menderita sampai bila bila."

Airil meluahkan semua rasa yang terbuku dihatinya.Jelas pintu hatinya sudah tertutup rapat untuk memaafkan gadis yang dulu pernah bertahkta dihatinya.Entah apalah nasib Melur selepas ini?

Dirumah Airil,Melur tiba tiba terjaga dari tidurnya.

"Ya Allah panasnya! kenapa ni?"

Sepintas lalu Melur mendongak ke arah kipas siling.

"Lah kipas tertutup.Siapa pula yang tutup ni."

Rungut Melur,tubuhnya keresahan terbaring diatas toto.Lalu dia bangun dari baringnya mahu memetik suiz kipas.

"Allah,kipas pula rosak.Aduh.. macam mana nak tidur ni." Rungutnya lagi sambil cuba tekan suiz kipas.

Entah kenapalah pada malam itu juga kipas dibilik Melur tiba tiba tidak berpusing.

"Ya Allah.. apalah nasib aku hari ni.Kena denda,kena marah,kena hina,perut lapar.Sekarang ni kipas pula rosak.Rimas lah macam ni,melekit.Macam mana nak tidur ni."

Melur merungut lagi,tubuhnya duduk bersandar didinding.Badannya mula berpeluh dan tubuhnya mula rasa gatal gatal.

"Aduhh gatal pula.Ishh tak boleh jadi ni.Kalau macam ni sampai ke pagi lah aku tak boleh tidur.Esok dah la nak bangun awal.Hurm.. tidur ruang tamu je lah"

Katanya.Tanpa befikir panjang Melur terus bawa bantalnya keruang tamu.

"Huh,leganya."

Terbaring puas Melur diatas sofa.Kipas angin ruang tamu dibuka laju.Badannya sudah tidak gatal lagi.Tak sampai beberapa minit saja Melur akhiri penatnya tidur lena diatas sofa panjang itu.

Hari ini Syuhada membawa Pn Sri Ramona mengunjungi sebuah kedai pokok bunga yang terbesar di kawasan tempat tinggalnya.Pn Sri Ramona apa lagi,teruja lah dia melihat pokok pokok bunga yang berbagai saiz dan warna dikedai itu.Bibirnya tak lekang ukir senyuman ceria.

"Subhanallah..cantiknya pokok keladi ni Syuha."Tak berkedip bola mata Pn Sri Ramona melihat pokok keladi Viral berbagai jenis itu.Terujanya dia menyentuh pokok pokok keladi hiasan itu.

"Ya la bonda.Eh bonda beli lah,tambah koleksi.Rasanya pokok keladi,bonda tak ada lagi kan"

"Betul betul.Bonda nak beli lah.Tapi Syuha tolong lah pilih untuk bonda.Bonda dah rambang mata ni.Tak tahu nak pilih yang mana."

"boleh,boleh."Jawab Syuhada tersenyum bahagia.

"Bonda,Yang ini cantik lah.Corak batik.Bonda nak tak?"

"Ha ah,ya la.Boleh,boleh.Dik,saya nak yang ini tiga pasu."arah Pn Sri Ramona kepada pekerja kedai itu yang dari tadi mengikut mereka.

"Bondaaa..yang ini pun cantik lah." teruja betul Syuhada menunjukkan pokok keladi jenis Alocasia dan Red stardust kepada mertuanya itu.

"Ya lah,ini pun bonda nak lah.Adik pokok keladi ni saya nak dua pasu,yang ini pun dua pasu."Arah Pn Sri Ramona lagi sambil menunding jari telunjuknya.

"Bonda.. sini sini.Kat sini ada lagi pokok keladi cantik cantik."

"Mana"

"Sini bonda"

"Hah kejap,bonda datang."

Kelam kabut langkah Wanita tua itu berjalan kearah menantunya.Hatinya dah tak sabar nak melihat kecantikan pokok Keladi yang dikatakan Syuhada.Dan bila dah sampai situ,terjegil lah bola mata Pn Sri Ramona melihat pemandangan disitu.

Hampir 3 jam masa dihabiskan oleh dua orang wanita itu untuk memilih pokok keladi.Beribu juga la Pn Sri Ramona menghabiskan duitnya untuk memenuhi minatnya sebagai seorang pecinta tumbuhan.

Syuhada pula tersenyum gembira.Betul la apa yang dikatakan Melur kepadanya untuk tawan hati Pn Sri Ramona.

Imbas kembali.

"Hello mama,mama sihat?"soal Melur ditalian telefon pintar.

"Sihat" Syuhada pula nak tak nak ja menjawab pertanyaan menantunya itu.

"Mama.. Melur minta maaf ya.Orkid cakap opah merajuk dengan mama ya sebab Melur dengan Airil pindah rumah.Opah memang macam tu mama.Tapi mama jangan risau Melur ajar mama ya macamana nak tawan hati opah tu.Nanti lepas ni opah mesti sayang mama.Mama cuba buat ya."

Misi menawan hati Pn Sri Ramona.

Pertama!

"Mama tahu kan Opah suka sangat dengan pokok bunga.Apakata mama bawa opah keluar pergi beli pokok pokok bunga baru untuk opah.Opah mesti happy."

Kedua!

"Mama kena lah follow minat opah.Banyak berbual tentang pokok pokok bunga dengan opah.Mama belikan buku tentang tumbuhan bagi hadiah untuk opah.opah mesti suka."

Ketiga!

"Mama perlu luangkan masa dikebun bunga opah,kongsi minat yang sama dengan opah.Tolong opah jaga pokok pokok bunga kesayangan opah."

"Dan yang keempat!.Soal masakan,kalau mama nak tahu Opah memang tak suka makanan berminyak.Tapi opah suka makan rendang daging.Pelik kan! Tak apa nanti Melur bagi mama resepi ya.Resepi rendang daging tanpa minyak."

"Syuha.." "Syuha.." "Syuha!"

"Ha ah! Ya bonda.Bonda panggil Syuha ke.Jawab Syuhada tersedar dari lamunnan.

"Kamu ni kenapa? Termenung je? Kenapa tak dimakan nasi tu? Kamu rindu Airil
ya."

"Eh,tak lah bonda.Syuha seronok tengok bonda makan,berselera sangat.Macam mana rasa rendang daging tu.Sedap tak?"

"Sedap! sedap sangat Syuha.Sedap dari masakan Melur.Daging ni lembut,kuah tak berminyak.Rasanya semua cukup.Pandai kamu masak."

"Betul tu mama.Rendang daging mama ni memang terbaiklah." Orkid pula mencelah memuji masakan Syuhada.

Syuhada,senyum lebar lah mendapat pujian yang melambung lambung.

"Alhamdulillah.. Eh makan la bonda,nah tambah lagi nasi,rendang tu makan ja.Ada lagi kat dapur.Syuha masak lebih."
Gembiranya Syuhada,rendang daging resepi Melur dicedok ke dalam pinggan nasi ibu mertuanya itu.Pn Sri Ramona pula langsung tak menolak.Jelas wanita tua bermata biru itu terlalu merindui masakan Melur.

Kini rumah agam yang sepi itu,kembali riuh rendah dik perbualan dan gelak tawa tiga orang wanita itu.

Waktu rehat di Berjaya Holdings.Hari ini merupakan hari kedua Melur bekerja disitu.Melur masih tidak turun ke kantin.Gadis cantik itu lebih selesa menikmati makan tengahhari di ruang makan pantri walaupun seorang diri.

"Hai Melur,awak makan apa tu?" soal Amira sambil berjalan dibelakang Melur.Sebiji mug biru dicapainya dan diisi dengan air panas.

"Bihun goreng,jemput makan Cik Mira."

"Eh takpe lah,awak makan lah." Balas Amira sambil melabuhkan duduknya berhadapan Melur.

"Huh,penatnya hari ni.Sakit kepala,banyak sangat benda baru nak kena belajar." rungut Amira.Jari jemarinya dah melekat didahi memicit micit kepala yang mula terasa sakit.

"Oh ye ke.Biasalah kan kerja.Eh,Cik Mira tak keluar makan ke.Dah pukul berapa ni.Kerja kerja juga,perut yang kosong tu kena lah isi.Nanti sakit lagi susah."

"Nak keluar lah ni.Tunggu Airil setel kerja jap." Ujar Amira,sesekali dihirupnya nescaffe latte yang masih panas itu.

"Ohh.. Cik Mira dengan Tuan Airil dah lama kenal ke.Rapat je,macam pasangan kekasih." Spontan Melur bertanya.Amira,pantas la menoleh.

"Eh takdelah,kita orang kawan je."

"Ye ke kawan."Tiba tiba Ismail pula datang mencelah sambil melabuhkan duduknya disebelah Melur. "Setahu I kan,Tuan Airil tu nak pandang perempuan pun susah,inikan pula nak berkepit dengan perempuan ke hulu ke hilir."

"Ye ke?Tak kan lah Tuan Airil tu tak pernah ada girl frend." Bertaut kening Amira hairan mendengar cik sotong itu bercerita tengtang Airil.

"Itu,I tak tahu lah.Tapi sepanjang I kerja kat sini.Tuan Airil tu tegas je.Dengan staf perempuan,pandang pun tak.Tapi dengan you bukan main lagi,satu ofis Tuan Airil perkenalkan staf baru dia.Eh nyah bukan senang tau nak jadi P.A Tuan Airil tu kalau tak kena cita rasa dia."

"Oh jadi Tuan Airil tu memang serius lah dengan semua staf dia." Melur pula mencelah.

"You tengok muka dia,nak senyum pun susahkan.Inikan pula nak berbual dengan kita.Jangan harap lah.Kalau you all nak tahu kantin kat bawah tu pun tak pernah sekali pun dia pijak."

"Ye lah,dia kan bos takkan lah nak makan kat tempat macam tu kan." kata Melur lagi.

"Apasal pula tak boleh? Tuan Irfan tu okey je makan kat kantin.Kadang kadang kitaorang dia belanja siap duduk semeja lagi.Tuan Airil dengan Tuan Irfan tu perangai macam langit dengan bumi.Sorang muka ketat,yang sorang lagi peramah tak bertempat."

"Peramah tak bertempat? Apa maksud you Isma."

Melur,nak tahu lagi.

"Adalah,nanti dah lama you kerja sini.Baru lah you tahu perangai dua orang majikan kita tu.Ishh you ni lantak diaorang lah,tak penting pun cakap.Eh Amira,bagitau lah kita orang you dengan Tuan Airil tu ada apa apa ke?"

Ismail,pertanyaan Melur tak dilayan.Kini dia mengubah posisi duduknya mengadap Amira.Sibuk nak tahu hal peribadi orang.

Amira pula terkulat kulatlah nak menjawab.

"Err.. takde apa apalah kita orang kawan je lah." Ujar Amira yang mahu menyembunyikan hubungan cintanya dengan Airil.

"Amira! kat sini kau rupanya." Haikal pula muncul dibahagian pantri.

"Kenapa Haikal?"

"Tuan Airil cari kau.Eh pergilah cepat.Kang naik angin pula bos kita tu."

"Oh ye ke.Eh korang,saya minta diri dulu ye.Bye Isma,bye Melur."

Kelam kabut Amira bangun meninggalkan ruang pantri itu sehingga terlupa mencuci mug yang masih tersisa air nescaffe latte.Melur juga bangun dari duduknya kerana sudah siap makan.Tapi Ismail masih duduk termenung dimeja.Tak puas hati kerana persoalannya tidak terjawab.

Masa rehat telah berlalu,semua pekerja mula masuk dan duduk ditempat masing masing.Begitu juga Melur.Tetapi tugasnya sebagai cleaner bukan lah hanya duduk disatu tempat.Kini dia sedang sibuk mengemas bilik pejabat Irfan.

"Eh Melur."tegur Irfan yang baru melangkah masuk kebilik pejabatnya.Galak betul senyumannya apabila melihat Melur tengah menyusun fail di rak.

"Eh,Tuan Irfan.Maaf lah saya masuk bilik Tuan tanpa kebenaran.Tadi Cik Malika bagitahu Tuan Irfan suruh saya kemas bilik Tuan."Jawab Melur seketika berhenti menyusun fail fail berbagai warna itu.

Susuk tubuh Melur dalam renungan lelaki buaya darat itu.Bardirinya dia disebelah Melur."Ha ah,ye tadi saya ada pesan dekat Malika,minta tolong awak kemas bilik saya.Tak apa,awak sambung lah kerja.Sambil sambil tu boleh lah kita berbual kejap.Saya sibuk sangat sampai tak sempat nak berkenalan dengan staf sendiri." kata Irfan.

Melur,sepintas lalu memandang wajah kacak lelaki buaya darat dan mengangguk.

"Melur,awak ni muda lagi,awak cantik tapi kenapa awak berminat nak kerja sebagai cleaner.Tak sesuai lah dengan awak."

"Saya ni belajar tak tinggi Tuan Irfan.Ada sijil SPM je.Rasanya kerja ni memang layak lah untuk saya.Lagipun kat KL bukan senang nak dapat kerja kan."

"Awak salah tu Melur.Kat KL ni tak susah pun nak cari kerja.Tak belajar tinggi tinggi pun boleh ja hidup senang lenang.Lagi lagi perempuan cantik macam awak ni.Senang je nak diterima."

"Betul ke? Tak kan kot?"

"Betul lah.Kalau ada awak nak ke kerja."

"Eh takpe lah Tuan Irfan,saya saja je tanya.Saya okey je jadi cleaner kat sini.Seronok sangat,orang kat sini semuanya baik baik." kata Melur menolak baik tawaran Irfan. "Tuan Irfan,saya dah siap kemas dah.Kalau takde apa apa saya keluar dulu ya."

"Eh sekejap lah." Tiba tiba lengan Melur dicekak Irfan.

Langkah Melur terhenti,bola matanya tajam menatap Irfan."Tuan,jangan macam ni boleh tak.Tolong lepas."

"Ops.. sory."

"Tak apa.Tuan ada apa apa lagi ke nak saya kemaskan."

"Tak,tak ada apa apa kerja dah.Cuma saya nak ajak awak keluar makan lepas balik kerja nanti boleh tak.Lepas tu saya hantar lah awak balik."

"Keluar makan? Maaf lah Tuan Irfan saya tak boleh.Saya ada hal.Err..Tuan,saya keluar dulu ya.Ada banyak kerja lagi saya nak siapkan."

Melur menolak ajakan Irfan
lalu dia terus mengatur langkah laju keluar dari bilik itu dengan perasaan takut.

"Cis,belagak.Tak apa,cubaan pertama gagal.Aku takkan putus asa untuk dapatkan kau Melur.Belum pernah aku tak dapat mana mana perempuan yang aku nak.Kau tunggu Melur,suatu hari kau milik aku.Masa tu aku akan kerjakan kau habis habisan."

Seketika Irfan bermonolog sendirian,hatinya sakit apabila Melur menolak ajakannya mentah mentah.

"Ya Allah.. Takutnya aku.Eee.. pelik betul lah perangai Tuan Irfan tu.Gatal! Sekarang baru aku faham apa yang Isma cakap hari tu." Bisik hati Melur sambil berjalan kearah bilik Airil pula.

Tok Tok Tok..

Daun pintu bilik Airil diketuk.

"Masuk"

Tombol pintu dipulas,perlahan Melur menapak masuk kedalam bilik pejabat Airil yang lebih luas dari bilik Irfan.

"Tuan Airil,ada apa ya Tuan panggil saya."

"Sampah ni dah penuh tak reti reti nak buang.Tak kan kena suruh baru nak buat.Kau tu cleanar,setiap jam sampah kena buang."

"Maaf Tuan,ye saya buat sekarang."

Tanpa berlengah Melur terus berjalan kearah meja pejabat Airil.Bakul sampah di bawah meja Airil dia ambil lalu dibawa keluar.Selepas itu Melur masuk semula kebilik Airil membawa bakul sampah yang sudah kosong dan meletakkannya semula ditempatnya.

"Dah siap,ada apa apa lagi ke Tuan nak saya buat."

"Tu fail atas meja.Aku nak kau susun kat rak tu.Susun ikut susunan warna."

Melur hanya menuruti arahan Airil.Fail fail yang berselerak itu dia ambil dan mula menyusunnya.

Airil pula duduk bersandar dikerusi pejabat,kedua kakinya disilangkan mengukir senyum sinis perhatikan Melur.

"Bagus kau ni,rajin.Tak menjawab.Buat kerja pun cepat.Tak rugi aku ambil kau kerja kat sini."

Beginilah sikap Airil pantang berdua dengan Melur,mesti nak sakitkan hati gadis itu.Tapi,Melur cekal hatinya,tak pedulikan kata kata Airil.Airil,masih tak puas hati.

"Oi perempuan.Apahal semalam kau tidur kat ruang tamu?Kenapa tak puas hati lagi sebab aku tak tergoda dengan kau."

"Kipas rosak." ringkas jawapan Melur.

"Kipas rosak? Kau jangan nak menipulah.Kau saja kan buat cerita sebab kau nak tidur kat bilik atas tu.Kenapa dah tak tahan ke tidur bilik tu.Hei sedar lah sikit kau menumpang je.Jangan nak mengada ngada lah.Lagipun aku tahu niat kau,kau saja nak tidur dekat dengan aku kan.Supaya kau senang lah nak menyelinap masuk bilik aku.Betul tak?"

"Ya Allah,Airil..

"Tuan Airil! Kat sini aku bos kau." Sombongnya Airil.

Satu keluhan Melur lepaskan.

"Ye.. Tuan Airil,boleh tak Tuan jangan fikir jauh sangat.Saya tak menipu,memang betul kipas tu rosak.Saya tak kisah pun tidur kat bilik bawah tu.Tuan Airil.. Saya sedar diri saya,saya ni kotor,jijik.Saya memang tak layak nak tidur kat bilik atas tu apalagi nak sentuh Tuan.Tapi Tuan tolonglah,jangan hina saya lagi."

Airmata Melur mula jatuh lalu pantas dia kesat.Hatinya dah tak mampu lagi nak telan herdikan Airil.

Tok.. Tok.. Tok..

Daun pintu diketuk dan tiba tiba terus dibuka.Serentak Melur dan Airil memandang kearah pintu pejabat.

"Sayangg..Opss" pantas Amira menekup mulutnya apabila terlihat susuk tubuh Melur.

"Err..Tuan Airil."

"Ye Mira Ada apa awak masuk bilik saya." Tenang Airil menyapa panggilan buah hatinya itu.

"Ni fail yang Tuan minta tu.Saya dah siapkan semua laporan." kata Amira,lalu menghulurkan fail berwarna biru itu kepada Airil.Sesekali bola matanya menjeling kearah Melur.

Melur,menundukkan pandangan terus melakukan tugasnya.Berpura pura seperti tidak mendengar panggilan Amira kepada suaminya.Sakit hatinya ketika itu hanya tuhan saja yang tahu.Masakan seorang isteri tidak cemburu apabila ada wanita lain yang memanggil suaminya sayang.

"Lah dah siap,cepatnya awak buat kerja.Terima kasih sayang." Balas Airil selamba apabila fail itu sudah ada ditangannya.

Terkejut Amira mendengar Airil memanggilnya sayang.Jari telunjuknya diletakkan dibibir memberi isyarat diam kerana Melur akan dengar.

"It's okey sayang."

"Melur!"

"Ye Tuan."

"Nih dengar sini aku nak cakap sikit.Amira ni bakal isteri aku tau.Tak lama je lagi kita orang nak kawin.Tapi buat masa sekarang ni aku taknak ada sesiapa pun yang tahu tentang hubungan kami.Jadi,kalau kau cuba buka mulut hebahkan hal ni,aku tak akan teragak agak ambil tindakkan."

Melur hanya mengangguk."Baik Tuan" jawabnya.

Sakit hatinya ketika itu bagai disiat siat mendengar pengakuan jujur Airil.Airmata yang hampir jatuh pantas dia kesat.

Amira hanya terdiam melihat situasi yang berlaku.Hatinya gembira mendengar kata kata Airil,tetapi dia merasa pelik melihat cara Airil melayan Melur.Kasar dan terlalu tegas.

Share this novel

ina @ sabariah
2024-08-22 10:52:44 

bila nk update....lama sgt menyepi


NovelPlus Premium

The best ads free experience